CONFIRM UMNO-BN BELI UNDI DALAM SETIAP KALI PILIHANRAYA (DWIBAHASA)
Oleh Lee Wei Lian
January 17, 2012
PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menceritakan pengalaman beliau sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.
“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.
“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”
Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah “bom”.
Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.
James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.
Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang “Amanah Merdeka” — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.
Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.
“Jika anda kalah, terima saja; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia,” katanya.
“Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.
“Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.
Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.
“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar.”
Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.
Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.
Malaysian Insider
=========================================================================
Ex-minister claims BN bought votes with cash
January 17, 2012
PETALING JAYA, Jan 17 — A former federal minister from Umno claimed today that cash was handed out in previous election campaigns in attempts to buy votes, a tactic known as “bomb”.
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir said in a forum today that he had experienced himself how cash handouts ranging from RM200 to RM1,000 was used in Barisan Nasional’s election campaigns to gain voter support.
“I have been the head of delegation of many campaigns and I have been given lump sums of money to distribute,” said the former Information Minister at the Malaysia Strategic Outlook Conference 2012 here. “It was a blatant use of money to buy votes.”
Abdul Kadir (picture), who was also formerly the Minister of Culture, Arts and Tourism, said that the word used for the strategy was called “bomb”.
He added though that he personally didn’t use the money.
James Chin, who heads the School of Social Sciences at Monash University at Sunway, and who spoke at the forum after Abdul Kadir said that “bombing” was a very effective tool in Sabah and Sarawak.
During his presentation, Abdul Kadir said that while he still held positions in Umno, he wanted to remind them of the “Merdeka trust” — which meant giving the people the right to truly free and fair elections.
He also urged Umno not to fear losing if it was sincere in its intentions.
“If you lose accept it; people change governments all the time in US and Australia,” he said. “I am an Umno man, I don’t mind if I lose. If you are there just to make millions for yourself and your cronies or if I have made my billions and am afraid I will be arrested after I lose power, then I will do all these tricks.”
“If you are sincere, you have nothing to fear,” he added.
He said that to have free and fair elections, there must be equal access to the media and GLCs and government departments must be neutral.
“You must give them (the opposition) the freedom to have TV, radio and newspapers,” he said. “For 50 years, PAS has been asking for a newspaper licence but none given — the government is a big bully.”
He also said that during elections, Barisan Nasional should not be making use of the Ministry of Information, Felda, Felcra, the Special Branch and other federal agencies to support their campaign.
Abdul Kadir is also the deputy president of non-partisan pro-unity NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) and executive chairman of the Sazean group. Read More “CONFIRM UMNO-BN BELI UNDI DALAM SETIAP KALI PILIHANRAYA (DWIBAHASA)” »»
RASUAH POLITIK DARJAH PERTAMA
TPM: Undi BN dapat jambatan baru
Jul 12, 09
Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.
Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.
Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.
"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.
"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.
Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.
Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.
Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.
Kejutan PAS esok
Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.
Mengulas lanjut rancangannya itu, Muhyiddin berjanji akan membina jambatan baru itu sejurus sahaja Tuan Aziz menang dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini.
"Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya.
Pengumuman Muhyiddin mengenai jambatan baru itu dibuat selepas diwar-warkan beliau akan membuat pengumuman penting petang ini.
Dalam ucapannya itu, Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, dengan menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.
Daripada lebih 12,000 pengundi di Manek Urai, sebahagian besar mereka bergantung rezeki kepada sumber pertanian, terutamanya menoreh getah.
Esok, PAS pula dijadual membuat "kejutan besar" mereka. Kedua-dua tindakan tersebut dilihat sebagai "modal terakhir" kedua-dua pihak bagi memenangkan calon masing-masing
Jimadie Shah Othman/malaysiakini
PAS BEBAS DARI AMALAN POLITIK WANG
Disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS serta Presiden PAS sendiri setelah pihak yang membuat kenyataan akhbar dipanggil mengadap Jawatankuasa Pemilihan serta Dewan Harian PAS bahawa sesungguhnya politik wang tidak wujud dalam PAS.
Mustafa Ali sahkan tiada aduan politik wang dalam pemilihan PAS
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidak berhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS.
Malah Mustafa menafikan berlakunya amalan itu memandangkan PAS adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan politik wang sejak dahulu.
Beliau juga menyatakan akan menolak aduan jika pengadu tidak mengemukakan bukti atau hanya membuat aduan secara 'hearsay'.
Menyokong kenyataan itu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri )(foto kanan atas) pula menegaskan tidak pernah berlaku dalam PAS amalan tersebut.
Malah isu itu katanya hanya sengaja disensasikan oleh media arus perdana bagi memberi persepsi negatif kepada PAS tatkala sokongan kepada parti semakin meningkat.
