Pray For MH370

Pray For MH370

EXCO Pendidikan Amal Ronda sekolah/tadika minggu pertama.

DUN SELAT KLANG
3.1.12
YB Dr Hjh Halimah Ali memulakan sesi persekolahan setiap tahun dengan meninjau tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan DUN Selat Klang.
Amat membanggakan melihatkan telatah anak-anak yang masuk tahun 1 tidak menunjukkan resah atau menanggis kerana mereka telah menyesuaikan diri ketika di tadika.
 Tadika-tadika mengambil peluang untuk memulakan hari pertama pelajar memulakan sesi persekolhan dengan majlis penerangan peraturan dan menjawab kemusykilan ibubapa.
 Fitrah anak-anak suka mencuba yang baru. Sifat mahu tahu amat menonjol dikalangan kanak-kanak. Ini kadang-kadang menyebabkan ibu bapa yang tidak faham naik berang kerana boleh mengundangkan bahaya pada diri seperti mencuba perkakas letrik, alat tajam dsb. Sifat ini perlu dieksploitasikan untuk menanam minat 'mengkaji dan mencuba'. Jika dipupuk mereka ini akan meminati sains.
     Sekiranya 'inquisitiveness' mereka dibantut dengan sentiasa dimarahi atau dilarang, kemampuan ini akan terbantut dan mereka yang takut mencuba ini akan membuakkan rasa kurang puashati.
   Pendapat EXCO Pendidikan Selangor ialah ibubapa, guru, masyarakat sekeliling dan pemimpin semua peringkat mesti meletakkan pelajar sebagai aset paling besar nilainya. Bahkan lebih besar daripada wang ringgit atau harta fizikal. Justeru perancangan pembangunan sesebuah tempat mesti mengangkat pembangunan insan ini sebagai agenda paling utama. Pembangunan yang lain seperti prasarana adalah bagi mengisi keperluan insan.

Read More “EXCO Pendidikan Amal Ronda sekolah/tadika minggu pertama.”  »»

KERAJAAN SELANGOR BUKA PERMOHONAN BANTUAN SAR, SJKC, SJKT





      Mobile | RSS | Podcast | Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim (FAQ)
                                                                                                                                                                                                          
                     Bantuan Peruntukan Sekolah Negeri Selangor 2012


SUMBANGAN BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
FASA 1 TAHUN 2012


Permohonan adalah dibuka kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Negeri Selangor

Tarikh mula memohon : 5 Disember 2011. Tarikh tutup permohonan : 3 Februari 2012

Keterangan: Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan
sebanyak RM 16, 000,000.00 untuk Sekolah Agama Rakyat, SJK (C) dan SJK (T).  Sehubungan dengan itu, Tuan / Puan boleh mendapatkan borang permohonan di tempat – tempat berikut:

   i. Portal Kerajaan Negeri Selangor
   ii. Pusat Khidmat Masyarakat (Pejabat DUN) di kawasan masing-masing
   iii. Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor


Tarikh tutup permohonan adalah 3 Februari 2012. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pihak urusetia,
Cik Hidayatul Aiza binti Mokhtar di talian 03-5521 2279. 

 MUAT TURUN BORANGBorang Permohonan Bantuan Peruntukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor


HUBUNGI KAMIUnit Pendidikan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Tingkat 3, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam, Selangor.
No. Telefon : 03-5521 2229
No. Faks : 03-5513 5564



Kemaskini pada 6 Disember 2011
Jumlah Capaian : 591435

Read More “KERAJAAN SELANGOR BUKA PERMOHONAN BANTUAN SAR, SJKC, SJKT”  »»

Dengki melampau hingga SAMPAH jadi bahan ugut!

Kontraktor kutipan sampah Selangor diugut | Print |
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 2 Jan: Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan.
(Laporan polis yang dibuat oleh Ramli)

Ekoran itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu.

Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan itu.

Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno (gambar bawah) bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.

"Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip sampah di kawasan itu.

"Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku," kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator pengutipan sampah itu.

Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11.

Dalam laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu.
(Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam)
"Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen 17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporan polis ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9.

"Saya diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760) tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya diuruskan Alam Flora.

Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

Read More “Dengki melampau hingga SAMPAH jadi bahan ugut!”  »»

MAHASISWA mahu beri mesej jelas kepada kerajaan BN yang nafi HAK mahasiswa



Tragedi cemas yang melibatkan mahasiswa yang hanya berapa kerat dan tidak bersenjata seperti yang kita lihat dalam video ini sepatutnya tidak berlaku. Sudah berapa kali saya selaku EXCO PENDIDIKAN TINGGI menyatakan bahawa mahasiswa sebagai orang muda yang mempunyai potensi intelek yang tinggi patut diberi ruang untuk meluahkan perasaan mereka dengan seluas-luasnya. Hanyasanya apabila apabila mereka merasakan tidak ada pihak yang mahu mendengar dan mengambil tahu masalah real yang mereka hadapi, barulah mereka bertindak untuk mengambil perhatian dan sokongan daripada lebih ramai orang yakni rakyat jelata. Saya bersetuju sekiranya mereka BERSENJATA DAN BERTINDAK LIAR maka pihak keselematan menjalankan tugas menjaga mereka supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.
  
     Dalam kes di UPSI pada malam tahun baru 2012, keadaaan mahasiswa tidak menggambarkan mereka boleh mencetus huru hara sehingga tindakan begitu keras perlu diambil oleh kumpulan yang diarah untuk bertindak oleh wewenang UMNO BN.
    Untuk mendidik mahasiswa menjadi orang dewasa yang baik, pemimpin perlu menggunakan rasional BUKAN EMOSIONAL. Sekiranya (orang muda)mahasiswa dilihat emosional menuntut hak mereka , janganlah orang-orang 'TUA' dalam pimpinan negara LEBIH EMOSIONAL. Kehilangan nyawa, kecedaraan parah sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemimpin negara mahu menunjuk kepimpinan yang matang, mendidik mahasiswa dan mahasiswi dengan penuh kasih sayang dan berwawasan. 

