Pray For MH370

Pray For MH370

DULU BUKU JINGGA DITIRU, KINI MANIFESTO PR PULA



KUALA LUMPUR: Jangan anda terkejut seandainya BN mengumumkan penurunan harga minyak menjelang pembubaran parlimen ini.



Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man setelah kerajaan pimpinan Barisan Nasional baru-baru ini mengisytiharkan penurunan cukai kereta import dari Jepun dan Australia.



Semalam pula, katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Ismail Sabri pula mengisytiharkan satu Malaysia satu harga, mirip penghapusan sistem kobotaj, bagi menghapuskan sistem dua harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.



“PAS yakin akan ada lagi beberapa peniruan idea manifesto Pakatan Rakyat akan ditiru oleh BN, memandang mereka telah kehabisan idea baru terutama yang melibatkan kepentingan rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Hujah Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, pengalaman PAS di Kelantan yang telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain akhirnya ditiru oleh kerajaan BN, walaupun di peringkat awal mereka mengecam PAS dengan pelbagai tuduhan.



“Bertolak kepada pengalaman tersebut, tidak mustahil mereka sanggup menurunkan harga minyak demi mendapatkan sokongan rakyat. Kita tetap dengan tawaran kita, berapa mereka turun sekalipun PR tetap akan menurunkan di bawah harga semasa apabila kita memenangi PRU akan datang,” tegas beliau.-HARAKAHDAILY

Read More “DULU BUKU JINGGA DITIRU, KINI MANIFESTO PR PULA”  »»

JEJAMBAT RUNTUH ? KECUAIAN SIAPA


 Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009. 




Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.

Jejambat Cyberjaya runtuh bukan salah Pakatan, kata MB 



 Oleh Zurairi AR KUALA LUMPUR, 1 Mac — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak bertanggungjawab ke atas jejambat runtuh di Cyberjaya semalam, tegas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
“Saya tidak berfikir begitu. Kontrak telah diberi pada 2007,” kata Abdul Khalid apabila ditanya sama ada PR bertangungjawab atas insiden tersebut. bagaimanapun berkongsi pandangan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya jejambat tersebut perlu dibina semula dan pihak pengurusannya akan menangani insiden tersebut secara profesional.
“Kami tidak akan cari kesalahan, tapi kami pastikan semuanya diperbetulkan,” kata Abdul Khalid.
MB Selangor tersebut juga berkata PKNS telah menandatangani ikrar integriti yang akan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sebarang salahguna kuasa.
“Mereka akan lihat sama ada keputusan yang diambil adalah profesional dan selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh badan korporat,” ujar beliau yang merujuk kepada badan pencegah rasuah tersebut.
Abdul Khalid juga mengulangi dakwaan ahli majlis negeri (exco) Selangor Ronnie Liu mengatakan PKNS mungkin menyaman PLUS Malaysia Berhad jika bukti menunjukkan pengendali lebuh raya tersebut sebagai punca jejambat tersebut runtuh.
Dalam pada itu, pengurus besar PKNS Othman Omar hari ini berkata PKNS masih belum memutuskan sebarang tindakan undang-undang keatas mana-mana parti ekoran insiden tersebut.
Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari semalam dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.
Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).
Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009. Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.
Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.
Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.-Malaysian Insider

Read More “JEJAMBAT RUNTUH ? KECUAIAN SIAPA”  »»

Apa sebenarnya konsep disebalik program pendidikan prasekolah kerajaan SELANGOR

Read More “Apa sebenarnya konsep disebalik program pendidikan prasekolah kerajaan SELANGOR”  »»

BN: daripada 19 ahli majlis tertinggi berapa MUSLIM??

Read More “BN: daripada 19 ahli majlis tertinggi berapa MUSLIM??”  »»

MANTAN BENDAHARI UMNO DIDAKWA MENIPU


Add ption

Pelabur British saman bekas bendahari UMNO kerana didakwa menipu RM12.8 juta

kuala dimensi sdn bhd (KDSB)

 

 

 


TERKINI @ 05:25:02 PM 27-02-2013
Oleh Nomy Nozwir
February 27, 2013
PETALING JAYA, 27 Feb — 60 pelabur British hari ini memfailkan saman ke atas Doxport Technologies Sdn Bhd milik bekas bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi serta dua defendan kerana didakwa menipu dan memalsukan dokumen pelaburan.Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu melalui firma guaman, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua. “Pelaburan ini dikatakan untuk membeli enam suis telekomunikasi dan saham di dalam syarikat Doxport,” Hasnal memberitahu The Malaysian Insider hari ini.
“Mereka dijanjikan suis telekomunikasi itu akan menjana keuntungan, serta menjadi pemegang saham dalam Doxport, tetapi dokumen itu dipalsukan,” katanya lagi.

More here.

Ketua wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, berkata, 60 pelabur British melalui syarikat Fiscal Capital City Sdn Bhd (FCC) jelas ditipu oleh Doxport, syarikat milik Azim, dan mereka menemui beberapa pemimpin tertinggi negara, antaranya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas Azim,” kata Zuraidah di ibu pejabat PKR hari ini.
Menurut Hasnal, 60 warga British itu melabur sebanyak AS$4 juta kepada Doxport Technologies pada Januari 2009 semasa Azim menjadi bendahari Umno. Azim yang kini ketua bahagian Bukit Bintang, digantikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai bendahari Umno pada April 2009.
Hasnal berkata pelabur tersebut membuat laporan polis pada 2011 selepas mendapati tidak ada suis Telekom itu beroperasi di Malaysia.
“Sesetengah dokumen sengaja dibuat untuk menunjukkan suis tersebut menerima panggilan melalui mereka. Semua klien kami percaya suis tersebut beroperasi, tetapi apabila mereka tiba di Malaysia, suis itu tidak wujud, mereka akhirnya tidak memiliki ekuiti di Doxport dan tidak memiliki suis tersebut,” katanya lagi.
Peguam itu menambah pelabur tersebut mensasarkan pendapatan melalui trafik panggilan yang dirakam oleh suis tersebut, yang Doxport mendakwa ia akan dilaksanakan di Malaysia, Vietnam dan Filipina.
“Para pelabur ditipu bahawa Doxport menjalankan perniagaan di Kemboja dan untuk memperkukuhkan kedudukan, mereka diminta untuk melabur, namun didapati Doxport tidak mempunyai lesen untuk beroperasi apa-pun di Kemboja,” katanya lagi.
Peguam tersebut berkata pelabur tersebut menyaman untuk mendapatkan semula pelaburan mereka, disamping ganti rugi am dan tauladan.
Azim — yang menjadi pengerusi Bank Simpanan Nasional dari 1999 hingga 2009, dan Institut Bank Simpanan Dunia dari 2006 hingga 2009 — juga berhadapan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) selalu pengerusi Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju utama projek tersebut.

British investors sue ex-Umno treasurer Azim over RM12.8m



KUALA LUMPUR, Feb 27 ― Sixty British investors have sued former Umno treasurer Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi and his IT company, Doxport Technologies Sdn Bhd, for allegedly misappropriating US$4 million (RM12.8 million) in 2009.
Their lawyer, Hasnal Rezua Merican, said today that the British investors ― based in London and comprising both male and female professionals aged between 40 and 55 years, including bankers ― filed the suit in the High Court here last Wednesday against Doxport chairman Azim, director and CEO Sivalingam Thechinamoorthy, accounts department staff Gurmeet Kaur, and the firm.
“They (the claimants) invested money into purchasing Telekom switches and equity in Doxport,” Hasnal told The Malaysian Insider today.
“They were promised that the Telekom switches would be theirs and they would hold it under equity in Doxport... but documents were falsified, just to give them an appearance that the switches are running in Malaysia,” he added.
Hasnal said that the 60 British citizens had invested about US$4 million into Doxport Technologies in January 2009, when Azim was Umno treasurer. Azim, who is currently the Bukit Bintang Umno division chief, was replaced by Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah in April 2009.
Hasnal said that the investors lodged a police report in 2011 after discovering that there were no such Telekom switches operating in Malaysia.
“Some documents were generated to show that the switches were receiving calls through them. All these were given to our clients to believe that the switches were operating. But finally when they came down to Malaysia, no switches were visible... So they ended up without any equity in Doxport and without any switches,” he said.
The lawyer added that the investors had aimed to generate income from the traffic of calls recorded by the switches, which Doxport claimed would run in Malaysia, Vietnam and the Philippines.
Hasnal said the investors had come to know of Doxport after the company’s lawyer approached a British citizen in the Pakistani community in London.
“The investors were duped into believing that Doxport was carrying business activities in Cambodia. On the strength of the representation, they were asked to invest. But it was found out later that Doxport was never licensed to operate anything in Cambodia,” he said.
The lawyer added that the police have sent investigation papers to the Attorney-General’s Chambers, noting that the investigation took 14 months.
He said that the investors had also lodged a complaint with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) in 2011, but pointed out that the regulator later decided not to press charges.
“The complaint was they (Doxport) were operating without licence. (But) the finding made by the investigators of MCMC is there seems to be no evidence that they are operating any business at all,” said Hasnal.
The lawyer said that the investors were suing for the return of their investments, besides seeking general and exemplary damages.
The investors have set up a
website, which said that several British lawmakers have written to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on the case.
“I call upon your government to instigate a full investigation of the company by the appropriate regulatory authority so as to restore the confidence of UK investors into the Malaysian market,” Barry Gardiner, who is the Labour MP for Brent North, was quoted as saying.
“I have now written on your behalf to the Foreign Secretary and to the Prime Minister of Malaysia. I also intend to raise a question in House regarding this case,” Labour MP for Tottenham David Lammy was quoted as saying.
Ampang MP Zuraida Kamaruddin held a press conference later today with lawyers Hasnal and Kamarul Hisham Kamaruddin on the case.
At the press conference, Kamarul Hisham said that the Attorney-General’s Chambers have asked the police to conduct further investigations.
He added that the police’s Money Laundering Investigation Division only started scrutinising the case last month.
Case management has been set for March 21 at the High Court here.
Today, Zuraida quoted Lord Ahmed of Rotherham from the UK’s House of Lords as saying: “I have always said that these allegations need to be more thoroughly investigated. I have personally raised this issue with senior members of the Malaysian government and have always been assured that this will be the case.”




Azim ― who served Bank Simpanan Nasional as chairman from 1999 to 2009, and the World Savings Bank Institute as vice-president from 2006 to 2009 ― is also tied up in the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal as the chairman of Kuala Dimensi Sdn Bhd, the main developer of the trans-shipment project.-MALAYSIAN INSIDER

Read More “MANTAN BENDAHARI UMNO DIDAKWA MENIPU”  »»

POPULARITI NAJIB MEROSOT DAN RASUAH KEKAL NO WAHID


 Sokongan pengundi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada bulan Januari tahun ini.

Merdeka Centre Responden  memilih masalah rasuah sebagai isu utama yang kerajaan perlu titikberatkan dengan sebanyak 46 peratus perkara tersebut perlu ditangani oleh kerajaan, manakala isu polis dan keselamatan awam pula 28 peratus dan diikuti dengan masalah kenaikkan harga barang atau inflasi sebanyak 23 peratus.


Merdeka Center: Sokongan kepada Najib turun, masyarakat Cina masih kuat menolak

 


 Oleh Md Izwan February 26, 2013 KUALA LUMPUR, 26 Feb — Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada bulan Januari tahun ini.
Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati kemarahan masyarakat Cina terhadap terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus, petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.

Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan keatas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013, manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.

Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN tetapi corak penurunan sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.

“Kajian juga menemui penurunan sokongan dikalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional,” kata Merdeka Centre dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada responden yang dipilih oleh Merdeka Centre, para pengundi memilih masalah rasuah sebagai isu utama yang kerajaan perlu titikberatkan dengan sebanyak 46 peratus perkara tersebut perlu ditangani oleh kerajaan, manakala isu polis dan keselamatan awam pula 28 peratus dan diikuti dengan masalah kenaikkan harga barang atau inflasi sebanyak 23 peratus.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu persepsi yang bakal memberikan kesan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Kebanyakkan isu-isu yang dibangkitkan kepada responden antaranya seperti Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu, laporan media semasa Suruhanjaya Diraja Sabah mengenai kad pengenalan, isu yang didedahkan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan, kenyataan kontroversi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga perbalahan dalam perebutan kalimah “Allah” kebelakangan ini yang ditiimbulkan semula oleh ahli politik.

Kajian tersebut melibatkan 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India.

Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.

Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011-Malaysian Insider

Read More “POPULARITI NAJIB MEROSOT DAN RASUAH KEKAL NO WAHID”  »»

YEN YEN RECEIVED SAME FATE AS NAJIB






Ng Yen Yen’s ‘No-Yes’ battle speech

26Feb2013

Tourism Minister Dr. Ng Yen Yen finds herself embroiled in a battle of words in Melaka; reminiscent of Penang’s Psy event

Tourism Minister Dr. Ng Yen Yen has been embroiled in a ‘No’, ‘Yes’ game with Melaka residents during Chap Goh Mei celebrations on Sunday night. She had asked the crowd who filled Jonker Street during the celebrations if political party Barisan Nasional won the coming general election, it will organise a bigger celebration, to which she further pressed them to say ‘yes’. The crowd replied ‘No! No! No!’ but that didn’t stop her from pressing on.

According to newspaper Nanyang Siang Pau, the minister said: “You have to wake up. The facts are there. You have to say ‘Yes! Yes! Yes!’” Ng said, but her call was met with louder shouts of “No! No! No!”

She appeared frustrated with the response and had also asked the crowd to talk to the hawkers on Jonker Street who’ve benefited from Melaka’s growth and flourishing economy: “Go ask the hawkers at Jonker Street how much they earn each day’.

“Don’t sell out Malacca’s tourism and economy for politics. (You) should say ‘Yes! Yes! Yes!’”

The crowd again shouted back ‘No! No! No!’ and with that, she gave up and ended her speech-MSN Malaysia

Read More “YEN YEN RECEIVED SAME FATE AS NAJIB ”  »»

BERNAMA PUTARBELIT LAPORAN ECONOMIST INTELLIGENCE UNIT


 Bukan hanya Utusan Malaysia, malah Bernama juga memutarbelitkan fakta dan laporan demi memberi persepsi yang baik untuk Barisan Nasional menjelang PRU13. Sebenarnya Economist Intelligence Unit (EIU) hanya meramalkan bahawa BN mungkin menang dan jika menangpun tidak dapat kemenangan dua pertiga majoriti. Rekod hambar yang disebarkan untuk kerajaan PR Selangor juga tidak betul dan mengelirukan.

Sila lihat ulasan Sdr Rafizi di bawah dan laporan the Edge.

Too much  has been made of the recent report by The Economist Intelligence Unit (EIU), which is part of the magazine The Economist.

The Malaysian news agency Bernama spun it to make it appear a forecast of the upcoming general election result. It claimed the EIU predicted the ruling Barisan Nasional (BN) government “will” win the upcoming general election while the Opposition Pakatan Rakyat, for making “costly promises”, appears “a distant second”. It also said the EIU’s conclusion was based on BN’s “successful track record, Prime Minister Najib Abdul Razak’s reform agenda, and his successful economic leadership”. On the other hand, it added, “Pakatan’s populism has remained to be simply hot air”.

Rafizi Ramli, chief of strategy for one of Pakatan’s component parties, PKR, has, however, dismissed Bernama’s spin as being filled with incorrect information. “The report in itself is very neutral,” he said, “but because of Bernama and the way they spin it, it looks like The Economist is giving us a real thrashing.”

It has to be said, after looking at the EIU’s report, that Bernama has indeed coloured its report with subjective interpretation. Nowhere does the EIU state that BN will win the general election. It merely says that BN is “likely” to win, but also that “it will probably fail to attain the two-thirds parliamentary majority that would enable it to make constitutional changes unchallenged”. Neither does the EIU intimate that BN’s likely victory would be due to its “successful” track record and Najib’s “successful” economic leadership. The use of “hot air” is also Bernama’s own editorialising.

In fact, the EIU report actually says that the BN government “has spent lavishly in two consecutive budgets in order to please voters”. And, essentially, it sees the general election as “likely to be a tight race”, and does “not expect the outcome to lead to a dramatic improvement in the public finances”.

What the report really centres on is the likely financial outlook for Malaysia in the aftermath of the general election, hence its title ‘A fiscal bidding war’. Its priority is not really about predicting which side would win.

Even so, a closer analysis of the language the report uses could indicate a slight bias. For instance, it points out that Pakatan “is making many costly promises to the electorate in its eagerness to gain power” but these have “attracted less attention than the generosity” of the BN government. There appears a fair measure of editorialising in the choice of words like “eagerness to gain power”, which throws a negative hue on Pakatan, and “generosity”, which engenders positive connotations for what is really disputable spending on the part of BN.

It also singles out the Pakatan-led Selangor state government for having been accused, mainly by BN, of breaking its promises, having implemented only 15 per cent of its election pledges made in 2008. Why does it pick on the Selangor state government on this particular aspect while it overlooks the positive fiscal achievements accomplished by it and the Penang state government, which is also Pakatan-led?

In any case, the report appears to have been made from an armchair position as it says nothing new that clued-in Malaysians don’t already know about. And for all its professional reputation as a reliable assessor, the EIU is not privy to the country’s hidden accounts and offers no reading of the Malaysian ground sentiment. Its report should therefore be given only a fair amount of serious consideration.-MSN news

Read More “BERNAMA PUTARBELIT LAPORAN ECONOMIST INTELLIGENCE UNIT”  »»

UMNO SELANGOR BEREBUT JAWATAN MB- ? EZAM BAKAL MB

Pakatan lihat pertembungan antara fraksi Umno S'gor
   

  Andrew Ong
   Feb 25 2013

   
Pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengarah pilihan raya BN Selangor menimbulkan lebih banyak spekulasi berhubung pertembungan antara fraksi dalam Umno negeri.

Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berpendapat, tindakan itu mungkin bertujuan untuk menghalang perebutan kuasa antara pemimpin tertinggi dalam Umno negeri untuk jawatan menteri besar sekiranya BN berjaya merampas semula pentadbiran Selangor.

MP Shah Alam itu memberitahu Malaysiakini bahawa perkembangan itu menunjukkan BN tidak mempunyai calon menteri besar dan tidak dapat mengenalpasi kepimpinan BN negeri.

Dua pemimpin BN Selangor yang dilihat sebagai calon menteri besar ialah koordinator BN negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan timbalannyam Datuk Seri Noh Omar.

Namun kedua-duanya antara lainnya dilihat tidak dapat bertemu mata dalam soal strategi pilihan raya.

Jelas, Najib mengelak daripada memilih calon MB menjelang pilihan raya umum bagi mengelakkan sabotaj dari fraksi yang tidak dipilih.

Setiausaha PKR Selangor Amiruddin Shaari berkata tindakan memperbesarkan peranan Najib di negeri itu menunjukkan bahawa BN tidak yakin.

"Nampaknya mereka seperti dalam keadaan panik. Jelas wujud perpecahan di kalangan pemimpin negeri mereka," kata ADUN Batu Caves itu.-MALAYSIAKINI

Read More “UMNO SELANGOR BEREBUT JAWATAN MB- ? EZAM BAKAL MB”  »»

MANIFESTO DAN IKRAR PAKATAN RAKYAT PRU13


Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4   

Hazayani Zakaria,

 25 Feb 2013



Manifesto SINI

SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).

Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat

2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat

3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat

5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.-HARAKAHDAILY

Read More “MANIFESTO DAN IKRAR PAKATAN RAKYAT PRU13”  »»

NATIONALISME ISLAM ? FANATIK BANGSA ? RASIS

 Islam dan nasionalisme   


Kefahaman nasionalisme telah menjadi ideologi perjuangan kebanyakan bangsa dan negara di seluruh dunia. Fahaman ini juga menjadi akidah perjuangan yang dijunjung tinggi, bukan sahaja kerana dipergunakan dalam perjuangan kemerdekaan menentang penjajah asing yang zalim, tetapi fahaman nasionalisme ini diteruskan sekalipuan selepas penjajah itu keluar dan negara berkenaan mencapai kemerdekaannya.


Kadangkala fahaman nasionalisme dijadikan teras negara sehingga ada yang terlanjur berlaku zalim pula apabila adanya masyarakat majmuk dalam negara itu atau negara jirannya. Semua ini berlaku walaupun dunia akhir zaman ini berada di puncak kemajuan teknologi, khususnya dalam lapangan perhubungan dan maklumat. Ideologi ini turut diikuti dan dianuti oleh umat Islam pada zaman kejatuhan khilafah, sehingga tanah air umat Islam dijajah akibat perpecahan kaum dan bangsa yang menganut Islam.

Yang lebih parah lagi ada pula yang terlibat bersama musuh menjatuhkan kepimpinan kerajaan Islam yang tidak sebangsa dengan mereka. Akibatnya bumi Islam dijajah dan dibahagikan dalam kalangan bangsa dan negara yang menjajah umat Islam. Mereka mencapai kemerdekaan pula dengan semangat kebangsaan masing-masing dan mengisi kemerdekaan dengan semangat yang sama, walaupun dalam masyarakat majmuk
Berbeza dengan zaman pemerintahan Islam yang mengamalkan konsep terbuka kepada semua bangsa dan penganut semua agama. Sikap keterbukaan pemerintahan Islam ini wujud dengan hasrat supaya mesej Islam dapat disampaikan kepada seluruh manusia tanpa paksaan. Pemerintahan Islam ini juga menerima rakyat bukan Islam berbagai bangsa dalam amalan bermasyarakatnya, yang dengan terbuka mengamalkan cara hidup Islam di semua lapangan, termasuklah juga politik.

Keadaan negara yang mengamalkan konsep sekularisme, lebih mudah mencetuskan pertembungan dalam kalangan masyarakat majmuk dalam negara dunia dan negara umat Islam yang mewarisi ideologi ini sejak zaman penjajahan. Hal ini menunjukkan bahawa aliran pemikiran yang memisahkan politik daripada agama gagal mengawal perasaan fanatik kaum dan bangsa, walaupun dalam sebuah negara dan pemerintah yang berkuasa mewujudkan takrif nasionalisme dengan makna yang lebih luas mengikut perbatasan tanah air yang sama menjadi tempat bermukim, berkuasa memerintah, dan berada dalam satu parti yang membuka keahlian berbagai bangsa.

Islam agama fitrah tetap mengakui wujudnya berbagai bangsa, bahasa, budaya dan agama, dalam masa yang sama lahirnya perasaan kecintaan kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah yang mustahil dinafi dan dihapuskan. Namun, Islam mempunyai pendekatan yang mengambil kira segala aspek fitrah manusia dari segi individu, keluarga dan masyarakat dalam satu bangsa, satu negara dan seluruh dunia yang luas bidangnya.

Rasulullah SAW memulakan dakwah dan perjuangannya bersama keluarga Bani Hasyim, Qabilah Quraish dan bangsa Arab, mengikut arahan Allah Taala supaya mengajak keluarga yang hampir terlebih dahulu kepada Islam. Semangat kekeluargaan juga memberi peranan mempertahankan Rasulullah SAW termasuk daripada kalangan yang belum menganut Islam.

Adapun sejarah kegemilangan Islam bermula dengan bangsa Arab, dan tamadunnya pula silih berganti dalam kalangan bangsa yang paling kuat berpegang dengan ajaran Islam. Menunjukkan tidak kekal dengan kepimpinan bangsa Arab sahaja, walaupun bangsa Arab menjadi pilihan Allah dilantik menjadi Rasul akhir zaman. Apabila bangsa Arab lemah pegangannya kepada ajaran Islam, maka kepimpinan Islam beralih kepada bangsa lain yang menganut Islam, berilmu dan berakhlak mulia.

Semua perkara ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh daripada sumber ajaran Islam dan sejarahnya, di sepanjang zaman kegemilangannya. Kesemua keadaan tersebut menunjukkan bahawa risalah Islam tetap bersifat sejagat tanpa terikat dengan kaum dan bangsa tertentu, kerana ia adalah matlamat Rasul akhir zaman. Dalam masa yang sama bangsa yang paling kuat berpegang dengan Islam diberi peranan yang besar melaksanakan kewajibannya berdakwah dan memerintah negara bersama Islam di sepanjang zaman dengan kesetiaan dan penglibatan umat Islam berbagai bangsa.

Allah Taala berfirman:

“(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit daripada harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (Surah Muhammad : ayat 38)

Maka penjelasan berkenaan nasionalisme yang menjadikan semangat kebangsaan itu satu ideologi perjuangan sangat penting difahami, supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawur Islam dan tidak menyelamatkan umat dan bangsa dengan Islam.

Allah juga mengurniakan tokoh para ulama yang tersohor dalam ilmu Islam, daripada kalangan dan kepelbagaian bangsa yang menganut Islam, termasuk bukan berbangsa Arab, seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Hanifah, Imam AI Ghazali, Imam al-Haramain dan lain-lain lagi.

Risalah ringkas ini sekadar membuka minda untuk mengembalikan semua pihak kepada landasan hidup yang diredhai Allah, dengan kembali kepada sumber yang terpelihara kebenaran dan kesahihannya, iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW (maksudnya),

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Nabi-Nya SAW.”

Kewujudan Bangsa

Firman Allah Taala:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha Mengetahui perkara-perkara yang berkait dengan kamu.” (Surah al-Hujuraat : ayat 13)

Allah Taala menegaskan bahawa penciptaan manusia bermula dengan individu Adam dan Hawa, seterusnya menjadi keluarga yang besar, kemudiannya bersuku kaum dan selepasnya berbagai-bagai bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit. Semua kejadian ini mengandungi hikmat yang besar dan tinggi nilainya. Yang terpenting daripada proses ciptaan manusia ialah dalil ketuhanan Allah Yang Maha Agung, tiada bandingan dan tandingan. Firman Allah Taala:

"Dan antara tanda-tanda ketuhanan Allah, Dia menciptakan langit dan bumi dan menjadikan kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit. Sesungguhnya perkara itu menjadi dalil kepada orang-orang yang berpengetahuan." (Surah ar-Rum : ayat 22)

Manusia diciptakan dengan fitrah (naluri) yang berbeza dengan makhluk lain, bukan sahaja bersifat roh dan jasad yang membezakan mereka dengan malaikat, haiwan, tumbuhan pokok dan batu-batuan. Manusia juga diberi peranan dalam kalangan makhluk Allah, memerlukan mereka hidup bermasyarakat, secara keluarga dalam satu bangsa dan berbagai bangsa dalam dunia yang luas.

Kehidupan bermasyarakat mewajibkan mereka bekerjasama dengan berhubung dan tolong-menolong di antara satu sama lain. Tanpa hubungan kerjasama di antara satu sama lain, maka akan berlakulah kecacatan dalam kehidupan mereka di alam dunia, bahkan tidak mampu berada di atas muka bumi ini, kerana keperluan bagi seseorang manusia pada jasadnya sahaja, seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, tidak mungkin dihasilkan secara individu dan setempat. Maka berlaku pembahagian kerja dalam kalangan mereka, ada yang bertani, ada yang berindustri, ada yang berniaga, ada yang mentadbir dan mengurus dan seterusnya.

Ibnu Khaldun menegaskan manusia adalah haiwan tamadun, dengan makna bermasyarakat dan berhimpun, serta memajukan cara hidup yang berakal dan berilmu secara bermasyarakat, sama ada pada peringkat masyarakat yang kecil dan besar. Mewajibkan mereka berkenalan dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

Para ulama sejarah Islam menegaskan Allah Taala melahirkan bangsa-bangsa daripada zuriat Rasulullah iaitu Nuh AS. Mereka disebarkan ke seluruh pelosok dunia mengikut kedudukan geografi di tempat yang berbeza dan menghasilkan kemakmuran bumi di tempat masing-masing dan kerja mengikut kemahiran yang berbeza. Seterusnya mewajibkan campuran hasil bumi dan hasil kerja, kerana mereka tidak hidup sempurna dengan hasil bumi di tempat masing-masing dan hasil kerja masing-masing tanpa campuran dan pertukaran wang.

Bagi menghasilkan sehelai pakaian bagi seorang manusia memerlukan kapas yang ditanam, alat tanaman dan tenunan yang memerlukan logam yang dilombong, pada zaman yang lebih maju memerlukan jentera pertanian, kilang dan bahan bakar bagi keperluan jentera untuk pertanian, industri dan perdagangan. Segala sumber yang dirangkumkan ini menghasilkan hanya sehelai pakaian dan mewajibkan manusia berbeza kemahiran dan bahan kerjanya, mewajibkan mereka bermasyarakat dan berada di tempat, negeri dan benua yang berbeza.

Begitulah juga keperluan yang lain seperti makanan, tempat tinggal, alat perhubungan dan lain-lain. Semua perkara yang tersebut menunjukkan bahawa manusia bukan sahaja mempunyai naluri individualistik masing-masing, mereka juga hidup dalam kelompok keluarga, masyarakat yang kecil, dalam kalangan suatu bangsa dalam perbatasan negerinya sahaja. Dalam masa yang sama mewajibkan bermasyarakat peringkat antarabangsa dengan hubungan yang saksama dan berakhlak.

Maka, Allah Yang Maha Mengetahui berkenaan manusia menetapkan peraturan dan undang-undang yang lengkap, bagi mengatur cara hidup yang memenuhi sifat dan keperluan manusia, roh dan jasad, secara individu, keluarga, masyarakat kejiranan dalam kelompok yang kecil dan antarabangsa.

Dari hal ini, terbuktilah dengan nyata kegagalan teori, ideologi dan semua ajaran yang tidak sempurna merangkumi segala aspek kejadian manusia mengikut fitrahnya. Berlakunya kemusnahan jasad dengan berbagai penyakit tanpa moral manusia yang sebenar, berlakunya ancaman keamanan dan keselamatan dalam masyarakat negara dan antarabangsa kerana perundangan ciptaan manusia sendiri yang sarat dengan kelemahannya.

Firman Allah Taala :

“Telah zahir dengan nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah ar-Rum : ayat 41)

Hubungan Silaturrahim

Manusia wajib berkeluarga, maka Islam mewajibkan hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga dengan perintah tegas secara wajib daripada Allah Taala dan Rasulullah SAW.

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripada Allah (Dia) menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisa’ : ayat 1)

Hal ini menunjukkan bahawa Islam menerima hakikat hubungan keluarga dan memeliharanya secara wajib, supaya perasaan kasih kepada sesama keluarga tidak boleh dirosakkan dan diputuskan dengan sewenang-wenangnya kecuali kepada mana-mana pihak yang memaksa supaya menderhakai Allah dan Rasul-Nya, kerana hubungan yang berlandaskan ajarannya sahaja yang dapat menyelamatkan diri dan keluarga.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghubungkan silaturrahim dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap yang baik atau diam sahaja.”

Hadis ini mewajibkan hubungan baik dalam kalangan keluarga yang dinamakan hubungan silaturrahim dan yang lebih luas daripada silaturrahim kepada meraikan tetamu dan memelihara percakapan kerana memelihara hubungan yang baik di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama Islam juga menetapkan sempadan hubungan sehingga tidak melampau batas kebenaran dan keadilan, walaupun dengan ibu bapa yang paling hampir hubungannya dengan seseorang.

Firman Allah Taala:

“Dan jika keduanya (ibu dan bapa) memaksa untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada Akulah kamu kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman : ayat 15)

Allah memelihara hak dan kewajipan bagi memenuhi kecintaan kepada keluarga, apatah lagi terhadap kaum kerabat yang paling dekat hubungannya seperti ibu bapa. Begitupun Allah juga meletakkan sempadan yang tidak boleh dilampaui sehingga melupai batas hubungan dengan Allah dan kemanusiaan yang sebenar. Maka dilarang mematuhi ibu bapa dalam perkara maksiat atau dosa terhadap Allah dan zalim kepada sesama manusia, dalam masa yang sama tetap berlaku baik terhadap mereka berdua. Islam menegaskan bahawa kesalahan syirik ini ialah punca semua kezaliman, terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Firman Allah Taala :

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman : ayat 13)

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak boleh taat kepada makhluk dalam perkara menderhakai Tuhan.”

Hal ini menunjukkan bahawa hubungan silaturrahim dan sebagainya tidak boleh mengatasi hubungan dengan Allah dalam perkara agama Islam.

Kecintaan Kepada Bangsa


Sifat kecintaan atau kasih kepada bangsa adalah menjadi sifat manusia, termasuk para Rasul AS. Al-Quran menceritakan ucapan Para Rasul ketika berdakwah kepada kaum masing-masing, mereka menggunakan bahasa yang menunjukkan kecintaan mereka kepada bangsanya dan merasa sedih apabila bangsanya ditimpa bencana kerana menolak seruan Allah dan perintahnya.

Firman Allah Taala :

“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: Wahai kaum bangsaku! Abadikanlah diri kamu kepada Allah. Tiada lagi Tuhan kamu selain daripadanya.” (Surah al-A’raf : ayat 65)

Allah turut berfirman mengesahkan Nabi Lut AS:

“Lut berkata; Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada dokongan yang kuat (keluarga yang kuat).” (Surah Hud : ayat 80)

Berhubung dengan ayat ini Rasulullah S.A.W bersabda, “Rahmat Allah kepada Lut, sebenarnya dia telah berada dalam perlindungan dokongan yang kuat (Allah Taala). Maka Allah tidak melantik Nabi selepasnya, melainkan ada sumber penolong dalam kalangan kaumnya sendiri.”

Rasulullah SAW juga mendapat kawalan daripada keluarganya yang beriman dan yang tidak beriman tetapi bersemangat kekeluargaan, namun tidak berganjak terhadap keluarga yang menentang kerasulannya, seperti ketegasan Nabi Ibrahim AS berhadapan ayahnya dan Rasulullah SAW terhadap bapa saudaranya Abu Lahab yang menentang Islam.

Ada kalangan para sahabat seperti Abu Bakar RA dan lain-lain mendapat himayah (pembelaan) daripada keluarga yang tidak beriman. Keadaan ini menunjukkan bahawa Islam mengizinkan semangat kekeluargaan dan kebangsaan yang berpihak kepada Islam walaupun daripada kalangan bukan Islam, walaupun pembelaan oleh yang tidak berasaskan Islam tidak ada pahala kepada pendokongnya kerana semangat yang tidak berdasarkan kepada iman.

Rasulullah SAW menetapkan garis panduan yang nyata dalam menghadapi sokongan keluarganya yang dikumpulkan oleh Abu Talib. Apabila Abu Talib menyampaikan kepadanya pengaduan pemimpin musyrikin supaya meninggalkan prinsip tauhid yang menolak syirik, dengan tegas Rasulullah SAW bersabda, “Wahai bapa saudara kesayanganku! Demi Allah kalau sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, nescaya aku tidak meninggalkannya sehinggalah Allah memenangkannya atau dibinasakan kerananya.”

Akhirnya Abu Talib memberi jaminan pembelaan keluarga kepada Baginda SAW sekalipun tidak menganut Islam.

Perpaduan Umat


Islam membahagikan umat manusia kepada dua kumpulan. Pertama, dinamakan umat Islam iaitu yang disebut dalam al-Quran sebagai orang-orang yang beriman iaitu penganut Islam, dan kedua umat manusia iaitu seluruh yang bernama manusia. Kedua-dua pembahagian ini mempunyai pendekatan perpaduan mengikut sifat dan cirinya. Ayat al-Quran mengandungi dua seruan. Ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan ditujukan kepada umat manusia secara menyeluruh.

Umat Islam


Umat Islam ialah kalangan yang telah menganut Islam, mereka diikat dengan persaudaraan Islam. Hubungan ini lebih kuat lebih kuat dari hubungan silaturrahim dalam keluarga dan juga lebih erat daripada hubungan satu bangsa. Rasulullah SAW telah menjalinkan hubungan ini dalam kalangan para sahabatnya daripada kalangan bukan Arab, seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir, Salman al Farisi dan lain-lain, diikat persaudaraan Islam dengan kalangan yang berbangsa Arab, sehingga persaudaraan Islam itu dibandingkan seperti anggota dalam satu jasad.

Sabda Rasulullah SAW:

“Bandingan hubungan persaudaraan dalam kalangan orang-orang yang beriman itu dari segi kasih sayang di kalangan mereka laksana satu jasad, apabila satu anggota mengalami kesakitan menyebabkan seluruh anggota berjaga dan mengalami demam.”

Umat Islam diperintah menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh manusia tanpa paksaan, menjadi contoh yang baik kepada umat yang lain dan menegakkan kebaikan dan keadilan untuk seluruh manusia. Mereka hendaklah mempunyai ciri kelayakan menyampaikan risalah dan melaksanakan kewajipan ini. Di antaranya dinyatakan oleh Allah Taala:

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” (Surah al-Baqarah : ayat 143)

Umat Islam itu wajib menjadi contoh yang baik kepada umat manusia seluruhnya dengan bersifat luhur dan berlaku adil kerana mereka bertanggungjawab meneruskan kerasulan di zaman tidak ada lagi perlantikan Rasul selepas wafatnya Muhammad SAW. Seterusnya Allah Taala berfirman:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Surah ali Imran : ayat 110)

Ayat ini pula menghuraikan ciri-ciri umat Islam yang sebenar berperanan di kalangan umat manusia ialah melaksanakan kewajipan, menyuruh kepada yang baik, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Melaksanakan kewajipan tersebut sehinggalah ke peringkat menegakkan negara yang berdaulat dan berwibawa seperti yang ditunjuk contohnya oleh Rasulullah SAW dan generasi awal, memimpin umat manusia di semua peringkat, negara dan antarabangsa.

Apabila mendirikan negara Islam di Madinah, Rasulullah SAW menyatukan umat Islam dari kalangan Muhajirin dan Ansar, Arab dan bukan Arab dengan persaudaraan Islam dengan menghadapi tentangan awal daripada keluarganya yang berbangsa Arab. Setelah itu Baginda SAW melebarkan dakwah di peringkat antarabangsa dengan menghantar perutusan kepada raja-raja Arab dan bukan Arab, mengekalkan Raja Habsyah yang menerima Islam, begitu juga Raja Muscat, Oman dan Bahrain, berdamai dengan raja-raja yang adil dan menghadapi tentangan kuasa besar dan kecil yang zalim.

Umat Manusia

Al-Quran menegaskan bahawa semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama berasal daripada Adam dan Hawa, mereka hidup bermasyarakat secara fitrah (semula jadi), keperluan bermasyarakat menjadikan mereka tidak boleh berpisah dalam kehidupan di dunia. Firman Allah Taala:

“Manusia itu adalah umat yang satu. Maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi berita gembira kepada yang beriman, peringatan kepada yang derhaka dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya, dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah : ayat 213)

Para ulama tafsir menjelaskan bahawa manusia bermula dengan keluarga dan agama Islam bersama Adam dan Hawa sehingga mencapai tempoh sepuluh abad. Selepas kewafatan Adam AS berlaku penyelewengan agama dengan berlakunya syirik, lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh AS dan berlakunya bencana taufan yang menenggelamkan pelusuk bumi. Kelahiran bangsa selepasnya mengikut anak-anak Nabi Nuh AS bernama Sam , Ham dan Yafith.

Allah mengutuskan Rasul kepada bangsa, zaman dan tempat yang berasingan. Kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah akhir zaman sebelum berlakunya bencana kiamat ketika dunia dikurniakan kemuncak kemajuan ilmu yang mendekatkan hubungan bangsa dan negara, sehingga dunia bermasyarakat dengan mudah melalui alat-alat yang canggih. Maka cukup dengan seorang Rasul dan kitab mukjizat ilmu yang bernama al-Quran.

Ditegaskan tujuan kerasulan Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, tidak khusus kepada bangsa Arab dan negerinya sahaja. Firman Allah Taala:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad SAW) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Surah al-Anbiya’ : ayat 107)

Rahmat Allah di alam dunia ini bukan sahaja tertentu kepada penganut Islam sahaja, bahkan kepada seluruh manusia tanpa mengira agama. Termasuk juga rahmat daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Islam wajib dianuti oleh seluruh umat manusia, tetapi kita tidak dibenarkan untuk memaksa seseorang untuk menganut kepercayaan yang dipegang oleh kita, kerana hikmah kejadian Allah Taala yang mengurniakan akal kepada manusia yang wajib digunakan untuk berfikir, mencari ilmu dan pengalaman.

Maka, penerimaan Islam hendaklah dengan kerelaan hatinya. Adapun keadilan hukum Islam hendaklah diberi kepada seluruh umat manusia. Peranan memimpin umat Islam juga tidak khusus kepada bangsa Arab sahaja, kerana Allah menentukan kepimpinan Islam itu kepada mana-mana bangsa yang menganut Islam, kuat berpegang kepada ajarannya, dan kuat berjuang menegakkannya.

Allah Taala berfirman kepada generasi awal Islam dalam kalangan bangsa Arab:

“(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (Surah Muhammad : ayat 38)

Mana-mana bangsa yang menganut lslam yang memimpin negara diharamkan berlaku zalim terhadap bangsa lain tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukannya. 









YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,     25 Feb 2013

Read More “NATIONALISME ISLAM ? FANATIK BANGSA ? RASIS”  »»

AKUJANJI UNTUK KEZALIMAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA

“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur”.

Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan   





Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.

Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.

Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah “Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan”. Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.

Awang Adek bertanya lagi “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

“Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi” kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.

Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia.

Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas “bodoh” bertulis Akur Janji.

“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur”.

Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu.-Rossem/harakahdaily

Read More “AKUJANJI UNTUK KEZALIMAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA”  »»

UMNO PAKSA penerima BRIM bersumpah laknat diri

Read More “UMNO PAKSA penerima BRIM bersumpah laknat diri”  »»

ANDA tertipu? ISU TG NIK AZIZ- BRIM




   


Nik Aziz pertahan kenyataannya tentang BR1M

 Feb 23 2013   
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.
   
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.
   
Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.
   
"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu hari ini.
   
Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
   
Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.
   
Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.
   
Sementara itu, ketika berucap di majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.
   
Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi.

- Bernama/ malaysiakini

Read More “ANDA tertipu? ISU TG NIK AZIZ- BRIM”  »»

ADAKAH INI SITUASI MENANG-MENANG ATAU KALAH-MATI BUAT RAKYAT MARHAEN

Selepas Iskandar malaysia, satu lagi kenderaan serta bentuk kolonisasi warga dan syarikat asing ke atas tanah milik rakyat tempatan. Mampukah anda memiliki sebuah unit di Danga Bay atau Pulau A2...Melayu Johor tolong jawab.

Usaha sama Singapura_Malaysia bakal membangunkan 28.5 hektar bersamaan dengan 3.1 juta kaki persegi tanah bebas di Pulau A2 yang bernilai RM811 juta. CapitaLand Malaysia, IWSB dan Temasek Holdings masing-masing memegang 51, 40 serta sembilan peratus kepentingan dalam projek itu. Satu komuniti kediaman tepian air bertaraf perdana yang terdiri daripada bangunan tinggi dan perumahan akan dibangunkan di Pulau A2 bersama dengan sebuah marina, pusat beli belah, kedai, restoran, pangsapuri, pejabat dan kemudahan rekreasi.