PAS juga katanya kini mendapat sokongan bukan setakat orang Islam, malah bukan Islam yang percaya PAS sebuah parti yang bersih.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin pula menyatakan KeADIlan tetap percaya dan yakin pemimpin PAS tidak akan memperjudikan maruah dan teras perjuangan dengan pengaruh wang untuk merebut jawatan.
Beliau percaya ahli serta perwakilan PAS bijak membezakan yang mana halal dan haram dalam perjuangan, begitu juga calon-calon yang bertanding.
Ujarnya, KeADIlan dan parti komponen Pakatan Rakyat tetap bersatu dalam memperjuangkan hak rakyat dan apa yang berlaku tidak akan menjejaskan persefahaman yang sedia terbina.
azm/Wan Nordin Wan Yaacob/harakahdaily
TIMBALAN MENTERI DI JPM KENA PECAT DARI PARTI PROGRESIF PENDUDUK
Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadiran Murugiah yang juga seorang Ahli Majlis Tertinggi PPP. Pemecatan ini akan berkuat kuasa selepas pemilihan parti itu pada 7 Jun depan.
PPP pecat Murugiah dakwaan politik wang
Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) semalam sebulat suara meluluskan usul memecat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah daripada parti itu kerana didakwa terbabit dengan politik wang.
Presiden PPP, Datuk M Kayveas yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata pemecatan Murugiah yang juga Ahli Majlis Tertinggi PPP akan berkuat kuasa selepas pemilihan parti itu pada 7 Jun depan.
Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadirannya.
Kayveas berkata, tindakan tegas terpaksa diambil ke atas beliau kerana didakwa mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa ketua bahagian parti dan mendesak mereka mencabar kedudukan Presiden PPP pada pemilihan bulan depan.
“Saya tahu beliau (Murugiah) adakan pertemuan secara rahsia dengan pemimpin PPP peringkat bahagian untuk mencabar saya. Kita juga sudah menggantung dua ahli parti ‘orang’ Murugiah kerana politik wang.
“Kita mendapat tahu seorang daripada individu berkenaan meminta nombor akaun ahli kerana ingin memasukkan wang untuk tujuan tertentu. Kita jangka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini minggu depan.
“Selain itu, Murugiah juga tidak menghadiri beberapa mesyuarat tertinggi parti untuk tempoh masa yang panjang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Pemilihan PPP bulan depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan 25 jawatan ahli Majlis Tertinggi parti akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Kayveas berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah membatalkan pendaftaran cawangan PPP Silibin, Perak sejak Ogos 2006, yang mana Murugiah menjadi ketua cawangannya.
“Cawangan berkenaan tidak menghantar sebarang laporan kepada ROS berhubung aktivitinya dan selepas tiga tahun dibatalkan, baru kelmarin Murugiah mengemukakan surat kepada Setiausaha Agung parti untuk memperbaharuinya,” katanya.
Ditanya mengenai kedudukan Murugiah dalam kerajaan, Kayveas berkata, jawatan beliau dalam kerajaan akan diserahkan kepada pemimpin PPP yang lain.
Murugiah gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasannya mengenai tindakan memecatnya.
Berita harian online
BERAPA DUIT DEPA BERI AMBIK, PANGKAH MESTI PAKATAN RAKYAT
Hanya pihak yang banyak duit sahaja mampu melakukan rasuah politik dengan menyogok wang.
Hanya pihak yang telah sebati dengan
amalan politik wang sahaja yang tahu, mahu dan mampu mengulangi amalan politik wang dalam pilihanraya.
Hanya pemimpin yang telah terbiasa melakukan rasuah politik sahaja yang suka menggunakan wang sebagai habuan untuk meraih undi dan sokongan.
PIHAK YANG BANYAK WANG SAJA MAHU DAN MAMPU AMALKAN POLITIK WANG
Siapakah gerangan agaknya yang punya sumber kewangan yang tiada had , sekaligus mampu menyogok pengundi dengan wang?
Parti manakah yang memiliki dana pilihanraya yang melimpah ruah kerana bagi mereka "wang" gugur dari langit dan pokok, lantas mampu mengamalkan politik wang?
Pihak yang menggunakan wang untuk mendapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun sudah biasa mengamalkannya kerana dengan kuasa yang dimiliki lebih banyak wang akan diperolehi melalui kelulusan projek, pecah tanah dan tukar syarat tanah, tender runding terus dan berbagai cara lagi.
Gerakan Kesal Ada Pihak Bagi Wang Guna Nama BN
Gerakan kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan nama Barisan Nasional (BN) bagi menghulurkan wang kepada pengundi di sekitar Kuala Sepetang, Simpang dan Trong semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata taktik kotor itu bagi menunjukkan BN sanggup menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi selain memburukkan imej BN.
