Pray For MH370

Pray For MH370

ULANGTAHUN PR SELANGOR TERCEMAR

Tiga petugas Pakatan cedera: seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka dan kepala dibelasah anggota FRU. Begitulah salah satu acara di Perhimpunan Ulang tahun kedua Pakatan Rakyat Selangor

Polis serbu majlis sambutan 2 tahun Pakatan, 3 cedera


KUALA LUMPUR, 7 Mac: Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun Pakatan Rakyat walaupun diadakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Kira-kira 50 FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas lima minit sahaja Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap.

"Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..."

Sebaik sahaja selepas berkata demikian, kira-kira 50 FRU yang sudah bersedia sebaik sahaja Khalid berucap sebelum itu, menyerbu pentas dan menghentikan Azmin daripada berucap.

Menurut maklumat, ada beberapa petugas dan orang ramai yang dipukul oleh FRU kerana cuba menghalang serbuan itu.

Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan interinya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah belum sampai. Di atas pentas adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Dr Lo' Lo' Ghazali, anggota Parlimen kawasan Titiwangsa di samping Tan Sri Khalid.

Akibat serbuan itu keadaan menjadi kecoh dan pihak polis memaksa orang ramai masuk ke bangunan yang sempit itu. Mereka sama sekali tidak dibenarkan duduk di luar dewan. Jika tidak, ceramah itu tidak akan dibenarkan.

Ekoran itu, semua para hadhirin menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan.

Selepas perbincangan dibuat, polis membenarkan program itu diteruskan dengan syarat ia diadakan di dalam dewan.

Anwar dan isterinya tiba kira-kira jam 10.25 malam dengan disambut teriakan reformasi dan takbir daripada orang ramai.

Dalam ucapannya selepas itu, Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada polis kerana dengan tindakan itu orang ramai semakin benci kepada Umno.

Azmin memberitahu, tindakan polis menyerbu majlis pada malam ini setelah mendapat tahu satu VCD akan dilancarkan oleh Anwar berkaitan dengan fatwa Dr Yusof Qardawi berkaitan dengan Liwat II.

Menurutnya, Qardawi memberi fatwa bahawa perancang, penyokong dan mereka yang mempercayai fitnah ini sebagai fasik dan munafik.

Nazri Abdullah /harakahdaily

Read More “ULANGTAHUN PR SELANGOR TERCEMAR”  »»

BENARKAH WAKIL RAKYAT MENANG TIADA KAITAN PARTI POLITIK

#Anwar Boleh Kekal Sebagai Ketua Pembangkang, Kata PAS (Bernama)

#SPR: PKR tidak boleh paksa Zul Noordin kosongkan kerusi (Malaysian Insider)

#PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula (malaysiakini)

SPR kata parti-parti politik tiada hak untuk memaksa mana-mana wakil rakyat yang dipecat supaya mengosongkan kerusi mereka. SPR lupa hakikat yang petugas ketika berkempen semasa pilihan raya ialah penyokong serta ahli parti politik berkenaan. Kebenaran menggunakan lambang atau logo semasa pilihanraya adalah hak mutlak parti politik berkenaan. Malah ada parti politik yang menaja bahan kempen seperti poster dan sebagainya. Jika benar-benar seorang wakil rakyat itu menang dalam satu-satu pihanraya semata-mata dek kerana "popularitinya", maka disarankan wakil rakyat berkenaan bertanding di atas tiket bebas pada pilihan raya berikutnya.

Meletak jawatan sebagai wakil rakyat serta menarik diri hanya akan dilakukan oleh mereka-mereka yang punya harga diri, maruah dan takut malu. Malangnya kebanyakan kita tidak memiliki harga diri dan maruah peribadi.


PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula

Akta Pilihan Raya yang membataskan wakil rakyat yang meletakkan jawatan daripada bertanding semula, perlu dipinda bagi membuktikan calon tersebut mempunyai pengaruh di kawasan yang ditandinginya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ini kerana katanya, akta tersebut tidak membenarkan ahli parlimen atau adun yang mengosongkan kerusi mereka untuk bertanding semula selama lima tahun.

