Lembaga Disiplin PAS mempunyai lima anggota termasuk ketuanya Datuk Tuan Ibrahim, seorang peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS. Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor. Datuk Tuan Ibrahim telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.
Lembaga Disiplin PAS bersidang esok
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya esok mulai jam 10.30 pagi selepas mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya.
"Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.
"Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.
Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.
Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.
Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti.
Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini.
Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau.
"Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.
Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil.
Harakahdaily
LEMBAGA DISIPLIN PAS LAKSANAKAN AMANAH
AHLI UMNO MUDAH LUPA TENTANG SPRM


Demo bantah SPRM di Menara Dato Onn, MT mesyuarat
KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno kini sedang bermesyuarat dengan sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan ‘demonstrasi’ membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.
Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka.
Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda.
“Dua atau tiga orang daripada mereka telah membuat laporan polis,” kata beliau kepada wartawan di sini malam ini.
Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej “Lembaga disiplin sudah nyanyuk”, “Jangan ambil hak ahli Umno” dan “Kami menolak SPRM, boleh blah”.
Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Menara Dato Onn kira-kira pukul 8.40 malam untuk mempengerusikan mesyuarat MT.
Sebelum mempengerusikan mesyuarat MT beliau melancarkan sistem pendaftaran keahlian Umno atas talian di lobi Menara Dato Onn.
Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak turut hadir. Semalam, salah seorang daripada 39 orang terbabit, Hilmi Kamaruzzman memfailkan laporan polis di Balai Polis Damansara kerana mendakwa didera oleh pegawai penyiasat SPRM semasa disoal siasat.
Tambah Zuraidi, pucuk pimpinan parti perlu memandang serius mengenai perkara tersebut dan meneliti penubuhan SPRM.
Katanya, masalah parti harus diselesaikan di peringkat dalaman.
“Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga,” katanya.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anggota MT.
Kumpulan itu beredar dari kawasan Menara Dato Onn selepas Abdullah dan timbalannya memasuki lif untuk ke dewan mesyuarat.
=====================
Friday, January 30, 2009
Pemuda Umno bantah kekerasan SPRM
Kira-kira 30 anggota Pemuda dan Putera Umno menyerahkan memorandum membantah dakwaan insiden penderaan seorang pemimpin parti itu di tangan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Memorandum itu diserahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya Datuk Seri Najib Razak dan barisan ahli Majlis Tertinggi (MT) sebelum mesyuarat majlis itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Menurut Bernama, jurucakap kumpulan itu Zuraidi Abdul Rahim berkata penubuhan SPRM menyebabkan lebih ramai anggota parti ditahan atas tuduhan rasuah dan pegawai-pegawai SPRM "sering menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat suspek."
"Penubuhan SPRM bukan untuk memukul, membelasah ketika disoal siasat.
"Kira-kira 39 orang telah dipanggil untuk disoal siasat, yang ditahan tidak pasti tetapi ada dua hingga tiga orang buat laporan polis.
"Kami ada bukti mengenai kejadian ini melalui salinan laporan polis salah seorang anggota parti yang turut kami lampirkan dalam memorandum itu," katanya kepada media di bangunan itu.
Dalam laporan polisnya kelmarin, seorang ahli jawatankuasa bahagian Maran, Pahang mendakwa dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.
Penahanan Halimi Kamaruzzaman itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota MT dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.
Pemimpin Umno itu bagaimanapun beliau menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.
Menurut laporan polisnya, Halimi mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".
Halimi juga mendakwa beliau ditendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.
"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya dipetik.
"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.
"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."
Menurut agensi berita itu lagi, Zuraidi menambah, anggota-anggota Umno dari seluruh negara berharap tiada campur tangan pihak luar terutamanya SPRM dalam urusan parti itu agar hak kebebasan bersuara dalam kalangan anggota parti dapat dikembalikan.
"Hal parti hanya parti yang menentukan, kita tidak mahu ada orang ketiga yang campur tangan dalam hal ini," katanya.
