RM13,000 hadiah menanti pencipta lagu tema SPIES
Kerajaan negeri Selangor menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM13,000 dalam pertandingan mencipta lagu tema 'Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social (SPIES) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Pertandingan ini meliputi kategori lagu terbaik dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM5,000; lirik terbaik, RM5,000; vokal terbaik, RM2,000; persembahan terbaik, RM1,000 dan disertakan dengan sebuah piala iringan.
Pertandingan ini akan bermula iaitu tarikh hantar lagu pada 24 Julai ini dan pertandingan akan diadakan pada 16 Ogos 2009.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, SPIES merupakan satu program pembangunan modal insan yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat cemerlang secara holistik.
"Sejajar dengan itu, Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa ini akan menganjurkan pertandingan mencipta lagu tema SPIES yang diadakan bertujuan untuk memilih lagu yang boleh merumuskan dan menghidupkan SPIES sebagai dasar pembangunan insan negeri Selangor.
"Menyebarluaskan kempen program ini dan elemen-elemen SPIES dapat dihayati serta menjadikan ia dekat dihati rakyat negeri ini.
"Selain itu, penggunaan muzik sebagai salah satu kaedah dalam penyampaian inti pati program mampu menarik minat orang ramai. Oleh itu, kepada mereka yang berminat menyertai pertandingan ini bolehlah menghubungi pihak sektretariat pertandingan," ujarnya.
Sekretariat Pertandingan Mencipta Lagu Tema SPIES, Nasyeed Edutainment Sdn Bhd, 23 Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Center, 40100, Shah Alam atau hubungi di talian 0355121352 fax 0355131351, event@nasyeed.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
mns/Muhammad Arif Ismail/HARAKAHDAILY_
GANJARAN WANG TUNAI MENCIPTA LAGU TEMA S.P.I.E.S
PORTAL PROGRAM MODAL INSAN S.P.I.E.S DILANCARKAN

Selangor Lancar Portal S.P.I.E.S.
Kerajaan Negeri Selangor tidak ketinggalan dalam usaha memanfaatkan setiap perkembangan dan kegunaan teknologi bagi melancarkan serta menyebarluaskan maklumat kepada orang awam khususnya
rakyat di negeri yang maju ini.
Antara perkembangan mutakhir teknologi internet dan web, termasuklah penggunaan konsep portal dan laman web yang lebih dinamik dan interaktif.
Tambahan pula, ketika ini semakin banyak aplikasi dan modul-modul laman web yang sofistikated dan serasi dengan letusan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malah konsep ICT itu sendiri kini semakin bersilih ganti dengan konsep Sains Teknologi dan Inovasi atau “STI”, bergantung pada peranan dan keperluan.
“Laman web S.P.I.E.S. merupakan antara contoh yang terbaik, yang dibangunkan berasaskan konsep portal dan laman web terkini yang lebih dinamik, interaktif, mesra pengguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih efisien, bersesuaian dengan kehendak semasa”, kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika majlis pelancaran laman web SPIES Negeri Selangor di Bilik Gerakan, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini petang tadi.
Dalam pada itu, “S.P.I.E.S” merupakan singkatan bagi konsep-konsep Spritual, Physical, Intellectual, Emotional, dan Social (Kerohanian, Jasmani, Cendekiawan, Emosi dan Kemasyarakatan atau Sosial) yang juga diinspirasikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Hjh Dr. Halimah Ali.
Abdul Khalid berharap agar laman web S.P.I.E.S ini dapat berperanan sebagai pusat sehenti atau “One Stop Centre” terhadap pelbagai maklumat dan kandungan berkaitan dengan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai dengan mudah.
Antara maklumat umum berkaitan S.P.I.E.S. yang boleh dicapai sekarang termasuklah berita-berita serta progam-program terkini yang berjaya dilaksanakan menerusi Standco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Laman web ini dilengkapi galeri gambar, multimedia, video-video menarik serta forum yang membolehkan masyarakat umum berinteraksi atau memberi maklum balas, berkongsi idea dan pendapat.
Di samping itu, dengan pelancaran laman web ini, secara tidak langsung dapatlah Sekretariat Program S.P.I.E.S. menampilkan dan menyebarluaskan pelbagai aktiviti yang berhubung kait dengan pembangunan modal insan.
