Pray For MH370

Pray For MH370

SELAMAT MENGUNDI

Salam sejahtera sahabat dan teman,

Semoga anda dan keluarga berada dalam keadaan sihat serta dijauhi dari sebarang musibah, malapetaka serta ujian. Sebelum keluar mengundi, pastikan suis eletrik ditutup, tingkap serta gril dikunci, barang berharga tersimpan dan berdoalah semoga harta benda serta keselamatan anak-anak yang tinggal di rumah selamat. Oh ya, hampir terlupa. Kad pengenalan jangan lupa bawa. Payung serta baju hujan elok juga dibawa bersama. Maklumlah kita ikut apa yang baik seperti kata pepatah, sedia payung sebelum hujan. Jadi sebelum kena sengat oleh BN lepas pilihanraya nanti dengan bermacam-macam kenaikan harga barang, undilah PAS/BA. Sekali lagi, diucapkan selamat mengundi. Selamat menuju kerajaan yang beramanah, adil dan bersih. Selamat menuju negara berkebajikan. Terima kasih kerana memilih PAS/BA.



Salam.

Ikhlas dari saudaramu,

Halimah Ali
Calon PAS N45

Read More “SELAMAT MENGUNDI”  »»

SELAMAT TIDAK, AMAN TIDAK, MAKMUR TIDAK

Read More “SELAMAT TIDAK, AMAN TIDAK, MAKMUR TIDAK”  »»

RINTIHAN WAKIL SETINGGAN KLANG

SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK DIBESARKAN


Read More “RINTIHAN WAKIL SETINGGAN KLANG”  »»

DISSATISFACTION IN NUTSHELL


Read More “DISSATISFACTION IN NUTSHELL”  »»

SAHAM DI BURSA KL PADA 7 MAC 2008

Harga saham-saham ditutup rendah pada pukul 5 petang. Jumlah saham rugi mengatasi jumlah saham untung. Apapun alasannya, sama ada saham di Wall Street New York di tutup rendah atau aktiviti pengambilan untung di kalangan peniaga serta pelabur, pengurus dana asing keluar dari pasaran tempatan, yang jelas pasaran MERUDUM lagi untuk hari keempat atau lima. Pasaran BEARISH.




Graf atau carta di atas menunjukkan Komposit Indeks Bursa Kuala Lumpur (KLCI) jatuh menjunam dan belum ada tanda-tanda ia akan berpusing menghala ke utara. KLCI ditutup pada paras 1296.33 mata. "Gap down " telah berlaku pada KLCI hari Isnin 3 Mac, apabila KLCI telah dibuka pada paras 1344.46 mata berbanding ditutup hari jumaat 1357.4 mata. KLCI telah ditutup pada 1330.61 mata bagi hari Isnin, kehilangan sebanyak 27 mata. Jumlah dagangan merosot sebanyak 1.5 juta saham dalam sehari. Graf di bawah menunjukkan hampir semua sektor menurun, hanya beberapa kaunter sahaja yang untung atau tidak berubah. Pada hari Jumaat 7 Mac, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ada mengeluarkan sisipan memuji ekonomi Malaysia yang menarik minat pelabur asing dan sebagainya.

Read More “SAHAM DI BURSA KL PADA 7 MAC 2008”  »»

MODAL INSAN UNGGUL


Read More “MODAL INSAN UNGGUL”  »»

IC JANGAN JUAL

Read More “IC JANGAN JUAL”  »»

IMAM KENCING BERDIRI MAKMUM KENCING BELARI


Read More “IMAM KENCING BERDIRI MAKMUM KENCING BELARI”  »»

KESOMBONGAN harus dilayani dengan KESOMBONGAN


Islam mengajar AGAR ORANG YANG SOMBONG harus dilayan dengan KESOMBONGAN supaya ia sedar diri.

Read More “KESOMBONGAN harus dilayani dengan KESOMBONGAN”  »»

BAHAN API NAIK (BN)

Read More “BAHAN API NAIK (BN)”  »»

ISLAM HADHARI ATAU HADHARAH ISLAM

Read More “ISLAM HADHARI ATAU HADHARAH ISLAM”  »»

DEMOKRASI MALAYSIA - DEMO NAK KERUSI DAN AP.

Read More “DEMOKRASI MALAYSIA - DEMO NAK KERUSI DAN AP.”  »»

PUTAR , PUTAR, BELIT, BELIT OH BERITA HAIRAN UTUSAN MELOYA

Sebenarnya, pernah dalam sejarah pilihanraya tanah air berlaku tipu daya dan "framing" oleh pemberita untuk memburuk-burukkan imej pemimpin PAS dengan melaporkan bahawa pemimpin PAS enggan bersalaman dengan calon BN pada hari penamaan calon di pusat penamaan calon. Maaf saya tak ingat siapa dan di mana tetapi saya akan "research" dan menyunting/menambah maklumat berkenaan kemudian. Jika tersalah lapor, seharusnya pemberita berkenaan memberitahu tentang ralat tersebut lantas memohon maaf. Ini bukan TERSALAH LAPOR TETAPI TERANCANG laporan berniat JAHAT, sengaja dilakukan sebagai taktik kotor. Malangnya PAS bukan tidak MAHU menerangkan keadaan sebenar yang berlaku pada kadar segera, tetapi tidak MAMPU berbuat demikian dek kerana
ketiadaan media elektronik dan cetak yang MAHU berlaku adil memberi liputan kepada parti lawan BN. Justeru kerosakan telah berlaku dan masyarakat telah memandang serong perkara ini. Untuk dihapuskan memori ini daripada minda pengundi memerlukan masa dan jentera penerangan. Bijak sungguh strategi BN. Harakah, webTVpas dan lain-lain media pembangkang terhad dan terbatas dalam banyak perkara seperti jumlah serta profil pendengar/pembaca, kekerapan keluaran/siaran dan lain-lain lagi.

Dalam kes Tuan Guru Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang enggan bersalam tempoh hari, hanya akhbar the Star cuba menceritakan hal sebenar tetapi setelah beberapa hari kemudian selepas peristiwa tersebut. Kenyataan Dato' Mursyidul Am PAS tentang "orang hutan" telah diputarbelitkan dan diambil di luar konteks wawancara tersebut. Inilah kesan negatif daripada media yang berat sebelah kerana menjadi medium propaganda musuh politik. Rakyat yang menjadi mangsa kerana mendapat maklumat daripada satu sumber sahaja.



Bersama kita merubah fenomena negatif ini!

Read More “PUTAR , PUTAR, BELIT, BELIT OH BERITA HAIRAN UTUSAN MELOYA”  »»

MAQASID AL -SYARI'AH: DALAM KONTEKS PERLEMBAGAAN






Read More “MAQASID AL -SYARI'AH: DALAM KONTEKS PERLEMBAGAAN”  »»

SEMUA PETUNJUK KE ARAH UNDILAH PAS/BA



Read More “SEMUA PETUNJUK KE ARAH UNDILAH PAS/BA”  »»

PAS UNTUK SEMUA==PAS FOR ALL

Read More “PAS UNTUK SEMUA==PAS FOR ALL”  »»

CUKUPLAH. SUDAHLAH. BERI KAT PAS/BA PULA



Read More “CUKUPLAH. SUDAHLAH. BERI KAT PAS/BA PULA”  »»

PILIHAN TARA- NO CHOICE-NO OPTION: ONE ONLY


Read More “PILIHAN TARA- NO CHOICE-NO OPTION: ONE ONLY”  »»

KETUANAN MELAYU NASIONALIS- CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Read More “KETUANAN MELAYU NASIONALIS- CAKAP TAK SERUPA BIKIN”  »»

BERDOALAH WAHAI PARA ANSARULLAH DAN WALIULLAH

Salah satu doa dari al Quran agar dikurniakan pemimpin yang soleh.

Doa yang harus diamalkan pada bila-bila masa yang sesuai oleh para MUJAHID SERTA MUJAHIDAH agar dikurniakn pertolongan RABBUL JALIL dalam menghadapi musuh-musuh mereka. Sebaik -baik kaifiat berdoa ialah membaca basmallah, istighfar, hamdallah, selawat, doa yang hendak dibaca atau hajat yang dipinta dan ditutup dengan selawat serta tahmid.

Read More “BERDOALAH WAHAI PARA ANSARULLAH DAN WALIULLAH”  »»

ADUN DIBUNUH

Kenyataan Media (14 Januari 2008)

PEMBUNUHAN ADUN: MANIFESTASI DASAR TIDAK DEMOKRATIK BN

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kejadian pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy baru-baru ini kerana ia menjadi ancaman baru terhadap politik negara hari ini. Bukan menjadi satu budaya dalam politik negara ini, sesuatu masalah atau perselisihan diselesaikan secara kekerasan atau keganasan.

Walau bagaimanapun, DPP Pusat melihat perkara ini sebagai satu manifestasi daripada amalan tidak demokratik Kerajaan BN yang sentiasa menghalang rakyat daripada menyampaikan suara hati mereka mengikut saluran undang-undang yang adil.

Kes pembunuhan wakil rakyat bukanlah satu isu yang baru dalam politik di negara ini walaupun ia belum menjadi satu budaya. Sebelum ini dua wakil rakyat PAS pernah dibunuh pada 1960-an, sebelum pembunuhan Speaker DUN Negeri Sembilan pada 1980-an. Kali terakhir wakil rakyat dibunuh ialah pada tahun 2000 ekoran pembunuhan ADUN Lunas, Dr Joe Fernendez. Ini tidak termasuk pembunuhan pemimpin Wanita Umno di Sabah dan pemimpin Pemuda MCA di
Kedah. Ini menunjukkan bahawa dalam tempoh kebelakangan ini telah menjadi trend di kalangan golongan tertentu untuk melakukan kekerasan ke atas ahli politik.

DPP Pusat melahirkan rasa bimbang terhadap perkembangan yang begitu negatif terhadap kestabilan politik negara. Kebimbangan ini bertolak daripada pengalaman beberapa negara khususnya di Asia Selatan seperti India, Pakistan dan Sri Lanka yang mulai menular budaya membunuh pemimpin politik. Di Asia Selatan, satu kawasan yang mempunyai hubungan primordial dengan MIC telah tercetus budaya pembunuhan politik ini kerana dasar rejim pemerintah yang menyekat rakyat untuk bersuara secara bebas dan amalan budaya rasuah dan
penyelewengan di kalangan pemimpin politik.

Di Malaysia hari ini, sekatan-sekatan ke atas kebebasan rakyat telah menjadi pengetahuan umum. Media massa dikuasai oleh parti pemerintah, kemudian rakyat di halang daripada bersuara secara bebas termasuk berhimpun secara aman. Akta-akta zalim seperti Akta Polis, ISA, Akta Hasutan dan lain-lain disalahgunakan untuk menghalang rakyat daripada menggunakan saluran demokrasi untuk menegur kezaliman kerajaan. DPP Pusat mengesyaki pembunuhan ini ada kaitan dengan penindasan politik atau penyalahgunaan kuasa pemimpin keatas rakyat, sedangkan rakyat tidak diberi peluang untuk memberi tindak balas secara demokratik. Akibatnya rakyat telah bertindak di luar batas undang-undang apabila kemarahan mereka tidak dapat dikawal. Kerana itu DPP Pusat menolak anggapan Datuk Johari Baharum bahawa pembunuhan ini tidak ada kaitan dengan politik.

DPP Pusat menyeru Kerajaan BN supaya mengambil iktibar daripada peristiwa pembunuhan ini untuk mengembalikan hak demokrasi dan kebebasan kepada rakyat. PAS secara terbuka menolak pendekatan kekerasan ini dan PAS tidak mahu pergolakan politik yang tercetus di Asia Selatan merebak ke negara ini.

Kerana itu, DPP Pusat mendesak Kerajaan BN berhenti daripada terus menindas rakyat. Rakyat mesti diberikan kebebasan bersuara yang sebenar. Selain hak untuk bercakap, hak berpersatuan dan hak berhimpun, rakyat juga mesti diberikan layanan yang adil dalam pembangunan negara. Proses pilihan raya yang adil juga mesti disediakan untuk membolehkan rakyat melepaskan perasaan mereka kepada pemimpin dan kerajaan mengikut saluran yang betul. Jika kebebasan dan hak rakyat terus disekat, tidak mustahil siri-siri pembunuhan politik seperti akan terus berlaku pada masa hadapan.

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Read More “ADUN DIBUNUH”  »»

PELAMPAU SEBENAR, SIAPA?

Kenyataan Media (2 Januari 2008)

SIAPA PELAMPAU SEBENAR?

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius pendekatan perkauman yang dimainkan oleh Umno/BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan menimbulkan isu-isu yang berkaitan agama dan kaum. Semenjak peristiwa demontrasi HINDRAF bulan lepas, media massa yang dikuasai Umno/BN terus memainkan isu ini untuk menarik simpati orang-orang Melayu kepada BN. Pendekatan politik yang melabelkan pembangkang atau mana-mana pihak yang tidak sebulu dengan Kerajaan BN sebagai pelampau telah meruncingkan perpaduan rakyat.