Sebelum itu, mereka berkumpul di lobi bangunan itu bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail agar sayap-sayap utama Umno termasuk Pemuda dan Putera dibubarkan bagi mengekang gejala politik wang.
MUHYIDDIN TELAH BERSUMPAH TAK BUAT
“Wallahi, saya tidak buat kerja itu semua, sepanjang tempoh kempen ada yang melabelkan beliau sebagai calon kedekut kerana tidak menggunakan wang untuk membeli pencalonan atau sokongan."
“Soalnya kenapa sekarang baru semua tuduhan itu dilemparkan kepada saya. Jika mereka ada bukti kenapa tidak laporkan perkara itu kepada SPRM dulu lagi. Kenapa selepas Lembaga Disiplin telah buat keputusan baru semua fitnah ini dilemparkan."
Wallahi...saya tidak buat kerja itu semua - Muhyiddin
Sejak Lembaga Disiplin UMNO petang Selasa umum keputusan melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, tersebar pelbagai cakap-cakap politik.
Paling serius ialah dakwaan ia berpunca dari kerja jahat seorang lagi calon yakni Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ‘mengenakan’ Ketua Menteri Melaka itu agar hilang kelayakan bertanding.
Naib Presiden UMNO itu dikatakan bukan saja mempengaruhi keputusan Lembaga Disiplin malah didakwa ada bagi AP kepada anak pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Soalnya kenapa saya” katanya dengan nada kesal kepada Agendadaily ketika diminta mengulas dakwaan itu yang turut disebarkan oleh pihak-pihak tertentu menerusi SMS.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditemui Rabu malam selepas majlis taklimat Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kepada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Dalam perbualan kira-kira setengah jam sambil berdiri dekat pintu masuk lobi hotel berkenaan beliau mengakui sedar mengenai cakap-cakap yang tersebar itu.
Lebih menarik pemergiannya ke Dubai malam Isnin malam sejurus majlis pengenalan calon-calon dengan calon-calon Selangor di Shah Alam dikatakan untuk ' elak diri macam tak terlibat apabila Lembaga Disiplin umum keputusan siasatan pada hari Selasa.
Sedangkan, katanya pemergiannya ke Dubai sehari semata-mata kebetulan kerana satu tugas rasminya sebagai menteri.
Muhyiddin menunjukkan telefon bimbitnya sambil memberitahu beliau sendiri ada terima sebilangan SMS fitnah yang di foward kan kepadanya.
Serentak dengan itu beliau yang kelihatan serius dan tegas mencabar mana-mana pihak yang membuat tuduhan terhadapnya untuk tampil mengemukakan bukti malah membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.
“Saya ada maruah, saya ada integriti dan juga reputasi. Jangan buat tohaman dan fitnah hanya kerana ada orang lain yang dikenakan tindakan. Apa kaitan saya dengan tindakan yang dikenakan kepada orang lain oleh Lembaga Disiplin,” ujarnya.
Menjawab tuduhan ada beri AP kepada anak Rithauddeen beliau dengan tegas menjemput pihak yang membuat tuduhan itu bila-bila masa boleh datang ke kementeriannya untuk menyemak semua fail-fail berkenaan.
Katanya beliau tidak pernah memberikan AP kepada mana-mana syarikat individu yang baru sejak menerajui kementerian itu setahun lalu.
“Soalnya kenapa sekarang baru semua tuduhan itu dilemparkan kepada saya. Jika mereka ada bukti kenapa tidak laporkan perkara itu kepada SPRM dulu lagi. Kenapa selepas Lembaga Disiplin telah buat keputusan baru semua fitnah ini dilemparkan.
“Wallahi, saya tidak buat kerja itu semua,” kata beliau sambil memberitahu sepanjang tempoh kempen ada yang melabelkan beliau sebagai calon kedekut kerana tidak menggunakan wang untuk membeli pencalonan atau sokongan.
