MELAKAR IMPIAN 2016
APA YANG BAHARU?!
2016
Ramai manusia teruja bila datang tahun baharu.
Ada yang ber'shopping' sakan. Maka, orang 'business' ambil peluang mengadakan jualan murah atau 'sales' sempena tahun baharu. Ada yang bercuti panjang dengan keluarga. Ahli keluarga menjadi seronok. Ramai juga yang pergi makan angin. Bagus juga.
Ramai yang 'biasa biasa' sahaja. Selain mendengar, membaca dan menulis perubahan tahun ke tahun yang baharu, mereka meneruskan hidup seperti biasa. Tiada perubahan!
Ramai remaja yang tertarik dengan keriuhan yang dicipta manusia barat menyambut tahun baharu masehi. Pelbagai acara berbentuk hiburan bercirikan hedonisme. Menunggu detik jarum saat jam bertukar menunjuk pukul 12 malam.
Yang malangnya selepas itu, ada remaja belia yang berduyun duyun keluar rumah malam itu konon untuk menyambut tahun baharu masehi, mengambil kesempatan untuk meraikan melampau sehingga mudah terjebak dalam gejala dadah, mabuk dan zina.Bermulalah komplikasi kompleks yang melibatkan remaja mengandung, HIV, Hepatitis B dan sebagainya.
Keruntuhan moral di kalangan remaja bertambah teruk dan sukar dibendung oleh ibubapa dewasa ini.
Justeru, konsep tahun baharu.Konsep sikap baharu, budaya baharu, konsep kejayaan perlu merujuk kepada kompas. Kalau tiada kompas kehidupan tiada bererti bertukar tahun. Hanya menandakan semakin lama semakin tua, semakin lemah, semakin berpenyakit.
Apakah yang baharu yang mahu dilakarkan....supaya kejayaan dunia boleh dicapai, kejayaan akhirat misi hakiki.
1. Apa yang baharu tentang tahap keimanan dan ketakwaan kita. Bagaimana mahu tingkatkan?(SPIRITUAL)
2. Apa yang baharu tentang kekuatan/kesihatan jasad kita serta kemudahan fizikal hidup kita(physical)
3. Apa yang baharu tentang tahap ilmu dan kemahiran kita? Kemampuan menyelesaikan masalah kita bertambah?(INTELEK)
4. Apa yang baharu tentang daya emosi kita? Semakin stabil? Semakin sabar?(EMOSI)
5.Apa yang baharu tentang kualiti hubungan kita dengan insan lain(keluarga/ahli masyarakat/rakan sekerja/bos/lawan/kawan)? dengan haiwan ciptaan Allah? dengan alam sekitar?(pencemaran/pembuangan sampah) (SOSIAL)
Ini adalah elemen yang bolehlah diakronimkan sebagai S.P.I.E.S.
Ada kemahuan baharukah untuk memperkayakan daya S.P.I.E.S kita?
Sudah diperbaharukah misi kehidupan kita?
Bottomline, kita nak capai apa?
Akhirnya kita nak ke mana?
Ya Allah tuntunlah kami ke jalan yang Engkau redhai.
Kurniakan kami kekuatan dan kebijaksanaan mempertingkatkan iman dan takwa kami serta amal soleh kami. Aamiin.
Read More “APA YANG BAHARU?!” »»
Semoga Nur Amirah Atirah selamat
Laporan Polis telah dibuat. Keluarga ini masih menunggu....hari demi hari. Telefon si ayah tidak mahu berhenti berdering. Ada sahaja yang mahu bertanya.. Ada yang menenangkan....banyak juga yang menambah risau dan serabut....Ada yang mahu membantu. Ada yang mendoakan.
Apa pun, paling minima yang kita sebagai ahli masyarakat yang cakna dan ambil peduli tentang hal ehwal orang lain ialah JANGAN TAMBAH SEDIH DAN KESUSAHAN kepada keluarga yang menerima ujian berat ini. Jangan menghukum, jangan mengungkit atau membuat spekulasi yang boleh menghiriskan hati mereka.
