Pray For MH370

Pray For MH370

MUAT TURUN E-BOOK TULISAN PAKAR BAHASA

Isu PPSMI dan anda.

Apa yang anda ingin tahu tentang PPSMI tetapi malu nak bertanya.

Anda belum ada anak yang bersekolah, jadi tak perlu ambil tahu. Sikap yang betul ke?

Semua anak-anak anda telah berjaya lulus Universiti tempatan dan luar negara, maka dah habis tanggungjawab. Anda salah sebenarnya.

Cucu anda masih kecil dan mereka belum tahu apa-apa. Buat apa nak sibuk-sibuk. Tak betul tu.

Anda tidak berapa mahir menulis dan membaca dalam jawi. Sebab apa? Kerana datuk nenek anda tak peduli bila UMNO/Perikatan?/ BN mansuhkan tulisan jawi.

Anda menyebut perkataan Melayu yang diambil dari bahasa Arab dengan ejaan baku tetapi orang Arab tak boleh faham. Contoh Al lah, sebutan seorang yang baru memeluk Islam. Mana sabdunya agar berbunyi "AL lah" dengan "tekanan suara" pada sebutan AL.

Anda telah diajak kawan pergi perhimpunan GMP pada 7hb Mac 2009 tetapi tak tahu apa sebenarnya isu yang diperjuangkan.

Anda telah disembur air asid dan gas pemedih mata pada perhimpunan !00000 yang telah berlangsung di depan Masjid Negara. Berbaloi ke? Apa nawaitu atau niat anda berhimpun?


Apa pun sila ziarah di SINI UNTUK MUAT TURUN E-BOOK .

Read More “MUAT TURUN E-BOOK TULISAN PAKAR BAHASA”  »»

HIMPUNAN 100,00 BERJAYA: TAHNIAH DAN SYABAS RAKYAT MALAYSIA



Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.


"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN. Image

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka.

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama.

Azamin Amin/ Foto Wan Zahari Wan Salleh/ Harakahdaily

Read More “HIMPUNAN 100,00 BERJAYA: TAHNIAH DAN SYABAS RAKYAT MALAYSIA”  »»

HIMPUNAN 100,000 & SERAMAI 124 BERJAYA DITAHAN



























Himpunan 100 ribu: Polis bedil Masjid Negara,124 ditahan!


Maklumat terkini daripada petugas Harakah di lokasi memaklumkan bahawa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air daripada 'Water Cannon' kepada orang ramai yang berada di dalam kawasan Masjid Negara.

Berikut adalah beberapa perkembangan terkini yang dibawa secara langsung oleh para wartawan Harakah yang bertugas di 3 lokasi perhimpunan serta di kawasan Istana Negara:

5.00 petang: Ketika berita ini ditulis,dilaporkan seramai 124 orang telah ditahan.

3.45 petang: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dihalang pihak polis daripada bergerak ke Istana Negara.

3.25
petang: Sebahagian peserta himpunan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid oleh pihak polis.

3.15
petang: Pihak berkuasa mula menyembur pancutan air daripada 'Water Cannon' dan melepaskan gas pemedih mata sebanyak 5 das kepada orang ramai yang sedang berehat di Masjid Negara.

3.00
petang: Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.

2.55
petang: Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. Sebelum itu,beliau kelihatan diiringi pihak polis untuk masuk ke dalam kawasan istana dan keluar semula kira-kira 15 minit kemudian. Image

2.50
petang: Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.

2.35
petang: pihak polis mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata.

2.30
petang: Dianggarkan lebih 150 ribu orang sedang berusaha untuk menembusi sekatan FRU di jalan menghala ke Istana Negara.

2.21
petang: Kumpulan daripada Sogo yang berarak telah mula bersatu dengan kumpulan daripada Dayabumi,dianggarkan lebih 5,000 orang ketika ini sedang bergerak ke arah Istana Negara.

Sementara itu, dilaporkan bahawa FRU sedang mengalihkan trak untuk membuat hadangan terhadap kumpulan daripada Masjid Negara.

2.20
petang: Dianggarkan lebih 1,000 orang sedang berarak daripada Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka dengan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik.

Sementara itu, di Istana Negara para wartawan telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan istana oleh polis. Dilaporkan,pihak polis sedang membuat hadangan di hadapan istana.

2.16
petang: Sementara di Pasar Seni, Ustaz Abu bakar Chik sedang membaca doa dan pihak polis telah membenarkan kumpulan di situ untuk berarak.

2.15
petang: Namun, rantaian sekatan yang dibuat FRU telah dirempuh oleh rakyat yang berhimpun dengan laungan 'Allahuakbar'!

2.10 petang: FRU ketika ini sedang menghalang rakyat yang berhimpun di Masjid Negara daripada berarak ke Istana Negara.

2.05
petang:Pihak polis sedang menghalang beberapa kumpulan di Pasar seni daripada berhimpun dan berarak ke Masjid Negara.

2.00
petang: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sertai AJK GMP sedang berucap untuk menaikkan semangat rakyat yang hadir agar berarak ke Istana Negara.

1.25 petang: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub,Dr Syed Azman, Dato' Mahfuz Omar sedang memimpin perarakan daripada Kompleks Sogo bersama lebih 1,000 orang yang menyokong untuk membantah dasar PPSMI.