Menurut Muhyiddin beliau berani untuk menyatakan pendiriannya itu kerana tidak terlibat dengan amalan menggunakan wang untuk mendapatkan sokongan.
“Buktinya setelah saya memperolehi pencalonan lebih dari 90 UMNO Bahagian kenapa selepas itu, trend pencalonan berubah di mana pencalonan kepada saya semakin kurang dan perlahan. Saya rasa semua orang tahu dan boleh fikir apa sebabnya,” ujar beliau.
Ditanya apakah dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin itu memberi peluang yang lebih kepada beliau atau undi penyokong Ali akan beralih kepada seorang lagi calon iaitu Tan Sri Muhammad Muhd Taib, beliau berkata,
“Saya percaya ada undi yang akan pergi kepada Tan Sri Muhammad dan ada juga akan diberikan kepada saya”.
Beliau menambah, sejak proses pencalonan dari UMNO Bahagian-Bahagian, beliau mempunyai maklumat yang lengkap mengenai tahap sokongan padanya.
Kepada satu soalan berkaitan hal berkenaan, Muhyiddin berkata beliau tidak kisah samaada bertanding dua penjuru atau tiga penjuru.
“Saya dah biasa menang dan saya juga pernah kalah”,katanya.
Beliau juga menyingkap kembali sewaktu Tan Sri Isa Samad kena tindakan Lembaga Disiplin UMNO lepas pemilihan UMNO 2004 lalu ada juga kedengaran pihak yang menuding jari kearahnya.
"Waktu itu pun ada yang tuduh saya...soalnya kenapa saya,"katanya.
Namun beliau sanjung sikap cool Isa yang tidak buat kecoh dan terima keputusan Lembaga Disiplin dengan tenang dan terus setia dan bergiat cergas dalam parti sehingga bertanding semula kali ini.
Mengenai Lembaga Disiplin, Muhyiddin berkata, ia adalah sebuah badan bebas yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi (MT).
Malah katanya, MT dan Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah membincangkan peranan Lembaga Disiplin dan mahu ia terus kekal sebagai entiti yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Malah katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh lembaga itu setelah melalui proses siasatan rapi.
MT juga,katanya bersetuju apa jua keputusan ia diumumkan oleh lembaga itu sendiri dan bukannya oleh MT atau Jawatankuasa Pengurusan.
“Peranan lembaga ini telah jelas dan difahami oleh semua ahli MT. Malah ini bukan kali pertama lembaga itu membuat keputusan… dah banyak kali termasuk selepas pemilihan parti pada tahun 2004 di mana Naib Presiden yang menang ketika itu Tan Sri Isa Samad dkenakan tindakan.
“Ketika itu semua pihak akur dan beri pandangan agar menghormati keputusan Lembaga Disiplin. Soalnya kenapa sekarang kita pertikaikan pula,” jelasnya.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak agar memahami peranan Lembaga Disiplin dan menghormati keputusan yang dibuat oleh lembaga itu kerana ia adalah badan yang diwujudkan dan ditentukan peranannya oleh UMNO sendiri.
Agendadaily
SATU LAGI ANOMALI PRINSIPAL PERASUAH LEPAS TETAPI EJEN PERASUAH KENA

Umno Bahagian Paya Besar hari ini menggesa agar Menteri Besar Pahang meletak jawatan ekoran dari empat anak buahnya didapati bersalah mengamalkan politik wang. Satu lagi kes "double standard" seperti di Melaka.
Mereka ialah:
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Adun Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh; dan Adun Pancing, Mohd Zaili Besar
Umno Paya Besar desak MB letak jawatan
Umno Bahagian Paya Besar hari ini menggesa agar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas keputusan Lembaga Disiplin parti yang mendapati empat wakil rakyat Umno dari bahagian itu bersalah melanggar Perlembagaan parti dan tataetika ahli Umno.
Mereka ialah ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Adun Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh; dan Adun Pancing, Mohd Zaili Besar.
