Pray For MH370

Pray For MH370

BAHASA MELAYU JATUH NILAI??

Kelonggaran Syarat lulus BM, Keaiban pada Taraf Pendidikan Negara
Tindakan Kerajaan Barisan Nasional melonggarkan syarat lulus Bahasa Melayu (Bahasa Melayu) di peringkat sekolah sebagai suatu keaiban kepada taraf pendidikan Negara.
Ini menyebabkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi menjadi suatu syarat penting dalam kerjaya dalam sektor pekerjaan di negara kita.
Ia juga menggambarkan sikap acuh kerajaan dalam menjaga Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat YB Dr Hjh Halimah Ali berkata demikian terhadap tindakan Kerajaan yang melantik kakitangan kerajaan tanpa kelulusan BM di peringkat SPM.
SPM merupakan sijil yang sangat penting yang di ambil ketika pelajar berada di Tingkatan 5 dalam sistem pendidikan sekolah. Lulus BM di dalam peperiksaan tersebut merupakan syarat utama untuk warganegara ini menceburi pekerjaan di Negara ini terutama dalam sektor awam. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan hanyalah satu tindakan undur ke belakang dan menjatuhkan nilai SPM itu sendiri.
Secara tidak langsung, ianya juga akan menjatuhkan imej sistem pendidikan Negara yang selama ini didokong oleh penjawat awam paling ramai dalam Negara.
Kerajaan, melalui Kementerian Kesihatan pada Ahad, 2 Julai lalu, yang menyatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju untuk melantik Pegawai Perubatan Gred UD41 sebagai kakitangan awam walaupun tidak mengambil peperiksaan Bahasa Melayu di peringkat SPM.
Apa yang mengejutkan lagi ialah perkara itu telah mendapat persetujuan daripada JPA dan telah berkuatkuasa sejak 23 Feb yang lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.
Beliau sendiri sebagai seorang doktor perubatan berpendapat syarat penguasaan bahasa Melayu adalah penting demi keberkesanan hubungan doktor dan pesakit khasnya dalam negara kita. Ia juga melambangkan patriotisme kepada negara.

Read More “BAHASA MELAYU JATUH NILAI??”  »»

Puasa setahun ? Next?

Alhamdulillah, tarbiyyah di bulan Ramadhan diikuti dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal mempunyai seolah berpuasa sepanjang tahun menurut Islam.

Ibadah puasa sepanjang bulan di sulami dengan ibadah iringan yang dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda jika dilakukan di bulan Ramadhan. Ramai Muslimin dan Muslimat merebut peluang untuk memperbanyakkan ritual sempena bulan yang mulia yang penuh barakah, Namun setelah pergimya Ramadhan dengan menjelmanya Syawal, disiplin ibadah, akhlak mulia dan amal kebajikan semakin kendur kerana tidak membekas di hati. Adakah disebabkan amalan ritual tidak disiapkan dengan persiapan spiritual? Seolah amalan di bulan Ramadhan bersifat rutin adat kebiasaan tahunan kolektif masyarakat yang tidak menghasilkan bertambah iman dan taqwa.

Pihak berwajib perlu mengkaji kesan kepada masyarakat. Perlu ada pemerhatian di kalangan umat dari segi efek, Kaji sifat, perangai, tingkah laku masyarakat Islam pra dan pasca Ramadhan. Cari kayu ukur tanda bertambah iman dan taqwa. Samada secara objektif mahupun subjektif.

Andai semakin baik, teruskan. Bahkan rancakkan lagi. Galakkan mereka. Namun seandainya, kelompok yang berpuasa sepanjang Ramadhan masih gemar mengumpat, mengadu domba, berdengki, rasuah, terlibat dalam penipuan, banyak terlibat dalam perkara yang lagha, syubhah ataupun berdosa, maka pihak berwajib seperti institusi agama mesti mencari punca dan membetulkan masyarakat dengan sedaya upaya dengan tarbiyyah berterusan melalui institusi sedia ada seperti masjid dan surau dengan memperbanyakkan majlis ilmu yang relevan dan kontemporari serta bersifat solusi kepada masyarakat.

'Kursus mingguan' dalam khutbah Jumaat sepatutnya digunakan seoptimanya untuk mengingatkan ketua keluarga supaya bertanggungjawab sepenuhnya dengan ahli keluarga agar kebahagiaan keluarga dikecapi dengan penerapan nilai nilai Islam dalam keluarga insya Allah.

Minal 'aidin wal faizin
Taqaballahu minna wa minkum

Dr Halimah Ali

Read More “ Puasa setahun ? Next?”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com