Pray For MH370

Pray For MH370

BENARKAH PAS DIJANGKITI PENYAKIT SUPER ULTRA HYPERINFECTIOUS

Inilah dilema yang dihadapi: sama ada menjawab soalan yang diajukan oleh pemberita atau setakat menjawab "no comment".

Kesan dari laporan agensi berita Bernama seperti yang tertera di sebelah, hampir semua blog di bawah rumpun BPN (Blogger Pembela Negara) membawa/membuat komen dan ulasan tentang wujudnya politik wang dalam PAS. Contoh di bawah diambil dari pemuda enggang dan disalin oleh beberapa blog lain.

Nak cari ahli untuk mengisi jawatan AJK cawangan, kawasan dan peringkat seterusnya memang agak sukar dalam PAS, "dia tolak dia", hingga orang yang sama terpaksa memikul beberapa jawatan dalam parti.

Membuat kenyataan wujud politik wang dalam pemilihan PAS adalah suatu yang mempunyai implikasi yang sangat besar kepada pergerakan Islam PAS.

Tiada politik wang dalam pemilihan PAS

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menafikan berlakunya politik wang dalam pemilihan pimpinan PAS Jun nanti.

Mustafa menegaskan tidak ada sebarang aduan mengenai politik wang diterima.

Isu politik wang, tegas beliau, ditimbulkan hanya bertujuan untuk memecahbelahkan parti.

"Perkara mengenai politik wang ini tidak berbangkit menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS Jun nanti.

"Aduan mengenai politik wang juga tidak diterima jadi ia jelas hanya mainan media untuk memecahbelahkan parti," tegas Mustafa.

Mustafa juga meminta ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan mainan media arus perdana yang berniat jahat itu.

Justeru itu, beliau mendesak agar semua pihak berhenti membangkitkan isu politik wang dan tidak membuat kenyataan berdasarkan andaian sahaja.

Isu politik wang menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS menjadi perbualan bila media arus perdana cuba memberikan gambaran PAS turut dijangkiti kegiatan rendah moral itu sama seperti apa yang berlaku dalam Umno.


mks/Irwan Muhammad Zain/harakahdaily






Ulasan berkaitan

Cenangau :Muktamar ke-55 Politik wang Dalam PAS

Comments :

2 comments to “BENARKAH PAS DIJANGKITI PENYAKIT SUPER ULTRA HYPERINFECTIOUS”
Yong said...
on 

Akibat masuk kelambu UMNO kena jangkitan le. Yong dah kata PAS jangan kata Islamic, ia juga mesti dilihat Islamic. Walk the talk, kata orang putih. Dalam peribahasa Melayupun ada. Adat bersendikan syarak. Syarak bersendikan Kitabullah. Jadi kot nak bentuk ape rules (tak kira rule pemilihan parti ke, rule buat makan2 ke) kena ikut le Kitabullah tu. Tapi UMNO yang mengaku Melayu tu langsung tak ikut adat yang sendinya datang dari Kitabullah. Fikir2 le sendiri. Takusah le ikut UMNO yang amalan adatnya banyak menyimpang dari Islam. Mike2 dalam PAS bukan budak2 lagi.

Unknown said...
on 

Mohamed Daud Akan Dipanggil Untuk Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Dewan Harian PAS akan memanggil Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan beliau wujudnya gejala politik kotor dalam usaha melobi jawatan dalam parti, Isnin ini.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Mohamed Daud akan dipanggil untuk memberikan penjelasan termasuk mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu, pada satu mesyuarat khas yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekiranya beliau ada bukti-bukti, kami akan panjangkan dakwaan ini untuk tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap pihak yang terlibat tanpa mengira baik diperingkat cawangan mahupun peringkat tertinggi," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, Sabtu.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Mohamed Daud sebagai berkata beliau difahamkan gejala politik kotor dalam usaha melobi jawatan dilihat sudah mulai wujud dalam parti itu.

Sementara itu Presiden Jawatankuasa Pemilihan PAS yang juga Pengarah Pilihanraya Datuk Mustafa Ali pula berkata PAS pusat tidak menerima sebarang aduan mengenai gejala rasuah pada peringkat pemilihan kawasan parti.

"Tidak ada orang yang mengadu mengenai salah laku duit ini. Saya tidak risau, dan saya yakin ia tidak berlaku. Isu ini tidak berbangkit kerana saya tidak terima laporan, saya yakin kepada masing-masing (calon) yang bertanding, ikhlas dengan perjuangan," katanya.

-- BERNAMA

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com