Kenyataan umum berkaitan isu-isu pentadbiran hal ehwal agama Islam dan arahan kepada Pegawai Agama dan Pegawai Masjid hanya boleh dikeluarkan oleh Pengerusi MAIS, Setiausaha MAIS ataupun Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.
Lima pihak berkuasa agama berperanan dalam pentadbiran hal-ehwal Islam di negeri Selangor iaitu Sultan Selangor, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Mahkamah Syariah dan JAIS.
MAIS Keluar Garis Panduan Kawal Kenyataan Umum Berkaitan Hal-ehwal Islam
SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan garis panduan untuk mengawal sebarang kenyataan umum yang dikeluarkan kepada media berhubung isu-isu berkaitan agama Islam di negeri Selangor.
Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata segala kenyataan umum berkaitan isu-isu pentadbiran hal ehwal agama Islam dan arahan kepada Pegawai Agama dan Pegawai Masjid hanya boleh dikeluarkan oleh Pengerusi MAIS, Setiausaha MAIS ataupun Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sahaja.
"Mana-mana orang atau pihak selain daripada Pengerusi MAIS dan Setiausaha MAIS ataupun Pengarah JAIS yang ingin membuat kenyataan umum hendaklah mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi MAIS.
"Garis panduan ini telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan terpakai di dalam negeri Selangor bagi sebarang kenyataan umum berkaitan agama Islam yang dikeluarkan di negeri itu," kata beliau dalam satu kenyataan.
Terdapat lima pihak berkuasa agama yang berperanan dalam pentadbiran hal-ehwal Islam di negeri Selangor iaitu Sultan Selangor, MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Mahkamah Syariah dan JAIS.
BERNAMA
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) KELUAR GARIS PANDUAN PERIHAL KENYATAAN UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment