Pray For MH370

Pray For MH370

Rohingya, sabar ye.... tangismu sedang didengar

11 Januari 2017
Klang
Alhamdulillah, keprihatinan masyarakat Malaysia kepada insan menderita di mana jua di bumi ini amatlah membanggakan. Apa sahaja bencana yang menimpa mana mana kelompok manusia, rakyat Malaysia memang proaktif bergegas mahu membantu.
Yayasan Amal Malaysia, sebuah NGO futuristik yang senantiasa bersama denyut nadi mangsa bencana alam mahupun mangsa peperangan.Terdekat, isu kekejaman, kezaliman yang menzahirkan hilang perikemanusiaan kepada etnik minoriti Rohingya di Rakhine , Myanmar mencuri tumpuan dunia. Bukan sahaja premis fizikal seperti masjid dan rumah dimusnah, wanita turut diratah dan dimamah bengis oleh haiwan berupa manusia. Wanita dirogol dan dimusnah segalanya. Kanak kanak yang tidak berdosa dibunuh kejam dalam adegan tragis. Darah berhamburan. Mayat bergelimpangan.
 Yang tinggal diselimuti trauma, sakit, lapar, sejuk dan pilu.
Ya Rohingya, kami cuba mengerti dari secubit informasi yang diperolehi. Kami tampil mencari sumber menampung keperluanmu.....Semoga dipermudahkan Ilahi. Pakaian, makanan asas seperti beras, minyak, makanan dalam tin, keperluan bayi dan kanak kanak.....Kami cuba....kami cuba.
Maafkan kami kalau terlambat. Banyak cabaran yang menghambat. Namun insya Allah , dengan izinNya jua, kasih saudaramu ini akan dikongsi jua.

Semoga Allah terima segala pengorbanan, sumbangan dan doa kita semua.
AAMIIN.

DR HJH HALIMAH ALI
KETUA AMALNITA MALAYSIA

Tahniah kepada MAPPIM yang telah berjaya melibatkan kerajaan Malaysia untuk menghantarkan bantuan makanan, pakaian, perubatan dll kepada etnik Rohingya di Rakhine. Yayasan Amal Malaysia menyokong penuh misi kemanusiaan yang diketuai oleh Malaysia dan melibatkan 14 negara.

Read More “Rohingya, sabar ye.... tangismu sedang didengar”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com