"Secara peribadinya, calon yang bertanding dalam sesuatu parti, (kemudian) keluar parti, secara moralnya, dia perlu meletakkan jawatan (sebagai wakil rakyat).

"Untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan daripada rakyat, dia perlu mempunyai peluang untuk bertanding semula, kalau ada pengaruh.

"Saya harap akta ini dipinda untuk membuktikan calon itu mendapat sokongan rakyat," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Mustafa mengulas perkembangan terkini yang berlaku dalam Pakatan Rakyat termasuk beberapa ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.

Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru, Tan
Tee Beng - Nibong Tebal dan Mohsin Fadzil Samsuri (kiri, berketayap) - Bagan Serai yang baru-baru ini mengumum keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata dengan adanya pindaan itu, ia dapat mewujudkan demokrasi apabila wakil rakyat yang dipilih bernar-benar mendapat sokongan rakyat.

Katanya, beliau "tidak tahu menahu" mengenai sebab utama ketiga-tiga ahli Parlimen PKR itu berpaling tadah.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya, Mustafa berkata kemungkinan terdapat dua faktor - faktor dalaman dan luaran - yang menyebabkan mereka berbuat demikian.

Katanya, faktor dalaman itu adalah disebabkan terdapat ahli parlimen yang tidak tahan dengan suasana sebagai ahli parlimen kerana mendakwa ahli parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukkan daripada kerajaan.

"Seseorang itu mempunyai sebab yang tidak sama. Ada yang tidak tahan dengan ujian. Mungkin ada ahli parlimen lain tahan, dia tak tahan," katanya.

Dari segi faktor luaran pula, Mustafa berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno "berusaha untuk mendapatkan sokongan" ahli parlimen pembangkang untuk mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Kalau mereka boleh buat di Perak, (apa yang berlaku) ini bukan satu perkara yang pelik. Trek rekod Umno daripada dulu hingga sekarang (adalah) untuk tarik wakil rakyat dengan perlbagai cara. Ini yang saya nampak," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar wakil rakyat Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menjadi sebagai wakil rakyat pembangkang di Parlimen

"Kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai. Jadi kita kena bersiap sedia.

"Kalau tidak istiqomah (dengan perjuangan) mungkin terdedah dengan perkara itu," kata Mustafa sambil menegaskan bahawa ahli Parlimen PAS tidak bertindak untuk keluar parti.

Katanya, tindakan keluar parti "tidak mungkin" berlaku di kalangan ahli PAS kerana mereka mempunyai keyakinan terhadap dasar dan perjuangan parti.

"Orang PAS tidak akan ikut individu. Mereka bukan mengikut pemimpin. Pemimpin boleh keluar tetapi ahli tidak akan ikut sebab berpegang dengan dasar perjuangan parti," katanya.

Susulan beberapa ahli parlimen PKR yang keluar PKR, Mustafa masih optimis, keadaan tersebut tidak memberi kesan kepada parti tersebut.

Ini kerana, katanya, mereka yang berpaling tadah itu bukan dari pemimpin PKR pada peringkat nasional yang mempunyai ramai pengikut.

Pada sidang media itu juga, Mustafa menegaskan sekali lagi, bahawa PAS akan terus tetap dalam Pakatan Rakyat bersama-sama DAP dan PKR.

Beliau juga berkata PAS akan terus memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Abdul Rahim Sabri/malaysiakini


SPR: PKR tidak boleh paksa Zul Noordin kosongkan kerusi


KUALA LUMPUR, 7 Mac — Parti-parti politik tiada hak untuk memaksa mana-mana wakil rakyat yang dipecat supaya mengosongkan kerusi mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Ini termasuklah kes terbaru membabitkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat semalam dan beliau diarah mengosongkan kerusinya. Parlimen akan bersidang mula 15 Mac ini.

“Parti politik boleh memecat wakil rakyat mereka tetapi tidak boleh memaksa atau mengarahkan mereka melepaskan jawatan mereka sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Adun,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tindakan mengarahkan seseorang wakil rakyat mengosongkan kerusi mereka bercanggah dengan prinsip perwakilan mewakili rakyat, kata beliau.

“Melainkan dia sendiri mahu berundiur,” kata Wan Ahmad.

