Pray For MH370

Pray For MH370

SEEING IS BELIEVING, PARTICIPATING IS REALLY SOMETHING

video Arrests galore at SUK




VIDEO 507 PERAK STATE ASSEMBLY




Video The Great DUN Perak fiasco

Comments :

1
sadi said...
on 

sabar menunggu khilafah….. manfaatkan dulu demokrasi yang ada, sebagaimana kita manfaatkan sistem pendidikan yg sekular untuk kemudiannya menentang sekular juga….. sehingga hari ini makin banyak sistem pendidikan Islam yang muncul untuk ‘menampar’ pendidikan yg sekular…..


(petikan dari komen : Takkan Sabar je kot)



============= ( ) =============


Komen di atas adalah komen ke atas artikel saya yang bertajuk: “Takkan Sabar je kot” di dalam salah satu forum. Ada beberapa kupasan yang ingin saya ketengahkan berkenaan komen singkat di atas yang perlu dimuhasabah bersama. Diharap ianya tidak mengundang persepsi perbalahan dan pertelingkahan sesama muslim. Saya cuma berharap kebaikan menimpa ke atas kita semua dengan menghadirkan hujah-hujah ilmiyah yang bersandarkan dalil-dalil syar’e.


Sanggahan Pertama : Sabar Menunggu Khilafah

Perlu saya tegaskan, bahawasanya Khilafah bukanlah suatu perkara yang perlu ditunggu. Akan tetapi, ada taklif khusus dari Al-Khaliq kepada umat islam seluruhnya untuk memahaminya, memperjuangkannya dan menyebarkannya. Pembahasan berkenaan kewajipan menegakkan khilafah (secara khusus) akan didiskusikan di dalam entry lain.


Firman Allah SWT:


Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (TQS An-Nur[24]: 5)


Ayat di atas jelas memberi iktibar hukum kepada orang-orang beriman tentang janji Allah SWT (yang perlu kita imani) terhadap kemenangan dan kekuasaan yang bakal mereka kecapi. Tetapi beriman sahaja tidak cukup, ini kerana frasa beriman itu digandingkan dengan frasa mengerjakan amal soleh, iaitu usaha (tindakan) untuk meraih kemenangan tersebut. Adakah tegaknya Daulah Islam di Madinah, kemenangan demi kemenangan, pembukaan demi pembukaan (futuhat), penemuan demi penemuan yang dikecap oleh kaum muslimin sebelum ini hanya dengan menunggu dan duduk diam sahaja? Jika hal demikian terjadi, maka jadilah kita seperti umat Nabi Musa a.s yang mengatakan:


“… pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja.” (TQS Al-Maidah[5]: 24)


Tetapi jadilah kita seperti yang orang-orang Anshar ketika hendak berangkat menuju Badar yang mengatakan:


“Wahai Rasulullah, kami tidak akan mengatakan seperti yang diucapakan bani ISrail kepada Musa a.s, engkau pergi sahaja dengan Rabb engkau (berdua), untuk berperang, sementara kami di sini duduk-duduk menunggu. Demi Zat yang mengutusmu dengan benar, seandainya engkau memerintahkan perjalanan yang sulit ke Barkil Ghimad pasti kami akan mengikutimu”


Jadi, sebagai seorang yang beriman kita haruslah beriman bahawa sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan Daulah Islam bukanlah suatu perkara yang main-main alias hanya perlu tunggu dan lihat (wait and see). Umat Islam perlu fokus pada pembinaan pemikiran islam (attaskif – pengkaderan), berinteraksi (berdakwah) dengan masyarakat lalu menjelmakan Daulah Islam itu setelah mendapat Nusroh daripada ahlul quwwah. Ini semua telah ditunjukkan oleh Nabi saw di dalam sirah-sirah yang masyhur dan muktabar. Jadi, masihkah kita hanya setakat sabar menunggu Khilafah, tanpa berbuat apa-apa? FIKIRKAN!


Sanggahan kedua : Manfaatkan Yang Batil Untuk Kebaikan

Teori Machiavelli di dalam bukunya yang mengatakan: “In the actions of all men, we must look to the end. Let a prince, therefore, win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy, hence the dictum, ‘the end justifies the means.’” (“Dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera (raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, ‘matlamat menghalalkan cara’”) [Niccolo Machiavelli, The Prince].


Secara ringkasnya, kaedah ini bermaksud, seseorang itu boleh melakukan apa sahaja atau mengambil apa jua cara (walaupun salah) demi untuk mencapai matlamat atau tujuannya. Ini adalah kerana yang penting atau yang diambil kira ialah matlamat, yakni tercapainya matlamat, walau dengan apa cara sekalipun.