Kita panjatkan doa agar Amirah selamat daripada kerja durjana. Semoga iman Amirah dipelihara oleh Allah swt, diberi kekuatan menempuh waktu getir dan diberi jalan untuk meloloskan diri daripada golongan fasiq.
YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Sukarelawan AMALNITA Selat Klang bersama Unit Khas Sementa mengambil masa mendengar luahan hati ibu dan bapa Amirah serta memberi kata kata semangat untuk mereka terus berjuang menunggu ke pulangan Amirah. Dr Halimah juga mengingatkan agar beristghfar dan sentiasa berpaut dan berharap kepada Allah swt penentu segala galanya.
Sudah 4 hari si ibu tak sampai hati nak masak untuk 3 orang adik Amirah kerana terngiang-ngiang suara Amirah,'Ibu masak apa?'....
Itulah pengalaman pahit yang sedang dilalui seorang ibu.Semoga pengajaran ini untuk kita semua manfaat. Syukrilah apa yang SEDANG kita nikmati.....TIADA APA yang kita punya....semuanya milik Allah...
Wallahu 'alam Read More “Semoga Nur Amirah Atirah selamat” »»
Awakening of Muslim Youths: AFMY's 8th AGM
I was honoured to give the closing speech for the 8th AGM of Asian Federation of Muslim Youths. A few years back, during the presidency of the late Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, I was given the opportunity to officiate the opening of AFMY's AGM.
Youths should be the focus of all leaders. Creating khaira ummah is the ultimate aim of continuing Rasullullah saw mission till qiyamah.
I will just share a portion of my message for the outstanding participants.
Read More “Awakening of Muslim Youths: AFMY's 8th AGM” »»
SAKIT YANG NIKMAT
Sakit yang nikmat.
Apabila kita sentiasa sihat, kita lupa kita berpotensi untuk jatuh sakit. Kita boleh leka dengan tubuh badan yang sentiasa cergas dan sihat dan boleh berfungsi dengan direktif diri untuk berbuat apa sahaja. Kekadang kita lupa jasad yang bergerak secara cekap itu bukan kita punya secara mutlak....Ada yang punya. Kita lupa had penggunaan badan itu. Kita tidak buat servis berkala untuk pastikan ia berfungsi secara optima dan mampan.
Justeru Allah beri peringatan. Peringatan bahawasanya jasad itu ada hadnya. Ada keperluannya. Ada S.O.P.nya. Ada rehatnya. Tujuan jasad kita dihidap penyakit adalah 'warning' kepada tuan punya badan untuk sentiasa beringat. Keperluan asasnya seperti makanan seimbang telah dipenuhikah? Tekanan untuk siapkan kerja, tekanan untuk'perform', tekanan memenuhi keperluan dan permintaan insan lain sedikit sebanyak akan menganggu sistem daya tahan badan. Ianya akan terjelma dengan tanda-tanda penyakit menjelma. Demam, batuk, selsema, sakit badan, sakit kepala boleh menjadi simptom biasa sebagai sistem penggara bahawa jasad itu perlu berehat, makan-minum perlu lebih teratur.
Makhluk mikrob seperti bakteria dan virus yang halus juga mudah menyerang manusia yang beribu-ribu kali lebih besar daripadanya, lebih kompleks daripada sistem hidupnya apabila daya tahan manusia ini telah terjejas. Apatah lagi kalau memang sudah ada penyakit kronik seperti kencing manis dsb.
Maka, wajarlah kita sebagai insan biasa bersyukur kepada Allah yang Maha Bijaksana yang telah mengatur sistem hidup kita dengan cantik dan terbaik. Sedikit kesakitan, kurang sihat adalah nikmat yang harus kita syukuri agar gaya hidup kita di audit agar selari dengan skop penciptaannya.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kami mengerti falsafah hidup ini.
Maha Besar Kuasa Mu.