Md Sohaimi adalah timbalan ketua bahagian, Mohd Shohami (naib ketua bahagian), Mohd Zaili (ahli jawatankuasa bahagian) dan Abdul Manan (ahli biasa).
Abdul Manan digantung keahlian selama setahun manakala yang lainnya diberi amaran.
adnan yaakob adnan yaakubKetua bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendakwa pihaknya mempunyai saksi bahawa keberanian keempat-empat wakil rakyat tersebut yang secara terbuka mencabar etika parti, adalah didalangi oleh Adnan (foto) sendiri.
"Umno Bahagian Paya Besar merakamkan rasa kesal terhadap tindak tanduk pengerusi badan perhubungan Umno Pahang itu dan berpendapat beliau hendaklah mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Pahang," katanya dalam satu kenyataan yang difakskan ke Bernama hari ini.
Ahmad Tajuddin berkata beliau percaya keputusan Lembaga Disiplin parti adalah berasaskan peraturan sedia ada dalam rangka mengembalikan integriti parti.
Sementara itu, Adnan menasihati ahli Umno Pahang yang telah didapati bersalah supaya lebih berhati-hati pada masa depan untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang ke atas mereka.
Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini, beliau menasihatkan mereka, jika boleh, supaya menangguhkan sementara tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, ketika berlangsung pemilihan Umno minggu depan, agar tidak didakwa sebagai melakukan apa-apa kesalahan.
Lembaga Disiplin Umno semalam memutuskan ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar diberikan amaran.
Adnan juga berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang menyedihkan bagi Umno Pahang namun beliau bertegas, bahawa pada dasarnya, mereka yang didapati terbabit itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.
"Adalah menyedihkan bila menyaksikan rakan-rakan kita dihukum kerana melampaui batasan kod etika parti tapi yang baiknya ialah mereka tidak melakukan apa-apa bentuk jenayah, namun keputusan Lembaga Disiplin Umno mesti dihormati oleh semua ahli parti.
"Saya ingin jelaskan bahawa Ahli Parlimen Paya Besar yang digantung setahun dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing (Md Sohaimi), Lepar (Mohd Shohaimi) dan Panching (Mohd Zaili) yang dikenakan amaran bukanlah kerana menggunakan wang tetapi didapati telah menganjurkan dan menyertai perjumpaan dalam usaha mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa Umno bahagian yang lepas," kata beliau.
Malaysiakini
EJEN RASUAH DIGANTUNG TETAPI PRINSIPAL LEPAS
Lembaga Disiplin UMNO mendapati Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail serta DS Ali Rustam sabit kesalahan. Saadun dan Rosli adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil. Manakala Zalina adalah Naib Ketua Puteri Umno Bukit Katil, Melaka.
Saadun, Rosli dan Zalina digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu. Manakala Prinsipal atau ketua perasuah atau bos yang sponsor rasuah kekal terus menjadi Ketua Menteri Melaka untuk menruskan agenda rasuah.
Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO di sini. Komen YM Tengku Razaleigh di sini
Ali Rustam ditempelak
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, menempelak Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang didapati bersalah melakukan politik wang dalam pemilihan Umno kali ini.
"Itulah wajah Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah, sebenarnya Ali tak layak bertanding kerana melakukan rasuah begitu juga yang lain-lain.
"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula," kata beliau.
Ustaz Ghani turut menjelaskan rakyat Melaka khususnya supaya menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah kerana memalukan negeri Melaka.
"Mintalah Ali kembali ke jalan Allah, padahal sebelum ini pada tiap-tiap malam minta orang sembahyang hajat di masjid-masjid agar beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, yang saya bimbangkan tok imam minta dia jangan bertanding," katanya.
Selain itu, Ustaz Ghani turut mengambarkan bahawa inilah wajah sebenar pemimpin Melaka dan juga ketidakadilan yang berlaku di dalam Umno padahal Khairy juga terlibat tetapi tiada tindakan diambil.
"Kita juga pelik bagaimana SPRM tidak tahu tentang rasuah Ali Rustam, kata SPRM ada kredibiliti supaya berlaku adil kepada semua pihak kerana kalau kepada pembangkang mereka cepat siasat dan keluar keputusan.
"Insya-Allah kita akan adakan mesyuarat khas untuk hantar memorandum supaya Ali meletak jawatan Ketua Menteri kerana dia tak layak perintah Melaka," ujarnya.
Lembaga Disiplin Umno semalam mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan.
Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.
Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.
Lembaga tersebut memutuskan bahawa Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.
Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil. Manakala Zalina adalah Naib Ketua Puteri Umno bahagian yang sama.
Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.
Zaili Muhammad/ mns/ harakhdaily_
LEMBAGA DISIPLIN UMNO JAWAB SOALAN WARTAWAN
Petikan sidang media Lembaga Disiplin Umno
Berikut adalah petikan sidang media Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen, bersama Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Najmuddin Megat Khas, dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur petang tadi.
(FOTO EHSAN SUN2SURF)
Mohd Hafarizam menjelaskan berhubung perkara 10.1:
10.1 adalah satu perkara anggapan kebersalahan, jika ejen, lobi atau perayu didapati bersalah dan ada fakta yang menunjukkan prinsipal itu berpengetahuan dan juga terbabit, maka dia juga perlu diambil tindakan di bawah 10.1.
Tengku Ahmad Rithauddeen:
10.1 seperti yang dijelaskan tadi, adalah satu anggapan di bawah sistem perundangan. kesalahannya disebabkan ada link (hubungan) atau sabit iaitu pekerja dia atau apa saja yang buat salah maka dia sebagai prinsipal, dianggap bersalah. tapi kesalahan dia tidaklah seperti apa yang dilakukan oleh ejennya.
Wartawan:
Adakah ejen Ali melakukan kesalahan politik wang?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ya seperti apa yang disebut.
Mohd Hafarizam:
Maksud di sini adalah ejennya yang melakukan. Kalau tuan-tuan lihat nombor 4, 5, 6, semuanya bahagian yang sama. Jadi mereka dituduh di bawah perkara ini dan YB di tuduh 10.1. daripada itu hukumannya adalah 20.9 iaitu dilarang daripada bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti.
Wartawan:
Adakah mereka dibenarkan membuat rayuan dan tempoh yang ditetapkan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Rayuan terpulang pada orang berkenaan. Tempoh? kita sediakan masa untuk mereka merayu jika mereka mahu.
Wartawan:
Sebelum perhimpunan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Terpulang pada mereka.
Wartawan:
Adakah Ali digantung keahlian?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Tidak. Dia hanya dilarang bertanding. Dia boleh mengundi.
Wartawan:
Kenapa Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran sedangkan melakukan kesalahan sama?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Hukuman adalah berdasarkan kes yang dilakukan. Tidak ada kes yang sama. Katakan orang bunuh, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh, dia tertikam sekali saja, dan mati. Tetapi sebaliknya kalau ada mengatakan orang itu ada keterangan yang bunuh atau tikam 20 kali, jadi hukuman itu kalaulah setahun, kawan ni yang tikam 19, 20 kali tikam itu, kena tujuh atau lapan tahun.
Wartawan:
Ada sesiapa yang mempengaruhi keputusan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ingin saya jelaskan di sini yang kami adalah badan bebas. ‘Nobody should disturb us and our decision.’ (Tiada siapa yang patut ganggu kami dan keputusan kami).
Wartawan:
Bagaimana dengan Azalina?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Saya tak tahu.
Wartawan:
Adakah ahli yang sudah didakwa oleh SPRM boleh bertanding?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Itu saya tidak boleh kata apa-apa.
Wartawan:
Adakah kesalahan dilakukan masa pencalonan atau kempen?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ada masa pencalonan dan ada masa kempen. Dalam kes Ali pun begitu.
