Pray For MH370

Pray For MH370

Kasih sayang keperluan asas manusia

Insan yang tidak ada belas kasihan adalah insan yang tidak berperikemanusiaan.Insan lain akan mendapat natijah buruk daripadanya lebih-lebih lagi ketika emosinya bergejolak. Atau jiwa yang terbelenggu dan diarah bertindak luar sifat kemanusiaan adalah orang yang fakir kasih sayang.....

Read More “Kasih sayang keperluan asas manusia”  »»

Malaysia perlu lebih ramai ulamak tulen yang berani mengatakan yg hak kepada pemimpin

Bekas mufti selar budaya bodek dalam Umno
Regina Lee
Jul 15, 11
1:01pm
Kongsi 1478
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.

Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu.

NONE"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.

"Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan BERSIH 2.0, menyaksikan Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang katanya perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.

bersih rally petaling street 090711Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

NONEMalah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan Putrajaya yang dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan.

“Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.

“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya.

Read More “Malaysia perlu lebih ramai ulamak tulen yang berani mengatakan yg hak kepada pemimpin”  »»

RATU ELIZABETH pakai KUNING BERSIH sambut DS Najib

Sambutan 'kuning' untuk Najib di United Kingdom
Jul 15, 11 2:43pm
Kongsi 3685
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

NONEMereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM).
NONEMereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
Diiringi Rosmah

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.
najib visit united kingdom 150711 najib meet with queen elizabethNajib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.
Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.
Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Read More “RATU ELIZABETH pakai KUNING BERSIH sambut DS Najib”  »»

Bukankah orang Islam sepatut bersyukur bila orang bukan Islam mahu mengguna hadis sbg rujukannya?!

Isu baca hadis: Islam bukan untuk Melayu sahaja

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja dan Islam pula bukan hak orang Melayu sahaja.

Itu tegasan dan penerangan yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) apabila beliau terbaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika  Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam.

Satim berhujah bahawa Ng tidak layak menggunakan hadis untuk hujahnya kerana beliau seorang bukan Islam dan tidak memahami hadis tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim iaitu Ketua Penerangan PAS, isu orang bukan Islam memetik ayat al-Quran dan Hadis masih menjadi isu yang belum selesai hanya kerana sikap dan pemikiran segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang masih terkongkong dengan persepsi bahawa ia adalah satu kesalahan untuk orang bukan Islam memetik ayat al-Quran atau hadis.

“Alasan mereka mudah dan cetek, kerana tidak faham ayat al-Quran atau hadis. Kalau orang Melayu yang petik ayat al-Quran atau hadis tidak jadi masalah, walaupun mereka juga tak faham,” tegur beliau.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan orang Islam untuk memahami betapa ramainya orang bukan Islam di dunia ini yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka di seluruh dunia.

Tapi mengapa para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

“Sebab isu utama ialah hukumnya haram atau dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis.

"Kalau mereka memetik untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercaaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya,” terang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Pada pandangan Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam.

“Kerana itu, Umno tak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini,” selar beliau.

Beliau turut menambah bahawa isu umat Islam berhadapan dengan golongan bukan Islam bukanlah isu yang baru kerana sudah ratusan tahun lamanya umat Islam telah berhadapan dengan golongan bukan Islam.

“Maka seandainya orang bukan Islam tidak dibenarkan memetik ayat Quran atau hadis, tak mungkin tiada sebarang fatwa melarangnya. Untuk itu kita sebagai umat Islam hendaklah memandu golongan bukan Islam memahami dan mengkaji kebenaran Islam, semoga dengan kajian tersebut mereka terbuka hati untuk menerima Islam. InsyaAllah,” nasihat beliau.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” kata beliau.

Read More “Bukankah orang Islam sepatut bersyukur bila orang bukan Islam mahu mengguna hadis sbg rujukannya?!”  »»

FOBIA KUNING boleh menyebab sesebuah kerajaan jadi HISTERIA TERUK

http://beta.statcounter.com/p4119906/popular/?PHPSESSID=jnlk6mqdm8gtduc1mflhvf1vd6

Read More “FOBIA KUNING boleh menyebab sesebuah kerajaan jadi HISTERIA TERUK”  »»

Peraturan antarabangsa:hospital adalah tempat selamat,hanya Israel langgar setakat ini

Doktor kecam polis tembak gas ke hospital

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Julai: Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman Bersih, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu.

Menyatakan bahawa hospital sepatutnya menjadi ‘santuari yang selamat untuk semua’ dan ‘tempat yang dikhaskan untuk perlindungan’ bahkan semasa masa perang, sebelas doktor dan pakar bedah, ada yang di antaranya berkhidmat di hospital berkenaan telah mengutuk keras tindakan polis yang memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis.

