Pray For MH370

Pray For MH370

Biar PAS Menang K.Besut Untuk Perbetul Kesilapan Kerajaan Trengganu

Hadi: Ambillah jawatan MB, kami nak Kuala Besut
   

    Abdul Rahim Sabri/Malaysiakini/admin
       
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong pandangan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya pemimpin BN kekal menjadi menteri besar jika parti Islam itu menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Abdu Hadi yang juga ahli Parlimen Marang berkata parti itu mahukan kedudukan kerusi seri 16:16 bagi membolehkan mereka menegur pentadbiran negeri sedia ada jika melakukan kesilapan.

"Tak apa, beri kita 16 kerusi, biar dia jadi MB. Tak apa kamu ambil jadi menteri besar. Kita nak 16 kerusi. Apa faedah dia kita ada 16 kerusi (dan) kita tidak menjadi menteri besar? Faedahnya, kita boleh tegur dia.

"Benda yang tidak betul, tidak boleh, kita bangkang... Kita seri, dia tidak boleh buat benda yang tidak betul. Benda yang betul kita sokong, benda yang tidak betul kita bangkang dengan 16 sama.

"Faedahnya, kita mempunyai satu kekuatan untuk membetulkan kerajaan Terengganu," katanya dalam ceramahnya di Kampung Nail, Kuala Besut malam tadi.

Husam dilapor berkata kerajaan BN Terengganu masih boleh dikekalkan dan PAS tidak akan membentuk kerajaan baru di negeri itu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil itu dengan kedudukan 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub percaya PAS dapat memperoleh kedudukan sebagai menteri besar Terengganu jika DUN mencapai anggota 16:16 antara Pakatan Rakyat dan BN.

Abdul Hadi juga mengajak pengundi khususnya yang bekerja nelayan supaya "belajar daripada orang terpelajar" yang memberi kemenangan kepada PAS di empat parlimen di Terengganu.

Menegaskan beliau tidak berniat menghina kumpulan itu, ahli parlimen Marang itu menggesa pengundi Kuala Besut mengambil "peluang kedua" dalam pilihan raya kecil itu demi membuat perubahan, dengan mengundi calon PAS Azlan Yusof.

"Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru.  Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan... Kita maaflah mereka, sebab tak dapat maklumat," katanya.



Read More “Biar PAS Menang K.Besut Untuk Perbetul Kesilapan Kerajaan Trengganu”  »»

PAS Menang Petisyen Trengganu

Adun PAS Telok Pasu, Rantau Abang kekal

Oleh The Malaysian Insider/admin
July 18, 2013

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Terengganu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Pasu dan Rantau Abang kekal apabila Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas mereka, hari ini.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.

Dalam perbicaraan hari ini, kedua-dua Adun PAS diwakili peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.

Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri Adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat.



Dalam petisyennya, calon BN Rantau Abang mempertikai tindakan KTM menolak kertas undi yang tercemar akibat terkena dakwat kekal.

Bagi kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan KTM menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk DUN itu. 

Read More “PAS Menang Petisyen Trengganu”  »»

Sultan Selangor Titah Agar Library Naiktaraf

Sultan Lawat Perpustakaan

Norhayati Umor/selangorkini/admin

SHAH ALAM 18 JULAI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Kerajaan Negeri

supaya menaiktaraf perpustakaan di setiap daerah termasuk perpustakaan Raja Tun Uda yang dilawatinya hari ini.

Baginta bertitah perpustakaan adalah sebuah tempat gedung ilmu, malah perpustakaan juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah di mana ibu bapa dan keluarga boleh datang bersama-sama untuk membaca buku dan membuat rujukan.

“Oleh itu, ia hendaklah dilakukan dan janganlah dilupakan begitu sahaja kerana seperti yang kita ketahui banyak aktiviti-aktiviti lain dalam penimbaan ilmu boleh dijalankan di perpustakaan.

“Beta juga difahamkan pembinaan untuk meletak kenderaan juga perlu dibina dengan segera kerana keadaan yang sesak apabila pengunjung-pengunjung datang ke perpustakaan Raja Tun Uda ini.

“Beta juga berkenan supaya landskap yang sedia ada disekeliling perpustakaan ini dinaik taraf dan ditambah dengan pokok-pokok hijau supaya menjadikan kawasan ini indah selain mendatangkan suasana bersih dan menyihatkan.”

Baginda bertitah pada Majlis Penyampaian sumbangan buku kepada perpustakaan itu, di Seksyen 13, di sini.

Baginda juga menyeru kepada setiap rakyat Selangor supaya bersama-sama menjaga dan memelihara perpustakaan termasuk buku-buku yang terdapat di dalamnya supaya menjadi mercu tanda gedung ilmu.