Dan perkara yang lebih penting lagi ia membolehkan penyaluran maklumat dan penyertaan interaktif kepada pihak awam, khususnya rakyat negeri Selangor.
Justeru, diharapkan laman web S.P.I.E.S ini dapat memberikan pelbagai maklumat kepada masyarakat umum tentang tanggungjawab dan rancangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor dalam usaha melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik dan bersepadu melalui pelbagai program yang sedang dilaksanakan serta yang bakal direncanakan.
Golongan belia muda boleh mengikuti dan mendapatkan perkembangan semasa aktiviti dan program yang sudah diaturkan Kerajaan Negeri Selangor dengan melayari laman webnya di alamat spies.selangor.gov.my
MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/selangorkini online
PROJEK PERMATA TUKAR JADI KACA KERANA SILAP FORMULA

Tanpa merujuk kepada pakar pertanian atau penternakan, para petani atau penternak akan sebulat suara menjawab "baka" apabila diajukan soalan: " apa faktor utama dalam pembiakan/ kesuburan tanaman atau haiwan?"

Soalan kedua: Pentingkah persekitaran/iklim yang baik untuk tanaman atau binatang ternak? Tanpa berfikir panjang para peladang dan penternak akan berkata "YA".
Jikalau tumbuh-tumbuhan serta haiwan memerlukan baka atau benih yang "hebat/cemerlang/kualiti tinggi", inikan pula manusia yang dikurnikan akal fikiran untuk memilih kaedah atau jalan yang baik/selamat/ sejahtera dalam menentukan generasi mendatang.
Jikalau haiwan dan tumbuh-tumbuhan perlu dijaga, diawasi, dibaja dan dilindungi dari makhluk perosak dan binatang buas, inikan pula kanak-kanak yang sedang membesar dan bergantung penuh kepada kedua ibu bapa serta anggota masyarakat yang lain.
Tetapi kenapa insan memilih pasangan yang kurang cemerlang dari semua sudut untuk mengembangkan zuriat serta anak cucunya? Kenapa proses pemilihan suami atau isteri tidak dilakukan secara professional dan saintifik, mungkin hanya memberi 20% - 30% faktor seperti paras rupa atau emosi (cinta).
Anda bacalah sendiri, fikirankan masak-masak serta bincangkan laporan Bernama mengenai teks ucapan DS Najib berjudul "Membangunkan Modal Insan dengan Kanak-kanak" pada
Persidangan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Antarabangsa Malaysia yang diadakan di KL berlangsung selama tiga hari. Juga mampukah kurikulum PERMATA yang mana penaung program ialah Datin Seri Rosmah Mansor sendiri merubah masyarakat Malaysia akan datang setelah beratus juta dibelanjakan.
Pembangunan Harus Bermula Dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Memajukan negara dan rakyatnya hendaklah bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Setiap kanak-kanak itu bernilai dan kanak-kanak adalah aset kepada masyarakat. Mereka adalah sumber paling bernilai negara. Saya percaya membangunkan sesebuah negara dan rakyatnya bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak," katanya semasa merasmikan Persidangan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Antarabangsa Malaysia mengenai "Membangunkan Modal Insan dengan Kanak-kanak" di sini Selasa.
Turut hadir ialah isteri Najib yang juga penaung program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Perdana Menteri Pakistan Begum Fauzia Yousaf Raza Gilani; wanita pertama Zambia, Thandiwe Banda; dan isteri Timbalan Perdana Menteri Tetap Laos Bounkongmany Lengsarad.
Najib berkata adalah menjadi tugas ibu bapa untuk menentukan kanak-kanak mempunyai peluang untuk berkembang, dan menjadi tanggungjawab kerajaan pula membantu ibu bapa membimbing potensi ini menuju kejayaan.
"Dalam mengembangkan potensi seseorang kanak-kanak, kita sebenarnya membangunkan modal insan kanak-kanak dan juga negara.
"Dalam melaksanakan tugas ini, kita membolehkan kanak-kanak itu berkembang secara holistik agar ia dilengkapi dengan kebolehan, ilmu dan kemahiran untuk menjadi anggota negara yang produktif," ujar beliau.
Najib berkata peranan keluarga diiktiraf sebagai amat genting dalam membentuk dan membina kanak-kanak menjadi warga yang berguna dan perkasa.
