Pray For MH370

Pray For MH370

NASIB PENJAWAT AWAM YANG BAWA PULANG HANYA 40% GAJI BULANAN

Penjawat Awam Terima Gaji Bersih Tak Sampai Separuh


KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya kepada Bernama.

Ahmad Shah berkata ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya. Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.

"Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan adalah satu tanggapan salah," katanya.

Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Muhammad Shaani berkata jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu.


Sajad Hussein/BERNAMA

Comments :

0 comments to “NASIB PENJAWAT AWAM YANG BAWA PULANG HANYA 40% GAJI BULANAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 months ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    11 months ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket

Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com