Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.
Awas Pakatan Rakyat, UMNO is up to something, beware.
MT Umno Akan Cari Jalan Penyelesaian Kemelut Politik Perak
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu Menteri Besar Perak yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN) bukan penghujung jalan untuk parti itu.
Presiden Umno itu berkata, ini kerana masih ada ruang untuk parti memikirkan langkah-langkah yang wajar dilakukan dalam menghadapi kemelut itu.
"Ini bukan penghujung jalan, masih ada jalan untuk difikirkan langkah-langkah. Saya dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi (MT) akan fikir dengan semasak-masaknya apa yang terbaik untuk Umno dan BN yang kita kasihi," katanya ketika berucap pada majlis Ulang tahun ke-63 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Isnin malam.
Beliau berkata, keputusan mahkamah itu bukanlah kegagalan pertama kerana sebagai sebuah parti, Umno telah melalui banyak cabaran dan dugaan sepanjang perjalanannya, termasuk menerima beberapa keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada parti.
"Dalam sejarah Umno kita pernah terima keputusan mahkamah yang mengharamkan Umno, tetapi kita bangkit dengan Umno Baru dan saya percaya semangat yang sama mesti ada pada kita (dalam menghadapi isu kemelut politik di Perak)," katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Cerita selanjutnya di SINI
Bernama
MT UMNO AKAN CARI JALAN................
Labels:
KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK,
pakatan rakyat,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment