Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO PENDIDIKAN SELANGOR mahu tumpuan kepada modal insan Quranik

223 Pelajar Tahfiz Dapat Biasiswa Yayasan Selangor
 
BANTING 25 JUN : Penghormatan dan keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah maahad tahfiz diharap mampu meningkatkan tahap kecemerlangan akademik dan sahsiah golongan pelajar tersebut.
Demikian harapan dilontarkan Pengetua Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (MITIB), Anas Ayob dalam satu Majlis Penyerahan Biasiswa Yayasan Selangor kepada 223 pelajarnya di sini pagi ini.
“Usaha ini menunjukkan komitmen yang baik daripada Kerajaan Negeri kepada anak-anak tahfiz.
“Semoga dengan bantuan sebegini, golongan pelajar yang berlatarbelakangkan pendidikan Al-Quran mampu menjadi golongan professional pada masa akan datang seterusnya dapat menjelmakan mimpi kami menjadi nyata,” ujar Anas.
Pengurus Kanan Yayasan Selangor, Baharudin Ali Masrom dalam ucapannya berkata, pihaknya memperuntukkan RM 3 juta yang akan diberi kepada 2, 516 pelajar seluruh Selangor dalam bentuk biasiswa.
“Dengan bantuan seperti ini, diharap pelajar dapat memacu kecemerlangan akademik dan sahsiah diri mereka bagi membentuk generasi masa depan yang lebih berketerampilan.
“Susulan daripada biasiswa hari ini juga, insyaAllah kita akan merangka satu kem motivasi bina semangat bagi pelajar-pelajar MITIB yang akan dianjurkan dalam semester ini juga,” ujar beliau.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Dr. Halimah Ali yang turut hadir menyempurnakan majlis penyerahan biasiswa tersebut berkata Kerajaan Pakatan komited untuk membantu setiap golongan pelajar yang berpotensi tanpa mengamalkan sebarang sikap prejudis.
“Sebab itu kita meminta agar Yayasan Selangor melakukan penjenamaan semula dan jangan hanya fokus pada sekolah-sekolah aliran utama sahaja sebaliknya pandanglah sekali pelajar-pelajar sekolah tahfiz ini yang mana kesemua mereka ini adalah pelajar cemerlang, terpilih dan terbukti terbaik,” jelas Dr. Halimah dalam ucapannya.
Penyerahan biasiswa ini merupakan sebahagian daripada program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) yang dilancarkan pada tahun ini.
MITIB juga bertuah apabila dipilih sebagai sekolah pertama yang akan menerima kemudahan seperti biasiswa, tajaan kelas bimbingan, program akademik dan pembangunan sahsiah di bawah program tersebut.
Sebanyak 223 pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 dari MITIB menerima sumbangan biasiswa yang keseluruhannya berjumlah RM 172,000. Namun, setiap pelajar menerima jumlah berbeza bergantung kepada pendapatan per kapita keluarga pelajar.
MITIB ditubuhkan Kerajaan Negeri pada tahun 2008 untuk mendidik dan membentuk generasi Al-Quran dan ia bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk pembiayaan kos operasinya.

Read More “EXCO PENDIDIKAN SELANGOR mahu tumpuan kepada modal insan Quranik”  »»

KSN tanpa segan silu menyatakan pendirian

Presiden Teras, Cikgu Azmi Abd Hamid berkata "Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini yang terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta mereka menolak pembangkang."

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar," sebagai KSN, Ali boleh meminta kakitangan awam patuh kepada kerajaan tetapi bukan patuh kepada parti yang menguasai kerajaan."

Mulut celupar Ali Hamsa

oleh Ahmad Lutfi Othman,

Kenyataan awal Ketua Setiausaha Negara yang baru dilantik, Dato' Dr Ali Hamsa, yang mengaitkan parti pembangkang dengan janji-janji kosong, bagi memburuk-burukkan Pakatan Rakyat pada kaca mata kakitangan awam, bukan saja satu langkah salah, malah mendedahkan kepincangan yang berlaku sejak sekian lama.

Malang sekali jika Ali sengaja mahu menempatkan dirinya sebagai satu lagi perkakas atau jurucakap Umno-BN, seperti dilakukan pegawai kanan kerajaan tertentu, misalnya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Timbalan Ketua Polis Negara.


Seharusnya beliau diberi amaran agar berhati-hati dengan mulut celuparnya itu!

Ketika ramai bercakap kemungkinan kerajaan persekutuan akan bertukar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, kenyataan Ali itu telah menimbulkan reaksi kurang senang banyak pihak. Apakah ia satu petanda jelas bahawa sektor awam akan diperalatkan semahunya oleh Umno-BN, sebagai talian hayat terakhirnya, dalam "ibu segala pilihan raya" itu?

Sesungguhnya, kerajaan boleh bertukar pada setiap kali pilihan raya umum diadakan, namun penjawat awam akan kekal di situ. Jika Pakatan berjaya menyisihkan BN dalam PRU13, pegawai kerajaan, termasuk KSN, tidak akan berubah. Lihat saja peralihan kerajaan negeri dalam PRU12, daripada BN kepada Pakatan Rakyat, atau sebelumnya PAS, di Kelantan dan Terengganu, pegawai-pegawai kerajaan langsung tidak diusik.

Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran awam yang berkecuali dan bukannya "spoils system" atau "sistem rampasan" atau "sistem penaung", yang memberikan jawatan dalam perkhidmatan awam kepada penyokong parti politik yang menang dalam pilihan raya. Terbukti ia menjamin kelancaran dan kelicinan pentadbiran awam kita.

Dalam sistem berkecuali ini, pengambilan kakitangan awam dan kenaikan pangkat adalah berdasarkan sistem merit, dengan menimbangkan kelayakan dan kecekapan, melalui suruhanjaya yang dikira bebas.

Justeru, kesetiaan mereka dilambangkan kepada ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan ketua negeri, iaitu Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri, dan bukannya kepada parti pemerintah.


Sebenarnya isu kesetiaan kakitangan kerajaan kerap ditimbulkan apabila negara berdepan situasi politik yang dilihat tegang dan kritikal.

Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan dalam kerajaan dan Umno, serta tercetusnya demonstrasi hujung minggu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, maka KSN waktu itu, Tan Sri Abd Halim Ali mengeluarkan pekeliling agar kakitangan awam tidak terlibat dengan gerakan reformasi.

Cuba bayangkan, dalam keadaan Anwar diaibkan dan dizalimi sebegitu rupa, dengan kaedah pemecatannya yang cukup luar biasa, apakah mungkin seseorang kakitangan awam yang prihatin, apatah lagi melihat jasa besar Timbalan Perdana Menteri semasa berada kerajaan boleh berpeluk tubuh begitu sahaja?

Kini, menjelang PRU13 yang cukup mendebarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak -- yang memungkinkan buat pertama kalinya rakyat benar-benar mempunyai pilihan untuk menukar kerajaan -- peringatan sama, walaupun secara tidak rasmi, bergema semula.

Lebih buruk lagi apabila lantunan suara Ali itu dilihat memomokkan perjuangan pembangkang, sekali gus berkempen untuk BN. Di kala perancang media Najib melancarkan program "Jelajah Janji Ditepati", manakala Pakatan Rakyat pula menawarkan pelbagai jaminan dalam Buku Jingga, maka kenyataan Ali agar kakitangan awam tidak diperbodohkan oleh janji-janji kosong pembangkang jelas sarat dengan motif politik.

Mengapa beliau mendefinisikan janji-janji pembangkang sebagai "kosong"; apakah itu sesuai dilafazkan oleh seorang bertaraf KSN? Bukankah selama ini banyak tawaran dalam Buku Janji telah diadaptasi oleh Najib dan mengemukakannya semula dalam pakej berbeza, terutama berkaitan insentif "one-off"?

Walaupun Ali berhak untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Najib, selepas dilantik ke jawatan tertinggi itu, tetapi bukanlah sehingga merendahkan martabat KSN ke tahap sama dengan "juak-juak politik" BN lainnya.

Kenapa harus melafazkan kalimat yang mengguris, malah menyakit hati, sebahagian besar rakyat negara ini? Tentu beliau amat menyedari bahawa sokongan BN dalam PRU13 hanya separuh daripada jumlah pemilih yang mengundi pada Mac 2008 itu?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim memberi respons: "Sebagai ketua yang baharu kepada 1.4 juta kakitangan awam, beliau perlu menunjukkan sikap profesional dan bebas tanpa memihak kepada mana-mana parti politik. Jika kita mengambil sikap beliau, adakah bermakna penjawat awam sekarang tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri yang tidak sealiran politik dengan kerajaan pusat?"

Presiden Teras, Cikgu Azmi Abd Hamid pula membidas: "Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini yang terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta mereka menolak pembangkang." Bagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, sebagai KSN, Ali boleh meminta kakitangan awam patuh kepada kerajaan tetapi bukan patuh kepada parti yang menguasai kerajaan.

Sebenarnya sikap yang ditunjukkan Ali itu bukanlah sesuatu yang pelik atau aneh. Di negara ini, segala kemudahan kerajaan seringkali tidak dapat dipisahkan dengan kepentingan Umno-BN. Aset negara dianggap seperti harta parti sendiri.

Kepincangan ini bukan hanya menyerlah semasa bahang pilihan raya meningkat tetapi diamalkan sepanjang masa.

Hinggakan garis pemisah antara maslahat parti pemerintah dan kepentingan negara sukar dibuat; ia mungkin difaktorkan oleh kerana Umno-BN terlalu lama memerintah dan elitpolitiknya begitu mencengkam dalam pentadbiran kerajaan. Pegawai kerajaan pula berlumba-lumba "mengipas" bos politik mereka.

Saya telah mendedahkan, sejak tujuh tahun lalu, bagaimana pegawai-pegawai kanan universiti, iaitu kakitangan awam, termasuk bertaraf Naib Canselor, berkomplot untuk menewaskan kumpulan pelajar yang bebas dan bersikap kritikal dengan kerajaan, dalam pilihan raya kampus.

Sepatutnya pimpinan tertinggi universiti yang mengendalikan perjalanan pilihan raya itu bersikap adil dan berkecuali, dengan tumpuan utama menyediakan "padang permainan" sama rata kepada semua calon-calon yang bertanding. Sepatutnya biarlah anak-anak muda kita bereksperimen dengan sistem demokrasi yang belum tercemar di kampus, malangnya pilihan raya di menara gading itu rupanya lebih buruk lagi!

Jika diteliti Peraturan 21 dalam Perintah Am mengenai kegiatan politik, seseorang kakitangan awam tidak dilarang daripada melaksanakan hak mereka untuk menyokong mana-mana politik di luar waktu pejabat.

Hanya pegawai tinggi dilarang daripada membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik; menerbit, mengedar buku, artikel, risalah mengenai politik; merayu undi; agen pilihan raya tempat mengundi; bertanding dan memegang apa-apa jawatan.


Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, kerap menekankan bahawa beliau memberi kebebasan kepada penjawat awam di negeri itu untuk memilih pendirian politik masing-masing di luar pejabat asalkan tidak menganggu tugas dan amanah yang diberikan. Ustaz Azizan tidak melihat kepelbagaian kecenderungan politik pegawainya sebagai satu masalah.

Sebenarnya perkhidmatan awam tidak boleh dipisahkan daripada ciri-ciri profesionalisme dan sikap berkecuali atau neutraliti. Menurut Dr Abd Aziz Bari, secara idealnya perkhidmatan awam harus menjadi pelindung kepada rakyat, supaya tidak menjadi mangsa kepada parti yang memerintah.

Bagaimanapun, bagi pakar perlembagaan ini, peruntukan peraturan tatatertib perkhidmatan awam 1993, yang mahukan kakitangan awam "pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan" hendaklah dipinda kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Berdasarkan kedudukan dan peranan pegawai kerajaan, kesetiaan kepada negara, yang dilambangkan oleh Yang di-Pertuan Agong, adalah bersesuaian dengan Perlembagaan, tetapi kakitangan kerajaan tidak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. ... Ketua Negara atau Ketua Negeri perlu mengelakkan diri daripada menjadi boneka atau cop getah parti yang memerintah," tulisan Dr Aziz dipetik.

Sesungguhnya Pakatan perlu melakukan reformasi menyeluruh terhadap sistem perkhidmatan awam dan pelaksanaannya, termasuk berkaitan "sikap politik" ini jika menang PRU13 nanti. Saya tidak pasti di mana kedudukan orang seperti Dr Ali Hamsa ketika itu ... Harapnya beliau tidak teraniaya.

Harakahdaily
ALI TAK LAYAK JADI KSU

Ali Hamsa to be sworn in


Read More “KSN tanpa segan silu menyatakan pendirian”  »»

PANDA dan JANDA memang PM PANDE

DUA  ekor panda belanja RM20 juta, untuk janda bagi RM500 duit BR1M.

Lima hektar tanah Putrajaya dan sepuluh hektar di Wetland untuk pembiakan keluarga PANDA.

Lagi  RM500,000 untuk kos menanam pokok buluh.

Kononnya untuk memberi pendidikan kepada 
rakyat Malaysia ilmu daripada kerajaan Komunis China. Mungkin RM20 juta  kos tersembunyi untuk tempahan bendera BN, baju T, payung dan lain-lain peralatan untuk PRU13.

Memang PM kita pande (loghat Kelantan / Pahang untuk perkataan  pandai).

Sumber Rujukan di bawah.

Kerajaan tak tahu keutamaan panda dan janda


KUALA LUMPUR: Kerajaan ternyata tidak tahu keutamaan antara panda dan janda, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kerajaan tidak tahu keutamaan untuk orang muda, sama seperti kerajaan tidak tahu keutamaan antara panda dan janda," kata beliau dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Panda yang disebut oleh Mahfuz itu merujuk kepada dua ekor beruang panda yang disewa oleh Malaysia daripada negara China.

Ketika diminta mengulas lanjut kenyataan itu selepas perbahasan tersebut, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, kerajaan ternyata lebih suka mengutamakan perkara-perkara yang membazirkan wang negara.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendakwa, tindakan menyewa panda itu untuk meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan.

"Itu untuk panda. Bagaimana pula kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan entah berapa ratus ribu janda di negara ini?" katanya.

Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, jelas membuktikan kerajaan langsung tidak tahu keutamaan.

"Kerajaan Najib tak tahu keutamaan dan nampak benar tak tahu keutamaan antara panda dan janda.

"Akhbar The Star melaporkan kerajaan berbelanja sehingga RM20 juta untuk memelihara dan menjaga dua ekor panda itu.

"Berapa kerajaan berbelanja untuk setiap janda yang tidak berkemampuan di negara ini? Untuk dua ekor panda belanja RM20 juta, untuk janda bagi RM500 duit BR1M sahajakah?" katanya.

Mahfuz juga menyifatkan perjanjian penyewaan panda itu ternyata merugikan Malaysia.

"Kalau mati kerajaan Malaysia kena bayar ganti rugi. Kalau panda itu beranak dalam penjagaan Malaysia, anak itu jadi milik syarikat China berkenaan.

"Orang kampung yang pawah kambing atau lembu lebih pandai buat perjanjian dari kerajaan Malaysia," kata Mahfuz.

Mahfuz juga menyifatkan Najib sengaja mereka-reka dakwaan untuk mewajarkan tindakan kerajaan terhadap tindakannya berbelanja begitu besar untuk dua ekor panda itu.

"Najib kata tindakan kerajaannya menyewa panda itu akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia.

"Adakah orang Alor Setar akan naik bas beratus-ratus kilometer untuk melancong di Kuala Lumpur kerana hendak tengok dua ekor panda itu kononnya untuk menimba pengalaman pendidikan?" beliau terus mempersoalkan.

Sebelum itu, seruan Najib dalam laman Facebook berbahasa Cinanya supaya orang ramai menamkan dua ekor panda itu dibalas oleh rakyat dengan pelbagai persendaan.

Sebahagiannya mengambil peluang memperolokkan Najib dan isterinya Rosmah Manosr dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg", "Altantuya dan Scorpene" dan "Rara dan Suahsuah".

Seorang pengunjung laman tersebut yang bernama Aun Huang Long menulis: "Lembu pun tak boleh jaga. Najib, u nak panda? Kesian panda tu".



============================================================


A TOTAL of 15ha has been identified to be turned into bamboo plantations for the supply of panda food.

Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) director-general Datuk Dr Abd Latif Mohmod said 5ha in Putrajaya and 10ha in Paya Indah Wetlands will be cultivated with four types of bamboo suitable for the consumption of pandas.

“The four types of bamboos are Dendrocalamus asper (buluh betung), Bambusa ventricosa (buluh botol), Thyrsostachys siamensis (buluh siam) and Bambusa glaucesnes (buluh pagar),” he told The Malay Mail.

“These bamboo species are commonly found here. We wanted to create the plantations as it would be most feasible in the long run.”

He said the two locations were selected on the basis of rotation, so that one area would be able to provide supplies if the other fell short.

Abd Latiff said all four types of bamboo are easily found in the country and officers from China will test the bamboo supplies before it is consumed by the pandas.

It would take six months to a year to set up the plantations, he said.

The endeavour will cost RM500,000, including maintenance, over two years.

He also said there were no foreseeable problems in relation to the cultivation of bamboo.

“For example, buluh siam and buluh pagar are most commonly found because they are commercially cultivated. People also plant them for ornamental use,” he said.

“Pandas only consume the small leaves and branches of bamboo as well as fruits such as apples and carrots.”

Abd Latiff said the pandas’ surrounding areas will also be enhanced with bamboo plants to simulate its natural habitat.

It was recently announced that the Chinese government will loan two pandas to the Malaysian government, in commemoration of diplomatic relations between both nations which reaches its 40th anniversary in 2014.

The loan will cost the Malaysian government RM20 million.

The pandas will be kept at the Putrajaya Wetlands Park, in the land activities area.

Animal conservation groups have criticised the move, saying the allocation should be used for the conservation of other endangered species in the country.

Sumber: Harakahdaily
==================

PUTRAJAYA: China will loan two pandas to Malaysia as part of a collaboration between the China Wildlife Conservation Association and the Malaysian government, said the Natural Resources and Environment Ministry in a statement.
The pandas, to be on loan for 10 years, mark the 40th anniversary of diplomatic relationship between both countries in 2014.
Bilateral relations between Malaysia and China started during the tenure of late Tun Razak.
The ministry said the close relationship has enabled Malaysia to attract more foreign investment from China to boost the country's economy further.
The cooperation would enable Malaysia to conduct conservation research on the giant panda, it said.
The ministry added that the presence of the pandas would promote public awareness on panda conservation undertaken by China. This will encourage the public to appreciate and learn the importance of biodiversity and wildlife conservation in Malaysia.
A nationwide contest to name the pandas would be held to spur interest among the Malaysians to learn more about this unique animal.
The pair will be placed in a special exhibit in Taman Wetland, Putrajaya.

Ref: Staronline

Read More “PANDA dan JANDA memang PM PANDE”  »»

Rejim MUBARAK MESIR gagal menguasai kerusi Presiden Mesir

Alhamdulillah. Ikhwanul Muslimun telah berjaya meletak calon mereka Dr Mursi sebagai Presiden Mesir baru yang sah setelah bekerja bertungkus lumus.
Banyak lagi yang perlu mereka lakukan. Kita semua doakan Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk mengharungi segala ranjau dan duri yang pasti akan mereka perlu lalui daripada hasil 'tarbiyyah' rejim kuku besi yang mendarah daging di kalangan sistem pemerintahan yang sekular itu.

Read More “Rejim MUBARAK MESIR gagal menguasai kerusi Presiden Mesir”  »»

EXCO Pendidikan Selangor rasmikan 15min READING BREAK@Gerakan Membaca/Menulis Daerah Klang

Orang Ramai Sokong Program 15 Minutes Break Reading Diperluas


KLANG 24 JUN : Program ’15 Minutes Break Reading’ anjuran Kerajaan Negeri dilihat amat praktikal bagi menyemai minat membaca di kalangan masyarakat bermula dari usia rendah, kata Hanita Muda kepada TV Selangor selepas menghadiri perasmian program ini di sini pagi tadi.


“Kita dapat lihat ramai yang datang secara berkumpulan dan bersama keluarga. Ini perkembangan positif ke arah mewujudkan masyarakat sihat dan berilmu,”katanya yang menyokong penuh agar program anjuran Kerajaan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor(PPAS) ini diperluaskan ke seluruh negeri.


Beliau berkata ia banyak memberikan manfaat kepada semua dan rakyat Selangor dapat bergerak maju dan bersaing dalam zaman serba maju ini.
Latifah Sujang, 42, dari Pulau Indah berharap program itu diadakan secara berterusan kerana ia amat menyeronokkan dan menghimpunkan seluruh masyarakat dalam acara menimba ilmu.