DPP Pusat mengutuk keras pendekatan politik yang sempit dan berniat jahat ini kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat. Mungkin Umno/BN sengaja membesar-besarkan isu ini sebagai strategi melemahkan pembangkang, atau setidak-tidaknya untuk membolehkan mereka bertindak menyalahgunakan ISA untuk menahan pemimpin pembangkang seperti yang dilakukan pada 1987 dalam Ops Lalang. Ketika itu isu perkauman dan agama sengaja dibesar-besarkan pemimpin BN, akhirnya pemimpin pembangkang yang ditahan.

Istilah pelampau yang cuba ditempelkan kepada mana-mana pihak yang anti BN seolah-olah meniru pendekatan Amerika Syarikat yang menggunakan label pengganas untuk negara yang tidak menyokong mereka. Kini, pemimpin BN dengan sengaja menggunakan istilah pelampau kepada pemimpin HINDRAF dan pembangkang lain supaya rakyat berasa takut dan jijik dengan pembangkang. Sedangkan jika diteliti betul-betul, pelampau sebenar di negara ini ialah pemimpin BN.
Kita telah melihat bagaimana sikap dan tindak-tanduk pemimpin BN yang sengaja mengapikan isu agama dan perkauman sehingga rakyat tidak berasa selesa untuk berkomunikasi dengan kaum lain. Bahkan, pemimpin BN sendiri bertelagah sesama mereka kerana kepentingan kaum masing-masing. Hubungan keruh antara Umno-Gerakan, Gerakan-PPP, Gerakan-MCA dan MIC-PPP membuktikan bahawa pemimpin BN mempunyai ciri-ciri pelampau yang lebih mengutamakan kepentingan sempit daripada kepentingan negara.

Kegiatan haram pemimpin BN yang terlibat dalam pelbagai skandal termasuk skandal seks, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembunuhan dan sebagainya yang semakin menjadi-jadi pada hari ini juga membuktikan sifat pelampau mereka. Bahkan, lebih melampau lagi apabila pemimpin BN memperalatkan SPR untuk kepentingan politik mereka. Adakah perbuatan menyempitkan demokrasi dengan memperalatkan SPR, memperbudakkan polis, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya bukan perbuatan pelampau. Lebih dahsyat lagi kerana perbuatan ini boleh mendorong kepada ketidakstabilan politik.

Bagi orang-orang Islam, tidak ada perbuatan yang lebih melampau daripada tindakan menolak hukum Allah, menghina Nabi, mencipta Islam Hadhari, membiarkan gejala murtad, menggalakkan budaya hedonisme dan seumpamanya. Semua ini merupakan perbuatan terbuka pemimpin BN. Ini adalah tindakan pelampau agama. Orang yang berjihad bukan pelampau, tetapi orang yang meminggirkan agamalah pelampau seperti mana Firaun yang menolak ketuhanan Allah.

DPP Pusat berasa amat jijik di atas perbuatan melampau pemimpin BN yang cuba menuduhkan pembangkang sebagai pelampau. Walhal, merekalah pelampau yang sebenar yang mesti dihapuskan oleh rakyat dalam pilihan raya umum nanti. Jika BN terus memerintah, bermakna golongan pelampau telah menguasai negara ini dan kita akan terus diancam oleh kebobrokan mereka. Oleh itu, rakyat tidak ada pilihan melainkan mnolak golongan pelampau BN ini dalam pilihan raya umum ke-13.

SALAHUDDIN HAJI AYUB

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Read More “PELAMPAU SEBENAR, SIAPA?”  »»

Aktiviti Calon pada 5 Mac 2008


Pakar Motivasi Ust Wan Hamidi sedang menyampaikan hujjah beliau bertempat di perkarangan Poliklinik Dr Halimah (atas) dan calon N45 sedang berucap.
Ust Fadhil selaku pengerusi majlis sedang memperkatakan sesuatu kepada hadhirin di program Kg Delek Baru.

Kelihatan Dr Ahmad Supian cuba menerangkan tentang bahaya Islam Hadhari kepada pengundi Kg Delek Baru.
Sebahagian hadhirin sedang mendengar dengan khusyuk.

Read More “Aktiviti Calon pada 5 Mac 2008”  »»

DOKUMEN "HARAPAN ANAK MUDA MALAYSIA"





Read More “DOKUMEN "HARAPAN ANAK MUDA MALAYSIA"”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com