Meningitis adalah sejenis penyakit radangan pada selaput sekeliling otak (BRAIN) dan saraf tunjang (SPINAL CORD). Ia boleh membawa kepada septisemia (keracunan darah) seterusnya kematian.
Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh bakteria Neisseria meningitidis, pneumococcus, TB, virus dan lain-lain. Penyakit Meningitis berjangkit secara langsung menerusi titisan-rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.
Tanda-tanda dan Gejala
5 %– 10 % adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:
* Sakit kepala yang teruk
* Demam panas
* Loya
* Muntah
* Sakit tengkuk/ ketegangan bahagian leher
* Tidak boleh melihat cahaya
* Ruam
* Tanda-tanda lain seperti mengantuk dan kebingungan (drownsiness & confusion)
* Bayi dan kanak-kanak mempunyai tanda-tanda yang sedikit berbeza dan perlu disyakki bagi mereka yang demam panas. Sila rujuk gambar.
Komplikasi
Berlaku Kematian:
* 5 – 15 % kes yang menerima rawatan
* 50% tanpa rawatan
* 20 % di kalangan pesakit yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh.
Pencegahan
Amalan kesihatan diri yang baik, mengelakkan kesesakan tempat tinggal atau tempat tidur serta ventilasi adalah cara pencegahan yang baik. Penyakit ini berjangkit melalui "close contact" dengan pesakit bukan menular melalui udara.
Pelalian seperti imunisasi ACWY (mencevax) untuk mencegah meningokokal meningitis yang diwajibkan bagi jemaah haji dan umrah, Hiberix bagi bayi dan kanak-kanak dan lain-lain.
Beberapa laporan dan insiden mengenai wabak meningitis
*Orang Ramai Jangan Panik Dengan Wabak Meningitis *Meningitis threat: 35 pupils skipped school *Meningitis: 42 Sedang Dirawat Di Hospital Melaka
*Meningitis: Bilangan Yang Dirawat Di Hospital Melaka Meningkat Kepada 46 Kes
Meningitis: 42 Sedang Dirawat Di Hospital Melaka
PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Jumlah pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang dirawat di Hospital Melaka berikutan wabak disyaki meningitis ialah 42 orang, dan 9 daripada mereka dibenarkan pulang petang Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada 46 kes yang dirawat semalam, lima telah dibenarkan pulang dan pada masa yang sama satu kemasukan baru dari akademi itu.
"Dua kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) telahpun pulih dan sekarang dirawat di wad isolasi," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Beliau berkata beliau telah melakukan lawatan ke Hospital Melaka dan Akademi JPJ berkenaan hari ini, dan mendapati aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedang dilaksanakan adalah baik dan teratur.
"Saya yakin dengan kerjasama daripada pihak pengurusan Akademi JPJ, langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang sedang dijalankan...kesemua kes (akan) pulih sepenuhnya," katanya.
Mohd Ismail berkata amalan kesihatan diri yang baik, mengelakkan kesesakan tempat tinggal atau tempat tidur, serta ventilasi yang baik adalah cara yang baik untuk mengelak jangkitan meningococal meningitis.
Katanya penduduk dan pelajar di sekitar Akademi JPJ Melaka tidak perlu risau akan risiko jangkitan penyakit ini, kerana ia tidak menular melalui udara.
"Seperti yang telah kami maklumkan, penyakit ini berjangkit melalui "close contact" dengan pesakit," katanya.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
Meningitis: Bilangan Yang Dirawat Di Hospital Melaka Meningkat Kepada 46 Kes
PUTRAJAYA, 13 Mei (Bernama) -- Jumlah kes yang membabitkan pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka yang dirawat di Hospital Melaka berikutan wabak disyaki meningitis meningkat kepada 46 kes berbanding 38 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada jumlah itu, dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dijangka akan dikeluarkan daripada ICU esok dan baki 44 lagi di Wad Isolasi.
"Jumlah 44 orang yang diletakkan di wad isolasi adalah terdiri daripada 39 pelatih, seorang jurulatih, seorang wanita kontak kepada pelatih, dua orang pelatih juru x-ray dan seorang pelatih jururawat, " katanya di dalam kenyataan di sini Rabu.
Pada kejadian 4 Mei lalu, seorang pelatih Akademi JPJ itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka manakala tiga dimasukkan ke ICU dan 85 lagi terpaksa dikuarantin akibat meningitis.
Beliau berkata pasukan perubatan masih diletakkan sepenuh masa di akademi tersebut untuk mengawasi sejumlah 81 pelatih.
