Pray For MH370

Pray For MH370

PERLANTIKAN BARU SETIAUSAHA AGUNG DAN KETUA PENERANGAN PAS

Dato' Mustafa Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar, Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.
Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dilantik Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik. Sdr Anuar Tahir, timbalan ketua PAS Perak Asmuni Awi dan timbalan ketua PAS Sabah Ahmad Dolla juga dilantik sebagai AJK PAS Pusat.


*Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

*Mustafa Ali Setiausaha Agung Baru PAS

Presiden PAS umum saf kepimpinan baru

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.

Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.

Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.

Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

ImageBekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.

Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula.

tmj/tajdid/Irwan Muhamad Zain/Foto Wan Zahari Wan Salleh /harakahdaily
------------------------------------------------------------------------------------
Mustafa Ali Setiausaha Agung Baru PAS

Datuk Mustafa Ali dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang tidak mahu dilantik semula memegang jawatan itu.

Keputusan melantik Mustafa, yang sebelum ini adalah pengarah pilihan raya PAS dibuat pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti hari ini, yang pertama selepas pemilihan PAS pada hujung minggu lepas.

Timbalan presiden parti Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi berkata mesyuarat itu yang diadakan di ibu pejabat parti di sini juga melantik Datuk Husam Musa, Datuk Abdul Halim Abdul dan Mohamad Sabu sebagai anggota jawatankuasa pusat parti.

Pemimpin wanita yang dilantik ialah Wan Ubaidah Omar dan anggota Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud, bersama-sama seorang lagi pemimpin wanita Dr Lo'Lo' Ghazali yang dipilih sebagai anggota jawatankuasa semasa pemilihan parti tersebut.

Kedua-dua Husam dan Mohamad tidak mempertahankan jawatan naib presiden sebelum ini apabila mereka mencabar Nasharudin pada pemilihan parti yang menyaksikan Nasharudin mengekalkan jawatannya.

Husam diberi tanggngjawab dengan strategi dan perancangan parti, sementara Abdul Halim, yang gagal mendapat tempat sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat parti pada pemilihan itu, dilantik sebagai pengarah pilihan raya PAS yang baru.

Parti itu juga melantik Idris Ahmad sebagai ketua penerangan parti yang baru menggantikan Datuk Mahfuz Omar, yang kini salah seorang daripada tiga naib presiden parti.

PAS bagaimanapun mengekalkan Dr Hatta Ramli sebagai bendahari agung.

Juga dilantik semula sebagai anggota jawatanuasa kerja pusat ialah Anuar Tahir, timbalan ketua PAS Perak Asmuni Awi dan timbalan ketua PAS Sabah Ahmad Dolla.

Satu-satunya muka baru pada jawatankuasa itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Negeri Sembilan Mohamad Taufek Ghani.

Ketika dihubungi, Kamaruddin berkata beliau memilih untuk tidak memegang jawatan setiausaha agung disebabkan alasan peribadi dan telah memaklumkan keputusannya itu lebih awal kepada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kamaruddin yang dilantik sebagai setiausaha agung PAS sejak Jun 2005, bagaimanapun akan kekal sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat yang dipilih.

Senarai itu pada mulanya diumumkan oleh Abdul Hadi selepas mesyaurat jawatankuasa itu selama tiga jam.

-BERNAMA

Comments :

0 comments to “PERLANTIKAN BARU SETIAUSAHA AGUNG DAN KETUA PENERANGAN PAS”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com