Pray For MH370

Pray For MH370

CEGAH SEBELUM KENA, KALAU DAH PARAH BUKAN PENCEGAHAN NAMANYA

Kualiti udara dianggap tidak sihat apabila bacaannya 101 hingga 200; amat sangat tidak sihat (201 hingga 300); dan berbahaya jika melepasi 300.


Jerebu: Cheras, Pelabuhan Klang di tahap tidak sihat



Jun 12, 09 4:51pm

Tahap pencemaran udara di Lembah Klang semakin buruk dalam tempoh 24 jam lalu, yang menjejaskan kawasan yang padat penduduk.

Bacaan indeks pencemaran udara di Pelabuhan Klang adalah 138 berbanding 125 sebelum jam 11 pagi ini.

Bacaannya di Cheras pula ialah 107.

Manakala 30 kawasan lagi diklasifikasikan di bawah bacaan sederhana, termasuk di Nilai, Petaling Jaya, Kajang Country Heights, Shah Alam, Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur.

bm version haze air pollution hot spot map update 12 june 120609Kuching pula mencatatkan bacaan terbaik, diikuti Kangar dan Sandaran pada 28.

Bacaan antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana.

Kualiti udara dianggap tidak sihat apabila bacaannya 101 hingga 200, amat sangat tidak sihat (201 hingga 300) dan merbahaya jika melepasi 300.

Indeks tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Bacaan seterusnya akan dikeluarkan selepas jam 5 petang..

Pada masa lalu, pembakaran terbuka hutan di Sumatra Indonesia dikatakan menjadi punca jerebu di negara-negara jirannya.

Sehingga semalam, 98 tompok panas dikesan di Sumatra.

Bagaimanapun, pada jam 4.30 petang ini, jumlah tompok panas tersebut telah berkurangan kepada 49 di Sumatra.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Pemakaian Topeng Muka Masih Belum Perlu - JAS


Orang ramai yang tinggal di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat ini belum perlu memakai topeng muka, kata Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Rosnani Ibarahim hari ini.

"Pihak JAS akan memberi arahan selanjutnya sekiranya dirasakan pemakaian topeng itu diperlukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak JAS akan meneruskan langkah-langkah pemantauan kualiti udara yang kerap di setiap lokasi di Malaysia dan bersiap sedia untuk menangani masalah tersebut.

Di SHAH ALAM, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong berkata berikutan IPU di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan lebih 125 pagi ini, Selangor kini dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku peningkatan.

Wong berkata, situasi itu akan dipantau dalam tempoh 72 jam akan datang oleh JAS Selangor sebelum sebarang keputusan dibuat.

Kualiti udara dianggap tidak sihat apabila bacaannya 101 hingga 200; amat sangat tidak sihat (201 hingga 300); dan berbahaya jika melepasi 300.

"Apabila bacaan IPU melebihi 100, ia menandakan kualiti udara tidak sihat dan jika bacaan itu kekal atau terus meningkat dalam tempoh 72 jam, Ibu Pejabat JAS di Putrajaya akan membuat pengumuman dan mengenakan sekatan pada industri tertentu.

"Antara tindakan yang mungkin dibuat termasuk mengarahkan semburan air dilakukan di kawasan industri atau mengarahkan sesetengah mesin tidak beroperasi bagi mengelakkan pencemaran udara," katanya dalam sidang media.

Wong berkata pada masa ini kerajaan Selangor, pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat sedang memantau sebarang aktiviti pembakaran terbuka di seluruh negeri itu dan akan mendakwa mana-mana pihak atau individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka.

"Denda yang boleh dikenakan ialah maksimum RM500,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Wong meminta penduduk di Selangor sentiasa berwaspada dan jika terlihat pembakaran terbuka sama ada di rumah jiran atau di lebuh raya, mereka diminta melaporkan segera bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan sewajarnya.

Wong memuji kepantasan pasukan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di beberapa kawasan titik panas di Selangor selain kawasan tanah gambut seperti di Kampung Johan Setia, Klang yang sentiasa dipantau dengan lebih baik berbanding tahun lepas.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sudah membekukan cuti anggota mereka untuk memastikan kesihatan penduduk Selangor terjamin.

"Walaupun jerebu ini berpunca daripada titik panas di Sumatera, Indonesia, ada juga beberapa kawasan di Selangor yang kini mengalami pembakaran terbuka termasuk di kawasan seluas 20 hektar di sekitar Lebuh Raya Elite; di Jalan Kebun, Klang; dan di Hutan Rizab Kuala Langat pada keluasan 20 hektar, tetapi berjaya dikurangkan ke 16 hektar, semalam oleh pihak Bomba," katanya.

-- BERNAMA

Comments :

0 comments to “CEGAH SEBELUM KENA, KALAU DAH PARAH BUKAN PENCEGAHAN NAMANYA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com