Pray For MH370

Pray For MH370

PAS FOR ALL


Read More “PAS FOR ALL”  »»

PAS pilihan, PAS pilihanMU, PAS pilihan KITA

Read More “PAS pilihan, PAS pilihanMU, PAS pilihan KITA”  »»

PAS jaga kebajikan rakyat isu AES, SAMAN EKOR

PAS's AES complaints booth proved a hit

Harakahdaily, 21 November 2012
Nov 21: Hours after it opened today, some 100 people visited a complaints booth set up by PAS's Anti Postal Summons Campaign (KASE) at the party's headquarters in Kuala Lumpur, armed with copies of their traffic summonses.

Set up in collaboration with PAS Youth's Law and Human Rights Department (Juham), the counter hopes to help those who have been slapped with summonses under the controversial Automated Enforcement System.

The counter, located at the lobby of the PAS HQ in Jalan Raja Laut, will be open once every fortnight for an hour. It will next open on December 1 at 12.00 pm.

Members of the public who turned up today were briefed on the court procedure.

Earlier, KASE head Mahfuz Omar (left) launched the booth.

"Today, people of all races came. There were even those driving official government vehicles," he said.

The first court case related to the AES traffic summons is expected to be heard at the Magistrate's court in Jalan Duta on December 6.

Juham director Zamri Asa'ad Khuzami pledged to accompany the affected motorists and said it would seek to challenge the AES's legality at the High Court.

He also urged the public not to fear going to court.

"Don't be worried because a traffic offence is considered a minor offence. Defendants will not be sitting in the dock," he said.

Juham lawyer Zulqarnain Lukman meanwhile urged those issued AES summonses to plead not guilty and fight them in court, adding that there was a likelihood of winning such cases.

"The prosecution is still hazy, not knowing which SOP should be used," he added.

More details are available at KASE's Facebook page or by email kempenantisamanekor@gmail.com

Read More “PAS jaga kebajikan rakyat isu AES, SAMAN EKOR”  »»

Jawapan sidang DUN SELANGOR oleh EXCO Pendidikan


PERTANYAAN – PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. DATO’ MARSUM BIN PAING
(DENGKIL)

TAJUK          :           PROGRAM SPIES
Sejak 2008 kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan modal insan SPIES.
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar :

SOALAN
a)         Nyatakan jumlah peserta yang telah mengikut SPIES dari tahun 2008 hingga kini mengikut kelompok sasaran?
JAWAPAN

Program SPIES bermula 24  Ogos 2008-Oktober 2012 dan telah melibatkan sebanyak 1,252 sesi kursus dengan penyertaan seramai 101,239 orang seperti berikut :

BIL
SASARAN PESERTA
JUMLAH PESERTA 2008 – OKT 2012
JUMLAH (ORANG)
2008
2009
2010
2011
2012
1
Remaja / Belia
3,003
11,622
9,426
9,138
10,627
43,816
2
Penjawat Awam
135
3,217
9,088
5,381
3,139
20,960
3
Warga Pendidik
850
1,615
3,824
3,413
2,396
12,098
4
Kanak-Kanak
411
 -
 -
 -
 -
411
5
Pimpinan Masyarakat
845
1,330
1,403
3,258
1,956
8,792
6
Keluarga
714
2,200
2,350
1,180
3,935
10,379
7
Pelajar IPT
1,800
1,376
590
256
551
4,573
8
Warga Industri
160
 -
 -
 -
 -
160
9
Warga Emas
 -
50
 -
 -
 -
50

JUMLAH
7,918
21,410
26,681
22,626
22,604
101,239

SOALAN
b)        Apakah ukuran peningkatan atau kejayaan program SPIES hingga kini?
JAWAPAN

Platform pembangunan modal insan yang disediakan oleh Kerajaaan  Selangor melalui program SPIES merupakan satu pendekatan yang berhikmah dan kontemporari dalam usaha membangunkan modal insan secara bersepadu. Kejayaan kepada program SPIES ini boleh dilihat dari sudut kuantitatif dan kualitatif. Dari segi kuantitatif program SPIES telah berjaya melatih seramai 101,239 orang dan dalam tempoh ini ia merupakan satu kejayaan yang cukup besar dalam mengetengahkan konsep pembangunan insan yang holistik kepada warga Negeri Selangor.