Walaupun,hujan turun namun semua bersemangat dengan meneriak pelbagai slogan.

1.50
petang:Pihak kerajaan melaksanakan 'languange cleansing' (pembersihan bahasa) kerana berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI walaupun dibantah oleh rakyat. Image

1.35
petang: Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.

1.25
petang:Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.

1.15 petang:Sasterawan Negara,Dato' A. Samad Said melahirkan kekecewaan dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan polis.

1.10 petang:Pihak polis mengarahkan sepanduk membantah PPSMI diturunkan di Masjid Negara. Image

1.00 petang: Dato' Dr Hassan Ahmad melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai hari ini dan ia jelas menandakan PPSMI ditolak oleh rakyat.

Dalam pada itu, Dr Hassan memaklumkan setelah berunding dengan wakil GMP,pihak polis hanya membenarkan sebanyak 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara selepas solat Zohor (sekitar jam 2.00 petang). Turut serta adalah beberapa wakil NGO berbangsa Cina. Namun, pihak polis masih melarang untuk diadakan sebarang perarakan,tetapi perhimpunan hanya dibenarkan di kawasan masjid sahaja.

12.50
tengahari: Kira-kira 10,000 orang sudah mula berhimpun di sekitar kawasan Masjid Negara dengan memakai baju berwarna putih.

12.45 tengahari: Lebih 1,500 orang daripada Kelantan telah tiba di KL Sentral melalui keretapi dan kini telah bergerak ke tiga lokasi yang ditentukan oleh pihak penganjur.

12.45
tengahari:Keadaan di Masjid Negara masih terkawal,namun anggota polis dianggarkan lebih 50 orang ditempatkan sekitar kawasan masjid.

12.30
tengahari: Jalan dari arah Jalan Klang Lama dan Parlimen telah ditutup oleh pihak polis.

12.00
tengahari: Kawasan sekitar Pasar seni mula gamat dengan anggota polis yang ditambah lebih 100 orang. Sementara itu, di hadapan bangunan Jawi kelihatan 3 buah trak 'Water Cannon'.

11.40
pagi: Pihak polis dan FRU kelihatan telah bersedia di kawasan Istana Negara. Trak 'Water Cannon' hanya sebuah tetapi anggota FRU dianggar sekitar 100 orang. Dalam pada itu, helikopter kelihatan berlegar di kawasan istana.

11.20
pagi:Kawasan pusat membeli belah Sogo mula terasa bahangnya apabila bilangan anggota polis mula bertambah lebih 100 orang.

10.35
pagi: Kawasan membeli belah Kompleks Sogo pula kelihatan lebih 30 anggota polis sedang berkawal,namun suasana masih terkawal. Image

10.20 pagi: Tinjauan harakahdaily mendapati sebanyak 5 buah trak FRU kelihatan di Dataran Merdeka.

10.04 pagi: Kawasan di sekitar pasar Seni mula terasa bahang Himpunan apabila beberapa kelompok orang ramai di lihat berkumpul. wartawan Irwan,melaporkan kelihatan lebih 30 anggota polis di kawasan ketak kereta Pasar Seni.

9.20 pagi: Jalan menuju ke pusat bandar raya dari arah Jalan Kuching mula sesak apabila pihak polis mula mengadakan sekatan jalan raya.

9.00 pagi: Helikopter milik pasukan polis mula kelihatan dan berlegar di sekitar bandaraya.

Oleh Irwan,Saidah,Anis,Intan,Salmiyah, Roy, Arif & Atriza. | Foto Wan Zahari & Nasir Sudin/ HARAKAHDAILY

Read More “HIMPUNAN 100,000 & SERAMAI 124 BERJAYA DITAHAN”  »»

JANGAN LARI DARI ISU SEBENAR MENGENAI ISU PPSMI

Bakal Perdana Menteri Malaysia jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Bernama/ Berita Harian, saya hairan bagaimana beliau boleh pusing isu sebenar tentang PPSMI. Kita maklum beliau telah dihantar ke England pada usia yang muda untuk menimba ilmu dan tamadun barat.

Siapa yang tidak mahukan ilmu dan teknologi moden? Siapa yang tidak mahu anak-anak kita berjaya? Siapa yang lari dari menangani isu globalisasi? Siapa yang menolak bulat-bulat penguasaan bahasa kedua , ketiga dan kempat? Tiada siapa. Semua persoalan di atas adalah tidak relevan dalam isu PPSMI.



Jangan taksub hingga tolak unsur baik tamadun luar: Najib


Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat tidak harus menjadi terlalu taksub sehingga menolak unsur tamadun luar yang dapat membantu memperkaya ilmu, teknologi dan kebudayaan Melayu dalam memperkasakan bahasa Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, yang penting dalam menghadapi globalisasi ialah sikap dan pertimbangan rasional dalam memilih dan memutuskan perkara yang munasabah untuk dimanfaatkan dan bukan menolak asas globalisasi secara melulu.

"Walau apa pun harus diingat bahasa itu jiwa bangsa. Maksudnya, penguasaan bahasa asing tidak semestinya melunturkan jati diri dan keintelektualan seseorang itu akan tetapi penguasaan bahasa asing itu akan melahirkan jati diri yang lebih utuh dan semakin kuat perasaan sayangnya terhadap bangsa dan bahasanya.