Kata beliau, walaupun mereka bertanding atas tiket parti, tetapi Ahli Parlimen atau ADUN terbabit dipilih oleh rakyat atau pengundi kawasan yang mereka wakili.

“Oleh itu adalah menjadi hak wakil rakyat (terbabit) untuk mengekalkan kerusinya sehingga akhir hayat mandat,” kata beliau lagi.

Justeru Wan Ahmad berkata, wakil rakyat terbabit tidak perlu melepaskan kerusi yang dimenanginya, malah undang-undang juga tidak meminta mereka berbuat demikian.

“Soal dia kena meletakkan jawatan, ini tidak timbul kerana dia hanya menggunakan simbol... parti politik tidak boleh mengarahkan seseorang wakil rakyat meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, parti tidak boleh memaksa mereka meletakkan jawatan,” katanya lagi.

Jelas Wan Ahmad, apabila seseorang Ahli Parlimen dan ADUN dipecat mereka boleh memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

“Sebab itu kita ada peruntukan sebagai wakil rakyat Bebas,” kata beliau mengulas keputusan tegas PKR memecat Zulkifli, Ahli Parlimen penggal pertama, dan diarahkan supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Bagaimanapun Zulkifli menegaskan beliau tidak akan merayu dan pada masa yang sama akan mengekalkan kerusinya yang dimenangi 8 Mac 2008.

Dengan menjadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat, tiga rakannya yang telah keluar PKR untuk bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Tahun lalu ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah juga diminta melepaskan kerusinya tetapi beliau bertindak keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

Malah pada awal tahun lalu, SPR menolak daripada menerima surat peletakan tanpa tarikh ADUN Behrang dan Changkat Jering yang dikatakan ditandatangani sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Kedua-dua ADUN itu menafikan mereka menandatangani surat berkenaan secara sukarela, sebaliknya mendakwa diminta menurunkan tandatangan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak mereka daripada melompat parti.


====================================================================================

Anwar Boleh Kekal Sebagai Ketua Pembangkang, Kata PAS


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- PAS pada Sabtu menyuarakan sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang walaupun beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) akan terus memberikan sokongan penuh kepada Penasihat PKR itu.

Katanya, kerajaan dan Speaker Dewan Rakyat tidak berhak untuk menentukan siapa Ketua Pembangkang di Parlimen kerana kedudukan tersebut ditentukan oleh anggota Parlimen pembangkang sendiri.

Isu jawatan yang dipegang Anwar timbul selepas bilangan Ahli Parlimen PKR menurun kepada 28 berikutan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) bertindak keluar parti untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Mustafa memberitahu satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini bahawa kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu tidak terjejas ekoran beberapa kejadian keluar parti itu.

Malah, katanya, gabungan pembangkang itu akan mengadakan sambutan dua tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung selama lima hari mulai malam Sabtu.

Pada Selasa lepas, DAP turut menyatakan sokongan sama kepada Anwar untuk mengekalkan jawatannya dalam Parlimen.

Mengenai anggota PKR yang keluar parti itu, Mustafa berkata kemungkinan seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang dihadapi sebagai Ahli Parlimen pembangkang berbanding Ahli Parlimen kerajaan yang didakwa diberi peruntukan RM1 juta bagi membangunkan projek di kawasan masing-masing.

"Ahli Parlimen pembangkang tidak mendapat semua itu dan ini mungkin memberi tekanan untuk mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat, dia rasa dia terhalang, mungkin orang lain boleh tahan tapi dia tak tahan...tapi sebagai orang politik, dia sepatutnya bersedia menghadapi suasana seperti ini.

"Pepatah Melayu ada menyebut kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Pembangkang macam berumah di tepi pantailah, dia menghadapi ombak, belum tsunami lagi tu," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa perkara itu ada hubung kait dengan usaha Barisan Nasional (BN) mendapatkan sokongan anggota Parlimen pembangkang untuk memperolehi dua pertiga majoriti dalam Parlimen.

BERNAMA

Read More “BENARKAH WAKIL RAKYAT MENANG TIADA KAITAN PARTI POLITIK”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com