Pray For MH370

Pray For MH370

TANGKAP BASAH SUATU TINDAKAN ZALIM!: SETUJU ATAU TIDAK?


Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan tangkapan pihak berkuasa Agama atas alasan bahawa "pihak berkuasa harus mengambil kaedah atau pendekatan menasihati pasangan berkhalwat dan pelaku maksiat yang lain". Ingin saya ajukan soalan di sini kepada pihak-pihak yang menggunakan pendekatan berdakwah kepada pelaku khalwat. Sebagai seorang Muslim di negara umat Islam yang mempunyai kefahaman asas tentang Islam lantaran sudah menjadi pengetahuan am semua kaum di negara ini bahawa berkhalwat atau berdua-duan dalam keadaan yang mencurigakan adalah salah di sisi perundangan Islam , adakah perlu lagi prosedur amaran pertama, kedua dan seterusnya.

Saya fikir di negara kita apabila di sebut berkhalwat, orang ramai telah mempunyai gambaran di fikiran mereka apa yang berlaku. Cuba kita bayangkan van Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiba-tiba meluncur masuk ke kawasan di mana terdapat "pasangan yang berpelukan atau sedang melakukan aksi menjolok mata". Apa akan berlaku? Yang mana sedang berbuat sesuatu terus kaku berhenti setakat itu. Mungkin akan ada buat-buat bangun menuju ke tempat lain, berpindah tempat, 'start' motosikal dan cabut. Paling tidakpun akan tersipu-sipu malu. Kenapa mereka tidak meneruskan aksi mereka, usah hiraukan kehadhiran Pegawai JAIS dan buat macam biasa sahaja? Salah satu sebab ialah kerana mereka tahu dan faham bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang salah di sisi agama, yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Sila lihat reaksi tersipu-sipu apabila pasangan tahu aksi mereka dirakam oleh CCTV, videocam atau digital camera.









Mungkin pasangan yang ditangkap atau dijumpai mengaku bersalah dan merayu agar tidak dibawa ke tengah, mengaku sudah insaf dan mahu bertaubat. Dalam senario begini pihak Pegawai Jabatan Agama lebih arif tentang tindakan selanjutnya. Kita umat Islam kena jelas tentang konsep "amal bil makruf wan nahyu 'anil munkar". Ada masanya kita mesti hukum pesalah agar ia menjadi peringatan serta "sempadan" kepada yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Jika tidak, maksiat akan berleluasa dan merebak seperti kanser payu dara.

Kita bukan suka-suka sengaja hendak mencari "salah orang" atau " orang salah" tetapi IA ADALAH arahan Allah SWT dan jika tidak dilaksanakan kita mengundang kemurkaan serta bala' dari ALlah yang jika turun tidak mengira siapa yang buat atau siapa yang tak buat. Semua akan kena. Jadi diwajibkan mesti ada golongan yang mencegah yang maksiat, munkar, perbuatan keji serta jelek. Tugas ini terpikul di bahu/pundak PEMERINTAH, pemimpin, ketua, penyelia, bos, ibu bapa, jiran dan keseluruhan lapisan masyarakat. Sila rujuk banyak ayat Al Quran serta Hadith Sahih tentang tanggungjawab, arahan, saranan, amaran , ganjaran, kepentingan "menjaga tepi kain orang" bawahan, tanggungan, atau mas'uliah kita.

Pihak berwajib bertanggungjawab bukan suka-suka sengaja meronda tempat atau sarang maksiat, kalau-kalau ada muda mudi berkhalwat. Kakitangan Jabatan Agama bukan berniat "siapa aku nak tangkap hari ini biar padan muka mak bapak dia biar malu bila kena tangkap basah nanti". Kakitangan Jabatan Agama membuat rondaan tempat yang banyak maksiat berlaku agar TIDAK ADA MAKSIAT DILAKUKAN SECARA TERANG-TERANGAN. Apabila tiada tindakan dibuat terhadap maksiat yang dilakukan di tempat awam, hal ini mengalakkan lagi individu untuk berbuat demikian. "Ya ini tempat selamat. Kita boleh buat apa kita suka. Ajak kawan-kawan/member lain. Tengok. Semua kereta rosak di sini."


Khalwat di rumah sendiri

KUANTAN: Seorang remaja perempuan lepasan sekolah menengah di Alor Akar, di sini, mengambil kesempatan daripada ketiadaan ibu bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelaki ke rumah.

Tindakan remaja berusia 18 tahun itu yang beberapa kali dilakukan sehingga menimbulkan rasa kurang senang jiran akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), petang kelmarin.

Difahamkan, Jaip bertindak selepas mendapat aduan jiran yang melihat teman lelaki remaja perempuan itu yang berusia 24 tahun memasuki rumah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jaip, Mohd Nor Idris, berkata penguat kuasa Jaip menyerbu rumah teres dua tingkat itu, kira-kira jam 3.30 petang.

Mohd Nor berkata, ketika pihaknya tiba di rumah itu, didapati pintu pagar berkunci sebelum dibuka teman lelaki remaja terbabit.

“Kami menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu pagar rumah itu dibuka seorang lelaki. Selepas memperkenalkan diri dan meminta izin untuk menjalankan pemeriksaan, kami menemui seorang remaja perempuan di tingkat atas rumah berkenaan.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek tiada hubungan sah suami isteri dan remaja perempuan itu mengaku lelaki itu, yang juga pengurus di sebuah syarikat perunding kewangan, adalah kekasihnya,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan kerana disyaki berkhalwat.

Katanya, pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) kerana berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan lain di sebuah rumah di Mahkota Permai, di sini, Khamis lalu, lima pelajar sebuah kolej swasta ditahan kerana disyaki berkhalwat kira-kira jam 5.24 petang.

Comments :

0 comments to “TANGKAP BASAH SUATU TINDAKAN ZALIM!: SETUJU ATAU TIDAK?”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com