Tumpuan ke Malaysia selepas HK, Singapura membendung pelaburan hartanah

Oleh Opalyn Mok dan Ida Lim/ Malaysian Insider

February 19, 2013

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Iskandar Malaysia, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bersedia untuk menjadi tumpuan bagi pelabur hartanah asing oleh kerana pemerintah Hong Kong dan Singapura “menyejukkan” industri hartanah masing-masing kerana terlalu “panas”. Malaysia menjadi negara pilihan bagi pelabur hartanah asing dan kini menjadi fokus utama selepas Hong Kong dan Singapura mengenakan 15 peratus levi untuk melambatkan pelaburan asing yang terlalu panas dalam pasaran hartanah mereka. Langkah-langkah “penyejukan” telah mengalihkan beberapa permintaan melonjak untuk kediaman hartanah lain ke Malaysia, termasuk projek ikonik usahasama kesejahteraan Malaysia-Singapura akan dilancarkan di Iskandar Malaysia lewat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong akan diiringi oleh perhimpunan terbesar Jemaah Menteri dari kedua-dua belah Tambak Johor untuk pelancaran projek, menurut pegawai-pegawai yang terlibat dalam usahasama tersebut. Satu tinjauan yang dijalankan oleh iProperty mendedahkan Malaysia dengan pantas menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi warga Singapura.

Dalam kaji selidik yang dijalankan kepada 2099 rakyat Singapura, 42 peratus memilih Malaysia sebagai destinasi nombor satu untuk pelaburan luar negeri dengan Australia dan United Kingdom mengikuti rapat di belakang. “Menurut Bloomberg, dolar Singapura telah meningkat lebih daripada 5.5 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu, prestasi kedua terbaik di kalangan 11 mata wang Asia.” Kata Laporan Sentimen Pasaran Asia iProperty (H1) 2013:

 “Dengan mata wang lebih kukuh, adalah berkemungkinan lebih responden akan memilih mata wang Malaysia yang lebih lemah (meningkat daripada 33 peratus kepada 42 peratus) berbanding Australia (14 peratus) sebagai pilihan lokasi hartanah di luar negara.” Pengarah eksekutif Fiabci Asia Pacific Dr Yu Kee Su bersetuju langkah-langkah penyejukan akan memacu pasaran hartanah Malaysia dan meningkatkan pembelian di Malaysia dan Australia.

 “Kedua-dua negara adalah negara-negara pelaburan di rantau ini untuk pelabur hartanah dari China,” katanya. Beliau menegaskan Iskandar Malaysia, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Cyberjaya akan menjadi tumpuan utama pelabur asing. Ahli jawatankuasa kebangsaan Fiabci Malaysia Michael Geh bersetuju, sambil menambah Kota Kinabalu dan Iskandar akan menjadi tempat paling pesat berkembang disebabkan penyambungan penerbangan kedua-dua destinasi ke China. “Kedua-dua destinasi adalah di peringkat atas pelaburan dengan pelancaran baru tetapi ini tidak semestinya meningkatkan harga kerana pelabur akan menyerap bekalan pelancaran baru untuk memastikan industri hidup,” kata Geh.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Shaun Di Gregorio mempunyai pandangan yang sama dengan menyatakan pelaburan dari Singapura hanya akan mempunyai kesan marginal pada harga hartanah di sini. Geh berkata pelabur asing hanya akan membentuk 10 hingga 15 peratus daripada pembeli.
 “Ini sebenarnya baik untuk industri hartanah Malaysia dengan wang luar masuk terutama pada masa apabila pasaran domestik kita mengalami krisis kredit dan kecairan,” katanya.

Sementara itu, Afiq Syarifuddin Ahmad Nazari dari Malaysia Property Incorporated (MPI) berkata hanya sehingga tiga peratus pelabur hartanah di Malaysia adalah warga asing. MPI bersetuju mengetatkan peraturan-peraturan pelaburan hartanah di Singapura dan Hong Kong akan menarik pembeli asing untuk melabur di Malaysia. “Secara dalaman, Malaysia juga telah bertambah baik dalam laporan Doing Business 2013 yang akan meningkatkan keyakinan pelabur dalam pertumbuhan negara jadi ini boleh menarik pelaburan langsung asing ke dalam negara dan mungkin diterjemahkan ke dalam beberapa pembelian hartanah,” kata MPI. MPI juga berkata sejumlah besar pemilik hartanah asing di Malaysia adalah rakyat Singapura.

Tentang sama ada ini boleh meningkatkan harga industri perumahan, MPI berkata industri di Malaysia bukanlah pasaran spekulatif. “Melihat sejarah indeks harga rumah kita, kita dapat melihat kita mempunyai mempunyai kestabilan yang kukuh dalam harga sejak bertahun-tahun dengan tiada puncak atau kejatuhan, tidak seperti pasaran yang lebih spekulatif Singapura, Hong Kong atau Shanghai yang mengalami turun naik baru-baru ini semasa krisis ekonomi,” katanya.

Menurut pengasas bersama Kelab Pelabur Pintar Jeffery Lam, industri hartanah Malaysia masih salah satu yang paling berpatutan di rantau Asia Tenggara dan masih mempunyai potensi yang sangat besar untuk berkembang. “Malaysia pastinya akan menjadi salah satu bintang bersinar di rantau ini dan ini merupakan petanda baik untuk ekonomi negara,” katanya.




Projek Malaysia-Singapura RM8.1 bilion di Johor
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
ISKANDAR  Waterfront Sdn Bhd (IWSB), CapitaLand Malaysia Sdn Bhd bersama Temasek Holdings menandatangani perjanjian untuk membeli tanah di Danga Bay (Pulau A2) bagi membangunkan projek pembangunan bersepadu Iskandar Waterfront bernilai RM8.1 bilion di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru di sini, kelmarin.

CapitaLand Malaysia diwakili Ketua Eksekutifnya, Lim Ming Yan, IWSB diwakili Pengarah Urusannya Tan Sri Lim Kang Hoo manakala Temasek Holdings diwakili Pengarah Urusan Kanan Pelaburan David Heng.

Majlis perjanjian itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.


Kang Hoo berkata, projek yang bakal memulakan kerja pada awal tahun hadapan itu diyakini dapat menarik ramai pelabur untuk meneroka peluang pelaburan yang sedang berkembang pesat di pesisir pantai Danga Bay.

“Kami yakin akan memperoleh aliran pendapatan berulang secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Ghani menyifatkan kerjasama itu menjadi perjanjian yang mempunyai kepentingan menarik kerana mampu merangsang pembangunan ekonomi di wilayah Iskandar Malaysia.


“Kerjasama ini turut memberi ruang kepada Iskandar Malaysia dan Johor menjadi tuan rumah. Pastinya lebih banyak projek pembangunan hartanah domestik dan antarabangsa akan dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya.

Read More “ADAKAH INI SITUASI MENANG-MENANG ATAU KALAH-MATI BUAT RAKYAT MARHAEN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com