Pray For MH370

Pray For MH370

MTIS dan KAFA Setiap Daerah


Kini kerajaan negeri Selangor sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah-Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Manifesto PRU-13 : Selangor wujudkan Maahad Tahfiz Integrasi Sains, Kafa Menengah setiap daerah

Selangokini/NFN/admin

BANGI 8 NOV: Kerajaan Selangor mensasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan sebuah Sekolah Kafa Menengah di setiap daerah di negeri itu.

Rancangan itu dibuat bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja memiliki ilmu duniawi untuk menjana kemajuan Selangor tetapi mempunyai pegangan agama yang mantap.


Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali, berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah mewujudkan Maahad Tahfiz Intergrasi Sains di tiga buah daerah.

“Kita mahukan generasi yang mantap Al-Quran kerana itu adalah sumber ilmu yang akan membentuk pembangunan negeri dalam acuan yang murni, selain memiliki kepakaran ilmu sains dan teknologi dalam usaha menjadikan Selangor negeri maju.

halimah 03“Kita komited melahirkan modal insan yang mempunyai gabungan kepakaran ilmu sains teknologi dan kemantapan pegangan agama kerana ini adalah proses perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks Pendidikan Islam Bangi (KPi Bangi), di sini, hari ini.

Pembinaan KPi Bangi yang dianggarkan menelan kos RM2.7 juta itu turut menerima sumbangan RM240,000 dari kerajaan negeri dan selebihnya hasil sumbangan daripada orang perseorangan, masyarakat Bangi dan kutipan daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Penaung KPi Bangi, Dr Tajul Ariffin Noordin, berkata pihaknya masih memerlukan dana tambahan bagi tujuan pembinaan bumbung di Dataran KPi Bangi bagi kemudahan pelajar mengadakan pelbagai aktiviti.

KPi Bangi yang mempunyai sebuah bangunan tiga tingkat itu turut memiliki kelengkapan kemudahan asas serba moden seperti auditorium, dewan serba guna, bilik mesyuarat, bilik transit lelaki, bilik tasmi perempuan, makmal komputer, makmal Bahasa Arab, perpustakaan, bilik guru dan tiga buah kelas.

KPi Bangi turut menempatkan Sekolah Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), Sekolah Agama Kafa dan Sekolah Menengah Kafa Tahfiz (Faiz) itu mempunyai hampir 600 orang pelajar dengan dikendalikan 25 tenaga pengajar.

Read More “MTIS dan KAFA Setiap Daerah”  »»

Mini Serambi Mekah: Program Sambutan Menyambut Tahun Baru Islam 1435



Read More “Mini Serambi Mekah: Program Sambutan Menyambut Tahun Baru Islam 1435 ”  »»

Satu Undi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Duit Rakyat

BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta
   

    Wartawan Malaysiakini/admin
     Nov 5 2013
 Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B'

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.

Godaan tawaran keduniaan

Buktinya, golongan muda yang menjadi sasaran program ini tidak juga memberikan kemenangan buat BN.

BN hanya berjaya diterima pemilih muda di kawasan kubu kuat mereka di Dulang Besar dan Dulang Kechil.

PAS, pada masa yang sama walaupun dilabel sebagai konservatif dan kurang memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, berjaya menarik pengundi muda di banyak pusat mengundi, terutamanya di kubu kuat mereka di Bukit Besar dan Bukit Choras.

Dalam pilihan raya semalam juga, hanya 85.5 peratus (23,249) daripada keseluruhan pemilihan keluar membuang undi.

Soalnya, bagaimanakah 3,973 pengundi itu akan mengundi jika mereka membuang undi semalam?

Menjawab soalan ini, PAS mendakwa sekurang-kurangnya 3,666 orang penyokong mereka tidak mengundi semalam kerana ia jatuh pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.

Namun, BN juga merungut yang pemilihan hari mengundi ini turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka dan bukan sahaja PAS.

Buat PAS, walaupun menang, hari-hari mendatang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bermuhasabah bagi mencari diri dan mengukuhkan semula pengaruh mereka selepas 'bertahan' habis-habisan dalam pilihan raya kecil ini.

Buat BN pula, pengaruh wang dan janji-janji pembangunan bukanlah strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang selalunya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.



Read More “Satu Undi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Duit Rakyat”  »»

Peguam Suhami Said Dalam Kenangan


5Nov 2013 harakahdaily/ad min

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said kembali ke rahmatullah lewat petang tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.



Allahyarham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat  PKR dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau ialah bekas calon PKR Dun Jenderak dalam pilihan raya umum lalu.



Allahyarham dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu kerana disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakang.



Sebagai seorang peguam, Suhaimi banyak membantu memperjuangkan nasib warga Felda sejak tahun 1980-an dan terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Lubuk Merbau, Kedah ketika bergerak aktif dalam PAS.



Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika bergiat di dalam PAS.



Anak kelahiran Kampung Lubok Kawah, Temerloh,  beliau dilahirkan pada 8 Disember 1944.



Anak kepada pejuang Angkatan Pemuda Insaf (API), sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).



Allahyarham memulakan karier politik dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM)  sebelum menyertai PAS.



Ketika bergiat aktif dalam PAS, Suhaimi memperjuangkan hak pemilikan individu untuk peneroka Felda yang dibelenggu Akta Penempatan Berkelompok (GSA) .



Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.



Di Melaka beliau menubuhkan banyak cawangan PAS dan mewujudkan Gagasan Selatan-Selatan membabitkan PAS Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.  Keadaan ini amat merunsing pemimpin Umno Melaka yang ketika itu diterajui Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.



Beliau sekali lagi ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.



Konflik dalaman PAS ekoran tindakan bekas Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaei meninggalkan PAS dan menyertai Umno turut mengheret Suhaimi.



Allahyarham menyertai Umno dan bergiat aktif di peringkat bahagian tetapi kemudian menyepikan diri.



Menyifatkan penyertaannya dalam Umno sebagai satu kesilapan besar dalam kerjaya politiknya, Suhaimi kemudian meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali.



Jenazah Allahyarham Suhaimi  akan dibawa ke rumahnya di Batu 4, Jalan Maran Temerloh.



Menurut anak bongsu Allahyarham,  jenazahnya akan dikebumikan esok.



Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said. Alfatihah.



Read More “Peguam Suhami Said Dalam Kenangan”  »»

Developing humans is like growing CHINESE BAMBOO

http://youtu.be/2nFDmrLGgYM

Read More “Developing humans is like growing CHINESE BAMBOO”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com