Pray For MH370

Pray For MH370

Bukan Gila Kuasa Tapi Sekadar Memberi Pengajaran

 Beginilah Nasib Wanita UMNO
KUALA KANGSAR - Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menegaskan, beliau bertanding sebagai calon Bebas bagi memberi pengajaran kepada kepimpinan Umno agar tidak memandang rendah peranan wanita apabila tiba masa untuk memberi pengiktirafan sewajarnya.

Kata Kamilia, sewajarnya hierarki tertinggi perlu diberi pertimbangan dalam sesuatu perjawatan atau kedudukan terutama kepada individu yang setia kepada parti.

"Saya menegaskan bahawa dalam Umno perlu diberi pengiktirafan kepada kedudukan (hierarki). Inilah sumbangan terakhir dan terbesar Umno dan BN agar tidak berlaku di mana wanita tidak diberi pengiktirafan.

"Apabila terima rintihan wujud wanita berkeupayaan, setia sekian lama tetapi apabila tiba kenaikan pangkat, wanita kadangkala diketepikan," kata beliau pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.-Sinar Harian

 Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata pencalonan kaum wanita dalam Pakatan menyertai PRU kali ini semakin dipertingkatkan dari semasa ke semasa, manakala sebaliknya tidak berlaku dalam Umno-BN.


PRU13 merupakan pilihan raya amat malang bagi kaum wanita dalam Umno, apabila pimpinan sayap Umno ini di-ketepikan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga ramai pemimpin utama pergerakan itu tidak ditawarkan bertanding sebarang kerusi Dun atau Parlimen.

 Ini jauh berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang banyak memberikan peluang kepada kaum wanita untuk bertanding, bagi membolehkan mereka memainkan peranan penting termasuk di peringkat menggubal dasar di Dun dan Parlimen. Selanjutnya di SINI

Read More “Bukan Gila Kuasa Tapi Sekadar Memberi Pengajaran”  »»

Siapa Tak Mahu harga Kereta Rendah & Minyak Murah?

Bandingkan polisi BN sekarang dengan manifesto Pakatan yang akan menurunkan harga kereta jika memerintah. 



Benarkah negara akan muflis jika PR memerintah lantas melaksanakan  manifesto penurunan harga kereta baru?







 

Read More “Siapa Tak Mahu harga Kereta Rendah & Minyak Murah?”  »»

Maruah Wanita UMNO tercabar...Puteri Didahulukan

Dalam setiap pilihan raya sejak sebelum Merdeka, Wanita Umno adalah tulang belakang jentera parti, merupakan wira belakang tabir yang memasak, ziarah pintu ke pintu dengan jaket merah Skuad Sayang dan melawat orang sakit dan miskin. Mereka ini adalah pekerja parti yang bekerja diam-diam tanpa sebarang kontroversi.


 
Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata beliau kecewa dengan “penghinaan” yang ditunjukkan apabila parti itu tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam PRU13.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, katanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian. Kamilia berkata, beliau menjangkakan untuk diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Kuala Kangsar, di bahagian Umno yang diketuainya.

Kamilia juga berkata, ketua Wanita Umno negeri di Kedah, Johor dan Terengganu juga tidak diletakkan sebagai calon.

Senarai yang diumumkan BN juga tidak menamakan ketua Wanita Umno Selangor sebagai calon.

 







Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

 Rujukan

(1)Wanita Umno hilang dari belakang tabir dalam PRU13
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-umno-hilang-dari-belakang-tabir-dalam-pru13/

(2)PASCA PENGUMUMAN CALON-CALON UMNO/BN.....PERGOLAKAN DALAM UMNO BERTAMBAH PARAH... KINI GILIRAN WANITA UMNO PULA NAIK ANGIN KERANA RAMAI PEMIMPIN TERTINGGINYA DIPINGGIRKAN.....PERGH!!!!!...SIAP BAGI AMARAN AKAN BERTINDAK LAGI BEB!!!!!
http://omakkau.blogspot.com/2013/04/pasca-pengumuman-calon-calon.html

