RM13,000 hadiah menanti pencipta lagu tema SPIES
Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Pertandingan ini meliputi kategori lagu terbaik dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000; lirik terbaik, RM5,000; vokal terbaik, RM2,000; persembahan terbaik, RM1,000 dan disertakan dengan sebuah piala iringan.
Pertandingan ini akan bermula iaitu tarikh hantar lagu pada 24 Julai ini dan pertandingan akan diadakan pada 16 Ogos 2009.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik.
"Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.
"Menyebarluaskan kempen program ini dan elemen-elemen SPIES dapat dihayati serta menjadikan ia dekat dihati rakyat negeri ini.
"Selain itu, penggunaan muzik sebagai salah satu kaedah dalam penyampaian inti pati program mampu menarik minat orang ramai. Oleh itu, kepada mereka yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah menghubungi pihak sektretariat pertandingan," ujarnya.
Sekretariat Pertandingan Mencipta Lagu Tema SPIES, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, 23 Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Center, 40100, Shah Alam atau hubungi di talian 0355121352 fax 0355131351, event@nasyeed.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
mns/Muhammad Arif Ismail/HARAKAHDAILY_
GANJARAN WANG TUNAI MENCIPTA LAGU TEMA S.P.I.E.S
Labels:
MODAL INSAN,
SPIES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam YB-Dr,
HOOHH!! Sebelum tu cepatkanlah proses membayar gaji tenaga kerja yang terlibat dalam PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR tu!
Dah dua bulan depa kerja dan ngajor takde gaji..takkan BIROKRASI pun lembab macam BN dulu? Haritu kemain kutuk BN, sekarang macamana dengan pengurusan?
Selanjutnya klik disini http://kulupsakah.blogspot.com/2009/06/bayor-dulu-gaji-weh.html
Dan jangan lupa baca semua komen2 yang ada di situ.
Ramai yang dah bosan dengan pentadbiran kerajaan Khalid Ibrahim sekarang ni.
Rasanya PRU-13 nanti... PR akan lingkup.
Terima kasih kerana memberi maklum balas.
Sayatelah komen di blog saudara.
Wassallam.