Dari  segi kualitatif pula, ukuran kepada kejayaan program ini adalah agak abstrak kerana proses pembangunan  insan adalah satu evolusi yang berterusan dan sepanjang hayat justeru memerlukan jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan satu ukuran yang boleh membantu untuk melihat kejayaan sebenar program kursus SPIES ini.
Perlu diingatkan program SPIES BUKAN sekadar kursus.Kursus hanyalah pengenalan kepada SPIES. Program SPIES sebenarnya adalah penerapan budaya positif dan produktif  bermula di dalam jentera kerajaan hingga ke akar umbi.
 Antara faktor pengukur yang boleh dijadikan panduan adalah melalui beberapa aspek: 

a.    Tahap integriti dan kompetensi kakitangan kerajaan Negeri Selangor melalui peningkatan produktiviti (peningkatan hasil kerajaaan, pengurangan aduan awam),  pematuhan prosedur kerja (Laporan Audit Negeri/Negara;
b.    Budaya ilmu mula subur di negeri Selangor;
c.    Budaya hidup bertuhan semakin terserlah: masjid dan tempat ibadat  semakin dipenuhi;
d.    Budaya pemutus dan pelaksana dasar yang mempunyai ‘guiding principles’ atau prinsip yang jelas untuk menjaga kepentingan rakyat jelata;
e.    Kejayaan menggerakkan program kolaborasi sinergistik antara jabatan/agensi kerajaan negeri/tempatan bersama pimpinan setempat dan aktivis masyarakat, warga pendidik, ibubapa bahkan belia dalam program berkala GeMS adalah di antara hasil kejayaan program SPIES.Sebelum ini begitu sukar untuk jabatan dan agensi kerajaan menghayati kerja berpasukan terfokus;
f.             Pengurangan kadar krisis rumahtangga – berdasarkan laporan perceraian
Manakala, untuk menilai kesan yang paling ketara dan manfaat program ini kepada peserta, indikator terbaik yang boleh digunapakai adalah melalui maklumbalas peserta kursus dan hasil analisa maklumbalas peserta yang dibuat ke atas mereka yang telah menghadiri kursus ini memberikan keyakinan yang tinggi melalui skor yang dinyatakan di atas iaitu 3.48 (markah penuh adalah 4.00). Skor yang ditunjukkan ini bolehlah dijadikan indikator penilaian ke atas keberkesanan program ini secara umumnya kerana peserta terbabit merupakan testimoni yang terbaik untuk menilai keberkesan program SPIES ini.

Pengukuran sebenar keberkesanan program ini juga dapat dlihat dari segi komitmen dan minat yang ditonjolkan. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 90% peserta menyatakan program yang dilaksanakan adalah baik dan bersetuju untuk mengikuti program susulan.

Selain itu laporan kajian keberkesanan program 2009 yang dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 20 Januari 2010 telah merumuskan perkara –perkara berikut :

a)
Program SPIES adalah amat baik dilaksanakan;


b)
Melalui penilaian tiga (3) penjuru iaitu peserta, pemantau dan pihak ketiga keseluruhan menyatakan program ini baik dan perlu diteruskan; dan


c)
Pengisian program secara keseluruhan baik iaitu dari aspek kandungan modul, penceramah, penggunaan audio visual, logistik dan keberkesanan ke atas aplikasi kehidupan.

Secara umumnya, pelaksanaan program ini dapat diterima dengan baik oleh masyarakat yang mana ianya dapat dilihat menerusi peningkatan ilmu, pemerkasaan potensi kebaikan diri secara holistik, keinsafan jiwa, peningkatan kesediaan diri untuk berubah kearah menjadi aset bernilai kepada negara dan ruang untuk memberi penjelasan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan nilai modal insan.