Selain itu, DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan buku daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 200,000 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Sumbangan buku-buku yang berjumlah 2,780 naskah itu menggunakan peruntukkan fisabilillah dan merangkumi pelbagai jenis termasuk agama Islam, kesenian dan fiksyen.

Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan berupa empat naskah Al-Quran braille kepada penerima terpilih bagi Persatuan Braille Malaysia.

Selain dari LZS, turut menyerahkan sumbangan kepada perpustakaan itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberikan sumbangan sebanyak 50 buah netbook.

Manakala Worldwide Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan buku yang bernilai RM 50,000 serta Yayasan Al Bukhary pula menyumbangkan sebanyak RM 13,000.

Mengiringi baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohs Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Read More “Sultan Selangor Titah Agar Library Naiktaraf”  »»

Petisyen PRU 13 oleh Pakatan Rakyat

19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

 Pakatan Rakyat fail 25 petisyen PRU13   

Muhammad Faizal,/harakahdaily/admin    
10 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.


Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:


Difailkan oleh PKR

1.  P014 Merbok

2.  P018 Kulim Bandar Baru

3.  P026 Ketereh

4.  P029 Machang

5.  P053 Balik Pulau

6.  P072 Tapah

7.  P075 Bagan Datok

8.  P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)

9.  P092 Sabak Bernam

10.  P118 Setiawangsa

11.  P140 Segamat

12.  P144 Ledang

13.  P146 Muar

14.  P158 Tebrau

15.  P159 Pasir Gudang

16.  P168 Kota Marudu

17.  P177 Beaufort

18.  P182 Pensiangan

19.  P220 Baram





Difailkan oleh PAS

1.  P093 Sungai Besar

2.  P096 Kuala Selangor

3.  P119 Titiwangsa

4.  P161 Pulai



Difailkan oleh DAP

1.  P078 Cameron Highlands

2.  P142 Labis



Read More “Petisyen PRU 13 oleh Pakatan Rakyat”  »»

Bazarena Ramadhan Dan Naiktaraf Surau ke Masjid Di Selangor

 Tentatif Tazkirah Santai  BAZARENA "MY BEST RAMADHAN" 11/7/13 - 5/8/13
Admin

Majlis Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam.


Anjuran Exco Hal Ehwal Islam Kjaan Selangor dgn kerjasama JAIS, MBSA, MBI, KPS & Ummah Center

"My Best Ramadhan"

Jemput datang beramai2 bersama keluarga dan rakan2. Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam

Bermula setiap hari jam 6:30ptg - 10:30mlm
- Tazkirah santai I
- Berbuka puasa (percuma)
- Solat maghrib, isyak & tarawih berjemaah (Imam di sediakan)
- Tazkirah santai II
- Moreh (percuma)


Tentatif Tazkirah Santai Bazarena.


Tarikh:



11/7 Khamis
6:30pm: Uz Syed Kadir al-Jofre (personaliti TV, Naib Presiden ILMAM)

12/7 Jumaat
6:30pm: Uz Kamalulhysham (pensyarah UNIKL)

9pm: Uz Fauzan B Madzlan (perunding motivasi)

13/7 Sabtu
6:30pm: Dr Aminurrasyid Yatiban (pensyarah UUM, Presiden ILMAM)

9:00pm: Uz Husni Abdul Rahman

14/7: Ahad
6:30pm Dr Zaharuddin Abdul Rahman (pakar ekonomi Islam)

9pm Ust Muhammad Abdullah al-amin (personaliti TV9)


15/7 Isnin
6:30pm: Uz Fakhrurrazi Zabidi (pensyarah UKM)

9.00pm: Uz Halim Hafidz (Panel Al-Hidayah TV3, exco ILMAM)


16/7 Selasa
6:30pm: Uz Ahmad Zaidan Abu Samah (guru agama)

9.00pm: Ust Ahmad Fazly Yusof (Perunding Motivasi, penulis buku)


17/7 Rabu

9.00pm: Ust Atiullah Othman (pensyarah UPSI)


18/7: Khamis
6:30pm & 9pm: Ust Faisal Ashaari (pensyarah UKM, exco ILMAM)


19/7: Jumaat
6:30pm & 9pm: Ust Nabil Ahmad (JAKIM dan personaliti TV) &
persembahan Nasyid Far East


20/7: Sabtu
6:30pm: Ust Sukki Osman (Pengerusi NAIM dan panel Tanyalah Ustaz TV9)

9pm: Ust Halim Hafidz (panel alhidayah TV3, exco ILMAM)


21/7: Ahad
6:30pm & 9pm: Ust Shahrizan Daud At-Turabi. (Personaliti TV al-hijrah)


22/7 Isnin
630pm: Ust Ahmad Dasuki Rani (Personaliti TV3 dan TV9)

9pm: Ustaz Haslin Bin Baharim (Ustaz Bollywood)


23/7 Selasa
6.15pm: Uz Hadi Talhah (Pendakwah Bebas, Exco NAIM)