"Dalam konteks negara Malaysia, penguasaan bahasa asing tidak seharusnya dilihat melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri," katanya ketika berucap pada pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM 2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib berkata, dalam era ICT ini, bahasa Melayu seharusnya mengambil peluang daripada pembangunan k-ekonomi untuk turut menyediakan ruang pengetahuan yang cukup kepada masyarakatnya.

Katanya, bahasa Melayu perlu cukup utuh dan mantap untuk mengemudi masyarakat penuturnya agar bergerak seiring dengan arus pembangunan k-ekonomi dalam dunia yang semakin kompleks.

"Di persimpangan ini, perlu akui bahawa bahasa Melayu masih lagi dianggap muda dari segi pengistilahan sains dan teknologi berbanding bahasa Inggeris yang kini diterima sejagat sebagai bahasa ICT," katanya.

Bagaimanapun, katanya, ini tidak bermakna bahasa Melayu akan dipinggirkan dan turut menekankan bahawa kerajaan akan tetap komited untuk terus memperkembangkan kepentingan dan penguasaan bahasa Melayu serta akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini.

"Walaupun kita memberikan ruang kepada bahasa Inggeris wujud dalam sistem pelajaran, kerajaan tidak akan berganjak untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan rasmi pendidikan di negara ini," katanya.

Najib turut menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta syarikat penerbitan di negara ini bekerjasama untuk membekalkan bahan bacaan dan rujukan mengenai pelbagai aspek tamadun Melayu, Malaysia dan Asean ke institusi terpilih di luar negara secara berterusan.

Beliau berkata, ini supaya maklumat mengenai tamadun dan negara ini dapat sampai kepada masyarakat antarabangsa.

Bagi dalam negara pula, beliau mahu Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengambil tanggungjawab serius memperkenalkan bahasa dan tamadun Melayu serta Malaysia dalam kurikulum masing-masing.

"Dalam Akta Pendidikan 1996, telah ditegaskan tiga kursus wajib yang mesti diajar di IPTS khususnya kepada pelajar asing iaitu bahasa Melayu, pengajian Malaysia dan agama atau moral.

"Ini kerana dalam usaha kita mahu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa, kita tetap mahu unsur-unsur teras tamadun kita diperkenalkan kepada pelajar antarabangsa, terutamanya bahasa Melayu," katanya.

Bernama / Berita Harian Online

Read More “JANGAN LARI DARI ISU SEBENAR MENGENAI ISU PPSMI”  »»

SIVAKUMAR SERLAH KEHEBATAN DENGAN MENYAMAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK

Satu lagi perkembangan yang menambahkan lagi kerencaman dan kekalutan di Perak. Speaker Sivakumar telah memfailkan satu tindakan undang-undang dan menyaman Penasihat Undang-undang Perak." I know what I'm doing" he must have said that.

Takut tengok kes-kes saman menyaman macam pesta berbalas pantun, engkau jual aku beli, engkau silap akau saman, jumpa di mahkamah. Biar Hakim yang arif tentang selok belok undang-undang lagi adil dan bijaksana dan bijak di sini buat keputusan. Tak puas hati dengan keputusan, mahkamah rayuan ada.





Sivakumar saman penasihat undang-undang negeri Perak

Satu lagi tindakan undang-undang difailkan berhubung kemelut politik di Perak apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, hari ini menyaman Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan, Tommy Thomas, di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil jam 3.40 petang, hari ini.

Sivakumar mahu mahkamah mengisytiharkan antaranya bahawa Penasihat Undang-undang Negeri Perak, yang namanya tidak dinyatakan dalam writ saman, bertindak tanpa kuasa apabila defendan mewakili beliau semasa permohonan injunksi dalam prosiding pertama dalam kamar hakim Selasa lalu dan semalam.

Sivakumar juga menuntut deklarasi bahawa defendan bertindak secara cuai dan memungkiri tugasnya sehingga menyebabkan injunksi itu dibenarkan terhadap beliau dalam prosiding pertama itu.

Speaker DUN Perak itu juga mahu perintah deklarasi bahawa defendan sudah memungkiri kewajipan fidusiarinya kepada beliau apabila mewakilkan dirinya sebagai peguam untuk pendengaran permohonan injunksi itu.

Di dalam pernyataan tuntutannya, Sivakumar memohon deklarasi bahawa perintah injunksi yang diberikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim dalam prosiding pertama adalah palsu, batal dan tidak sah.

Beliau meminta ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan, faedah, kos tindakan dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sivakumar mendakwa sebagai Speaker DUN Perak yang dilantik selaras dengan Artikel 36(A) Perlembagaan Negeri Perak, beliau adalah ketua badan perundangan kerajaan di Perak.

Beliau mendakwa defendan adalah Penasihat Undang-undang kepada badan eksekutif kerajaan Negeri Perak, pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 5 Februari lalu yang bercanggah dengan kepentingan beliau yang bukannya seorang ahli BN.

Akibatnya, Sivakumar menegaskan bahawa sejak 5 Februari lalu, defendan tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk melindungi dan mengekalkan kepentingan beliau.

Secara alternatifnya, Sivakumar mendakwa defendan berada dalam keadaan konflik di antara kepentingan peribadinya dalam mempromosikan keperluan majikannya dan kewajipannya kepada beliau.

