Pray For MH370

Pray For MH370

ALHAMDULILLAH......Syukur kepada Allah

Jumaat
26 September 2014

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Allah Maha Besar Kuasa dan Tuhan Yang mencipta langit, bumi dan insan serta segala makhluk.
Allah memilik segala-galanya.
Insan dicipta di muka bumi ini untuk hidup sementara.Transit. Sebentar sahaja. Di lengkapi dengan jasad sebagai kenderaan rohnya. Diberi akal untuk berfikir bagaimana mencorak dan memilih jalan hidupnya. Akal diberi untuk memandu kerangka jasad yang di huni roh untuk mengendalikan diri dan persekitarannya termasuk sesama insan dengan cara yang mengikut piawaian Penciptanya. Kepatuhan kepada 'set of rules' mengendalikan dirinya di dalam sistem persekitaran manusia, haiwan dan segala sumber hidupnya akan melayakkannya nanti untuk mendapat ganjaran lumayan di akhirat kelak.

Hari ini Allah swt membebaskan saya daripada tanggungjawab berat terus memikul amanah selaku EXCO KERAJAAN SELANGOR .Mulai MAC 2008 selepas menang kerusi DUN kawasan Selat Klang saya  diberi amanah oleh parti untuk menjadi Exco Kerajaan Pakatan Rakyat.Kemudian ditentukan menjadi EXCO merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Misi ialah untuk mengilmukan rakyat dan merakyatkan ilmu dengan kerangka yang berpandu sumber Ilahi agar menjadi insan berguna yang akan taat kepada Penciptanya, ibubapa serta menyumbang kepada masyarakat. Pada tahun 2010 saya wujudkan pula GeMS, iaitu satu jawatankuasa untuk menangani gejala sosial.rebranding  kepada GENERASI IDAMAN SELANGOR yang disingkatkan kepada GeMS agar bunyi lebih 'cool' dan menarik kepada remaja belia.

SEGALANYA agar menyokong visi Selangor mahu menjadi begeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan atau baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Banyak perkara yang telah diusahakan, meneroka perkara baru, think out of the box, berani mengambil risiko , berjaya menarik anak muda ke program positif agar terhindar daripada program destruktif, lagha dan berpotensi menatijahkan perkara buruk di masa depan seperti berzina, dadah dsb.

Program amar makruf(SPIES) DAN NAHI MUNGKAR(GeMS) dirancang untuk melahirkan khaira ummah.

Alhamdulillah , tapak telah ditebas, benih telah disemai. Harap pimpinan kerajaan baru boleh meneruskannya.
Yang paling penting, saya telah menebas hutan belukar jahiliyyah, menanam sukses mentaliti dan iklusiviti di kalangan penjawat awam serta pihak yang terbabit. Adakah saya sudah berjaya. Belum lagi. Banyak lagi liku liku yang harus ditempuhi.

Segala benih kebaikan yang disemai, dibajai selama ini diharapkan boleh menghasilkan buah yang ranum akhlaknya kelak.
Semoga khidmat bakti dipandang jua oleh Allah swt.
Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang banyak berkorban ,rakan taulan serta penjawat awam yang membantu saya dalam misi mahu menjadikan Selangor baldatun tayyibatun wa rabbbun ghafur melalui program SPIES dan segala-galanya yang telah di ikhtiarkan.
Saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada tersilap dan tersalah samada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Sii ruu 'ala barakatillah

YB DR HJH HALIMAH ALI
ADUN SELAT KLANG

MANTAN EXCO PEBDIDIKAN, PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN NEGERI SELANGOR

 

Read More “ALHAMDULILLAH......Syukur kepada Allah”  »»