"Saya agak kecewa kerana orang berkenaan yang menggunakan taktik kotor ini, mengedarkan wang kepada lebih 10 hingga 20 orang dan selepas itu berhenti... mereka yang terlibat lebih dari seorang," katanya.
Chang yang juga Penasihat Menteri Besar Perak berkata taktik kotor itu patut dihentikan untuk memelihara suasana kempen pilihan raya kecil itu berlangsung tanpa kejadian tidak diingini.
Beliau menegaskan BN tidak akan menggunakan wang untuk meraih undi.
Katanya Gerakan telah menghubungi pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terbabit.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris.
Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Roslan Shaharum daripada PAS pada 9 Feb lepas, akibat serangan jantung.
Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Roslan memenangi kerusi berkenaan setelah menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi serta calon Bebas M. Mohganan.
BERNAMA
KHUTBAH JAKIM ISU POLITIK WANG TERLAMBAT SEHARI
Tahniah Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (foto sebelah kanan)kerana mengeluarkan khutbah Jumaat tentang politik wang.
Sokong penuh tindakan JAKIM. Semoga usaha ini berterusan , bukan bermusim.
JAKIM sepatutnya tidak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, sebaliknya ia mesti sebuah badan bebas dan tidak terikat kepada mana-mana organisasi atau parti. Selagi ia dibelanggu dan dikekang oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, selagi itu ISLAM diperintah, bukan memerintah.
Usaha JAKIM mengeluarkan khutbah mengenai isu rasuah atau politik wang sedikit terlambat sebab Pemilihan UMNO telahpun berlangsung dan keputusan pemilihan telah diumumkan. Ia sepatutnya dikeluarkan untuk khutbah Jumaat bertarikh 20hb Mac 2009.
"Better late than never" but "the damage has been done".
"Kelemahan kepimpinan Islam ( di baca UMNO) akan menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi Raja sebagai ketua agama Islam" tegas KP JAKIM.
Jakim Keluarkan Khutbah Sentuh Politik Wang
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengeluarkan khutbah Jumaat bertajuk "Pemimpin Bertelagah Rakyat Berpecah" yang diharap dapat membantu menangani isu politik wang.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata topik itu amat sesuai kerana pada masa ini negara berhadapan dengan krisis politik wang atau rasuah politik yang telah menjadi budaya segelintir pemimpin masyarakat.
"Di harap isu yang dibincangkan di dalam khutbah Jumaat pada hari ini dapat menyedarkan orang ramai agar dalam memilih kepimpinan dan menjadi pemimpin, ia hendaklah selari dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Antara isi kandungan khutbah tersebut ialah rakyat perlu insaf dan sedar bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, pemimpin korup, tidak berakhlak dan tidak berintegriti.
Wan Mohamad berkata isu politik wang dalam kalangan pemimpin akan menyukarkan usaha untuk menyatupadukan umat Islam di negara ini.
"Kelemahan kepimpinan Islam akan menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi Raja sebagai ketua agama Islam, mempertikai kedudukan Islam dalam perlembagaan dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini," katanya.
BERNAMA
"UMNO DALAM POLITIK DAN PERNIAGAAN" OLEH JAMAIE HJ ISMAIL
Umno dalam Politik dan Perniagaan
Melayu. 2004. Jamaie Hj Hamil. ISBN
967-942-643-2. RM 35.00.
Staf di Jabatan Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM
Perniagaan adalah suatu bidang yang jarang diceburi oleh orang Melayu kerana dasar diskriminasi kolonial serta sistem ekonomi dualisme yang dibawa oleh penjajah untuk terus meminggirkan orang Melayu dari menguasai bidang ekonomi. Menyedari akan kemunduran kedudukan sosioekonomi berkenaan, UMNO sebagai teras pemerintah yang berkuasa telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya.
Melalui kepimpinan UMNO bermula era Tun Razak beberapa langkah telah diperkenalkan untuk mengatasi kemunduran berkenaan. Kongres Ekonomi Bumiputera I dan II, DEB, MARA, PERNAS dan UDA dilancarkan untuk membantu orang Melayu supaya terlibat dalam sektor perekonomian khusnya bidang perniagaan. Institusi-institusi amanah ini dibentuk untuk memastikan kepentingan bumiputera dipelihara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, insentif dan bantuan yang diperlukan.
Dalam masa yang sama UMNO turut bertindak sebagai mangkin dalam mempercepat penglibatan organisasi orang Melayu dalam perniagaan. UMNO telah membentuk syarikat-syarikat korporatnya. Di era Dr. Mahathir, orientasi perekonomian telah bertukar kepada meletakkan asas berkenaan sejak DEB dilancarkan. Akan tetapi apabila pemegang amanah korporat (nominees & proxy) UMNO ini turut terlibat dalam perniagaan, situasi telah bertukar kerana kepentingan politik serta kepentingan ekonomi dimanipulasi.