Sivakumar juga mendakwa beliau tidak pernah melantik defendan sebagai penasihat undang-undangnya dan tidak pernah berunding atau berkomunikasi dengannya.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan bantahan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bahawa Sivakumar tidak boleh diwakili oleh peguam, sebaliknya memutuskan bahawa Sivakumar hendaklah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak.

Sivakumar mendakwa selepas keputusan itu diumumkan pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu, peguam yang mewakilinya berundur daripada kamar pesuruhjaya kehakiman itu.

Beliau mendakwa berdasarkan laporan media, prosiding dalam kamar diteruskan tanpa kehadiran peguam Sivakumar untuk mendengar dan seterusnya membenarkan permohonan injunksi yang difailkan oleh Dr Zambry untuk menghalang Sivakumar daripada meneruskan sebarang persidangan DUN.

Bernama/ Berita harian Online

Read More “SIVAKUMAR SERLAH KEHEBATAN DENGAN MENYAMAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK”  »»

UMNO PERLU WUJUDKAN PROPAGANDA PENERANGAN KATA SYED HAMID

Timbalan Menteri Dalam Negeri bermadah, "Umno perlu mewujudkan pasukan perang psikologi bagi menangkis dakwaan negatif pembangkang".

Mungkin Pak Menteri Penerangan tanya balik" Maknanya kami tak buat kerja ke, tak cukup segala bentuk media yang kita dah pegang dan perlembu".

Mungkin Sambung Pak Menteri penerangan lagi " wayang Pacak dah on. Hendak apa lagi? Bloggerpun kita ada. Jean (jin) kot"

Zaman kereta lembu dulu rakyat macam tikus dan lembu. Kini mereka macam sang kanciil dan singa.

Barisan Nasional terutamanya Umno perlu mewujudkan pasukan perang psikologi
bagi menangkis dakwaan negatif pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata selain itu, strategi, integriti dan kredibiliti parti perlu ditingkatkan bagi menarik perhatian rakyat.

"Masalah kita adalah kita benarkan persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap kita berpanjangan. Bila dah berakar umbi, lebih susah untuk kita keluar dari keadaan itu," katanya pada sidang media di Angkasapuri di sini.

Syed Hamid berkata pewujudan pasukan perang psikologi juga boleh mematangkan parti dan menangkis sebarang tanggapan negatif masyarakat terhadap parti.

"Apabila ada sesuatu yang berlaku mesti ada tindakan pantas yang akan menghilangkan dan meredakan persepsi yang salah terhadap kita.

"Kita lemah dalam bidang penerangan serta lemah dalam propaganda penerangan sedangkan parti pembangkang kuat dalam propaganda walaupun mereka tidak ada penerangan," katanya.
BERNAMA

Read More “UMNO PERLU WUJUDKAN PROPAGANDA PENERANGAN KATA SYED HAMID”  »»

DO'A MENCEGAH SERTA MERAWAT PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROK/ CVA)

Strok merupakan penyakit yang ketiga atau keempat pentingnya di negara kita dari segi kematian, kemasukan ke wad hospital, ketidakselesaan serta penderitaan hidup ("hidup segan mati tak mahu" maaf kerana menggunakan ungkapan ini).

Faktor Risiko penyakit strok/Cerebrovascular Accident yang boleh diubah oleh individu:

Hipertensi (penyakit darah tinggi), Merokok, Diabetes (kencing manis), Hiperkolesteromia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), Penyakit arteri,Atrial fibrillation ( ritma jantung tidak menentu),Penyakit jantung, obesiti (kegemukan), kurang aktiviti fizikal, Penyakit sickel sel dan lain-lain.

Tanda-tanda awal Strok:

* Kebas atau lemah bahagian muka, tangan atau kaki terutama sebelah badan sahaja yang berlaku secara tiba-tiba,

* Kecelaruan fikiran (confusion), sukar bertutur atau memahami percakapan secara mengejut

* Sukar melihat pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba

* Sukar berjalan, hilang koordiansi atau imbangan badan serta pening

* Kesakitan di bahagian kepala yang berlaku secara tiba-tiba pada individu yang berisko tinggi seperti di atas

Selain dari mendapatkan rawatan untuk penyakit yang boleh membawa kepada strok serta
mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan/ bersenam, tidak merokok dan sebagainya, kita disarankan agar mengamalkan do'a di bawah. Disebut dalam satu riwayat bahawa paling minima ialah sekali dalam seumur hidup.






Read More “DO'A MENCEGAH SERTA MERAWAT PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROK/ CVA)”  »»

INSTITUSI BERAJA KEKAL CUMA PERLU DI LANDASAN YANG BETUL

Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) telah menganjurkan sebuah forum bertajuk " Raja Berperlembagaan dan kemelut' di Shah Alam baru-baru ini. Ahli forum terdiri dari Prof Dr Aziz Bari dari UIAM dan Peguam Haji Sulaiman Abdullah. Prof Madya Zainal Kidam bertindak sebagai Pengerusi. Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno telah menarik diri di saat akhir.

Sebelum 1959 apabila menteri besar merupakan lantikan peribadi Raja-raja secara mutlak. Selepas itu pilihan raya umum diadakan dan sultan dikehendaki mematuhi prinsip demokrasi meskipun peruntukan yang berkenaan.

