Pray For MH370

Pray For MH370

Happy & Prosperous Chinese New Year



About the contributor


Pengarang

Mike

Selat Klang State Legislative Assembly honours Tionghua community

BY: ERMIZI MUHAMAD
SELAT KLANG, JAN 19: A total of 400 coupons were distributed by Selat Klang State Assemblyman to the Tionghua community in conjunction with Chinese New Year Jom Shopping programme.
Selat Klang Assemblyman Dr Halimah Ali said the programme targets those from the Chinese community who are less fortunate and with low income.

“The first batch of coupons was distributed to residents in Pulau Ketam, Sungai Lima and Bagan Hailam.
“We also provided bus services to facilitate recipients to collect the coupons,” she said in a statement.
The coupons were distributed in Econ Mart Supermarket, Jalan Yadi on January 18.
image
Halimah said this was an initiative, and assistance to the Tionghua community in preparing for the Chinese New Year at the end of January.
The Jom Shopping programme is an extension of Skim Mesra Usia Emas (SMUE) launched in June 2008.

Read More “Happy & Prosperous Chinese New Year ”  »»

Pendidikan bukan perkara main main


Pelaburan untuk pendidikan tidak akan sia sia.

Kerajaan perlu serius mengkaji keperluan sebenar masyarakat dalam negara, mengenalpasti apakah ilmu yang diperlukan untuk mencapai kejayaan melayari kehidupan dalam erti kata sebenarnya. Masyarakat juga perlu dilmukan konsep kebertanggungjawaban hakiki yang bertunjangkan konsep ketuhanan merentasi akauntabiliti hingga akhirat.

Teknologi sepatutnya menjadi alat bantu bagus untuk mencapai kefahaman. Namun ilmu teknologi semata mata tidak menjamin kejayaan hakiki. Ilmu dasar yang benar mesti dibekalkan sebelum meneroka lebih lanjut ilmu lain yang bersifat duniawi.

Pemisahan secara dasar ilmu duniawi dan ukhrawi ini masih menjadi sistem pendidikan yang dipakai oleh kerajaan Malaysia. Tidak hairanlah kenapa begitu banyak kes gejala sosial berlaku. Kepincangan proses mendidik manusia menjadi insan berkesan akan melahirkan kebobrokan dalam masyarakat yang ahlinya jahil dan gagal mengenali diri, tidak mampu membentuk diri yang dilengkapkan dengan potensi maksimum untuk menjadi hamba yang mampu mentadbir bumi....khalifah fil ardh.....sebaliknya menghancurkan bumi dan seterusnya diri, keluarga dan masyarakatnya.

Perlu tukar sistem pendidikan sedia ada. Perlu tukar kerajaan sedia ada?

Read More “Pendidikan bukan perkara main main”  »»

Isu panas.......ada agenda apa?

Budaya Dramatis

Amatlah menyedihkan apabila kita melihat fenomena dramatis yang melibat perkara kecil dalam masyarakat diperbesar besarkan oleh pihak yang memposisi diri mereka secara terancang untuk menghasilkan tindakan pihak atasan yang menyebelahi kelompok mereka.

Contoh.
Bagi pelajar di luar negara , bila mereka sibuk belajar terutama di musim sejuk, mereka akan mecuci pakaian di kedai dobi dan terus mengeringkannya di dobi tersebut. Sudah tentu ia melibat pengguna Muslim dan Non Muslim. Tidak ada isu.

Selama ini pun, ramai juga orang Malaysia menggunakan dobi. Bergaul juga Muslim dan Non Muslim. Tidak ada isu.

Apabila kedai KENTUCKY FRIED CHICKEN hanya menjual ayam goreng, kentang goreng, salad dan air berkarbonat.....tidak ada nasi kerabu, nasi kandar, nasi ambeng.....Tidak ada isu. Memang mereka mensasarkan pelanggan yang mahu makan produk KFC. Bukan selain darinya... Mereka hanya menyediakan keperluan pelanggan mereka dan bukan semua orang. Mereka bukan prejudis. Tetapi consumer-centric.Tidak ada isu.

Ianya menjadi isu, apabila ia disensasikan oleh sesetengah pihak yang dramatis. Samada dengan sengaja atau tidak sengaja. Lebih lebih lagi apabila pihak yang mahu menanguk di air yang keruh. Penularan isu kecil boleh menjadi besar kerana menimbulkan kemarahan, kebencian dan prasangka semata-mata kerana persepsi buruk yang terbentuk oleh reaksi dramatis kelompok yang supersensitif.