Situasi ini semakin sukar dipisahkan apabila orang Melayu yang dibantu oleh UMNO dahulunya telah menjadi jutawan atau ahli korporat yang berjaya. Mereka terus bergantung pada elit politik untuk memastikan survival perniagaan mereka terjamin. Sementara itu elit politik pula bergantung pada elit ekonomi berkenaan untuk terus mengukuhkan kekuasaan.
Bagi orang Melayu untuk mengumpul kekayaan, jalan pintas adalah dengan sukarela, tetapi menjadi rebutan di semua peringkat. Amalan kronisme dan nepotisme dibenarkan, politik wang berlanjutan, krisis kepimpinan bertukar ganti dan perpecahan perpaduan Melayu adalah berpunca dari gejala-gejala tindakan aktor dalam kepimpinan UMNO.
AHLI UMNO SERTA PARTI MEREKA PERLUKAN OVERHAUL
"Hapuskan politik wang, jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini" sebagai kata-kata hikmah dari bakal PM.
Oleh kerana UMNO sebuah parti sekular yang majoriti ahlinya beragama Islam, jalan keluar dari kemelut yang berlaku dalam UMNO ialah dengan "transformasi (metamorphosis) , rebuild dan reengineering bukan rebranding dan bukan juga repositioning"
Isi penting Ucapan Perasmian DS Najib di PAU pada 24 Mac 2009 di PWTC
1. UMNO perlu mengubah cara ia menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.
2. Ahli UMNO perlu berubah dari sikap-sikap mazmumah (buruk) kepada sikap-sikap mahmudah (baik).
3. UMNO perlu mengkaji semula perlembagaan parti Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.
4. Umno memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.
5. UMNO perlu menawan imaginasi golongan umur 17 hingga 23 tahun dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.
Umno Mesti Berubah Jika Tidak Mahu Rebah, Kata Najib
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini mengajak seluruh anggota Umno untuk bersama-sama melakukan transformasi ke atas parti itu secara menyeluruh bagi membolehkannya kekal sebagai pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, beliau memberi amaran parti itu akan kehilangan sokongan sekiranya ia tidak melakukan perubahan.
"Berubahlah, jika tidak, kita rebah", kata beliau yang bakal mengambil alih teraju Umno dan kerajaan, dalam nada dan wajah serius di hadapan lebih 2,300 perwakilan ketiga-tiga sayap Umno itu, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
Ketika menyampaikan ucapan bertema "Menakhoda Zaman", Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh parti itu iaitu mengubah cara Umno menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.
Umno, katanya, perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar agar pemilihan parti lebih mencerminkan hasrat lebih tiga juta anggotanya di peringkat akar umbi.
"Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan parti Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.
"Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi.
"Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa" katanya. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat," katanya.
Mengenai soal pendidikan dan pengkaderan, beliau berkata kursus-kusus politik secara terancang berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps, perlu diadakan untuk mengukuhkan nilai murni perjuangan selain melatih anggota parti menjadi pemimpin yang mulia.
"Di semua peringkat ahli-ahli Umno perlu dididik dan diberi kefahaman yang secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti.
"Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan Umno," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata Umno mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu untuk kekal lestari.
"Mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah (buruk) kepada sikap-sikap mahmudah (baik).
"Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.
Najib turut meminta para perwakilan yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinan parti pada Khamis ini supaya memilih satu pasukan pimpinan yang ampuh dan padu.
"Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi." katanya.
Beliau berkata Umno memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.
Umno, kata Najib, harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat.
"Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang.
"Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan," katanya.
Sambil menegaskan bahayanya gejala rasuah, Najib berkata: "Kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan 'beri salah, tidak beri kalah'.
"Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi... Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan.
"Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini," katanya.
Selain itu, Najib juga bercakap mengenai tanggapan umum bahawa aspirasi Umno adalah berbeza dengan aspirasi massa.
"Bagi mereka, cita rasa Umno bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang-orang Umno janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti.
"Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak.
"Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sesebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?," katanya dalam ucapan lebih sejam yang mengupas pelbagai isu.
Najib juga berkata Umno perlu membuka pintunya seluas mungkin kepada orang Melayu memandangkan bukan semua orang Melayu menjadi anggota parti itu.
"Umno juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya.
"Umno akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli Umno berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui Umno," katanya.
Lantas, Najib mengingatkan para perwakilan ketiga-tiga sayap parti itu bahawa tugas mereka tahun ini adalah "yang paling berat dalam sejarah " Umno.
"Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah'" katanya.
Tetapi, menurut Najib, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu.
"Sebab itulah mereka mengundi untuk mengekalkan Umno sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga.
"Oleh sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar menjadi benci dan terus tidak peduli".
Menyingkap sejarah perjuangan Umno, Najib berkata Umno ternyata mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan.
Katanya, telah terbukti juga Umno adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia.
"Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja.
"Hakikatnya, Umno parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman," kata Najib.
Beliau juga mengingatkan anggota Umno supaya berpijak di bumi nyata kerana lanskap politik negara telah berubah sama sekali.
"Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari dengan tuntutan zaman. kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam," katanya.
Umno, kata Najib, juga tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda, kerana parti itu bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan, terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka.
Pada masa ini 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus pada 2020.
"Janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.
BERNAMA
KEPALA SURAT KEMENTERIAN DIGUNAKAN UNTUK TEMPAH HOTEL
Menggunakan kepala surat Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memudahkan tempahan sebanyak 70 bilik hotel membuka ruang spekulasi kementerian akan bayar bil penginapan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.
Setiap bilik berharga RM165 semalam.
Mohamed Khalid, bertanding jawatan Naib presiden memberi alasan bahawa ia memudahkan untuk menempah bilik hotel jika kepala surat kementerian digunakan. Namun, surat yang difaksimili menyebut bayaran akan dibayar selepas pelawat check-out dari hotel!!!!
Tian Chua alleges misappropriation of ministry funds for hotel rooms
The Higher Education Ministry's letterhead was used to book some 70 hotel rooms for Umno Pasir Division members attending the party's general assembly here next week, inviting allegations of impropriety and misuse of government facilities.
PKR information chief and MP for Batu Tian Chua alleged in a complaint to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today that the rooms were for delegates, but Minister Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin said in an immediate response that they were for observers and division members, and not delegates.
Mohamed Khalid, who is contesting a vice-president post, admitted the ministry's letterhead was used because "it is very difficult to book hotel during the Umno assembly period".
He said he is not using the ministry’s money to pay for the rooms which costs RM165 per day.
Tian Chua earlier told reporters in Parliament lobby that there could be misappropriation of public fund by the Higher Education Ministry’s political secretary's office which sent out the letter.
He said he had received information that Zainal Abidin Othman, a special officer to the minister’s political secretary, allegedly booked a total of 70 rooms and produced a copy of letter of request with the ministry’s letterhead and a confirmation letter from the hotel as proof.
He said he had also submitted the report and evidence to the MACC.
"We have the fax with the ministry’s letterhead to the hotel as well as the confirmation letter from the hotel that each room cost RM165 per night.
"I was also told that a government cheque had been (allegedly) issued as the deposit for the hotel. This is a clear misuse of public money for party congress and election," he said.
Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), who was at the press conference, said it is wrong to use the letterhead of the ministry for the letter of request to the hotel as it will be taken as a guarantee to the hotel that the ministry will foot the bill.
He said this is because the letter stated that "we are hopeful that the hotel would allow our guests to check-in at the hotel at any time and the bill would be forwarded to us after the guests leave (we would prefer to pay weekly)".
He said it is very easy for the MACC to check if a government cheque was given to the hotel.
Mohamed Khalid said Zainal was not acting under his instruction.
Giam Say Khoon/sun2surf
NAKHAIE DARI YADIM MULA AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Setelah sekian lama membisu, Datuk Ust Nakhaei Ahmad YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia membuat kenyataan yang keras untuk tidak berkompromi dengan rasuah serta politik wang.
Beliau telah mengutip amaran dari Al Quran tetang balasan kepada pemberi serta penerima rasuah, "quoting verses from the Quran, he said those who bribe and receive bribes will end up in hell".
Beliau telah menyebut:
"Corruption is the most immoral practice whether in politics, administration, business or in any field. It is like a cancer that will destroy the society and country and is against religion and humanity,"
Anda bandingkan laporan di bawah ini bersumber dari Bernama dengan sun2surf, cuba cari kelainan antara keduanya. Baru kita tahu.....
Corrupt politicians lose right to lead: Nakhaie
The Islamic Da'wah Foundation Malaysia has taken a swipe at politicians found guilty of graft, saying they have lost the right to hold public office or to lead the people.
"Leaders who are corrupt and compromise with such practices are not qualified to bear the people's mandate," its chairman Datuk Mohd Nakhaie Ahmad said in a statement today.
"Corruption should not be condoned and those who practice corruption are not qualified to lead the nation and be given the trust to defend the faith," he said.
Nakhaie said only leaders who are strong, clean, sincere and resolute in struggling for the nation are the ones qualified to lead the Malays in facing the country's challenges.
"Corruption is the most immoral practice whether in politics, administration, business or in any field. It is like a cancer that will destroy the society and country and is against religion and humanity," he said.
Quoting verses from the Quran, he said those who bribe and receive bribes will end up in hell.
Nakhaie said a nation and country that wants to succeed must fight corruption to the end and should not compromise.
"Where is the struggle (to succeed) now if those who support it is an organisation where corruption is rife?" he said.
