Pray For MH370

Pray For MH370

SPRM GUNA TEKNIK "KOTOR" UNTUK DAPAT MAKLUMAT SERTA PENGAKUAN

Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...Kata Tan

Jul 17, 09 /4:35pm

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam.

Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.

Andrew Ong/malaysiakini

Comments :

4 comments to “SPRM GUNA TEKNIK "KOTOR" UNTUK DAPAT MAKLUMAT SERTA PENGAKUAN”
Anonymous said...
on 

YB tolong puan jangan jadi tali barut DAP. kita blogger islam ada matlamat bukan somborono je. dah tentu apa yang terjadi kerja gengster selangor. takkan SPRM kalau nak bunuh campak dibangunan sendiri. mana akal kita yang waras. harap kita henti jadi palaci cina. kepada adun pas selangor apalagi buat sesuatu untuk selamatkan selangor. perjuangan kita berpandukan iman dan akal bukan semata-mata untuk parti. elakkan selangor jadi DARUL GANGSTER.
Nasib baik Dr Zambri amek Perak awal-awal, kalau tak Perak would also be ruled by GENGSTER.

Anonymous said...
on 

Teoh looked "tired" says man who saw him last

By Maria J.Dass/sun2surf /Sat 18 July 2009



SHAH ALAM (July 17, 2009) : A flag supplier who was one of the last persons to see Teoh Beng Hock alive at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office yesterday morning said the political aide to Selangor exco Ean Yong Hian Wah was hunched over and looked tired.

Tan Boon Wah, who is also a Kajang municipal councillor, was being interrogated by the MACC over the supply of flags for the Merdeka programme, about the same time Teoh was there.

At a press conference today, Tan told reporters he last saw Teoh at 6am in the pantry when he went for a toilet break during the interrogation, which took place from 10pm on Wednesay until 1.35pm yesterday. Also at the press conference was Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim and several Pakatan Rakyat state assemblymen.

Tan described his interrogation ordeal at the hands of MACC officers, whom he alleged forced him to stand for four hours while they questioned him.

"Four MACC officers came to my house at Bandar Mahkota Cheras at 8pm on July 15 and took me to their office in Plaza Masalam," Tan said.

"When we got there, they asked me to wait in a room which had a cabinet and a broken chair on which I was told to sit. At about 10pm, two officers came in and told me to stand up.

"(One of the officers) then told me to stand in attention and look straight ahead before questioning me about my family," said Tan, who added that he was forced to keep standing for four hours.

Tan said the officer told him that he was now in their territory, and that (the officer) had the power to beat him up.

"The officer pointed a finger right between my eyes and asked, 'Don't you love your wife and kids? Do you want us to bring in your wife too? Then there will be no one to look after your kids, or maybe we can bring them in too'," Tan said.

Tan said he was also taunted about his job as a local councillor and accused of using public funds for his own gains.

"They also threatened to strip me several times, but I would not allow it," he said.

An MACC officer also warned Tan not to disclose what happened during the interrogation because it would "cause you a lot of problems" and "cause me a lot of problems".

The councillor said the queries were focussed on the supply of 1,500 small flags at a cost of RM2,400 to Ean Yong for use during Merdeka programme organised by the latter’s office last year. Tan said the officers had insinuated that he never supplied the flags although the money was paid to him.

Tan said he was allowed to take a drink at 2am. He said the officers were nicer in the morning and brought him breakfast.

He added that he saw Teoh at the pantry on his way to the toilet at 6am.

The councillor said he was finally released at 1.35pm and told to return with the relevant receipts and documents on July 20.

Attempts by theSun to get the MACC to comment on the allegations were unsuccessful.

Unknown said...
on 

17 Julai, 2009 18:41 PM

Ketua Panel Gesa Prosedur Siasatan MACC Dikaji Semula

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pengerusi sebuah daripada lima panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) menggesa supaya dikaji semula dengan segera prosedur soal-siasat ekoran kematian seorang pembantu kepada ahli politik Selangor semalam.

Tan Sri Ramon Navaratnam, yang mempengerusikan Panel Pencegahan Rasuah dan Perundingan, Jumaat berkata beliau "rasa terganggu dan amat kecewa" mendapati MACC bertindak menyoal-siasat orang hingga lewat malam dan awal pagi berikutnya.

Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Ean-Yong Hian Wah, dijumpai mati di bangunan MACC di Shah Alam selepas seorang pegawai MACC selesai merekodkan kenyataannya pada 3.45 pagi berhubung siasatan mengenai pengagihan dana.

Beliau telah dibawa ke pejabat MACC di tingkat 14 Plaza Masalam pada jam 5 petang hari Rabu dan mayatnya ditemui tengah hari semalam di balkoni sebuah syarikat perkapalan di tingkat lima.

Navaratnam berkata: "Siasatan sepatutnya tamat jauh lebih awal sebelum tengah malam bagi membolehkan lelaki berkenaan rehat sebelum diteruskan pagi berikutnya. Tidak ada orang normal dapat bertahan dengan tekanan mental dan fizikal sedemikian".

"Tekanan teruk ini ke atas individu berkenaan mungkin menyebabkan beliau membunuh diri dengan cukup tragik. Kematiannya tragik dan tidak seharusnya berlaku," kata beliau.

Navaratnam juga menggesa dijalankan siasatan awam penuh dan terbuka demi mencari kebenaran tentang keadaan yang menyebabkan kematian Teoh dengan mereka yang terbabit disiasat dan diminta bertanggungjawab sepenuhnya.

Beliau berkata penyusunan semula juga diperlukan bagi menambah baik pentadbiran MACC dan menjadikannya lebih berkesan dan responsif terhadap ekspektasi rakyat untuk standard yang lebih tinggi.

"Semakin sukar bagi Panel MACC saya untuk mencapai prestasi lebih baik oleh kerana peristiwa buruk seperti kematian Teoh akan memburukkan lagi persepsi prestasi MACC, sekalipun terdapat khidmat dedikasi kebanyakan pegawainya," kata beliau.

Beliau berkata usaha menentang rasuah hanya akan berjaya menerusi keazaman politik kerajaan dan sokongan orang ramai.

-- BERNAMA

Unknown said...
on 

Civil societies call for Royal Commission into Teoh's death
Tan Yi Liang

PETALING JAYA (July 17, 2009) : A royal commission should be set up to investigate the recent death of Teoh Beng Hock, said a group of civil societies.

"We call for the establishment of a Royal Commission of Inquiry to independentlyand thoroughly investigate the incident and include in its terms of reference the key issue of whether the present command and power structure of the Malaysian Anti- Corruption Commission (MACC) has played a role in this tragic incident," said a statement issued by them today.

The statement, which was signed by representatives of 16 civil society organisations also called for the suspension of national MACC chief Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Selangor chief Moh Samsudin Yusuf and all officers involved in the death of the political secretary to Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah.

"No one should die because of politics, no one – to our knowledge – has directly died at the hand of a government institution because of politics since the Kampung Memali incident in 1985," added the statement, which denounced the MACC investigation as a "politically motivated" one.

Among those who signed the statement were Bar Council president Ragunath Kesavan, V Gayathry, executive director of the Centre for Independent Journalism, Maria Chin Abdulah, executive director of Empower, Dr Lim Teck Ghee of the Centre for Policy Initiatives and Wong Chin Huat (Writer Alliance for Media Independence).

Another group which is supporting the call for a Royal Commission of Inquiry into Teoh's death isTenaganita. It's director, Irene Fernandez in a statement said neither the MACC nor the police should be involved in the inquiry as there was a need for an impartial party to investigate Teoh's death.

Sun2surf

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com