Pray For MH370

Pray For MH370

LEPTOSPIROSIS: PENYAKIT YANG MENJANGKITI PATI DI P.PINANG

Akhbar melaporkan:

"Sejak 7 Mei lepas sehingga semalam, 35 pendatang tanpa izin dimasukkan ke HBM manakala dua lagi dirawat di Hospital Seberang Jaya selepas mengalami demam yang dipercayai dijangkiti penyakit leptospirosis"


Penyakit Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman Leptospira yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya berlaku di negara beriklim panas.

Penyakit ini memiliki beberapa nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhagia Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, dan Demam Canicola.


Faktor risiko termasuklah:

* Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

* Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

* Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala

Gejala :

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.

Sejarah penyakit

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:


* Jangkitan selaput otak (Meningitis).

* Perdarahan yang teruk.

* Masalah pernafasan

* Kegagalan fungsi hati.

* Kegagalan fungsi buah pinggang


Pencegahan

Jauhi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika seperti tasik. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Diubahsuai dari infosihat


11 Lagi Pendatang Tanpa Izin Dirawat Kerana Leptospirosis

PULAU PINANG, 16 Mei (Bernama) -- Sebelas lagi pendatang tanpa izin dari Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) dekat sini malam tadi kerana dijangkiti penyakit Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata kesemua mereka dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam.

"Sejak 7 Mei lepas sehingga semalam, 35 pendatang tanpa izin dimasukkan ke HBM manakala dua lagi dirawat di Hospital Seberang Jaya selepas mengalami demam.

"Separuh daripada mereka dijangka dibenar keluar dalam masa terdekat selepas memberi respon positif kepada rawatan yang diberi," katanya kepada pemberita di sin, Sabtu.

Akhbar hari ini melaporkan seorang rakyat Myanmar meninggal dunia dan 26 lagi dirawat di dua hospital di sini berikutan dijangkiti penyakit Leptospirosis, yang biasanya tersebar kepada manusia melalui penggunaan air yang dicemari air kencing tupai atau tikus.

Phee berkata berikutan kes itu Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengambil tindakan segera dengan menjalankan kerja pembersihan di depoh tahanan berkenaan, termasuk menghapuskan binatang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyakit itu.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan itu agar tidak panik sebaliknya sentiasa menjaga kebersihan di persekitaran mereka.

"Keadaan di situ terkawal dan kita telah mengambil langkah segera bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain," katanya.

BERNAMA

Comments :

0 comments to “LEPTOSPIROSIS: PENYAKIT YANG MENJANGKITI PATI DI P.PINANG”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com