MOGA MENTARI MEMANCAR TERANG DI SELANGOR

Setiap peristiwa pasti mempunyai pengajaran yang ditetapkan oleh Allah swt. Hanya kita manusia yang kekadang tidak dapat menanggapinya secara tuntas kerana keterbatasan akal. Lidah dan anggota lain manusia dicipta begitu rupa untuk bertindak dengan kendali otak yang juga dikawal oleh emosi dan juga status rohani atau jiwa seseorang.
Banyak perkara yang berlaku di Selangor yang di luar kawalan. Bukan kita YANG MERANCANG tetapi kami pula yang menanggung beban dan mengurus krisis yang terjadi kerananya. Banyak pihak yang terlibat. Dari dalam dan luar. Sudah tentu dalam mana mana krisis, perkara yang utama dan pertama yang mesti dilakukan ialah meminimakan kerosakan atau 'damage' serta risiko kerugian.
Inilah konsep yang dipegang oleh PAS apabila dalam keadaan mantan MB menggugurkan 3 EXCO DAP dan 3EXCO PKR kerana dikatakan tidak boleh bekerjasama dengan beliau dalam kerajaan, 4 EXCO PAS berhadapan dengan situasi genting di mana DEWAN NEGERI boleh dibubarkan oleh MB atau MB yang sudah tiada parti boleh memilih mana-mana 4 adun UNTUK menjadi EXCO kerajaan walaupun sementara undi tidak percaya dilakukan di sidang DUN. DALAM SITUASI itu, DAP dan PKR telah memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan TAN SRI ABDUL KHALID.Sekiranya kami 4 EXCO PAS undur maka tiada lagilah EXCO daripada PAKATAN RAKYAT. Beliau akan melantik 4 ADUN UMNO untuk jadi EXCO.
Walaupun bersifat sementara, apabila UMNO-BN telah berada dalam kerajaan Selangor, mereka akan menguasai segala jentera dan andaikata Pilihanraya negeri di adakan SEMUA PARTI dalam pakatan rakyat akan mendapat kesan yang amat negatif dan sukar untuk menang.
Maka berlakulah apa yang berlaku. Kerajaan Pakatan Rakyat tetap wujud walaupun dalam kadar EXCO yang minima tetapi adalah kerajaan yang SAH dan bukan 'caretaker' government.
Transisi untuk mencari DATO MENTERI BESAR yang baru boleh berjalan dalam keadaan PAKATAN RAKYAT masih jadi kerajaan.
Walaupun ada orang dalam pakatan rakyat sendiri yang menuduh kami 4 EXCO PAS mengkhianati PAKATAN ,insya Allah pimpinan yang berjiwa bersih akan satu hari kelak sedar jua bahawa kami TUNGGAK 4 ini adalah penyelamat kerajaan PAKATAN RAKYAT di SELANGOR.

Semoga dengan terlantiknya DATO MENTERI BESAR yang baru YAB TUAN AZMIN ALI akan menutupkan kekalutan politik dan membolehkan pembangunan negeri Selangor untuk RAKYAT oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT di jalankan dengan lancar insya Allah.

Read More “MOGA MENTARI MEMANCAR TERANG DI SELANGOR”  »»

Hentikanlah

Kesal DAP terus serang PAS di khalayak ramai

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar sebagai respons kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Saya merujuk kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng bertarikh 22 September 2014.

Bagi pihak PAS, saya ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap Setiausaha Agung DAP yang menuduh 4 orang Exco Kerajaan Selangor dari PAS sebagai melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan 6 lagi bekas Exco dari DAP dan PKR apabila 4 Exco tersebut mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Exco selepas Exco-Exco lain dipecat oleh Menteri Besar Selangor pada 12 Ogos 2014 yang lalu.

Kepimpinan PAS sebelum ini telah beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai.

Setiausaha Agung DAP harus memahami bahawa tindakan PAS mengarahkan keempat anggota Exco tersebut supaya tidak meletakkan jawatan adalah dibuat di atas pertimbangan strategi untuk menyelamatkan Dewan Undangan Negeri Selangor daripada menghadapi risiko dibubarkan akibat ketiadaan sebuah majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi eksekutif pemerintahan di negeri Selangor.

Saya percaya Setiausaha Agung DAP menyedari wujudnya peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan hendaklah terdapat minimum empat orang Exco bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus dapat berfungsi seperti biasa.

Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Dengan pelantikan YAB Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh kesemua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh jentera Pakatan Rakyat wajib untuk bergerak ke hadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Hentikan segala serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.

Muafakat Pakatan Rakyat harus diperkukuh dan sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutama yang diakibatkan oleh kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

Read More “Hentikanlah”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com