Although Nakhaie did not mention any names in his statement, the fact that it comes in the wake of the Umno disciplinary board's decision to bar Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam from contesting the party's deputy president's post due to breach of ethics lends it context.
The decision on Mohd Ali had roused controversy over whether he should continue to be chief minister.
He said the Malay leadership should be strong and clean in championing the Malay rights and nationhood and in times like this they should understand more deeply the social contract which formed Malaysia
Karen Arukesamy/ SUN2SURF
-------------------------------------------------------------------------------------
Pemimpin Melayu Perlu Bersih Daripada Rasuah: Nakhaie
Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) meminta orang Melayu beriltizam memperkukuhkan perjuangan dan memperbaiki kepimpinan bangsa dengan membersihkannya daripada semua bentuk amalan tidak bermoral terutama rasuah.
Pengerusinya Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata pembersihan itu perlu bagi melahirkan generasi yang kuat dan kembali mendokong perjuangan bangsa dengan ikhlas dan jujur.
"Pemimpin yang kuat, bersih, ikhlas dan beriltizam dengan perjuangan ini sahaja yang layak memimpin orang Melayu ketika berhadapan dengan cabaran besar seperti yang dihadapi negara sekarang.
"Orang yang mengamalkan rasuah tidak layak memimpin bangsa dan diberi amanah untuk membela negara," kata Nakhaie dalam satu kenyataan di sini Khamis.
Beliau berkata negara sedang berhadapan dengan cabaran besar bukan sahaja krisis kewangan global tetapi juga asas kenegaraan negara ini dipersoal dan cuba dirobekkan.
"Dalam keadaan mencabar seperti sekarang, kepimpinan Melayu mestilah kepimpinan yang kuat dan bersih dan tidak mengamalkan rasuah dan memahami secara mendalam kontrak sosial yang dipersetujui dengan bangsa lain di negara ini," katanya.
Nakhaie berkata ramai yang sudah lupa bahawa asas kenegaraan yang membentuk negara ini ialah keislaman dan kemelayuan dan acuan inilah yang menjadi teras kehidupan rakyat berbilang kaum.
Katanya walaupun mereka bebas menganut agama masing-masing tetapi mereka mesti menghormati teras kenegaraan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
BERNAMA
EJEN RASUAH DIGANTUNG TETAPI PRINSIPAL LEPAS
Lembaga Disiplin UMNO mendapati Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail serta DS Ali Rustam sabit kesalahan. Saadun dan Rosli adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil. Manakala Zalina adalah Naib Ketua Puteri Umno Bukit Katil, Melaka.
Saadun, Rosli dan Zalina digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu. Manakala Prinsipal atau ketua perasuah atau bos yang sponsor rasuah kekal terus menjadi Ketua Menteri Melaka untuk menruskan agenda rasuah.
Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO di sini. Komen YM Tengku Razaleigh di sini
Ali Rustam ditempelak
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, menempelak Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang didapati bersalah melakukan politik wang dalam pemilihan Umno kali ini.
"Itulah wajah Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah, sebenarnya Ali tak layak bertanding kerana melakukan rasuah begitu juga yang lain-lain.
"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula," kata beliau.
Ustaz Ghani turut menjelaskan rakyat Melaka khususnya supaya menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah kerana memalukan negeri Melaka.
"Mintalah Ali kembali ke jalan Allah, padahal sebelum ini pada tiap-tiap malam minta orang sembahyang hajat di masjid-masjid agar beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, yang saya bimbangkan tok imam minta dia jangan bertanding," katanya.
Selain itu, Ustaz Ghani turut mengambarkan bahawa inilah wajah sebenar pemimpin Melaka dan juga ketidakadilan yang berlaku di dalam Umno padahal Khairy juga terlibat tetapi tiada tindakan diambil.
"Kita juga pelik bagaimana SPRM tidak tahu tentang rasuah Ali Rustam, kata SPRM ada kredibiliti supaya berlaku adil kepada semua pihak kerana kalau kepada pembangkang mereka cepat siasat dan keluar keputusan.
"Insya-Allah kita akan adakan mesyuarat khas untuk hantar memorandum supaya Ali meletak jawatan Ketua Menteri kerana dia tak layak perintah Melaka," ujarnya.
Lembaga Disiplin Umno semalam mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan.
Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.
Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.
Lembaga tersebut memutuskan bahawa Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.
Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil. Manakala Zalina adalah Naib Ketua Puteri Umno bahagian yang sama.
Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.
Zaili Muhammad/ mns/ harakhdaily_
ALI RUSTAM DAN KHAIRY MESTI LETAK JAWATAN MASING-MASING
Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN BUDAYA KITA DULU, KINI DAN SELAMANYA
Ali Rustam, Khairy didesak letak jawatan wakil rakyat, ketua menteri
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam kerajaan.
Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.
Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.
Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.
Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.
Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk di bawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.
Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan di bawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.
SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Dato' Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.
Kami juga melihat bahawa tindakan mereka itu tidak sesuai dengan taraf mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin dalam kerajaan kerana jenayah itu dilakukan ketika mereka memegang amanah rakyat.
Jika dalam pemilihan parti pun mereka boleh berlaku curang dan tidak amanah, apakah jaminan bahawa mereka boleh menunaikan amanah rakyat melalui jawatan yang disandang sekarang tanpa sebarang penyelewengan.
Oleh itu mereka wajib meletakkan semua jawatan yang disandang untuk memberikan laluan buat rakyat memilih pemimpin yang lebih bersih dari mereka.
Kami bertegas untuk mendesak mereka letak jawatan. Sekiranya mereka enggan, Perdana Menteri wajib memecat mereka bagi menjaga nama baik kepimpinan negara ini.
Herman Samsudeen/ harakahdaily
Herman Samsudeen ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
ALI RUSTAM TERSINGKIR, KJ DIBERI AMARAN
Ali Rustam terkeluar dari pertandingan merebut jawatan timbalan Presiden UMNO. Politik wang disebut sebagai punca beliau tersingkir.
Nasib Khairy Jamaludin sangat baik kerana hanya diberi amaran, bagi kesalahan yang sama. Nasib baik.
Ali Rustam Dilarang Bertanding Timbalan Presiden
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.
Lembaga itu bagaimanapun mendapati Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti.
--BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------
Setiausaha Politik Ali Rustam antara yang digantung
Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadun Basirun dan dua pemimpin UMNO Bahagian Bukit Katil merupakan antara yang digantung keahlian UMNO selama tiga tahun kerana didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO.
Saadun yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil serta dua lagi pemimpin UMNO bahagian tersebut didapati bersalah di bawah Perkara 5.1.2, 5.5.1, 5.5.2 dan 5.6.1 Tataetika Ahli UMNO yang berkait dengan rasuah atau sogokan politik.
Dua lagi pemimpin terlibat ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hassan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.
Lembaga Disiplin UMNO mendapati ketiga-tiga mereka telah melanggar Tataetika Ahli UMNO ketika berkempen untuk Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti.
Ekoran itu Mohd. Ali juga bersalah di bawah Tataetika Ahli UMNO mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Utusan.
PERINGATAN BUAT PARA PERWAKILAN "PAU"
Ayat-ayat cinta Tun Dr Mahathir
1."Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka"
2.Apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang"
3."Adalah lebih baik kita musnahkan parti daripada menghidupkan pemimpin rasuah untuk memimpin parti"
Ayat-ayat Amaran dari saya:
1. Pastikan jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
2. Yang lebih teruk lagi, jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
3. Akhirnya, akan terjadilah harapkan sokong, sokong membawa rebah, harapkan pagar pagar makan padi.
4. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
5. Jangan sesekali lupa amaran no 1 hingga 4 justeru "Melayu Mudah Lupa".
Najib Perlu Pastikan Kabinetnya Bebas Rasuah - Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan barisan Kabinet yang beliau akan lantik apabila menjadi Perdana Menteri nanti terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.
Bekas Perdana Menteri berkata ketika ini ramai di kalangan rakyat yang memerhatikan senario politik negara terutama menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.
"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.
"Jadi apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, maka seperti yang telah saya katakan, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," katanya pada wacana mengenai Demokrasi dan Kepimpinan Masa Depan Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata pelan peralihan kuasa yang dirancang setakat ini berjalan mengikut perlembagaan parti.
"Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah terdapat banyak politik wang yang berlaku dan jika ada peralihan (kuasa) tetapi kalau pemimpin yang dipilih terdiri daripada mereka yang mengamalkan rasuah, Umno tidak akan dapat meraih sokongan rakyat," katanya.
Beliau berkata penggunaan wang rasuah juga boleh menidakkan kebaikan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, jadi perwakilan mesti bijak memberikan sokongan mereka kepada pemimpin yang bersih dan mampu memimpin negara.
"Adalah lebih baik kita musnahkan parti daripada menghidupkan pemimpin rasuah untuk memimpin parti," katanya.
Selain itu, Dr Mahathir berkata sokongan mereka yang berada di luar Umno juga penting bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan kumpulan ini sedang memerhatikan perlakuan pucuk pimpinan Umno menjelang pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.
Mengenai pakej rangsangan mini berjumlah RM60 bilion yang diumumkan baru-baru ini, Dr Mahathir berkata apa yang penting ialah bagaimana peruntukan itu digunakan.
"Jika anda mengambil Amerika sebagai contoh, mereka seringkali menambah pakej rangsangan dan masih belum melihat hasilnya, jadi ini mungkin permulaan kepada pakej rangsangan kita kerana kita tidak tahu sejauh mana hasilnya.