"Saya ingin menegaskan lagi tanggungjawab penting keluarga terhadap pembangunan insan dan pembinaan nilai-nilai budaya, moral dan sosial anak-anak mereka.
"Bimbingan ibu bapa paling kerap dalam bentuk menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh kanak-kanak, dan ini paling baik dilakukan pada usia awal kanak-kanak," kata beliau.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pakar-pakar ekonomi sudah lama mempercayai bahawa pelaburan dalam pendidikan awal adalah strategi yang baik dalam membangunkan modal insan yang sebaliknya menjadi sumber penting bagi pertumbuhan ekonomi.
"Kanak-kanak adalah generasi masa depan yang mempunyai potensi untuk mengendali ekonomi negara sebagai pemimpin, inovator, usahawan, penyelidik dan pakar ekonomi," kata beliau.
Beliau berkata cabaran sekarang ialah untuk bekerjasama bagi menentukan semua kanak-kanak mendapat permulaan hidup sebaik mungkin menerusi penjagaan dan pembelajaran yang berkualiti pada tahun-tahun paling awal oleh kerana faedah pada pelaburan ini akan dapat dilihat pada tahun-tahun mendatang kehidupan mereka.
Beliau berkata kerajaan juga mengenalpasti bahawa aksesibiliti dan kemampuan merupakan isu utama berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Katanya, kerajaan telah memberi pengurangan cukai 10 peratus setahun kepada majikan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja atas kos penubuhan pusat bagi tempoh 10 tahun sebagai insentif.
"Agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja akan diberi geran RM80,000 untuk renovasi dan kelengkapan perabot.
"Saya ingin menggesa sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka dengan mengadakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk pekerja mereka," kata beliau.
Najib berkata, sehubungan itu kerajaan kini telah menggubal Dasar Kebangsaan bagi Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak dan telah menerima kurikulum Permata sebagai prinsip panduan untuk kurikulum kebangsaan.
Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk memulakan projek permata ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak ker ajaan dan badan-badan berkanun dan tambahan RM150 juta diperuntukkan kepada Permata bagi melicinkan pelaksanaannya.
"Saya difahamkan pada penghujung tahun ini, lebih daripada 300 pusat penjagaan kanak-kanak akan dimulakan sebagai pusat Permata.
"Walaupun penerimaan pakai kurikulum Permata belum diwajibkan di peringkat nasional, namun saya ingin menggalakkan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak swasta mula menggunakannya," kata beliau.
Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta bagi projek percubaan Permata di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan dalam tempoh dua tahun, Permata telahpun menubuhkan 14 pusat di seluruh negara.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
Kanak-Kanak Permata Lebih Ke Hadapan Berbanding Rakan Sebaya
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kanak-kanak di bawah projek perintis Permata Negara terbukti sekurang-kurangnya setahun lebih ke hadapan kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa perkara termasuk kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran komunikasi, kata penaung program itu Datin Seri Rosmah Mansor.
"Sepanjang pelaksanaan, projek itu dipantau dan dinilai keberkesanannya," katanya pada majlis perasmian Persidangan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa Malaysia yang bertemakan "Membangunkan Modal Insan dengan Kanak-Kanak" di sini malam Selasa.
Persidangan tiga hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, isteri Perdana Menteri Pakistan Begum Fauzia Yousaf Raza Gilani, wanita pertama Zambia.
Thandiwe Banda dan isteri Timbalan Perdana Menteri Tetap Laos Bounkongmany Lengsarad.
Mengimbas pelaksanaan projek itu, Rosmah berkata satu kertas kerja yang menggariskan cadangan itu dibentangkan kepada Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, pada Februari 2006.
"Idea itu diterima dan seterusnya dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan dan oleh itu lahirlah projek perintis Permata Negara, dilancarkan di 14 lokasi dengan kurikulum dan latihan guru dirancang Universiti Pendidikan Sultan Idris," katanya.
Kira-kira 600 peserta dengan lebih 250 peserta antarabangsa dari 41 negara menghadiri persidangan anjuran Persatuan Kebangsaan bagi Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Unicef.
BERNAMA
JENAYAH JUVANA SILAP SIAPA:BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG
KISAH BENAR KEHEBATAN MELAYU ASPEK 5B
LAKUKANLAH JIKA ANDA HILANG PERASAAN MALU
STATISTIK PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA


