Pray For MH370

Pray For MH370

CHECK THIS OUT: fact or fake?

Untuk membuat kenyataan sebegini berat untuk ditanggapi minda orang biasa, memerlukan analisa fakta-fakta dengan berbekal kemahuan tinggi untuk mengetahui kebenaran.Bukan dengar satu sumber sahaja. Perlukan kemahiran dan sedikit latihan untuk memahami isu-isu politik. Perlu rajin mengkaji, membaca, merujuk, bertanya, berbincang dan berdiskusi ilmiah dengan fikiran terbuka. Tanya kepada veteran.Kenalpasti ciri-ciri penipu dan pembelit fakta.........bila sudah buat 'kerja rumah'
Nilai sendiri yang mana benar yang mana topeng berwajah manis.
Jangan tipu diri sendiri.Istikhorah...bila sudah nampak kebenaran tinggal segera yang batil dan wajib sokong yang benar.

Umno musuh nombor 1 negara

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.
“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.
“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.
Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.
“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.
Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.
"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya.

Read More “CHECK THIS OUT: fact or fake?”  »»

UMNO IDAM SELANGOR; Benarkah rakyat dizalimi oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT???!!

Rakyat MESTI berani buat kajian untuk melihat apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib, Ketua pemimpin UMNO Selangor. Analisa sendiri, tanya, periksa, siasat. Kaji dari sumber sahih. Lihat daripada pelbagai sudut.
         Kalau sudah cukup bahan dan daripada sumber yang dipercayai dan diakui oleh orang yang jujur dan benar maka fikir sendiri.Lapangkan dada, fikirkan secara kritis dan buatlah keputusan sendiri siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong. Siapa yang benar-benar mahu membangun ummat.Siapa pula yang mahu bersandiwara memegang watak baik, walhal bergelumang kebencian dan kepura-puraan.
Lihat dengan mata hati nesacaya anda boleh menilai benar dan batil!


 

Rampas Selangor untuk baham khazanah negeri
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Pakatan Rakyat wajib mempertahankan Selangor dan Negeri Pakatan Rakyat yang dimenangi pada 8 Mac 2008, malahan mesti berusaha untuk memerintah peringkat kerajaan pusat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.
“PAS hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma?
“Apakah amalan zalim warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?” soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mempersoalkan apakah amalan zalim setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100, apabila berumur 18 tahun wang terkumpul sebanyak RM1,500.
Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Najib supaya bercakaplah terus terang kepada rakyat Selangor bahawa memberi kembali Umno BN mandat untuk memerintah Selangor supaya pemimpin Umno dapat membaham khazanah negeri.
Ini, ujarnya kerana pemimpin Umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek.
“Beri tahu kepada rakyat Selangor jika Umno perintah Selangor, kami (pemimpin Umno) akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul,” ujarnya.

Read More “UMNO IDAM SELANGOR; Benarkah rakyat dizalimi oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT???!!”  »»

NIKMAT PALING BEST yang mesti dijadikan matlamat

 Tiada yang lebih bahagia....
tiada yang lebih seronok.....
tiada yang lebih menakjubkan......
tiada anugerah yang lebih besar........

daripada MELIHAT ZAT YANG MENCIPTA SEGALA YANG BEST BEST di dunia ini termasuk diri kita sendiri

Read More “NIKMAT PALING BEST yang mesti dijadikan matlamat”  »»

Merancang untuk hidup abadi kelak

Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal! Sudah banyak kali dengar ungkapan ini. Ia bukan sahaja berguna untuk meraih keuntungan di dunia.Bukan untuk mendapat kekayaan sahaja tetapi untuk hidup selepas mati. Kita harus sedar apa yang bakal kita hadapi.Kita harus mengkaji.Kita harus meneliti.Kemudian buat pelan tindakan untuk ikhtiar ke arah kejayaan.Kemudian doa.Barulah kita bertawakkal

Read More “Merancang untuk hidup abadi kelak”  »»

Minta daripada tuan punya yang sebenar

Manusia selalu tersasar apabila dirundung resah gelisah kerana tidak tercapai sesuatu hajat, atau hilang nikmat yang di tangan. Manusia sering lupa daripada mana sebenarnya datang nikmat itu. Dan siapa yang menghilangkan daripadanya apa yang berupa pinjaman kepadanya.
Manusia lupa dirinya Allah yang punya.Manusia lupa yang sebenarnya segala yang ia capai atau 'punyai' sebenarnya adalah kepunyaan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah. Tiada ilmu, tiada bahagia melainkan yang diizin oleh Allah.
Sewajarnya manusia meminta pagi dan petang kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA
, MILIK SELURUH ALAM...
http://www.youtube.com/watch?v=lVngt8g2kXU&feature=related

Read More “Minta daripada tuan punya yang sebenar”  »»

Mahasiswa Malaysia mula berjiwa rakyat

Tahniah kepada mahasiswa yang mempunyai jati diri dan kesedaran untuk bangkit menebus maruah bangsa yang kian hari merudum dek nafsu jahat pemerintah elitis untuk kepentingan peribadi dan kroni.
Daya kekuatan sesebuah masyarakat tercermin daripada daya kekuatan golongan intelek muda untuk bersinergi dengan penggerak ummah untuk merubah keadaan sistem sosial yang membimbangkan dan akan memberi natijah parah jika tidak dihenti dan dirawat segera.
Betapa pentingnya kebangkitan anak muda menara gading bergabung tenaga bersatu hati berkongsi visi bagi mencetus gelombang kesedaran berskala besar di kalangan rakyat biasa yang majoriti masih diulit mimpi indah kerana didodoikan oleh kaca tv yang sarat memuatkan berita dan cerita khayalan.


Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat diteruskan
Hazayani Zakaria  (harakahdaily) 
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat.
Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu.
Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah.
GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation.
Dari Pahang, GMSR yang terdiri daripada 20 ajk pelaksana akan ke Perak yang diketahui umum sedang berhadapan pencabulan demokrasi.
GMSR akan turun dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi di negeri yang dimenangi Paktan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, kemudiannya dirampas oleh BN.
Seterusnya GMSR akan terbang ke Sabah bagi menemui masyarakat yang kini berhadapan dengan measalah pemilikan tanah akinat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, bagi siri jelajah ke Sabah, tidak akan disertai oleh semua ahli jawatankuasa GMSR dari Semenanjung kerana akan dibantu oleh Gamis Borneo, sebuah gerakan mahasiswa di sana.
Bercakap pada sidang media di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razak berkata, GMSR sedang giat melakukan persiapan bagi tujuan siri jelajah itu seperti mengumpul dana dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab di kawasan yang akan dikunjungi mereka.
"Kami sedang dalam proses melakukan persiapan ke arah siri jelajah ini dan sedang berusaha memaklumkan kepada pihak terbabit mengenai kehadiran kami," katanya.
Menyentuh mengenai dana GMSR, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini pula berkata, mereka menggunakan dana hasil sumbangan mahasiswa sendiri, tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak.
"Setakat ini kami gunakan dana daripada mahasiswa sendiri, dan tak bercadang untuk meminta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk parti-parti politik. Kami mahu tunjukkan ketulenan perjuangan mahasiswa," tegasnya.
Ditanya mengenai kemungkinan halangan yang timbul akibat berlaku tangkapan pada siri jelajah pertama, jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin berkata, mereka telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menegaskan apa yang dilakukan itu tidak salah malah untuk menunjukkan peranan mahasiswa di kalangan masyarakat.
"Tangkapan itu perkara biasa, dan kami akan teruskan perjuangan kami untuk bersama masyarakat dan kami yakin kami tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang, sama juga seperti NGO-NGO lain yang ingin membantu rakyat," katanya yang merupakan salah seorang yang ditangkap di KL Sentral.
GMSR merangkumi beberapa kumpulan mahasiswa antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN) dan Sister In Movement (SIM).

Read More “Mahasiswa Malaysia mula berjiwa rakyat”  »»

PAS Miri mahu bertanding Parlimen

Syabas dan tahniah kepada PAS Kawasan Miri yang terus menghirup suaana perubahan kebangkitan penduduk Sarawak yang semakin sedar track record BN memerintah negeri yang kaya dengan sumber dan boleh menjadi negeri terkaya di Malaysia tetapi hakikatnya jauh ketinggalan daripada aspek segala-galanya! 

PAS Miri lulus usul bertanding parlimen

Harakahdaily   
MIRI, 4 Mei: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri sebulat suara meluluskan usul mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding kerusi parlimen Miri dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ini bagi menterjemahkan konsep setiakawan Pakatan dan PAS for All di Bumi Kenyalang.
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali kedua itu, kelmarin berkata PAS Miri perlu menggunakan sepenuh kekuatan yang ada bagi merealisasikan PAS for All dan betapa indahnya Islam sebagai panduan hidup bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.
Dengan prestasi dan penerimaan baik penduduk setempat, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan mengharapkan usaha itu diteruskan khas di peringkat pedalaman bagi menyebar luaskan Islam dan PAS.
Dalam pada itu, dengan kemunculan aktif Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri di bandaraya ini, potensi PAS bagi meraih kemenangan adalah cerah.
Mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Gymkhana Miri itu telah dihadiri lebih 120 perwakilan dari seluruh anggota Dewan Pemuda, Muslimat dan 6 cawangan penaja sekitar Miri.
Lebih manis buat julung kali perwakilan DHPP Miri turut hadir diketuai sendiri ketuanya, John Barah Aning dan setiausaha, Yeo.
Yeo turut terpilih penerima Anugerah Khas Laksamana Cheng Ho di atas keaktifan beliau menambah keahlian DHPP seramai 70 orang di Miri.
Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri semasa menyampaikan ucapan alu-aluan mengingatkan jentera PAS Miri untuk kembali fokus kepada perjuangan yang lebih besar iaitu dakwah dan siasah menjelang Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Katanya, biarpun PAS Miri pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April lalu tidak bertanding sebarang kerusi tetapi telah menunjukkan komitmen dan gerak kerja tersusun bagi membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat sehingga membolehkan 2 kerusi Dun di Miri dimenangi calon DAP. Tambahnya, hanya dengan setiakawan dan kerjasama yang kukuh saja hasrat Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya akan tercapai.
Beliau mengingatkan semua ahli meneruskan kerja untuk mendapatkan seramai ahli peringkat cawangan bagi memastikan momentum perkembangan yang berlaku itu berterusan.
Mesyuarat kali ini juga menyaksikan beliau dan Khairulnizam sekali lagi diberi amanah memimpin PAS Kawasan Miri bagi sesi 2011-2013.

Read More “PAS Miri mahu bertanding Parlimen”  »»

EXCO PENDIDIKAN JADI BAPA ANGKAT PASUKAN KANU UNTUK SUKMA 2011

 YB Dr Halimah Ali dilantik menjadi 'bapa angkat' untuk pasukan kanu yang akan bersaing di sukan SUKMA 2011 pada awal Jun 2011 di Precint 6 Putrajaya.
 Pengerusi Persatuan Kanu menyerahkan proposal kepada YB Dr Hjh Halimah di pejabat EXCO bagi memohon bantuan dan memberi taklimat tentang pasukan kanu yang mereka kendalikan. YB EXCO sempat mendapat laporan perkembangan terakhir dari sudut persiapan untuk mencapai kemenangan.
Pasukan Selangor bawah kendalian Majlis Sukan Selangor dalam upacara perasmian dan penyerahan watikah perlantikan kepada EXCO 'bapa angkat'.

Read More “EXCO PENDIDIKAN JADI BAPA ANGKAT PASUKAN KANU UNTUK SUKMA 2011”  »»

LPN DMPP& ADUN SIJANGKANG santuni ORANG ASLI PULAU CAREY

ISNIN 1.5.11
PULAU CAREY
KUALA LANGAT SELANGOR

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat(LPN DMPP) yang juga merupakan EXCO KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama AJK LPN DMPP dengan kerjasam ADUN Sijangkang YB Dr Yunus Hairi dan LPN PAS Kawasan Kuala Langat serta  Dewan Himpunan Penyokong PAS Ampang dan Kuala Langat mengadakan program di KPG ORANG ASLI SG RAMBAI dan KPG LAUT, PULAU CAREY.
Di antara program sempena lawatan LPN DMPP ialah sukaneka untuk kanak-kanak dan juga dewasa, rawatan perubatan rumah ke rumah serta sumbangan kepada semua rumah di kedua kampung.LPN menyumbang beras dan keperluan dapur.

