Pray For MH370

Pray For MH370

TUKAR















SURAH AR RA'D










 For each one are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah . Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron

Di pertengahan ayat 11 ini Allah mengajar kita:
'.....Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu merubah keadaan dirinya sendiri.....'

 

Kita sering melihat isu dan masalah. Kita mudah terkesan akibat isu dan masalah yang berlaku secara langsung mahupun tidak langsung kepada kita, Kita terkesan dengan insiden atau peristiwa yang berlaku kepada diri kita bahkan orang dalam persekitaran hidup kita, samada ahli keluarga yang kita kasihi mahupun rakan sekerja dan jiran sekampung atau taman.

Kita merasa hiba dengan tragedi luar jangkaan dan kawalan langsung kita seperti nahas MH17. Kita risau memikirkan kesan kos hidup semakin meningkat sedangkan pendapatan tidak mencukupi.

Kita bimbang mendengar berita ada orang yang kena culik, ada anak gadis yang dirogol bergilir. Kita runsing melihat kelompok anak muda yang comot, rambut berserabai, mata merah berair dikenali sebagai penagih dadah yang berpotensi mencari pencuri, peragut bahkan pembunuh...senarai isu dan masalah masyarakat terlalu panjang.

Peroalannya kenapa keadaan masyarakat begitu meruncing walaupun sudah 57 tahun Malaysia merdeka. Mengapa dan kenapa?!

Ironisnya, ramai di kalangan masyarakat agak 'selesa' berada dalam keadaan sebegini.Mereka kurang peduli apa yang berlaku pada mereka sendiri. Lebih-lebih lagi apabila sudah dilali oleh kehidupan hedonisme dan nafsi nafsi. Jarang -jarang orang muda yang celik isu hidup sebenar. Pemimpin pun kadang dua kali lima.

Pandangan saya sekiranya kita meneliti ayat ini dengan mendalam,kita perlu akur segala yang berlaku samada yang makruf mahupun yang mungkar dipengaruhi oleh keadaan spiritual dan akal masyarakat itu.Kedua-dua sumber dasar ini akan mengembang dan membangun aset-aset kolektif masyarakat tersebut yang lain yakni kekuatan fizikal, emosi dan jalinan hubungan sosial yang kukuh. Inilah tujuan formula S.P.I.E.S. yang ketika saya selaku EXCO PENDIDIKAN SELANGOR ketengahkan untuk merubahkan keadaan masyarakat Selangor untuk maju ke depan untuk menjadi negeri yang makmur serta diberkati Allah  baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur insya Allah.

Untuk berjaya bertukar wajah dan kualiti masyarakat perlu mempelajari/mengkaji untuk memahami dan seterusnya bertindak untuk menjayakan perubahan, to effect the change.Perubahan adalah satu proses.Bermakna ia mengambil masa. Jangan harapkan perubahan seperti mi segera. Kita akan kecewa. Lemah semangat.Hasilnya: TIDAK ADA perubahan.

Mahu berjaya. Kita mesti belajar cara untuk berjaya.Kita mesti mengambil langkah kritikal secara jujur dan tekun .Jangan mengelat. Jangan timbunkan alasan untuk langkah step kritikal.Jangan goreng. Jangan mudah syok sendiri. Hati-hati dengan pendengki yang memang MENANTI ANDA GAGAL!!

Pendek kata mahu berjaya berubah, 
1.kita mesti CUKUP daya MAHU;
2. kemudian kalau cukup daya MAHU, mesti belajar hingga cukup DAYA TAHU( ilmu pengetahuan, ilmu melalui pengalaman(tacid knowledge);
3. dah MAHU, dah TAHU mesti rajin dan istiqomah, LAKUkan HINGGA tak kering kuku( SWEATS);
4.Insya Allah MAMPU(capacity building mesti seiring)


 

Read More “TUKAR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com