Petikan sidang media Lembaga Disiplin Umno
Berikut adalah petikan sidang media Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen, bersama Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Najmuddin Megat Khas, dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur petang tadi.
(FOTO EHSAN SUN2SURF)
Mohd Hafarizam menjelaskan berhubung perkara 10.1:
10.1 adalah satu perkara anggapan kebersalahan, jika ejen, lobi atau perayu didapati bersalah dan ada fakta yang menunjukkan prinsipal itu berpengetahuan dan juga terbabit, maka dia juga perlu diambil tindakan di bawah 10.1.
Tengku Ahmad Rithauddeen:
10.1 seperti yang dijelaskan tadi, adalah satu anggapan di bawah sistem perundangan. kesalahannya disebabkan ada link (hubungan) atau sabit iaitu pekerja dia atau apa saja yang buat salah maka dia sebagai prinsipal, dianggap bersalah. tapi kesalahan dia tidaklah seperti apa yang dilakukan oleh ejennya.
Wartawan:
Adakah ejen Ali melakukan kesalahan politik wang?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ya seperti apa yang disebut.
Mohd Hafarizam:
Maksud di sini adalah ejennya yang melakukan. Kalau tuan-tuan lihat nombor 4, 5, 6, semuanya bahagian yang sama. Jadi mereka dituduh di bawah perkara ini dan YB di tuduh 10.1. daripada itu hukumannya adalah 20.9 iaitu dilarang daripada bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti.
Wartawan:
Adakah mereka dibenarkan membuat rayuan dan tempoh yang ditetapkan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Rayuan terpulang pada orang berkenaan. Tempoh? kita sediakan masa untuk mereka merayu jika mereka mahu.
Wartawan:
Sebelum perhimpunan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Terpulang pada mereka.
Wartawan:
Adakah Ali digantung keahlian?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Tidak. Dia hanya dilarang bertanding. Dia boleh mengundi.
Wartawan:
Kenapa Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran sedangkan melakukan kesalahan sama?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Hukuman adalah berdasarkan kes yang dilakukan. Tidak ada kes yang sama. Katakan orang bunuh, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh, dia tertikam sekali saja, dan mati. Tetapi sebaliknya kalau ada mengatakan orang itu ada keterangan yang bunuh atau tikam 20 kali, jadi hukuman itu kalaulah setahun, kawan ni yang tikam 19, 20 kali tikam itu, kena tujuh atau lapan tahun.
Wartawan:
Ada sesiapa yang mempengaruhi keputusan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ingin saya jelaskan di sini yang kami adalah badan bebas. ‘Nobody should disturb us and our decision.’ (Tiada siapa yang patut ganggu kami dan keputusan kami).
Wartawan:
Bagaimana dengan Azalina?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Saya tak tahu.
Wartawan:
Adakah ahli yang sudah didakwa oleh SPRM boleh bertanding?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Itu saya tidak boleh kata apa-apa.
Wartawan:
Adakah kesalahan dilakukan masa pencalonan atau kempen?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ada masa pencalonan dan ada masa kempen. Dalam kes Ali pun begitu.
Wartawan:
Berhubung dengan Azlina...
Tengku Ahmad Rithauddeen:
‘Don’t ask me anything about Azlina’ (Jangan tanya saya fasal Azalina)... saya tak boleh. Perkara yang tidak keluar lagi sudah tanya saya.
Wartawan:
Adakah dalam siasatan terhadap Ali, Ali dipanggil untuk siasatan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ya...’almost two hours’ (hampir dua jam)... ketika siasatan.
Wartawan:
Khairy Jamaluddin dan Ali didakwa 10.1, tapi sejauh mana perbezaannya?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Ada perbezaan.
Mohd Hafarizam:
10.1 ada beza, sama ada rasuah wang atau hanya makan-makan. Dengan makan-makan kesalahannya tak sama dengan rasuah wang. Itu sebab ada yang kena 3 tahun dan ada yang kena amaran.
Wartawan:
Dalam kes Ali, adakah dia terbabit politik wang atau makan-makan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Dia punya ejen sebenarnya banyak jatuh pada kes nombor 4, Saadon, Setiausaha Politik, apa yang dilakukannya bagi duit ke, bagi makan ke, maka disifatkan yang dia juga bersalah. Tapi Ali tidak buat masa itu, dibuat oleh ejennya, Saadon. Maka dia terbabit sama dan perlu beri penjelasan.
Wartawan:
Adakah Tan Sri fikir yang Ali Rustam terbabit?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
‘How come, I can’t say that’... (Mana boleh, saya tak boleh kata begitu)...siapa tahu, tuhan saja yang tahu.
Wartawan:
Adakah Ali menafikan tuduhan terhadapnya ketika siasatan?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
‘Yes, there is no link,’ (Ya, tak ada kaitan) tetapi beliau perlu mengakuinya yang ‘connection’ (kaitan) antara beliau dan ejen.
Wartawan:
Ada atau tidak sesiapa yang cuba mengganggu keputusan yang di buat?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Macam mana saya nak beritahu sesuatu yang rahsia.
Wartawan:
Ali dan Khairy Jamaluddin...apa beza antara mereka?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Keadaan yang membezakannya.
Mohd Hafarizam:
Mengenai Khairy Jamaluddin, yang melakukannya adalah ejennya, tapi tiada yang dia bagi ‘direct consent’ (restu secara langsung) atau ‘you do it for me’ (awak buat untuk saya). Jadi link (kaitan) pada Khairy Jamaluddin adalah lemah. Memang ‘he is involved, but not so strong.’ (dia terbabit tetapi tidak terlalu sangat). Jadi itu bezanya dengan Ali.
Wartawan:
Jadi Ali direct link? (kaitan langsung)
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Tidak, kalau ‘direct link’ (kaitan langsung) Ali akan didakwa mengikut 5.6 atau 5.1.
Wartawan:
YB Khairy Jamaluddin boleh bertanding sebagai Ketua Pemuda?
Tengku Ahmad Rithauddeen:
Selalunya diberi amaran, dia boleh bertanding.
Berita Harian Online
SUN2SURF
LEMBAGA DISIPLIN UMNO JAWAB SOALAN WARTAWAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
Post a Comment