     Tujuan rakyat memberi mandat kepada pemimpin negara menerajui negara adalah di antaranya melorong dan mendidik anak-anak intelektual mereka ke jalan yang lurus dan benar. Bukan MENDERA anak-anak mereka apabila mereka berlaku NAKAL sedikit kerana menyakit hati pemimpin yang diturunkan gambarnya. Saidina Ali tidak jadi membunuh kafir yang meludahkan mukanya kerana beliau tersangat marah kepada perbuatan meludah.Walhal beliau telah dalam keadaan situasi yang boleh membunuhnya dengan pantas dan mudah.Hairanlah sikafir tadi dan meminta penjelasan kepada pemimpin berhati mulia itu.Apa jawapan Saidina Ali: 'Tadi aku mahu membunuhmu kerana Allah.Tetapi apabila engkau meludah mukaku, aku teramat marah.Aku tidak mahu membunuhmu kerana marahku, bukan kerana Allah'.

Khususnya kepada YAB Perdana Menteri dan semua pimpinan UMNO-BN apa salahnya ambil pengajaran daripada khalifah Islam ke empat ini. Janganlah menunjuk dendam membara kepada mahasiswa yang menuntut keadilan untuk diri mereka.Kementerian Pengajian Tinggi sepatut bangga siswa-siswi mereka mempunyai jati diri dan kemahuan berdikari dengan menuntut hak mereka yang penat lelah mengaji di UPSI untuk diberi prioriti sebagai pendidik.Berbincanglah dengan Kementerian Pelajaran yang menterinya juga adalah TPM agar masalah ini boleh diselesai dengan mudah.

YB Dr Hjh Halimah Ali
EXCO Pendidikan Tinggi
Kerajaan Selangor 

Read More “MAHASISWA mahu beri mesej jelas kepada kerajaan BN yang nafi HAK mahasiswa”  »»

Proses Meninggalkan budaya penjajah menyambut tahun baru masehi(The process of unlearning)

SHAH ALAM
1.1.12

Bukan mudah untuk merubah budaya yang telah menjadi amalan sejak 54tahun yang lalu. Budaya hedonisme ketika menyambut tahun baru Masehi/Gregorian saban tahun. Bahkan remaja/belia Islam pula terikut-ikut dengan suasana kegembiraan melampau sehingga lupa Tuhan. Ini amat ketara dengan terjadinya perzinaan hingga menatijahkan anak luar nikah setelah mereka menyambut 'countdown' akhir tahun Masehi dan kadang-kadangnya diikuti dengan gejala pautan kasih segera. Ini menyumbang kepada gejala buang bayi, jangkitan HIV dan lain-lain.

  

      Menyedari hakikat ini, Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial terpanggil untuk membuat satu kelainan acara menyambut sambutan tahun baru masehi supaya mereka yang naif ada cara alternatif untuk merasa kebersamaan tetapi terhindar daripada dosa dan maksiat.Justeru kempen anti-zina ke 5 yang di adakan oleh Jawatankuasa GeMS telah diisi dengan elemen amar makruf bermula 30.12.11 dengan SEMINAR GeMS yang memuatkan elemen nilai yang positif untuk binda daya tahan menghadapi dunia praktikal di luar.Pada 31.12.11 pula aktiviti outdoor seperti pertandingan street soccer dan netball di sebelah siang untuk golongan muda yang minat aktiviti kesukanan. Expedisi dakwah diteruskan di seluruh daerah di Selangor.
   
    Kemuncak program waktu malam.Bermula dengan solat maghrib berjemaah,tazkirah.solat isya' berjemaah dan seterusnya persembahan artis popular yang telah dicorak supaya MENGIKUT KAEDAH ISLAMIK DAN TIDAK MELAMPAUI BATAS. Prinsip akhlak dijaga dan bantuan daripada BRIGED AMAL, YAYASAN AMAL DAN JABATAN AMAL.
    EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan merangkap Pengerusi JAWATANKUASA INDUK MENANGANI Gejala Sosial Negeri Selangor  memberi gambaran tentang GeMS dan kempen anti zina ke 5 dan rasional program berlainan daripada mana-mana sambutan biasa tahun baru.
    Figur popular yang mampu menarik minat orang muda, Us Azhar Idrus di kembarkan dengan Raja Lawak Zizan memberi impak yang besar kerana mampu memberi ilmu asas kepada golongan muda khususnya dan orang yang suka bersantai dan masih tidak sanggup menerima ceramah yang dianggap berat. Suntikan jenaka ZIZAN memudahkan penonton memahami dan menerima nilai yang cuba diterapkan oleh Pelawak ZIZAN.
  
   Countdown berupakan bacaan ASMAUL HUSNA BERAMAI-RAMAI bersama Us Azhar, artis-artis jemputan dan semua penonton.Ditutup dengan doa oleh US AZHAR IDRUS.

Faza ketiga KEMPEN ANTI ZINA diteruskan dengan gerakan penguatkuasaan oleh pihak JAIS, POLIS,PBT.
Alhamdulillah kita melihat respon yang begitu baik di mana lebih 80,000 orang telah menyertai program ini. Majoritinya dari kalangan remaja, belia dan mahasiswa.

Read More “Proses Meninggalkan budaya penjajah menyambut tahun baru masehi(The process of unlearning)”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com