Pray For MH370

Pray For MH370

SELAMAT HARI GURU


Perutusan EXCO Pendidikan Selangor

Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2014

Bismillahirrahmanirrahim,

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

 Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat  menyambut Hari Guru sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru sekalian.

Selaku EXCO Pendidikan kerajaan Selangor, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di mana sahaja mereka berada dan di semua peringkat pendidikan. Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar guru-guru dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa bertujuan melahirkan modal insan berkualiti dan meminimakan insan liabiliti demi keutuhan dan kecemerlangan negeri.

Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

3. Sentuhan keramat guru telah melahirkan ramai cendekiawan, golongan profesional, usahawan, dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negeri kita selama ini.Namun di Selangor kita mahu lebih daripada itu. Pemilihan tema Hari Guru untuk Selangor  tahun ini iaitu “Guru Penjana modal insan cemerlang atau  khalifah fil ‘ardh  adalah amat bertepatan dengan peranan guru sebagai watak utama dalam proses menginsankan pelajar dan membekalkan ilmu dan kemahiran yang mencukupi untuk mempastikan beliau dapat mengurus hidupnya dengan berkesan dan dalam masa yang sama mampu mengurus tadbir persekitarannya dengan baik untuk pastikan  muka bumi tempat tinggalnya itu kondusif dan sentiasa subur. Guru juga bertanggungjawab untuk membina dan memupuk keupayaan hidup secara kolektif dan bersinergi dan menjadi rahmat untuk makhluk lain .Pendek kata, produk yang mahu dihasilkan oleh guru adalah produk yang mempunyai keupayaan serba serbi dengan menggunakan segala aset yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepadanya bertujuan memakmurkan bumi, bukan untuk menghancurkannya.  Kepatuhan kepada tugas ini dijanjikan oelh Allah swt dengan balasan yang baik serta disenangi oleh manusia pelbagai  bahkan makhluk yang lain.

4. Maka, pada saat negeri kita sedang berada di gelombang kerancakan menuju visi Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan 2025, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negari melonjak ke tahap yang terbaik yang dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negeri ke mercu kecemerlangan. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita Selangor untuk menjayakan proses mengilmukan rakyat dipertaruhkan kepada saudara dan saudari yang bergelar guru.

5. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang  rapi untuk menjayakan proses mengilmukan rakyat dengan merakyatkan ilmu(memberi akses kepada sumber ilmu).Ini termasuklah pelaksanaan  dasar Pendidikan berkualiti untuk semua yang merupakan mekanisme utama untuk menjayakan agenda penting ini. Ini dijelmakan melalui pengisytiharan HARI ILMU SELANGOR pada 26 Jun 2010 oleh DYMM Sultan Selangor sebagai cetusan serius mahu membudayakan ilmu oleh Kerajaan Selangor. Peruntukan tahunan untuk mempastikan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di setiap jenis sekolah, penjenamaan perpustakaan awam, PTRS(program tuisyen rakyat Selangor untuk calon SPM, SKIM TUNAS untuk pelajar tadika, Hadiah RM1 ribu untuk pelajar IPT, Pinjaman pendidikan tanpa riba adalah di antara rancangan bantuan jangka panjang pendidikan khususnya bagi rakyat berpendapatan rendah di Selangor.

 JAIS juga telah disaran untuk mengenalpasti keadaan sebenar premis persekolahan di bawah jagaannya agar tindakan menyediakan prasarana yang kondusif boleh dijalankan dengan cekap dan berkesan demi kualiti proses pengajaran dan pembelajaran khasnya di sekolah jenis integrasi dan syumul.

Namun, kita juga akur bahawa perencanaan yang rapi sahaja tidak menjamin keupayaan kita untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Lebih penting ialah pengorbanan dan daya juang para guru dalam menjayakan setiap perencanaan yang dilakar oleh kerajaan. Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para guru di atas pengorbanan tidak bertepi untuk mencapai sasaran-sasaran penting yang dalam mendidik anak bangsa.

Berkat curahan jasa dan bakti para guru kita menyaksikan rakyat berprestasi tinggi yang mampu mengangkat Selangor sebagai negeri yang terkehadapan di bidang pencapaian ekonomi, infrastruktur bahkan kualiti hidup.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program mendidik rakyat.  Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti pendidikan negara dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya selaku Exco Pendidikan Selangor telah menggagaskan beberapa dasar penting untuk dilaksanakan di setiap peringkat persekolahan.