(3)Kamilia tak dicalonkan, kecewa dengan 'penghinaan'
http://www.malaysiakini.com/news/227196

Read More “Maruah Wanita UMNO tercabar...Puteri Didahulukan”  »»

EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor meraikan program kecemerlangan


Read More “EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor meraikan program kecemerlangan ”  »»

Tahukah Anda Signifikan angka XXXXXX-71-XXXX


 Berdasarkan maklumat daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara ‘kod negeri 71’ diberikan kepada individu yang lahir di luar negara sama ada ia terdiri daripada seorang warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang memegang kad pengenalan Pemastautin Tetap atau Pemastautin Sementara yang kemudiannya diberikan taraf warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, mulai awal tahun 2000, Jabatan Pendaftaran Negara telah menetapkan kod-kod negara luar secara berasingan dan tidak lagi menggunakan ‘kod negeri 71’ bagi individu yang lahir di luar negara.

Secara keseluruhannya, sehingga ST2/2012 jumlah pemilih yang   mempunyai kad pengenalan dengan ‘kod negeri 71’ ialah seramai 172,157 orang di seluruh negara.


Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan bilangan paling ramai jumlahnya iaitu 33,132 orang, diikuti Johor iaitu 28,105 orang dan Kuala Lumpur, seramai 17,616 orang. Perincian jumlah pemilih yang mana kad pengenalan mereka mencatatkan ‘kod negeri 71’ mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual di sebelah.




Sumber: SPR

Read More “Tahukah Anda Signifikan angka XXXXXX-71-XXXX”  »»

Mana mungkin BN tunaikan Aku Janji Manifesto PRU 13 (bhg 1)


Negara kita di ambang kebankrapan atau kemuflisan. Parah, punah dan hancur lebur ekonomi Malaysia jika Barisan Nasional terus memegang Putrajaya. Lebih malang lagi jika BN mahu menunaikan aku janji atau manifesto PRU 13 mereka. Kenapa?

 Ringkasan

Rasuah menyebabkan ketirisan dana yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat serta subsidi. 

Rasuah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. 

Rasuah mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam negera agar keuntungan atau margin syarikat serta pengusaha kekal. 

Rasuah menyebabkan kualiti barangan atau bahan mentah yang digunakan untuk sesuatu projek kerajaan berkualiti amat rendah dan tahan beberapa tahun sahaja selepas penyerahan projek. Banyak contoh-contoh di depan mata seperti MRR2 dan stadium Trengganu runtuh. 

Rasuah mengakibatkan penggunaan dana awam yang tinggi bagi tujuan penyengaraan projek mega yang menggunakan bahan mentah berkualiti rendah.

Rasuah merupakan "cukai kotor" yang dikenakan kepada rakyat miskin yang kurang mampu.

 
Kita  kemukakan data dan fakta mengenainya. Sumber rujukan atas permintaan sahaja. Ada carta dan data yang dikeluarkan pada tahun 2008 namun sebaik usaha dibuat untuk fakta dan angka yang terkini.

 Terdapat beberapa faktor yang menjadi penunjuk bahawa BN dan pemimpin mereka yang ada sekarang tidak mampu untuk berubah walaupun wujud slogan-slogan seperti "WASOTIYAH", "Prestasi diutamakan, rakyat didahulukan", " Tukar tabiat berbelanja", " Bersih, Cekap Amanah" yang telah lama dilaung-laungkan.

Kajian terperinci tentang ekonomi dan percukaian malaysia di SINI.




Hutang negara kini  kian meningkat,  yang mana jika diterjemahkan kepada hutang setiap individu rakyat Malaysia yang baru lahir hingga hingga yang telah uzur dan nazak di hospital, jumlahnya ialah setiap kepala sudah sedia berhutang sebanyak USD3149.08 (anggaran RM10,400.00) pada tahun 2008. Beban hutang setiap rakyat Malaysia pada tahun 2012 ialah USD5072.62 (anggaran RM16,800.00). Ini bermakna dari 2008 hingga 2012, jumlah tanggungan hutang setiap rakyat meningkat dari RM sepuluh ribu lebih ke tahap sekarang iaitu RM tujuh belas ribu. (mahu tidak mahu).

