Pray For MH370

Pray For MH370

KEGAGALAN KITA MENUNAIKAN AMANAH KERANA ....

PANDANGAN SAYA


Saya membaca berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar bertajuk “Pesakit Aids Islam berlindung di gereja” bertarikh 17 Julai dengan penuh terharu dan terkejut.

Terharu kerana gereja di Selangor berjaya memberikan perlindungan kepada semua pihak termasuk pesakit Aids Islam untuk berlindung di tempat mereka selepas disisihkan keluarga sendiri.

Saya terkejut kerana berita ini dengan jelas mendedahkan kelemahan institusi Islam termasuk masjid dan NGO sehingga penganut Islam sendiri terpaksa mencari perlindungan di gereja selepas mereka terkena Aids.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru semua badan-badan Islam khasnya institusi masjid, NGO Islam, Jabatan Agama Islam negeri dan lain-lain badan Islam menjadikan berita ini sebagai satu amaran. Jika mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka akan ada pihak lain yang akan mengambilalihnya.

Selaku Exco kerajaan negeri Selangor, saya menyeru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengkaji kes ini dengan baik dan mendatangkan satu penyelesaian jangka panjang agar peristiwa sebegini tidak berlaku lagi.

Ini kerana, apa yang berlaku melambangkan kegagalan kita orang dan badan-badan Islam untuk memberikan khidmat kepada umat kita sendiri sehingga mereka terpaksa menagih simpati dan khidmat dari pihak lain.

Dr Halimah Ali

Exco Kerajaan Negeri Selangor

Pada 18 Julai 2009

Comments :

0 comments to “KEGAGALAN KITA MENUNAIKAN AMANAH KERANA ....”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com