Kesimpulandari forum dua jam itu ialah institusi beraja tetap kekal dan relevan dan apa yang dibincangkan ialah kesilapan dan kekurangan; sesuatu yang wajar dan sihat untuk diteruskan supaya institusi berkenaan sentiasa berada di landasan yang betul.


Sistem beraja kekal, pelaksanaan yang bermasalah - Prof Dr Aziz Bari

Tidak timbul soal membuang sistem beraja kerana apa yang menjadi perbincangan hari ini ialah cara kuasa-kuasa dan kedudukan raja digunakan di dalam sistem yang ada sekarang. Demikian antara kesimpulan forum mengenai 'Raja Berperlembagaan dan kemelut' di Shah Alam baru-baru ini.

Forum anjuran Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) itu disertai oleh dua orang panelis; Peguam Haji Sulaiman Abdullah dan Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Dipengerusikan oleh Prof. Madya Zainal Kidam dari UNISEL forum itu turut mengundang Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno, yang bagaimanapun mengundur diri di saat-saat akhir. Seorang pensyarah UKM yang pada awalnya bersetuju untuk mengambil tempat Kamilia juga mengundurkan diri.

Dalam pembukaannya Abdul Aziz menghuraikan beberapa ciri penting perlembagaan-perlembagaan negeri yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada perlembagaan negara. Katanya, di sembilan negeri yang mempunyai raja perlembagaan negeri dibahagikan kepada dua.

Aziz berkata konsep raja berperlembagaan telah bermula sejak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Beliau menjelaskan meskipun konsep tersebut tidak di dalam bentuk yang ada sekarang Raja-raja sebenarnya dikekang oleh prinsip Islam yang menjadi tunjang kepada Kanun Melaka.

"Kita perlu membezakan apa yang ada dalam undang-undang yang di dalam konteks kanun itu ialah hukum syariah dengan cerita penglipur lara dan filem yang menggambarkan bahawa sultan mempunyai kuasa mutlak yang tiada batasnya. Sedangkan kita ada peribadi-peribadi seperti Sultan Alauddin Riayat Shah yang mempunyai keperibadian unggul yang malangnya tidak pernah dijadikan filem," katanya.

Hari ini, Aziz berkata, Raja-raja tidak mempunyai kuasa mutlak meskipun kuasa melantik menteri besar itu disebut sebagai budibicara.

"Apa yang mutlak ialah sebelum 1959 apabila menteri besar merupakan lantikan peribadi Raja-raja. Selepas itu pilihan raya umum diadakan dan sultan dikehendaki mematuhi prinsip demokrasi meskipun peruntukan yang berkenaan menyebut sebagai budibicara,"jelasnya.

Dalam hujahnya, Sulaiman Abdullah menjelaskan Raja-raja melalui zaman getir di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu, kata Sulaiman, Mahathir dianggap raja sebenar kerana tindakan-tindakannya.

Selain Raja-raja, katanya lagi, badan kehakiman juga turut menerima kesan yang negatif terutamanya apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dipecat pada 1988.

Sulaiman mencadangkan supaya sekurang-kurangnya ada dari kalangan Raja-raja yang mempunyai kelayakan iktisas dalam pengajian Islam.

"Ini kerana ada Raja-raja yang telah berjaya mendapat kelulusan dalam bidang lain seperti undang-undang dan oleh itu sangat wajar berdasarkan kepada kedudukan mereka sebagai ketua agama untuk Raja-raja mempunyai kelayakan yang sesuai dalam bidang agama," tegasnya.

Forum yang berlangsung lebih dua jam itu mengundang pelbagai soalan dari hadirin yang rata-rata menimbulkan banyak soalan tentang krisis politik di Perak.

Bagaimanapun di saat akhir forum seorang bekas komando menimbulkan sedikit kegelisahan apabila beliau membangkitkan apa yang beliau rasakan sebagai penghinaan kepada Raja-raja Melayu.

Tanggapan itu bagaimanapun disanggah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa forum itu sendiri membuat kesimpulan bahawa institusi beraja tetap kekal dan relevan dan apa yang dibincangkan ialah kesilapan dan kekurangan; sesuatu yang wajar dan sihat untuk diteruskan supaya institusi berkenaan sentiasa berada di landasan yang betul.

Tarmizi Mohd Jam/mks/ harakahdaily

Read More “INSTITUSI BERAJA KEKAL CUMA PERLU DI LANDASAN YANG BETUL”  »»

AKUI KESILAPAN: SESAT DI HUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN

Bekas Menteri Kewangan YM Tengku Razaleigh Hamzah telah mengungkapkan apa yang berlaku di Perak masa kini sebagai "chain reaction of illegality" yakni "a series of events, each of which causes the next" atau rentetan peristiwa yang setiap satu menjadi penyebab kepada peristiwa selanjutnya" atau ringkasnya " reaksi berantai". Maka peristiwa di Perak merupakan rentetan peristiwa yang tidak sah di sisi undang-undang yang mana ekoran darinya membuahkan pelbagai peristiwa yang tidak sah dari kacamata perundangan.