ajk lpn dmpp
YB Dr Halimah di iringi AWA gadis orang asli 16tahun yang bakal bernikah minggu depan (menggunakan tongkat kayu untuk uruskan anjing-anjing yang berkeliaran) serta Radha, pekerja estet Sime Darby yang mengenali semua orang asli  menunjuk jalan ke rumah-rumah orang asli.
Omar yang menghidap penyakit kulit yang kronik meluahkan masalahnya kepada YB Dr Halimah dan YB Dr Yunus Hairi.
Pasukan Briged Amal Kuala Langat membantu sukaneka dan seluruh program
Singgah sebentar di pintu rumah orang asli
YB Dr Halimah memberi belon PAS dan sumbangan kepada keluarga orang Asli yang gembira menerima


Read More “LPN DMPP& ADUN SIJANGKANG santuni ORANG ASLI PULAU CAREY”  »»

START RIGHT THE RIGHT THING THE RIGHT WAY

Apa sahaja yang mahu kita lakukan kita perlu mengamalkan 'outcome-based thinking'.Ini bermaksud sekiranya kita mahu segala yang kita lakukan itu akan menghasilkan kesan terbaik kita harus bermula dengan niat yang baik.Disamping itu segala yang kita telah laburkan masa, tenaga, wang ringgit dan tumpuan sudah tentu kita mahu akan mendatangkan pulangan terbaik.Segala program yang kita anjurkan, segala aktiviti yang kita jalankan, segala nasihat yang kita beri, segala program yang kita hadiri sepatutnya sekurang-kurangnya menjadikan kita lebih baik, lebih matang, lebih bijaksana, lebih peka, lebih prihatin, lebih disenangi.Kepada kumpulan sasar yang menjadi objektif perancangan kita, atau semua yang telah berdamping dengan kita harus merasai nikmat dan limpahan kebahagiaan serta menumpang nur iman daripada kita.
   Pokok pangkalnya kita bermula segala-galanya dengan nama Allah. BISMILLAH.......
Bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk ego atau niat menyimpang yang menghancurkan amal kebajikan yang dilakukan.
 

Read More “START RIGHT THE RIGHT THING THE RIGHT WAY”  »»

ADUN SELAT KLANG TURUN PADANG BERSAMA YDP MPK

29.4.11
Jumaat
YB Dr Hjh Halimah Ali bawa YDP MPK serta rombongan untuk turun padang di kawasan Selat Klang bagi memberitahu keadaan sebenar di padang yang menjadi rungutan dan aduan berulang penduduk di kawasan DUN Selat Klang.
    YDP MPK Dato' Mislan Tugiu membawa semua ketua-ketua jabatan daripada kejuruteraan, alam sekitar, kesihatan, taman dan padang, perlesenan, penguatkuasaan dll bersama-sama melihat keadaan sebenar.
Bermula dengan longkang di sepanjang Jalan Sg. Bertih yang sudah pecah-pecah dibeberapa tempat menyebabkan air tidak boleh mengalir dengan berkesan dan mengakibatkan banjir di kawasan sekitar yang rendah.
MPK berjanji akan menggantikan kepada sistem yang lebih baik.Gerai-gerai MPK depan Econmart juga diperiksa kerana sudah uzur.
Sistem perparitan yang di bawah jalan di simpang 4 juga di minta ADUN untuk diselenggarakan supaya tidak tersumbat.
Parit disepanjang Jln Tepi Sungai terutama depan Surau juga diambil maklum keadaannya yang sering mengakibat banjir di kawasan sekeliling.
Keadaan padang dan tanah lapang juga diperiksa dan di minta rumput dipotong serta tanah diratakan.Sampah yang masih merata-rata juga di arah untuk diambil tindakan segera dancara berkesan.





Read More “ADUN SELAT KLANG TURUN PADANG BERSAMA YDP MPK”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com