Kita lihat sekarang  pendapataan serta perbelanjaan kerajaan pusat di bawah pentadbiran BN. sila rujuk rajah di bawah. Untuk 2012, pendapatan negara atau hasil adalah RM230,833 juta. Cukai pendapatan merupakan sumber utama hasil negara.

 "Dalam tahun 2008, LHDNM berjaya

mengutip cukai langsung kasar sebanyak RM90.651
bilion, iaitu meningkat sebanyak RM15.948 bilion
atau 21.35% berbanding RM74.703 bilion yang
dikutip dalam tahun 2007.Kutipan cukai langsung
ini telah menyumbang sebanyak 56.11% daripada
keseluruhan jumlah hasil Kerajaan Persekutuan
tahun 2008 yang berjumlah RM161.558 bilion.
Komponen cukai pendapatan syarikat kekal sebagai
penyumbang utama dengan pungutan RM46.902
bilion (51.74%). Ini diikuti dengan pungutan cukai
pendapatan petroleum sebanyak RM24.191 bilion
(26.69%) dan cukai pendapatan individu sebanyak
RM14.347 bilion (15.83%). Sementara itu pungutan
cukai duti setem dan cukai pegangan masing-masing
menyumbang sejumlah RM3.502 bilion (3.86%) dan
RM1.354 bilion (1.49%).
Pungutan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
dalam tahun 2008 ialah sebanyak RM110.37 juta
(0.12%) dan jumlah ini mencatatkan pengurangan
berbanding kutipan tahun 2007
  Komponen-komponen pungutan
yang lain merupakan cukai pendapatan koperasi,
cukai aktiviti perniagaan luar pesisir Labuan (IOFC),
dan hasil-hasil lain (bayaran kompaun [Seksyen 124
ACP 1967], bayaran mahkamah, faedah daripada
baki wang dalam bank, hasil guaman, dan ganti rugi
perkhidmatan) yang mencatatkan pungutan berjumlah
RM244.24 juta (0.27%)."  Laporan Tahunan LHDM 2008




sumber pendapatan Kerajaan Pusat

Pendapatan Kerajaan Pusat dpd MINYAK














Sumber BNM






Source: tradingeconomics.com

Source: tradingeconomics.com




Tanpa meminjam lagi atau menaikkan harga minyak atau memperkenalkan cukai baru, Barisan Nasional TIDAK akan mampu menepati aku janji atau manifesto untuk PRU 13. Kenapa?
Faktor pertama ialah korupsi atau rasuah.

 Clearly, wastage, leakages, imprudent government spending and, above all, corruption have retarded our growth. And the problem is compounded by the ruling party itself being mired in corruption. By Kee Thuan Chye

Beberapa kata kunci atau istilah perlu diterangkan di peringkat ini. Dalam Bahasa  Melayu, terdapat beberapa ungkapan dan peribahasa yang menggambarkan perbuatan atau proses rasuah seperti "duit kopi", "duit bawah meja", "makan suap", "tumbuk rusuk", "wang pelincir" dan lain-lain. 


Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. 

Tranparency International  (TI) yang berpangkalan di Berlin Germany, telah mengeluarkan definisi beberapa istilah yang digunapakai di peringkat antarabangsa. Istilah tersebut ialah "Grand Corruption", "corruption","political corruption", "bribery", "embezzlement", "collusion", "patronage", "nepotism", "lobbying","conflict", "facilitation of payment", dan beberapa istilah lain.

Corruption ialah penyalahgunaan kuasa bagi tujuan keuntungan peribadi. Corruption boleh dikelaskan kepada "grand", "petty" dan "political" bergantung kepada jumlah wang yang terlibat atau hilang serta di sektor mana ia berlaku.


Grand Corruption ialah perbuatan yang dilakukan di peringkat tinggi kerajaan dengan  tidak memberi gambaran sebenar polisi atau fungsi dan peranan negeri/negara yang memungkinkan pemimpin memperolehi manfaat manakala rakyat kerugian.