Sun2surf telah mencatat chronologi peristiwa di Perak sejak 25 Jan 2009 sehingga 4 Feb 09. Sila rujuk sebelah.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab memulakan "reaksi berantai" ini mungkin pada peringkat perancangan yang dilakukan di Pekan atau di Putrajaya tidak menjangka samasekali akan berlaku satu krisis perundangan atau perlembagaan yang begitu rencam sekali dan memeningkan semua pihak.

Dalam posting saya bertajuk "Perak Sultan has the answer" bertarikh 5 Feb 2009, saya telah nyatakan betapa pentingnya mempunyai kumpulan pakar dalam perundangan perlembagaan bagi menasihati parti tentang isu yang jarang-jarang berlaku.

Kini timbul isu yang remeh mana-mana penasihat undang-undang (peguam) yang bertauliah boleh jawab iaitu isu "locus standii" yang dibangkitkan di Mahkamah Tinggi yang memerintahkan bahawa peguam Tommy Thomas tidak mempunyai locus standi bagi pihak Sivakumar. Benarkah penasihat Speaker Sivakumar mestilah juga Penasihat Undang-undang negeri dalam kes berkenaan?

Sungguh tepat sekali kata-kata YM Tengku Razaleigh apabila Tengku menyebut "One lie leads to many lies. Each bad action leads to a cascade of follies". Satu penipuan membawa kepada banyak lagi penipuan. Setiap tindakan membawa kepada......."

"Laws are invisible things. They exist only when they are understood and observed. When the government of the day ignores foundational principles such as the separation of powers, the Constitution becomes a dead piece of paper" begitulah pemerhatian Tengku Razaleigh dalam kemelut di Perak.


Razaleigh: Perak events a "chain reaction of illegality"



Former Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah said today the takeover of the Perak state government by Barisan Nasional had set off a "chain reaction of illegality" which threatens to leave the state without a legitimate government.


"The BN’s takeover of Perak has set off a chain-reaction of illegality which has left Perak quite possibly without a legitimate government. One of our most prosperous states has been reduced to a failed state," said Razaleigh, in a statement today.

"One lie leads to many lies. Each bad action leads to a cascade of follies. Particularly when the lie or violation concerns something very basic. This is a principle we teach our children. It is a simple. but universal truth now being demonstrated in Perak," said Razaleigh, who called for all violations of the Federal Constitution to cease.

"Those who so blithely ignore the Constitution for political ends are quite literally wrecking the foundations of this country to further their own interests. This must stop," he said, adding that continued violations of the Constitution would erode public confidence in the rule of law.

"With each violation, the sense of decency and restraint, and the habits that bind us to the Constitution are loosened. The confidence in the rule of law that makes civilized life possible is diminished," he added.

Razaleigh reminded the people that the Constitution should be treated with more reverence than other law in the country.

"The Constitution is not just any law. It is the set of laws that founds our nation, defines its basic principles, guarantees our individual rights and prescribes the structures, duties, and powers which make a national community possible," he said.

"It is the very foundation and source of the legal authority underlying the existence of Malaysia," he added.

"Laws are invisible things. They exist only when they are understood and observed. When the government of the day ignores foundational principles such as the separation of powers, the Constitution becomes a dead piece of paper," added Razaleigh.

Tan Yi Liang / sun2surf

Read More “AKUI KESILAPAN: SESAT DI HUJUNG JALAN BALIK KE PANGKAL JALAN”  »»

JIKA BANJIR DI SEKITAR SUK, SIDANG DUN DIBUAT ATAS POKOK PUN SAH




At the Putra World Trade Centre (PWTC), some 1,000 people and staff at the building were trapped in the darkness following a power outage while those who did manage to find their way out had to stay put in the building as the roads around the area were flooded. (sun2surf)

Ikuti ulasan Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dan Datuk Ambiga Sreenevasan dari Badan Peguam Malaysia

Sidang DUN Perak: "Jika di atas pokok pun ia sah" Sidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

"Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau.

Abdul Aziz Mustafa/harakahdaily

Read More “JIKA BANJIR DI SEKITAR SUK, SIDANG DUN DIBUAT ATAS POKOK PUN SAH”  »»

BAGI MEMBANTU SIASATAN ANDA MEMILIKI MAKLUMAT INDIVIDU DI BAWAH?

Segolongan Pemuda UMNO yang datang untuk membuat kacau dengan sengaja menghalang laluan ADUN Pakatan dan Speaker DUN. Mereka telah mengamuk selepas cubaan untuk menghampiri YB-YB Pakatan disekat. Kononnya mereka sedang dicari Polis bagi membantu siasatan di atas kejadian yang berlaku di hadapan SUK Perak pagi kelmarin. Jika anda memiliki maklumat tentang mereka, sila ke balai polis berhampiran. Terima kasih.




Read More “BAGI MEMBANTU SIASATAN ANDA MEMILIKI MAKLUMAT INDIVIDU DI BAWAH?”  »»

PAS DAN PKR PUNCA PERGOLAKAN POLITIK KATA ALI RUSTAM

Satu analisis berjodol "Hanya MCA,Gerakan adn UMNO ada imuniti menjerkah Raja-raja oleh blogger Abu Bakar Mohd Rashid @ Pak Bakaq AKA Penarik Beca serta artikel bertajuk "UMNO derhaka" dalam detikdaily tulisan Ust Idris Ahmad saya fikir mampu menjawab kenyataan calon Timbalan Presiden UMNO DS Mohd Ali Mohd Rustam dalam akhbar Sinar Harian edisi 04 Mac 2009.