"Tetapi cara ia akan digunakan adalah sangat penting, mereka mesti perlu berhati-hati dengan peruntukan dana daripada pakej rangsangan... perkara ini memerlukan kajian sewajarnya, anda perlu tahu semua butiran berhubung prestasi ekonomi," kata beliau.
Mengenai cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno, beliau berkata perkara seumpama itu pernah berlaku tetapi tidak berjaya disebabkan berlainan prinsip dan perjuangan.
Apapun, kata Dr Mahathir BN telah memerintah Malaysia selama 50 tahun dan berjaya membawa kemakmuran serta kemajuan kepada rakyat negara ini.
BERNAMA
MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN KATA ADUN BANGI
Dalam arena politik Machiavelli, "matlamat menghalalkan cara" memang cocok dan sinonim dengan parti politik bernama UMNO/Barisan Nasional.
Sejarah di Terengganu, Kelantan dan terbaru di Perak menunjukkan tanpa sebarang keraguan bahawa tali barut, kroni serta konco-konco UMNO di pejabat kerajaan negeri, pusat, agensi kerajaan negeri serta GLC-anak syarikat kerajaan negeri memainkan peranan yang cukup berkesan dan memiliki impak yang amat tinggi.
Wujud dilema dalam sebarang pentadbiran yang mana jenteranya tidak setia, amanah serta bertanggungjawab.
Perlukah "reshuffling" atau "transfer exercise" dalam jabatan atau anak syarikat yang kritikal di peringkat kerajaan negeri?
Opsyen ini sebenarnya tidak timbul jika semua kakitangan kerajaan memiliki sifat-sifat mahmudah dan mengyahkan sifat-sifat mazmumah dalam diri masing-masing.
Oleh kerana pentingnya seorang penjawat awam mempunyai serta mengamalkan akhlak Islamiyah, maka mahu tidak mahu, secepat mungkin, tanpa dolak dalik mereka wajiblah menjalani "kursus ulangkaji" bagi yang telah lupa dan "kursus asas" bagi yang belum pernah terdedah dengan konsep penting seperti akauntability, integriti, kepemimpinan dan "ihsan" sebagai contoh.
'People centric' bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat
Pelaksanaan program 'people centric' oleh Pejabat Pembangunan negeri Selangor mempunyai matlamat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.
Menurut Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi organisasi parti memang sudah dibenarkan tetapi BN mengambil pendekatan 'people centric'.
Saya fikir mungkin jenama BN sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat sebab itu mereka berusaha mencari cara lain untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya ketika menyokong usul Kampung Tunku-DAP, Lau Weng San.
Katanya, sekarang BN melibatkan SPRM yang sepatutnya menjadi suruhanjaya bebas dan bersifat berkecuali.
"Saya lihat usaha BN yang menggunakan SPRM telah menjatuhkan kerajaan negeri Perak dan tindakan ini akan dilakukan di negeri Selangor," dakwanya.
Menurut beliau, berhubung pemberian lembu pada hari raya Aidiladha di masjid Bandar Tun Razak dan penyelenggaran kereta Lexus Menteri Besar, BN telah menjadikan isu itu sebagai landasan utama mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Selangor.
Beliau berharap kerajaan negeri Selangor berhati-hati serta menyiasat kemungkinan wujudnya elemen 'musuh dalam selimut' di jabatan kerajaan khususnya pejabat Menteri Besar.
"Apakah tindakan Menteri Besar untuk mengesan musuh yang berjaya membongkar rahsia jabatan ke luar dan mereka selesa bekerja dengan Ketua yang lepas," katanya.
Taman Templer (BN), Dato' Subhan Kamal mencelah mengatakan kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat konon telah melakukan kerja dengan baik dan tidak perlu takut dengan penubuhan 'people centric' kerana ia merupakan satu cara BN membantu rakyat.
Beliau berkata, jika benar kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan tanggungjawab yang terbaik sudah pasti dalam pilihan raya akan datang memperolehi kemenangan.
Saidah Hairan/lanh/ HARAKAHDAILY
BUDAYA POLITIK WANG (RASUAH) HIDUP KEMBALI
Dipaparkan keratan akhbar di sana sini perihal POLITIK WANG yang mengotori pemilihan pucuk pimpinan UMNO di peringkat cawangan, belum lagi di peringkat tertinggi. Minggu lepas, calon ketua bahagian Seremban ditahan BPR. UMNO bahagian Sungai Besar juga telah dipanggil BPR bagi memberi keterangan.
Menurut akhbar Sinar Harian bertarikh 5hb Ogos 2008, Ketua Pengarah BPR mengaku telah menerima beberapa aduan rasuah dan sedang menyiasat kes-kes berkenaan. Beliau disebut sebagai berkata bahawa BPR menerima maklumat yang betul dan bernas daripada orang ramai.