9.00pm : Ust Mahyuddin Hashim (pensyarah USIM, exco ILMAM)


24/7 Rabu
6:30pm: Ustaz Hanafi (pendakwah bebas)

9.00pm: Ust Farhan Madzlan (pendakwah bebas)


25/7: Khamis
6:30pm: Ust Roslan Md Esa (Pegawai JAIP, panel radio IKIM fm)

9pm: Ustaz Muhd Labib B Abdul Jalil (guru agama, pendakwah bebas)


26/7 Jumaat

9.00pm: Ust Md Razali B Saari (pendakwah bebas)


27/7 Sabtu
6:30pm: Ust Zulkifli Ahmad (pendakwah bebas)

9pm: Dr Zaharudin Abdul Rahman (pakar ekonomi Islam)


28/8: Ahad
6.30: Ust Syaari Abdul Rahman (perunding motivasi)

9.00: Uzh Nurul Suhadah Bt Shuaib (Perunding motivasi)


29/7 Isnin
6:30pm: Ust Fairus Shuaib (Imam Masjid Alitisam TTDI Jaya.)

9pm: Ustaz Basir B Mohamed (pensyarah Kolej Hikmah, Exco ILMAM Johor)


30/7 Selasa
6:30pm: Dr Fadhli Ghani (pendakwah bebas)

9pm: Ust Mahyuddin Hashim (pensyarah USIM, Exco ILMAM)


31/7 Rabu
6:30pm: Uz Abdul Muizz Muhammad (Mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)

9pm: Uz Zamri Mantop (perunding motivasi, personaliti TV9)


1/8 Khamis
6.30pm: Ust Asyraf Saurin (pendakwah bebas)

9pm: Ust Mohamad Zamri Bin Mohamad Shapik (Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor)


2/8 Jumaat
6:30pm: Ust Firdaus b Madzlan (pendakwah bebas)


3/8 Sabtu
6:30pm: Uz Md Nizam Bin Abd Kadir (pensyarah UIA, panel tanyalah ustaz tv9, panel al-kuliyah tv3)

9.00pm: Uz Syed Syahrizan Syed Mohamad (TV al-hijrah)


4/8 Ahad
6:30pm: Ust Salehudin Bin Abu Samah (Penolong Pengurus Syariah BIMB, kolumnis majalah)

9pm: Ust Mohd Rashidi bin Abdul Hamid(Imam Menara Bank Islam)


5/8 Isnin
6:30pm: Ust Zainuddin Abu Bakar (Lead Trainer Akademi Islam Pintar Subang Jaya)

10pm Majlis Penutup

Lebih Banyak Lagi Surau Selangor Akan Dinaiktaraf Ke Masjid

SHAH ALAM 14 JULAI : Kerajaan Selangor akan menaiktaraf lebih banyak lagi surau-surau di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai penduduk Islam menunaikan Solat Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, masjid-masjid yang sedia ada belum dapat menampung kira-kira tiga juta penduduk Islam Selangor untuk menunaikan Solat Jumaat dalam keadaan selesa.

Katanya, masjid di Selangor tidak dapat menampung jumlah umat Islam yang besar sehinggakan ada yang solat di luar kawasan masjid dalam keadaan kurang selesa.

“Rakyat yang berugama Islam di Selangor adalah kira-kira 3 juta orang dengan lelakinya adalah 1 juta maka setiap masjid secara puratanya perlu menampung lebih 1,800 orang.

“Jika sesuatu kawasan itu kurang kemudahan maka kerajaan Selangor akan membina masjid bagi memudahkan jalannya untuk pembinaannya.

“Maka jika di sesuatu kawasan itu juga ada surau yang boleh dinaiktarafnya menjadi masjid maka kerajaan negeri akan membantu usaha itu bagi memudahkan masyarakat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Perasmian Program “Kariah Ramadhan Perdana” di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 di sini.

Karnival ibadah besar-besaran “Kariah Ramadhan Perdana” dianjurkan Kerajaan Selangor dari 11 Julai hingga ke 5 Ogos dengan tema “My Best Ramadhan”.

Karnival itu yang diadakan di Tapak Bazarena Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam itu bermula dengan Majlis Tazkirah Ramadhan pada jam 6.00 petang.

Turut diadakan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Hafiz dan bilal khas dan beberapa orang Imam daripada Syria.

Majlis berbuka dan moreh untuk 500 orang turut diadakan pada setiap malam.

Setiap hujung minggu pula akan diisi dengan Program Gamitan Syahdu Ramadhan yang memaparkan zikir munajat, selawat dan kuliah perdana oleh penceramah terkenal.

Turut diadakan Bazar Ramadhan Mega anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam yang juga menyediakan jualan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Read More “Bazarena Ramadhan Dan Naiktaraf Surau ke Masjid Di Selangor”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com