PKR, Pas punca pergolakan politik

Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan dalang kepada punca pergolakan politik semasa di negara ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam semalam.

“Semua isu menentang sultan atau kerabat diraja dimulakan oleh dua parti pembangkang ini. Mereka adalah pertama mengkritik sultan. Selepas mereka mulakan, DAP, yang terdiri daripada ahli bukan Islam, juga turut mengikut jejak mereka.

“Orang Melayu dalam dua parti ini menunjukkan jalan untuk mengkritik kerabat diraja dan ini diikuti oleh bukan Melayu dalam DAP,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen makanan Melaka di sini.

Ali Rustam, yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, cadangan Pas untuk pembentukan sebuah kerajaan perpaduan di negeri-negeri seperti Perak tidak boleh dipercayai kerana “saya tidak pasti jika mereka bercakap kebenaran.”

“Sebelum ini, mereka berkata mereka menyokong kerabat diraja tetapi jika ada keputusan diambil oleh kerabat diraja yang tidak memihak mereka maka mereka mula mengkritik kerabat diraja berkenaan.

“Apakah jenis sokongan seperti itu? Sama juga juga kepada hak-hak keistimewaan yang diberikan kepada Bumiputera,” katanya.

“Kedua-dua parti pembangkang ini merupakan punca kepada kebanyakan masalah politik di negara ini. Merek mengelirukan rakyat dan DAP mengambil kesempatan ke atas perkara-perkara ini.

“Karpal Singh mula mengeluarkan kenyataan sesuka hati kerana tahu akan mendapat sokongan dua parti ini yang majoritinya terdiri daripada orang Me-layu,” katanya.

Ali Rustam berkata, negara Asean perlu melong-garkan peraturan cukai bagi membenarkan rakyat mereka melawat negara Asean lain tanpa membayar sebarang bentuk cukai kerana ini akan memulihkan industri pelancongan serantau ekoran kelembapan ekonomi global semasa.

Menurutnya, Melaka, sebagai bandar warisan dunia, telah mencatatkan kedatangan 7.2 juta pelancong tahun lalu, itu melepasi sasaran 6.8 juta pelancong.

Bagi Januari, kami mencatatkan 650,000 kedatangan pelancong dengan 14 peratus daripada mereka adalah pelancong asing.

Ali Rustam berkata, minggu lalu kerajaan Melaka juga menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat untuk membina sebuah perkampungan Arab di Pulau Melaka dengan kos RM200 juta.

Bernama/ sinar harian

Read More “PAS DAN PKR PUNCA PERGOLAKAN POLITIK KATA ALI RUSTAM”  »»

MESTI BERMULA DENGAN LAPORAN POLIS

Laporan yang berasingan telah dibuat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias yang dikatakan telah menghalang anggota DUN Perak dari bersidang dengan mengunci Dewan serta mengarahkan Polis secara fizikal membuat sekatan.

*2 Adun buat laporan polis terhadap Ketua Polis Ipoh, SUK Perak

*Reports lodged against Ipoh OCPD

2 Adun buat laporan polis terhadap Ketua Polis Ipoh, SUK Perak


Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Titi Serong, Khalil Idham Lim, dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, hari ini membuat laporan polis berasingan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kerana didakwa menghalang mereka dan 26 Adun yang lain daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi.


"Kami telah dihalang secara jelas oleh Azisman melalui pengumuman yang mengarahkan kami tidak masuk atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim", kata Khalil kepada pemberita di perkarangan IPD Ipoh hari ini, seperti dilaporkan Bernama.

Nga pula berkata Abdul Rahman dipertanggungjawabkan kerana menghalang ADUN daripada memasuki bangunan dengan mengunci dewan menyebabkan persidangan DUN tidak dapat diadakan dalam bangunan.

Selepas tidak dibenarkan masuk ke dewan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Speaker mengadakan persidangan tergempar Dun di bawah pokok, 100 metar dari bangunan itu pada pukul 10.05 pagi tadi.

Azisman ketika ditemui berkata kedua-dua wakil rakyat itu berhak untuk membuat laporan dan polis akan menyiasat.

"Terpulang kepada pihak atasan untuk mengambil tindakan kerana tugas yang dilakukan oleh polis adalah arahan daripada SUK," katanya.

Harakahdaily
---------------------------------------------------------------------------

Reports lodged against Ipoh OCPD

Two Pakatan Rakyat assembly persons have lodged police reports against the Ipoh OCPD for stopping 28 assemblypersons from entering the Perak Darul Ridzuan Building this morning.

The two assemblypersons, Khalil Idham Lim (Titi Serong) and Nga Kor Ming (Pantai Remis), also lodged a similar police report against the state secretary.

Both assemblypersons lodged the reports at the Ipoh police headquarters at 2.55pm today.

Khalil told reporters that a group of "thugs", whom he claimed to be Umno supporters, and a Federal Reserve Unit (FRU) team led by OCPD ACP Azisman

Alias had stopped him and 27 other Pakatan Rakyat assemblypersons from entering the building to attend the state legislative assembly sitting.

"We were told by Azisman not to enter the building on the instruction of the state secretary," he said.