Katanya, dia turut berharap ia diadakan di kawasan kediamannya di Pulau Indah.
“Bagus sangat sebab semua orang ada turut serta. Saya sendiri datang dengan anak-anak dan kawan-kawan disebabkan program ini menarik. Jadi program ini mendapat sambutan ramai bila ia dijalankan,” ujarnya.


Program “15 Minutes Break Reading” diadakan di Pengkalan Batu di sini dirasmikan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Turut hadir, Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Pengarah PPAS, Mastura Mohamad.
Dr Halimah berkata, program “15 Minutes Break Reading” itu diadakan di daerah di seluruh Selangor bagi melahirkan masyarakat berilmu di negeri itu.


Katanya, ia bersesuaian dengan status negari maju bagi Selangor yang memerlukan rakyat bergerak seiring dengan peredaran zaman yang serba moden dan terkehadapan.

“Ia diadakan bagi menyemai minat membaca di kalangan rakyat supaya dapat dipupuk dari usia rendah lagi hinggalah ke usia emas. Dalam program sebegini kita dapat kumpulkan seluruh masyarakat dari pelbagai peringkat usia dan bangsa untuk bersama turut serta membaca. Maka dari situ lama kelamaan amalan suka membaca ini dapat disuburkan dengan jayanya terhadap orang ramai,” katanya.


Menurutnya, program itu diperluaskan di negeri itu juga adalah hasil kejayaan program Hari Ilmu yang diadakan buat kali pertama di Tasek Shah Alam pada 26 Jun 2010 yang menghimpunkan lebih 15,000 orang dengan catatan rekod bacaan serentak teramai bagi kawasan luar di negara ini.

Read More “EXCO Pendidikan Selangor rasmikan 15min READING BREAK@Gerakan Membaca/Menulis Daerah Klang”  »»

Menteri Pelajaran Malaysia perlu ambil tindakan utamakan keselamatan pelajar SJKT

 DUN SG AIR TAWAR
SABAK BERNAM
Khamis
21.6.12

PIBG dan ibubapa sebuah SJKT di Sg Air Tawar yang dibina di sebuah ladang yang dikatakan bernilai RM1.8juta amat tidak berpuas hati terhadap kementerian pelajaran Malaysia kerana meluluskan yang dikatakan bangunan tambahan sekolah tersebut 3 km jauh daripada tapak sekolah asal.

Guru dan pelajar di arah berpindah ke bangunan sekolah baru tersebut ketika sesi penggal kedua baru ini bermula. Lokasi bangunan baru ini telah menimbul satu kontroversi di kalangan ibubapa yang bertegas tidak mahu anak mereka bersekolah di bangunan baru itu di atas faktor keselamatan yang membimbangkan.
Ini berpunca daripada pemilihan lokasi yang terletak antara 2 rentis TNB bervoltan tinggi yang digunakan untuk mengalir letrik peringkat tempatan DAN JUGA NASIONAL.
Hujjah ibubapa, sudah ada pun seorang pekerja Indonesia yang mati ketika sedang bekerja terkena kejutan letrik semasa hujan

 Pengerusi PIBG beserta Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ibubapa menzahirkan kebimbangan mereka kepada EXCO Pendidikan kerajaan Selangor dan memohon perhatian daripada pihak kerajaan negeri.YB Dr Hjh Halimah Ali setelah merasmikan Hari Ilmu daerah Sabak Bernam bergegas ke kawasan tersebut apabila diberitahu Penghulu Mukim ditemani oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sabak Bernam.
Beliau menasihatkan Pengerusi PIBG menulis surat dan memberi kronologi pembinaan, perpindahan sekolah tersebut dan masalah-masalah yang sedang dihadapi dan kebimbangan mereka untuk dipteliti dan kemudian dipanjangkan kepada kementeria pelajaran untuk dapat tindakan sementara.

Beliau juga menasihati mereka supaya berunding dengan estet untuk membenar sesi persekolahan itu diteruskan di bangunan sekolah yang lama yang selamat dan masih boleh digunakan agar pembelajaran anak-anak mereka tidak terjejas.
Difahamkan oleh penolong pegawai daerah, mereka tidak bersetuju dengan pembinaan banguna sekolah. Begitu juga majlis daerah namun kementerian pelajaran meneruskan projek yang jelas memberhayakan itu dengan mengarahkan JKR untuk menyipakan projek.

Read More “Menteri Pelajaran Malaysia perlu ambil tindakan utamakan keselamatan pelajar SJKT”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com