Pray For MH370

Pray For MH370

RAKYAT JADI HAKIM SEKALI LAGI DI PERMATANG PAUH

Datuk Ariff Shah bersalaman dengan Hanafi Mamat sambil DSAI menghulurkan tangan untuk bersalam

DSAI dikelilingi oleh penyokong beliau

Sah sekarang selepas borang penamaan calon diterima dan penarikan diri seorang calon "standbye" , pertandingan tiga penjuru akan berlaku kecuali sesuatu yang tidak dijangka terjadi.
Ikuti laporan dari beberapa akhbar/tabloid/online news.

*Empat individu kemuka pencalonan di Permatang Pauh

*Anwar, Arif dan Hanafi berentap di Permatang Pauh

*Semakan pemilih di laman web SPR, SMS

*Dua agenda calon BN untuk Permatang Pauh


Empat individu kemuka pencalonan di Permatang Pauh
Mohd Sabri Said

Harakahdaily

Sat | Aug 16, 08

PERMATANG PAUH, 16 Ogos (Hrkh) - Setakat jam 9.30 sebentar tadi empat individu telah mengemukan nama sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh (P44). Mereka ialah calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah, calon bebas daripada AKIM, Hanafi Mamat dan seorang lagi calon Bebas, Dr Mansor Othman yang juga bekas Pengerusi KeADILan.

Dato' Arif Shah mendahului menyerahkan kertas pencalonan pada pukul 8.40 pagi, Dato' Seri Anwar pada jam 9.10 pagi manakala calon bebas pada pukul 9.14 pagi.

Suasana jalan masuk ke Maktab Perguruan Tunku Bainun penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat dan BN.

Bukan itu sahaja malahan jalan daripada Pekan Penanti telah ditutup buat sementara manakala laluan menerusi Lebuhraya Butterworth-Kulim penuh sesak dengan kenderaan.

Antara yang hadir memberikan sokongan padu ialah Muryidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dan Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.


Anwar, Arif dan Hanafi berentap di Permatang Pauh


16/08/2008 12:02pm

UtusanOnline

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Proses penamaan calon pilihan raya itu diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini pagi ini.



Semakan pemilih di laman web SPR,MSS

Beritaharianonline
PUTRAJAYA: Pengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44) boleh membuat semakan untuk urusan pengundian pada 26 Ogos ini, menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bilik gerakan pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata mereka boleh membuat semakan butiran peribadi seperti nama pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri mengikut Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi tempat mengundi.

Beliau berkata, untuk membuat semakan di laman web SPR iaitu www.spr.gov.my, pemilih berdaftar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan bagi mendapatkan maklumat berkenaan.

"SPR juga ada menyediakan kemudahan SMS melalui Gerbang SMS Kerajaan - MySMS untuk membolehkan mereka membuat semakan maklumat pengundian masing-masing.

"Perkhidmatan SMS ini mula beroperasi semalam (15 Ogos) hingga hari pengundian (26 Ogos) dan setiap SMS yang dihantar dikenakan caj 35 sen," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, petang semalam.

Kamaruzaman berkata, untuk menghantar SMS, mereka perlu menaip SPR nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888.

Katanya, satu lagi kaedah bagi membuat semakan adalah dengan menghubungi bilik gerakan pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang di talian 04-2617692 bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari mulai semalam hingga 25 Ogos ini.

Seramai 58,459 pemilih berdaftar iaitu 57,969 pemilih biasa dan 490 pemilih polis, layak mengundi pada pilihan raya kecil itu berikutan penggunaan Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari serta Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2008 yang diwartakan pada 19 Jun dan dikemaskinikan sehingga 31 Julai lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPR juga menetapkan hari penamaan calon pada hari ini manakala pengundian pada 26 Ogos dengan tempoh berkempen selama 10 hari.


Dua agenda calon BN untuk Permatang Pauh

Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Ariff Shah Omar Shah mensasarkan dua agenda utama untuk penduduk di kawasan itu sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata, usaha untuk meningkatkan perpaduan semua kaum di Permatang Pauh menjadi agenda utamanya selain mencari jalan untuk mengatasi masalah kemiskinan penduduk di kawasan parlimen itu.

Katanya, penduduk di Permatang Pauh seolah-olah terkena sumpahan sejak kerusi parlimen itu jatuh kepada pembangkang pada 1999 dengan tiada sebarang pembangunan dapat dizahirkan di situ manakala tidak ada perhubungan akrab terjalin antara penduduk di situ dengan wakil rakyat mereka.

“Sudah sampai masanya kita menebus balik sumpahan ke atas Permatang Pauh dengan memberi peluang kepada saya sebagai kuli untuk berkhidmat kepada rakyat supaya Permatang Pauh kembali bersinar dan masalah yang sedang dihadapi akan dapat diatasi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pauh di sini, semalam.

Read More “RAKYAT JADI HAKIM SEKALI LAGI DI PERMATANG PAUH”  »»

Aktiviti ADUN Selat Klang pada ptg 15/08/08: Menziarahi Mangsa Kebakaran di Kg Delek Klang

Takziah diucapkan kepada keluarga En Kamaruddin Abd Ghani serta isteri dan En Mohd Azeze Hamid serta isteri/anak (umur sebulan) yang telah ditimpa musibah apabila kebakaran berpunca dari litar pintas memusnahkan rumah mereka serta segala isinya. Tahmid tiada nyawa terkorban kerana kesemua tuan rumah keluar ketika kejadian berlaku.


Kelihatan Tn Hj Kamaluddin, Tn Hj Mat Samdin, Tn Hj Shaari, ADUN dan...

Read More “Aktiviti ADUN Selat Klang pada ptg 15/08/08: Menziarahi Mangsa Kebakaran di Kg Delek Klang”  »»

Aktiviti Exco Modal Insan pada 15/08/08:Luncheon with Staff of NDI

Read More “Aktiviti Exco Modal Insan pada 15/08/08:Luncheon with Staff of NDI”  »»

SEJARAH PENUBUHAN PAS: DARI KACAMATA AHLI SEJARAH PAS

Read More “SEJARAH PENUBUHAN PAS: DARI KACAMATA AHLI SEJARAH PAS”  »»

MUKTAMAR PAS KE 52 DI STADIUM INDERA MULIA IPOH PERAK PADA 15-17OGOS 2008




Read More “MUKTAMAR PAS KE 52 DI STADIUM INDERA MULIA IPOH PERAK PADA 15-17OGOS 2008”  »»

SEDUTAN UCAPAN DASAR PRESIDEN DI MUKTAMAR PAS KE 54







Read More “SEDUTAN UCAPAN DASAR PRESIDEN DI MUKTAMAR PAS KE 54”  »»

PERMATANG PAUH FIGHT AT A GLANCE

Read More “PERMATANG PAUH FIGHT AT A GLANCE”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com