Bribery ialah perbuatan menawarkan, menjanjikan,  memberi, menerima atau merayu sesuatu manfaat atau pemberian sebagai insentif untuk suatu tindakan yang salah di sisi undang-undang, tiada etika atau pecah amanah. Insentif ini mungkin dalam bentuk hadiah, pinjaman, wang, pemberian atau kemudahan lain seperti cukai, perkhidmatan, derma dll.



Political corruption ialah memanipulasikan polisi, institusi dan peraturan kerja atau prosedur dalam mengagihkan sumber dan kewangan oleh para pembuat keputusan yang menyalahgunakan kedudukan mereka demi mengekalkan kuasa, status dan kekayaan.
 






Facilitation Of Payment ialah sejenis rasuah kecil, juga dikenali sebagai  bayaran "pemudah". "speed", "grease" bagi mempercepatkan sesuatu tindakan rutin atau tindakan yang perlu di mana pemberi rasuah mempunyai hak atau kepentingan yang sah .



Patronage ialah sejenis perbuatan pilih kasih di mana seseorang itu dipilih tanpa mengira kelulusan atau kelayakan untuk sesuatu jawatan atau pemberian kerajaan semata-mata disebabkan keahlian atau kecendrungan atau pertalian politiknya.



Embezzlement ialah apabila seseorang yang memegang jawatan dalam sesebuah organisasi atau syarikat secara khianat dan tak sah mengagihkan, mengguna, atau memindahkan dana dan barangan yang telah diamanahkan kepada mereka bagi tujuan mengayakan diri atau untuk tujuan aktiviti lain.



Nepotism ialah sejenis perbuatan pilih kasih berdasarkan persahabatan atau pertalian di mana seseorang yang memegang jawatan resmi menggunakan kuasa dan kedudukan untuk memberi sesuatu benda atau kerja kepada ahli keluarga atau kawan, walaupun individu itu tidak layak atau memerlukan.


Lobbying ialah sesuatu aktiviti yang dijalankan untuk mempengaruhi polisi dan keputusan kerajaan
bagi sesuatu maksud atau keputusan. Walaupun sah di sisi undang-undang, perbuatan begini boleh mengherotkan/memesongkan keadaan jika pengaruh yang kuat wujud- oleh syarikat, pertubuhan, organisasi atau individu.


Collusion ialah perjnjian rahsia antara dua pihak atau lebih, sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan, merancang untuk melakukan sesuatu bertujuan untuk menipu  (fraud) atau memperdaya dengan matlamat faedah atau manfaat kewangan. Pihak yang terlibat dipanggil "cartel"


Conflict of interest ialah situasi di mana seorang individu atau organisasi yang ia berkhidmat, sama ada kerajaan atau swasta, berhadapan dengan membuat pilihan di antara tugas serta tanggungjawab  kedudukan (jawatan) mereka dengan kepentigan peribadi.(percanggahan kepentingan)









 

 
 
 
Rasuah menyebabkan ketirisan dana yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat serta subsidi. 

Rasuah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. Sila lihat graf di bawah. 

Rasuah mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam negera agar keuntungan atau margin syarikat serta pengusaha kekal. 

Rasuah menyebabkan kualiti barangan atau bahan mentah yang digunakan untuk sesuatu projek kerajaan berkualiti amat rendah dan tahan beberapa tahun sahaja selepas penyerahan projek. Banyak contoh-contoh di depan mata seperti MRR2 dan stadium Trengganu runtuh. 

Rasuah mengakibatkan penggunaan dana awam yang tinggi bagi tujuan penyengaraan projek mega yang menggunakan bahan mentah berkualiti rendah.

Rasuah merupakan "cukai kotor" yang dikenakan kepada rakyat miskin yang kurang mampu.








Jelaslah rasuah faktor penyebab utama aku janji BN atau manifesto PRU 13 tidak dapat dilaksanakan oleh pentadbiran Barisan Nasional.

Read More “Mana mungkin BN tunaikan Aku Janji Manifesto PRU 13 (bhg 1)”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com