Amat merugikan masa, tenaga dan emosi semua pihak.

Kita cuba amalkan budaya politik matang dan sejahtera.

Read More “Isu panas.......ada agenda apa?”  »»

KORBAN hanya di hari raya?

At-Taubah : 24
قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوٰنُكُمْ وَأَزْوٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوٰلٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجٰرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا حَتّٰى يَأْتِىَ اللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْفٰسِقِينَ
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Kita terpukau dengan kecantikan manusia. Kita tenggelam keasyikan dek keindahan bunga,flora  dan fauna. Kita dibuai keindahan alam semesta yang luas terbentang.
Kita  gerun dengan dentuman guruh. Kita bimbang hujan lebat yang memungkinkan banjir. Kita fobia gegaran bumi. Kita terpegun melihat gerhana bulan.
Siapakah di sebalik semua ini?
Cantik....indah....tenang....
Bimbang....takut....ngeri...

Mari kita mengaji, mengkaji, mendalami, mentadabbur...
Zat Yang Maha Kuat
Yang Maha Agung
Yang Maha Berkuasa
Yang Maha Indah
Yang Punya segalanya
Termasuk diri kita.

Sang Maha Pencipta.

Kita hambaNya
Dia  lah punca segala kebaikan, kecantikan, keindahan, kekuasaan.


Sewajarnya, Dialah menjadi tumpuan kita, pujaan kita. Dialah sepatutnya kita rindu. Dia sepatutnya sentiasa di qalbu. Tetapi mengapa begitu payah untuk kita mengingatiNya. Kenapa selalu kita lupa tentang kewujudanNya?
Kita cintakan Allah Yang Satu?
Cinta kulit bawang?
Cinta bayang bayang?
Cinta imaginasi?
Kalau cinta tulin,
akan   tetap dihati

Akan sanggup berkorban apa sahaja....
Apa yang Ia sebut ,kita akan terus disambut
Apa Dia suruh, kita akan patuh?
Apa dia larang, kita akan pantang
Apa Dia suka, kita buat beriya iya
Apa Dia benci, kita buang tepi



Banyak yang kita perlu pelajari
Banyak yang kita perlu latih diri
Banyak yang kita perlu rayu kepada Ilahi
Semoga berupaya berkorban demi cinta suci
Menagih rahmat  dan cinta Al Waduud

Bermula dengan korban haiwan
Simbolik cinta mohon bersemi
Pohon diterima dan terus mengembang
Tautan kasih barakah Ilahi
Aamiin...aamiin...aamiin


Read More “KORBAN hanya di hari raya?”  »»

MATI KITA. ...mahu pilih 'mutarih' atau 'mustarah minhu'?

Secara umumnya, setiap pengorbanan adalah mulia dan besar nilainya pada sisi Allah swt. Justeru, gunalah ruang sempit di dunia ini untuk melakukan pengorbanan supaya dapat berehat sepuas-puasnya di akhirat nanti. 

Sabda Rasulullah saw,

عَنْ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ الأَنْصَارِىِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ: «مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟ قَالَ: الْعَبْدُ
الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ.
Maksudnya:
Daripada Abi Qatadah bin Rib’iy al-Ansari, dia meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah saw melihat jenazah yang diusung melintasinya, lalu Baginda saw bersabda, “mutarih dan mustarah minhu.” Sahabat bertanya, “Ya, Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan mutarih dan mustarah minhu? Baginda menjawab, “Orang mukmin (mutarih) (yang meninggal dunia mereka) berehat daripada keletihan dunia dan kesengsaraannya menuju rahmat Allah, manakala kematian ahli maksiat (mustarah minhu) pula membolehkan manusia, negara, pepohon dan binatang berehat daripada kejahatannya.” HR Bukhari dan Muslim

Kita perlu gunakan akal untuk memilih . Adakah kita mahu kategori yang mendapat nikmat, kebahagiaan hakiki dari Allah swt atau sebaliknya.....beruntunglah kita sekiranya masuk dalam kategori pertama..... Aamiin.

Read More “MATI KITA. ...mahu pilih 'mutarih' atau 'mustarah minhu'?”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com