Pray For MH370

Pray For MH370

SELESEMA A (H1N1) PERTAMA DI MALAYSIA

Seorang pelajar berusia 21 tahun disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009. Beliau sampai dengan penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin. Pelajar berkenaan mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.



Kes pertama selsema babi di Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang dipetik daripada laman web.

"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia."

Pelajar itu, dipercayai dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi tujuan siasatan dan pemerhatian.


azm/Harakahdaily
--------------------------------------------------------------------------------------
15 Mei, 2009 18:56 PM

Kes Influenza A (H1N1) Pertama Malaysia: Rakyat Dinasihat Tidak Panik


PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Rakyat Malaysia dinasihat tidak panik setelah kes pertama Influenza A (H1N1) dikesan di negara ini melibatkan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, Rabu lepas.

Pemangku Menteri Kesihatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kementerian telahpun mengambil langkah berjaga-jaga termasuk dengan melakukan kuarantin rumah bagi kesemua lima anggota keluarga pesakit itu, walaupun tiada antara mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini.

Beliau berkata mereka yang mempunyai kontak secara terus dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan di bawah pemerhatian.

Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga sedang menghubungi penumpang-penumpang dalam penerbangan tersebut untuk diperiksa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat 199 penumpang dan krew dalam penerbangan tersebut tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia merupakan penerbangan transit.

Kong, yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memangku jawatan tersebut kerana Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Liow sedang dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland, untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat di lapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabila pelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata ia kerana virus itu tidak menyebabkan demam serta-merta.

BERNAMA

Comments :

2 comments to “SELESEMA A (H1N1) PERTAMA DI MALAYSIA”
Hasbullah Pit said...
on 

YB,

minta ulasan.

Kelab Penyokong PAS, Perpaduan Nasional Tanpa Melayu?

ruhmalaysia said...
on 

Seruan untuk semua ahli PAS yang bertanggung jawab memilih pemimpin PAS.Kalau sayangkan PAS pimpinan ulama mesti dikekalkan atau di jadikan kemestian bahawa Dewan Ulama Duduk diatas Yang menentukan halatuju PAS. Bukan Jawatankuasa tertinggi PAS. Kenapa PAS menang besar? Siapa yang menterbalikkan hati orang yang engkar(kafirun) menyokong PAS? Kenapa itu berlaku. Kerana pimpinan PAS sentiasa berdakwah dan menyeru kepada jalan ALLAH. Siapa kalangan PIMPINAN PAS yang sentiasa dan konsisten dalam menyuarakan keadilan Islam. Siapa atau Pemimpin yang bagaimana yang diinginkan oleh rakyat berbilang agama ini? Ia tentu tidak lain dari YAB Datuk Nik Aziz. Inilah peribadi yang telah memenangkan PAS yang telah mendapat mendapat rahmat dari Allah. Tanpa Nik Aziz PAS akan tidak berbeza dengan UMNO.PAS akan tewas walaupun diKelantan. Ahli PAS perlu memikirkan siapa diantara pimpinan yang ada yang memiliki sifat Nik Aziz. Pertama yang tidak terpengaruh dengan harta dunia, yang menjadikan alquran sebagai buah percakapan nya.Pemimpin yang adil dan jujur.Nik Aziz yang tertonjol diantara semua pemimpin PAS yang ada.Inilah watak yang telah memberi kemenangan pada PAS. Jadi mulai sekarang carilah pengganti Nik Aziz.Golongan professional boleh berada diaras kedua yang membantu ulama dalam bidang pentadbiran bukan membuat keputusan yang menyentuh halatuju perjuangan PAS. Kalau tidak PAS akan dilihat sama seperti UMNO.PAS mesti dilihat sebagai satu-satunya parti politik yang ingin menegakkan keadilan dan keadilan itu hanya terdapat dalam ISLAM.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com