Pray For MH370

Pray For MH370

'THE PAS PERFECT FORMULA': FORMULA TERBAIK UNTUK PAS

Bismillah
Bulan Jun lazimnya memang cuaca panas, kering dan mencabar....kurang selesa.
Bulan Jun 2015, lebih mencabar dan akan mencuri perhatian serta mengundang debaran banyak pihak....Ini kerana sebuah parti poltik di antara yang tertuadi tanah air akan melakar sejarah penting dalam lanskap politik negara. Pihak lawan mahupun kawannya serta pimpinan dan ahlinya sendiri menanti saat dan ketika itu.
PAS, sebuah parti yang sudah berada dalam persada politik negara selama 6 dekad telah mengundang banyak spekulasi, sejak akhir akhir ini. Perbezaan pendapat, kepelbagaian pendekatan dan strategi di kalangan pemimpin heavyweight diketengahkan dan diolah oleh media samada media cetak mahupun laman sosial di samping gadget favourite 'fans' sendiri samada intra parti mahupun interparti mencetuskan pelbagai cerita menarik yang berantai-rantai dan menjadi 'berita terkini dan sensasi' dalam satu aspek di media.

Barah label melabel, atau mengkategorikan pemimpin PAS sebagai kelompok 'ulamak' dan 'professional' telah dimulakan berdekad. Entah siapa yang cetus...Kawan atau lawan... Malangnya ia melebarkan jurang antara kedua kelompok ini yang menatijahkan vision sharing dan mission sharing kurang mantap dan berkesan. Ia lebih ketara sewaktu menghampiri pemilihan. Walaupun skalanya mungkin tidak besar tetapi oleh kerana PAS sudah mempunyai ahli yang ramai( lebih kurang 800 ribu) maka kesannya terasa juga. Kepelbagaian latarbelakang ahli PAS juga memperbanyakkan variasi ciri ahli serta kecenderungan, tahap kefahamannya kepada perjuangan parti. Tidak dinafikan asal ahli PAS di kalangan warga pondok tradisional serta agamawan. Ramai masih daripada kelompok ini.

Kemudian, setelah PAS berjaya menapak diri semakin kukuh dan mula melebar luaskan pengaruhnya, maka agenda PAS mula difahami dan kemudian diterima oleh kelompok lain termasuk golongan professional yang berada di dalam mahupun luar negara. Hubungan yang erat, ukhuwwah yang mantap , kefahaman yang jelas serta proses pembinaan peribadi jundiyy bukan sahaja dilihat berkembang dikalangan agawaman bahkan di golongan 'professional' yang semakin maju memposisikan diri mereka dalam gelanggang masing-masing. Bak magnet yang mempunyai daya penarik, masing-masing ada peranan dan masing-masing berupaya menarik semakin ramai manusia kepada parti PAS. Tenang, harmoni. Tulus kerana Ilahi. Kedua-dua kelompok faham dan beriman mereka berjuang untuk akhirat. Fastabiqul khairat....Noktah!! Tiada iri, tiada isu.

Tribulasi perjuangan sentiasa melanda.....kepelbagaian dalam PAS di'serikan' pula dengan 'jodoh pertemuan' bersama pelbagai parti politik. Sudah tentu wujud perbezaan nilai, ideologi perjuangan dan strategi serta keutamaan. Ia juga mempersaksikan PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS perlu menyesuaikan diri dengan kaum dan agama yang agak homogenous (Melayu-Islam) kepada kelompok parti komponen tahalluf
 yang ketara sangat berlainan daripada segi bangsa, budaya dan agama. Kematangan dan kebijaksanaan teruji dan kepemimpinan PAS dalam mengendalikan kepelbagaian dan perbezaan ini akan memacu daya mampu PAS sebagai pemerintah atau khalifah fil ardh di alam nyata Malaysia.
PAS perlu menerima hakikat perbezaan dan kepelbagaian. Ini ciri-ciri masyarakat majmuk. Ini adalah ciri ciri masyarakat zaman Rasulullah saw. Inilah peluang keemasan PAS mencontohi Nabi saw sebagai qudwah hasanah. Pendekatan Nabi saw. Fiqh Awlawiyyat secara praktikal. Mengutamakan yang paling utama. Melakukan yang lebih banyak maslahah berbanding yang kurang(bukan tidak ada), mengelakkan mafsadah yang lebih besar daripada mafsadah yang lebih kecil. Matematik ini perlu diambilkira dalam siyasah.

Politik adalah melakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul pada ketika yang betul dan  dalam konteks yang betul. Bukan semata-mata niat yang betul. Sekiranya niat sahaja betul tetapi ilmu analisa dan bacaan waqi atau kesesuaian masa dan tempat tidak tepat maka ia akan membawa natijah yang boleh menjauh atau membantutkan proses mencapai matlamat.

PAS mahu memperjuangkan Islam sebagai ad diin, sebagai formula hidup yang berkesan bukan sekadar Islam yang ritual seperti yang difaham oleh kebanyakan orang. PAS mahu mengketengahkan Islam sebagai penyelesai isu dan masalah kehidupan bukan Islam yang di fobiakan oleh NON MUSLIM.  PAS mahu mempastikan tadbir urus bumi yang cekap,berkesan dan menjamin kualiti hidup insan, haiwan dan kelestarian alam sekitar.
Segala-galanya ini memerlukan segala aset, potensi, ilmu kolektif yang banyak dalam PAS!! PAS kaya modal insan... PAS mempunyai mereka yang ada 'tacit knowledge'. PAS mempunyai seluruh spektrum ilmu, kemahiran, pengalaman termasuk ilmu indigenous yang ada pada ahlinya yang berupa penoreh getah, nelayan, petani. Ahli PAS bertebaran di seluruh pelusuk negara. Di kota, di desa, di sawah, di lembah,di Putrajaya, di kampung air terpencil....di Felda, di kem tentera...dalam sektor awam mahupun swasta. PAS MEMPUNYAI modal insan pelbagai kerjaya.
 Doktor perubatan, doktor falsafah, peguam, arkitek, jurutera, akauntan, peniaga, mekanik, pemandu, pegawai, pengarah.....bla bla bla.
Ada ahli PAS yang mempunyai sawah/ladang/kedai/sekolah/tadika/butik. Ada ahli PAS yang bina masjid /surau, padang dll
Sudah tentu ada ahli PAS yang bergelar Tok guru/ustaz/ustazah serta mempunyai anak murid sendiri.

Dengan bidang tugas yang begitu luas, cabaran masakini yang menuntut keupayaan mengendali massa yang kompleks, bijak dan berciri 'maklumat di hujung jari', mahu tindakan dan penyelesaian pantas dan berkesan saya berpandangan adalah vital, mustahak dan mesti bagi PAS menggembelengkan semua cerdikpandai serta aset /modal insan yang sudah ada dan yang ikhlas berjuang untuk mencapai matlamat yang sama bagi mempastikan PAS menjadi parti politik dominan yang berkemampuan dan berketrampilan untuk memposisikan dirinya sebagai alternatif TERBAIK menggantikan UMNO.
Tidak dinafikan ada beberapa suara nakal dalam golongan 'profesional'. Tetapi JUGA tidak dinafikan ada juga suara nakal daripada golongan yang lain. Namun kenakalan segelintir kecil daripada mana jua golongan ini tidak seharusnya menenggelamkan suara yang baik, jujur dan ikhlas daripada kedua-dua kelompok.

Maka, saya merumuskan muktamar PAS PUSAT bulan JUN ini akan memaparkan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya bahawa PAS mempunyai pimpinan gabungan mantap di kalangan kesemua kelompok yang berhati bersih, berjiwa waja, panjang akal, lapang dada, bersifat inklusif dan mampu mengagendakan ISLAM SEBAGAI RAHMATAL LIL 'ALAMIN. PAS FOR ALL.
YA ALLAH , KEPADAMU JUA KAMI BERHARAP.....
AAMIIN.

Read More “'THE PAS PERFECT FORMULA': FORMULA TERBAIK UNTUK PAS”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com