He claimed that both Azisman and the state secretary had committed a criminal offence by restraining members of the assembly from exercising their duties.

Nga described the incident as "embarrassing" and "unprecedented in the country's 52 years of nationhood."

He said the state secretary should be held responsible for the incident for locking the door to the building, and forcing the state legislative assembly to convene an "emergency sitting" under a tree not far from the building.

Azisman, when met, confirmed that police had received both reports.

Bernama / thenutgraph

Read More “MESTI BERMULA DENGAN LAPORAN POLIS”  »»

SEKSYEN 124 PENAL CODE

Section 124 of the Penal Code, reads:

"Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any legislative assembly or of any state executive council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to a fine."


Read More “SEKSYEN 124 PENAL CODE”  »»

TAKE FIVE BAGI YANG MAHU

Cik Menteri Azalina bilang Sidang DUN Perak yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang yang dikawal rapi oleh FRU agar penyokong tidak menyerbu masuk "bulatan", sebagai tidak bertamadun dan mengunapakai undang-undang rimba. Tunggu sat, nak tanya hang, sapa' yang mengunapakai dan menguatkuasakan undang-undang rimba serta hutan belantara " Sapa kuat, hang atau aku". Apapun rileks sat, take 5, mai dok tengok selingan ni.

Read More “TAKE FIVE BAGI YANG MAHU”  »»

PERAK STATE ASSEMBLY MEETING HELD UNDER A TREE

Yes, the world is watching the Bolehland especially the Silver State Of Reduan but more stannous (tin) oxide is to be found in its famous Kinta Valley. History was in the making this morning 03rd day of March 2009 when the legitimate state government was barred from entering the State Assembly Hall by a handful
of "government servants" mainly the Police under the instruction of Higher Authorities whomsoever it may be. Three motions were passed.

Ikuti berita selanjutnya dari Bernama dan harakahdaily.



* Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya

* 'Persidangan DUN Perak' Di Bawah Pokok

* 'Persidangan Tergempar' DUN Perak Lulus Tiga Usul

Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya


Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi.

Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.

harakahdaily

'Persidangan DUN Perak' Di Bawah Pokok


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada pembangkang hari ini mengadakan "persidangan tergempar DUN" di bawah pokok, 100 meter di luar bangunan DUN.

Persidangan pada 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak pagi ini, kerana persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas meluluskan tiga usul.

Sebelum itu, kekecohan berlaku di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan apabila ADUN pembangkang cuba memasuki ke kawasan bangunan itu untuk menghadiri persidangan di dalam dewan.

Polis bagaimanapun hanya membenarkan Sivakumar memasuki bangunan itu pada kira-kira 9.45 pagi dan orang ramai termasuk media yang berada di situ telah diminta bersurai.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias memberi amaran akan menahan sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat yang enggan bersurai.

Polis sejak petang semalam telah mengadakan kawalan ketat termasuk menutup beberapa jalan menghala ke bangunan berkenaan Perak Darul Ridzuan.

Lebih 100 penyokong pembangkang berkumpul di luar bangunan itu sejak awal pagi ini.

Pintu masuk utama ke bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang telah ditutup sejak petang semalam dan hanya kakitangan perkhidmatan awam yang bertugas dibenarkan masuk hari ini.

Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Undangan Negeri.

Jumaat lalu, Sivakumar telah memanggil persidangan tergempar Dewan hari ini, namun Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan Abdullah Antong Sabri berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Sivakumar bagaimanapun tetap menyatakan ia sah dan dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan mengadakan kawalan di pintu masuk bahagian belakang bangunan berkenaan.

Di Mahkamah Tinggi Ipoh pula, sekumpulan peguam mewakili sama ada Barisan Nasional atau pakatan pembangkang berada di perkarangan mahkamah menunggu kes yang difail oleh Zambry dan enam anggota exco kerajaan negeri bagi memohon perintah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.

Sivakumar sebelum ini menggantung dan melarang Zambry daripada menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan manakala enam anggota exco itu dikenakan larangan selama 12 bulan.

Beliau semalam turut menggantung serta merta tugas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Abdullah Antong.


'Persidangan Tergempar' DUN Perak Lulus Tiga Usul


"Persidangan tergempar" Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung hari ini di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik semalam, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Ia disusuli sidang akhbar di pejabat DAP Perak yang terletak berhampiran.

Pada sidang akhbar itu Mohammad Nizar berkata beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.

Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan, Abdullah Antong Sabri, berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Ketika ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Azlan enggan memperkenankan pembubaran DUN, Mohammad Nizar berkata jika pembubaran dewan tidak dilaksanakan, ia akan hanya menyebabkan krisis perlembagaan kini berpanjangan sekaligus menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.

"Jadi, kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan," katanya.

Apabila diberitahu bahawa beberapa ADUN dari Barisan Nasional mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Setiausaha Dewan mengenai persidangan hari ini, Mohammad Nizar berkata Speaker telah memaklumkannya kepada semua ADUN.

Ngeh pula meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan pembubaran dewan kerana, menurutnya, itu adalah satu-satunya penyelesaian segera terhadap masalah dan krisis yang berlaku kini.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar hari ini, kerana menghina.

BERNAMA

Read More “PERAK STATE ASSEMBLY MEETING HELD UNDER A TREE”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com