"Semua pelatih dan kontak mereka yang sedang dirawat adalah dimaklumkan sedang pulih dan seperti yang telah kami maklumkan sebelum ini, langkah-langkah pencegahan dan kawalan ini akan diteruskan sehingga kesemua kes telah pulih sepenuhnya," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata infeksi meningococcal meningitis ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Neisseria meningitidis yang hanya manusia merupakan pembawanya dan jangkitan ini tidak sama atau mempunyai kaitan dengan Nipah encephalitis atau Influenza A (H1N1).
Sehubungan itu, katanya amalan kesihatan diri yang baik, mengelakkan kesesakan tempat tinggal atau tempat tidur serta ventilasi adalah cara pencegahan yang baik.
BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------
Orang Ramai Jangan Panik Dengan Wabak Meningitis
SEREMBAN, 14 Mei (Bernama) -- Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainal Ariffin Omar meminta orang ramai tidak panik tentang kematian seorang anggota polis di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, Khamis yang dikatakan akibat serangan Meningitis.
Katanya, siasatan sedang dijalankan untuk mempastikan sama ada kematian anggota itu akibat penyakit itu.
Beliau turut mengesahkan bahawa jenazah anggota polis terbabit sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
"Saya boleh sahkan bahawa tidak ada tanda serangan penyakit berbahaya seperti selesema babi di negeri ini buat masa sekarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya.
Negeri Sembilan dan seperti negeri-negeri lain sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan beliau turut menasihatkan agensi keselamatan yang lain seperti bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengikuti prosedur yang dipersetujui di dalam Pelan Persediaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPP).
Orang ramai yang berada di Hospital Tuanku Ja'afar heboh pagi tadi apabila mendapat tahu, seorang anggota polis dari negeri ini baru meninggal dunia 'akibat jangkitan wabak Meningitis'.
Kekecohan berlaku selepas mereka melihat kakitangan hospital itu menggunakan penutup muka dan sarung tangan semasa menguruskan jenazah seorang anggota polis yang berasal dari Sabah yang meninggal di hospital itu.
Pengarah Hospital Tuanku Ja'afar Dr Jaafar Che Mat ketika dihubungi Bernama tidak menolak kemungkinan mangsa suspek Meningitis.
Sementara itu seorang kakitangan hospital yang ditemui Bernama memberitahu, pemakaian topeng muka dan sarung tangan itu merupakan prosedur biasa untuk mengelakkan berlakunya kejadian jangkitan wabak itu ke atas dua kakitangan Hospital Melaka baru-baru ini.
BERNAMA
-----------------------------------------------------------------------------------
Meningitis threat: 35 pupils skipped school
by Kong See Hoh
MALACCA (May 14, 2009): The mask issue of the Chinese primary school in Tiang Dua went up a notch on Wednesday when 35 pupils skipped school a day after the education department banned them from covering up their mouths and noses.
A briefing by health officials to explained the meningitis outbreak at the Road Transport Department Academy located next to the school received lukewarm response from parents.
To placate the anger of parents, some of whom had also came to the school during recess to fetch their children, the department said it is now up to the pupils to decide whether they want to wear masks, the Chinese press reported today.
On Monday, the pupils of SRJK (C) Tiang Dua donned the masks distributed by the school board and parent-teacher association.
On Tuesday, the department raised the ire of parents with a ban on the mask in the school.
The same day, village head Chiang Kwang Woo threatened to call for a boycott of classes.
Although the school said it did not know yet why so many pupils skipped classes, it is learnt that many parents had decided not to send their children to school for safety and health reasons.
Some of the parents left with their children when, on arriving at the school, they were told of the department's directive.
Tiang Dua has 126 primary school pupils, 25 kindergarten pupils and 24 teachers.
With the school separated from the meningitis-hit RTD Academy by just a fence, many parents believe they have reasons to fear for the safety of their children who are attending classes in the school.
Contacted by the press on Wednesday evening, state education director Isa Abu said, "It is up to the parents if they insist that their children wear the face masks".
He explained that the department had earlier issued the directive to avoid causing panic among the public.
The department felt that there was no need for pupils to wear the mask after being given an assurance that meningitis is not air-bourne and would not spread from the academy to the school.
"Why should the pupils wear masks if there is no meningitis threat? (Because) If they do, it would give public the wrong impression that the situation is very serious. "But since parents want their children to wear masks, (I) leave it to them," he said.
Earlier, health officials also assured a dozen parents at the briefing that there is no danger of the meningitis epidemic spreading from the academy to the school.
They said pupils were not encouraged to wear masks but should not be stopped from doing so if that would lessen the fear their parents had.
sun2surf
MENINGITIS MENJANGKITI PARA JEMAAH HAJI, PENGHUNI ASRAMA DAN SESIAPA SAJA
Labels:
kementerian kesihatan malaysia,
MENINGITIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah dan juang DR.doakn saya dan shbt2 seperjungan kampus thabat dlm pjuangn kami,Allahuakbar!