(rujuk : Matlamat Tidak Menghalalkan Cara)



Di dalam syariat islam, semua perkara dari sekecil-kecil amalan hinggalah sebesar-besarnya amalan akan dicatat oleh Malaikat sebagai bekal kita untuk di hari akhirat kelak. Apakah mendapat pahala ataukah dosa, Neraka atau Syurga, Murka atau Redha. Kaidah fiqh menyebutkan:


Asal setiap perbuatan terikat dengan hukum syara’


Jadi, di dalam islam tidak pernah mengenal falsafah matlamat menghalalkan cara seperti fahaman yang dipopularkan oleh Machiavelli tersebut, atau seperti yang dilakukan oleh Robin Hood Sang Pencuri yang pemurah, atau Si Pitung Sang Pembela rakyat susah. Semua itu batil dan berdosa.


Allah SWT berfirman:


“… Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (TQS Al-Zalzalah[99]: 7-8)


Sanggahan Ketiga : Bersekolah Seperti Menggunakan Demokrasi

Sekilas baca, seakan-akan tepat teori tersebut. Tetapi, dari sudut definisi dan praktiknya tidak tepat dan merupakan satu bentuk kecelaruan berfikir yang sangat vital yang ada di dalam benak si pemikirnya. Mafhum Muwafaqah dari teori di atas menganggap begini:


“Anda mengatakan bahawa demokrasi itu HARAM, tetapi mengapa anda berada di dalam negara yang mengamalkan demokrasi?”


“Anda mengatakan bahawa anda tidak menggunakan demokrasi sebagai metode perjuangan, tetapi anda menggunakan sistem pendidikan sekular untuk belajar”


Jadi, teori di atas juga menganggap bahawa Rasulullah saw ketika berada di Makkah, sekali gus berjuang bersama sistem thogut yang diterapkan ketika itu. Ketika Abu Bakar r.a dan Siti Khadijah r.a berniaga di Makkah, dalam saat yang sama mereka juga berjuang dengan sistem muamalat yang penuh dengan maksiat di dalamnya seperti penipuan dan mengamalkan riba.


Di dalam islam, setiap amalan diukur pada setiap amalan tersebut dan bukan mengaitkannya dengan hal-hal yang tidak mencakup perbahasannya. Demokrasi dikritik secara mendasar kerana ideanya secara mendasar adalah meletakkan kedaulatan di tangan-tangan manusia. Jadi, siapa pula pelakunya? Adakah pak Mat yang berniaga di pasar juga pengamal demokrasi? Tentu tidak!


Seperti mana dengan pembahasan khamr misalnya, syariat islam bukan setakat mengecam peminumnya, tetapi mengharamkan juga bagi sesiapa yang menghalalkannya, menjualnya, bekerja di dalam bidang tersebut, pelayan yang menjualnya dan semua perkara yang termasuk syubhat di dalam perbuatan haram tersebut.


Justeru itu, sesiapa yang menjadi salah seorang daripada para pembuat hukum (di Parlimen), maka ia adalah dosa secara pasti kerana kedaulatan syara’ diketepikan dan meletakkan majoriti sebagai baik dan buruk (hasan wa qabih). Di sisi lain, pengundi yang terikat dengan akad wakalah (kepada wakil yang dipilihnya) termasuk para pelaku syubhat. Begitu juga dengan para pejuangn yang mempropagandakan Demokrasi di mana-mana. Apa yang lebih buruk adalah jika ada yang mengatakan bahawa Demokrasi itu adalah wajib dan boleh, bahkan berdosa bagi sesiapa sahaja yang tidak memperjuangkannya. Naudzubillah Min dzalik!


Bagaimana pula dengan hukum belajar di dalam sistem pendidikan sekular?


Seperti mana perbuatan-perbuatan lain, perbuatan belajar juga perlu diukur pada kedudukan perbuatan itu sendiri. Memang benar, kita hidup di dalam sebuah negara yang berteraskan demokrasi, namun apakah kita juga mengamalkan demokrasi hanya kerana kita belajar di dalam sistem pendidikannya? Tentu sekali tidak! Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti muamalat lainnya. Tidak boleh terus dihukum sebagai melakukan maksiat demokrasi hanya kerana kita hidup di dalam negara demokrasi. Belajar is belajar. Hukumnya fardu ain, dan tiada siapa yang mempertikaikannya. Kecuali jika belajar sesuatu yang dilarang syariat seperti belajar ilmu hitam, dan ia jelas-jelas mensyirikkan Allah dan tergolong dosa besar.

Huru-hara umat Islam di Malaysia ini akibat sebahagian mereka yang mengatakan memperjuangkan Islam tetapi mengamalkan ideologi kafir (demokrasi).

Wallahu’alam…

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com