Wartawan:
Berhubung dengan Azlina...
Tengku Ahmad Rithauddeen:
‘Don’t ask me anything about Azlina’ (Jangan tanya saya fasal Azalina)... saya tak boleh. Perkara yang tidak keluar lagi sudah tanya saya.
Wartawan:
Adakah dalam siasatan terhadap Ali, Ali dipanggil untuk siasatan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ya...’almost two hours’ (hampir dua jam)... ketika siasatan.
Wartawan:
Khairy Jamaluddin dan Ali didakwa 10.1, tapi sejauh mana perbezaannya?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ada perbezaan.
Mohd Hafarizam:
10.1 ada beza, sama ada rasuah wang atau hanya makan-makan. Dengan makan-makan kesalahannya tak sama dengan rasuah wang. Itu sebab ada yang kena 3 tahun dan ada yang kena amaran.
Wartawan:
Dalam kes Ali, adakah dia terbabit politik wang atau makan-makan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Dia punya ejen sebenarnya banyak jatuh pada kes nombor 4, Saadon, Setiausaha Politik, apa yang dilakukannya bagi duit ke, bagi makan ke, maka disifatkan yang dia juga bersalah. Tapi Ali tidak buat masa itu, dibuat oleh ejennya, Saadon. Maka dia terbabit sama dan perlu beri penjelasan.
Wartawan:
Adakah Tan Sri fikir yang Ali Rustam terbabit?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
‘How come, I can’t say that’... (Mana boleh, saya tak boleh kata begitu)...siapa tahu, tuhan saja yang tahu.
Wartawan:
Adakah Ali menafikan tuduhan terhadapnya ketika siasatan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
‘Yes, there is no link,’ (Ya, tak ada kaitan) tetapi beliau perlu mengakuinya yang ‘connection’ (kaitan) antara beliau dan ejen.
Wartawan:
Ada atau tidak sesiapa yang cuba mengganggu keputusan yang di buat?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Macam mana saya nak beritahu sesuatu yang rahsia.
Wartawan:
Ali dan Khairy Jamaluddin...apa beza antara mereka?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Keadaan yang membezakannya.
Mohd Hafarizam:
Mengenai Khairy Jamaluddin, yang melakukannya adalah ejennya, tapi tiada yang dia bagi ‘direct consent’ (restu secara langsung) atau ‘you do it for me’ (awak buat untuk saya). Jadi link (kaitan) pada Khairy Jamaluddin adalah lemah. Memang ‘he is involved, but not so strong.’ (dia terbabit tetapi tidak terlalu sangat). Jadi itu bezanya dengan Ali.
Wartawan:
Jadi Ali direct link? (kaitan langsung)
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Tidak, kalau ‘direct link’ (kaitan langsung) Ali akan didakwa mengikut 5.6 atau 5.1.
Wartawan:
YB Khairy Jamaluddin boleh bertanding sebagai Ketua Pemuda?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Selalunya diberi amaran, dia boleh bertanding.
Berita Harian Online
SUN2SURF
ALI RUSTAM TERSINGKIR, KJ DIBERI AMARAN

Ali Rustam terkeluar dari pertandingan merebut jawatan timbalan Presiden UMNO. Politik wang disebut sebagai punca beliau tersingkir.
Nasib Khairy Jamaludin sangat baik kerana hanya diberi amaran, bagi kesalahan yang sama. Nasib baik.
Ali Rustam Dilarang Bertanding Timbalan Presiden
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.
Lembaga itu bagaimanapun mendapati Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti.
--BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
Setiausaha Politik Ali Rustam antara yang digantung
Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil merupakan antara yang digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO.
Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.
Dua lagi pemimpin terlibat ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.
Lembaga Disiplin UMNO mendapati ketiga-tiga mereka telah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.
Ekoran itu Mohd. Ali juga bersalah di bawah Tataetika Ahli UMNO mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Utusan.