 SOALAN
c)         Adakah asas pembelajaran dalam program SPIES dan adakah ia bebas daripada menjadi alat doktrin politik kepartian?
JAWAPAN

SPIES bersifat universal.
SPIES adalah instrumen perpaduan kerana model ini dicipta merentasi kaum, keturunan dan agama. Bahkan SPIES juga melangkau perbezaan ideologi politik samada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Ini kerana SPIES adalah model pendidikan yang bersifat neutral.
SPIES adalah model (wholesome education) merupakan kerangka pendidikan yang holistik untuk melahirkan modal insan yang berhati mulia, amanah, berintegriti tinggi, produktif, kreatif menguasai ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya kerana ia mampu mengatasi masalah sepanjang kehidupan. Penekanan kepada pembangunan sinergistik semua elemen – elemen yang interaktif ini insyaallah akan menjadi manusia makhluk terbaik yang diciptakan Allah.

Program SPIES bertujuan untuk memberdaya (empower) insan untuk menjadi insan yang paling baik dengan menggilap daripada sumber – sumber sedia ada pada dirinya Mesej SPIES ialah : Kerajaan Selangor mahu “ You choose to be the best of you”.

Oleh itu, Kerajaan Selangor  dalam usaha memacukan pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program SPIES  menekankan kepada pembangunan dan pembentukkan 3 dimensi utama iaitu:

i)
Pembangunan Spiritual (Rohani)
Menekankan kepada kualiti akhlak, ketakwaan, komitmen terhadap agama dan peningkatan kuantiti amalan mulia;


ii)
Pembangunan Diri (Intelektual, Fizikal dan Emosi)
  •  
Intelektual -  Pembinaan akal adalah untuk melahirkan insan profesional yang memiliki sifat – sifat mahmudah (baik), berfikiran matang, mampu menolak unsur negatif dan berupaya mengguna segala sumber yang sedia ada dan memperolehi yang belum ada bagi tujuan kesejahteraan dan kelangsungan hidup dirinya, keluarga serta masyarakat.

Fizikal - Pembangunan dari segi fizikal  pula berperanan untuk melahirkan rakyat Selangor yang sihat, dinamis dan bertenaga dan dapat menyumbang kepada produktiviti negeri. 

Emosi - Pembangunan emosi menumpukan kepada usaha membina kekuatan dalaman yang boleh mempastikan kejayaan kerana emosi yang gagal dikuasai boleh menjatuhkan maruah dan nilai insan.

iii)
Pembangunan Hubungan Sosial (Alam dan Manusia) 
Hasil daripada pengawalan emosi kelompok akan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi pembentukan peribadi, mampu bertindak secara bijak dalam perhubungan  interpersonal serta hubungan dengan alam sekitar.Faktor kemahiran sosial ini adalah kritikal dalam melahirkan tamaddun. Kegagalan akan menempa kehancuran masyarakat.

Tiga (3) dimensi utama ini merupakan satu gabungan yang sempurna dan lengkap untuk melahirkan satu tamadun kemanusiaan yang gemilang serta mempunyai nilai moral yang tinggi seterusnya menjadikan Selangor negeri idaman, maju sejahtera dan berkebajikan. Hasil gabungan tiga (3) dimensi ini telah membentuk model pendidikan holistik Selangor yang dikenali sebagai SPIES, akronim kepada Spiritual, ‘Physical’,  Intelektual, Emosi dan Sosial.

Kandungan model SPIES ini juga menggarapkan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam, teori Johari Window, teori Maslow, teori behavioris, kognitif dan konstruktif, yang mana kesemua ini bebas dari doktrin politik.

 Jika dilihat kepada tiga (3) dimensi yang megandungi lima (5) elemen ini ia menjuruskan kepada pembangunan 2 unsur iaitu Diri dan Masyarakat. Modul - modul yang diajar kepada peserta adalah modul universal dan mampu dihayati oleh setiap insan yang inginkan perubahan sama ada untuk diri mahupun masyarakat. SPIES bebas daripada kepartian tiada unsur indoktrinasi bahkan program SPIES bertujuan membina keupayaan untuk mengkaji segala maklumat bagi memilih sendiri parti politik yang paling sesuai. 

Read More “Jawapan sidang DUN SELANGOR oleh EXCO Pendidikan”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com