Pertama, menyedari betapa mustahaknya anak-anak kita mempunyai kerangka hidup yang jelas, bukan sahaja tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi untuk membolehkan mereka menjadi manusia yang cerdas bahkan membangunkan secara sinergistik segala potensi intrinsik insani nya, maka saya telah memperkenalkan Dasar pembangunan holistik modal insan SPIES. Dasar ini memberi peluang kepada setiap murid untuk mencapai kejayaan terbaik dirinya atau ‘the best of him/herself’. Selain daripada merancang untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan mereka seperti kata pepatah Arab, “Al-‘aqlu al-salim, fi al-jismi al-salim”, yang bermaksud akal yang sihat terletak pada badan yang sihat, jiwanya perlu diperkayakan dengan nilai murni, emosinya perlu dilatih menjadi kuat dan stabil.Bahkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan menjaminkan hidupnya harmonis dalam masyarakat. Budaya memberi dan sifat sukarelawan menjadi ciri penting masyarakat cemerlang. Semua ini memerlukan komitmen pencorak utama masyarakat yakni guru.

Kedua, saya juga telah memperkenalkan dasar 15 minit membaca  untuk semua jabatan dan agensi kerajaan, swasta, semua kelompok dan agenda mengarusperdanakan perpustakaan.

Ketiga, selaras dengan keperluan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negeri SPIES D’VILLAGE yang memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menjelmakan budaya suka belajar di kalangan ahli masyarakat terutama pemimpin dengan menggunakan isntistusi sedia ada seperti masjid, surau, dewan orang ramai, padang selain daripada sekolah. Saya yakin pendekatan baru pendidikan ke khalayak akan mendorong guru-guru untuk meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih berkesan dan membumi.

Kerajaan Selangor menyokong dasar kementerian pendidikan untuk memastikan pendidikan negara mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan pelbagai usaha untuk memperkasa pendidikan teknik dan vokasional  berjaya meningkatkan peratusan pelajar aliran teknikal dan vokasional daripada 10 peratus kepada 20 peratus menjelang tahun 2015 yang melibat 10,000 guru terlatih.

Kesemua dasar dan program yang saya sebutkan ini memerlukan sokongan padu para guru. Tanpa sokongan guru-guru sekalian, agak sukar untuk kita mencapai segala cita-cita murni yang dihasratkan melalui pelaksanaan dasar-dasar ini. Dasar akan tinggal dasar, perancangan akan tinggal perancangan. Untuk itu, saya berharap agar guru-guru sekalian dapat berada dalam satu saf bersama-sama saya memartabatkan Profesion Keguruan

Sungguhpun jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun sebagai imbalan yang wajar kepada jasa-jasa guru, kerajaan perlu sentiasa memberi perhatian kepada usaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Saya berharap agar pencapaian cemerlang ini akan menjadi pencetus semangat kepada guru-guru untuk meneruskan usaha murni meningkatkan pencapaian di peringkat sekolah.

Sukses Mentaliti:Kerjasama Guru dan Ibubapa, pimpinan masyarakat setempat

Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan , peranan ibubapa tidak kurang pentingnya. Malah, ibubapa adalah insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Justeru, saya juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah,  pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan.

Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, kepimpinan kesatuan guru yang proaktif dan ibubapa yang prihatin, InsyaAllah, kita akan dapat menjayakan proses  pendidikan di negara kita dengan cemerlang. Atas segalanya, guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama modal insan cemerlang. Dengan keringat gurulah kita melahirkan insan yang mulia; dengan kudrat gurulah kita membina masa depan yang sejahtera.Dengan ketawaan dan kejituan guru kita melahirkan khalifah fil ardh. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat, bahkan di sisi Allah.

 Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih sebagai tokoh guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kepada semua guru, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga kalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

 “Terima Kasih Cikgu”.

YB DR HJH HALIMAH ALI

EXCO KERAJAAN SELANGOR

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,

Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor

Read More “SELAMAT HARI GURU”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com