Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN Selat Klang sampai ke Pulau Ketam kali ke 4 dalam Januari 2017

KLANG, Selangor
31 Januari 2017

YB Dr Halimah Ali meraikan jemputan makan malam sempena sambutan tahun baru Cina  dari Persatuan Keturunan Chia di Dewan Rakyat Bagan Teochew, Pulau Ketam. Beliau disambut mesra dengan tarian singa.
Dewan dipenuhi dengan ahli keluarga keturunan Chia yang dikatakan menguasai 80% daripada kawasan Bagan Teochew. Yang lebih menarik, keturunan Chia dari luar kasawan Pulau Ketam juga turut serta dalam makan malam tahunan ini. Maka penganjur terpaksa menyediakan meja hingga keluar dewan  untuk menampung tetamu pada malam tersebut.
Beliau juga berbesar hati menyumbang RM 5ribu kepada Persatuan Keturunan Chia

Read More “ADUN Selat Klang sampai ke Pulau Ketam kali ke 4 dalam Januari 2017”  »»

Kuasa Memilih


ADA PILIHAN....we have got the freedom to choose

Kuasa ada pada kita
Kita boleh rancang apa yang mata kita lihat. Memang ada perkara yang kita ternampak dengan tidak sengaja disebabkan kita kebetulan lalu di sesuatu tempat: apa orang pakai, apa orang buat apa orang tampal atau iklan ,kita tidak ada kuasa untuk tentukan. Namun, kita masih ada kuasa untuk tidak terus melihat perkara yang menganggu kita dengan mengalih pandangan daripada perkara punca tersebut.
Kita juga boleh merancang apa yang kita dengar. Logiknya memang ada suara atau bunyi yang kita ‘terdengar’ kerana kita melalui kawasan yang wujudnya punca suara atu bunyi tersebut. Contoh, kita berjalan di kawasan yang orang berkelahi atau pasaraya yang memasang lagu cinta.
Kita juga boleh pilih ke mana kaki kita jejaki. Ke pantai, ke pasaraya, ke sungai, ke dewan orang ramai?
 Kita juga boleh pilih apa yang tangan kita lakukan. Apa yang kita pegang. Apa yang kita usap. Apa yang kita tolak. Apa yang kita tarik.
Hakikatnya, kita boleh pilih tempat yang kurang risiko untuk melihat perkara yang tidak baik atau tidak senonoh.Kita boleh pilih dengar apa yang bagus untuk kita. Kita boleh pilih ke mana kaki kita jejaki, yang akan menambah ilmu pengetahuan dan banyak manfaat untuk kita dan keluarga kita.
Kita ada pilihan untuk tidak memilih sesuatu. Contoh kalau kita tahu sesuatu lokasi adalah  wabak DENGGI atau ZIKA kita mungkin elakkan ke tempat itu. Atau tempat penyamun dan perompak, kita boleh pilih untuk tidak melawat di situ contoh:
Kawasan tidak ada air
Kawasan tidak ada makanan
Kawasan gempa bumi
Kawasan di isytihar tidak diterima oleh Donald Trump
Itulah kuasa memilih kita. Orang berakal mempunyai kuasa memilih yang sangat berharga dan menguntungkan diri,keluarga dan masyarakat umumnya.
Kita perlu menyedari dan menghargai kuasa memilih yang ada pada kita.
Paling penting, gunakan kuasa memilih pemimpin pada pilihanraya. Ia menentukan arah tuju sesebuah negeri dan negara.....Cuba perhatikan apa terjadi kepada Amerika Syarikat setelah Presiden Donald Trump dapat kuasa diberi majoriti oleh rakyatnya.......
Siiru ‘ala barakatillah

Read More “Kuasa Memilih”  »»

Happy Prosperous Chinese New Year 2017



 Bismillah
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Cina  kepada semua rakyat kaum Tionghua.
Saya sangat berharap tahun ini lebih baik daripada tahun lepas samada dari segi ekonomi, kesihatan, keselamatan bahkan keharmonian.
Saya yakin kaum Tionghua lebih ke depan daripada kemampuan mengharungi isu kemelesetan ekonomi samada di peringkat lokal mahupun global.
Apa yang tidak kurang pentingnya ialah kita menyediakan persekitaran yang  positif dan produktif untuk anak cucu kita untuk membina daya tahan, daya saing dan daya maju untuk menjadi warga Malaysia yang saling konstruktif bagi mencapai tamaddun yang unggul.
Saya juga berdoa agar kaum Tionghua tidak mudah terpedaya dengan 'fear tactics' sesetengah pihak yang menggusarkan.
#bokiapas
Selamat menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga.

Xin Nian Kuai Le

YB Dr Halimah Ali
ADUN SELAT KLANG
Pengerusi
Biro Perpaduan Nasioanal PAS Selangor

Read More “Happy Prosperous Chinese New Year 2017”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com