“Apa yang lebih memeranjatkan dan disaksikan ramai ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospital dan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak serangan pemedih mata dan air,” kata mereka dalam satu kenyataan yang diemelkan ke Harakahdaily.

Kenyataan tersebut merupakan reaksi pertama daripada kumpulan doktor selepas polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital.

Ini diikuti dengan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air asid ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan menyerang dakwaan para peserta Bersih 2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.

Pelbagai bukti video walaubagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawa gas pemedih mata sememangnyat telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin, ditambah dengan satu laporan Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya pada perhimpunan aman Julai 9 yang mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr. Farouk Musa, Dr. Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong turut mengecam pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut dengan pelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata.

"Ia adalah menjijikkan bahawa pihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengurus negara dan melindungi yang lemah dan memerlukan, tanpa malu dinafikan secara umum, kejadian-kejadian walaupun tidak terkira banyaknya foto, video, dan pengakuan saksi mata tentang apa yang sudah jelas kepada semua pemerhati bebas," kata mereka.

Walaupun mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu menyertai polemik selepas perhimpunan aman besar-besaran yang dipanggil oleh kumpulan Bersih yang menuntut pembaharuan pilihan raya, para doktor tersebut di mana ada beberapa orang yang bertugas di hospital-hospital yang terlibat semasa kejadian itu, berkata mereka bersedia untuk menyediakan afidavit bersumpah "jika perlu, kepada kebenaran insiden".
Kenyataan itu juga mengingatkan para pemegang jawatan awam untuk menunaikan tugas mereka dengan "integriti moral, maruah, dan ketelusan".
"Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kecekapan dan kredibiliti mereka dan juga merosakkan imej orang-orang di pejabat tinggi," tegas mereka.

Read More “Peraturan antarabangsa:hospital adalah tempat selamat,hanya Israel langgar setakat ini”  »»

Buta, pekak atau terencat akal boleh dimaafkan kalau masih tak percaya ni.....

Read More “Buta, pekak atau terencat akal boleh dimaafkan kalau masih tak percaya ni.....”  »»

Kenapa PAS bersama BERSIH yang dipimpin AMBIGA?!Sudah tinggal prinsip atau....

Bersih dan Ambiga — Zulkifli Sulong

July 13, 2011
13 JULAI — Anak saya salah seorang ahli jawatankuasa kecil penganjur Himpunan Sejuta Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kebetulan sahabat lama saya.
Namun, kerana arah tuju dan cara penganjuran perhimpunan itu, anak saya telah menarik diri dari jawatankuasa itu pada minggu kedua menjelang hari perhimpunan itu. “Mereka cuba tarik belia dengan hiburan, bukan dengan minda,” katanya. Kerana penglibatannya dalam program itu, ramailah rakan-rakannya dari kalangan ini, penyokong agenda Umno.
Apabila datang isu Bersih 2.0, anak saya secara main-main dan bergurau meletakkan statusnya di Facebook, dia akan menyertai semua program anjuran Bersih itu. Rupanya, ia telah memanggil rakan-rakannya dalam jawatankuasa 1 Juta Belia untuk membuat komen-komen menarik tentang isu Bersih.
(Perhimpunan 1 Juta Belia yang dihadiri tidak sampai 100,000 belia)
Antara komennya adalah “kenapa menyokong Bersih yang diketuai oleh Datuk S Ambiga itu.” Lalu dikaitkanlah Ambiga adalah peguam Lina Joy dan penyokong IFC (Inter Faith Commision).
Sebenarnya inilah isu Bersih di kalangan Umno dan penyokong tegar mereka sebenarnya. Ia tidak ada bezanya dengan apa yang dibawa ke minda para anggota keselamatan yang bertugas di hari 9 Julai lalu. Ramai peserta Bersih yang ditangkap disumpah seranah oleh para rakan-rakan polis kononnya padan dengan muka kamu kerana mengikut telunjuk Ambiga yang Hindu itu dan cuba memurtadkan umat Islam itu.
Sekali pandang, kita yang berfikiran waras akan tergelak mendengar hujjah itu. Tetapi kerana kesian kepada mereka yang sudah terperangkap dengan indoktrinasi ini, kita perlu memahamkan mereka apakah sebenarnya yang berlaku dan pemikiran bagaimanakah yang benar.
Saya menerima email ini dari seorang pembaca Harakahdaily:
Assalamualaikum
Saya ada mendengar desas-desus , Pemimpin BERSIH 2.0 Datuk Ambiga merupakan peguam Lina Joy yang murtad. Dia juga antara individu yang menyokong IFC.
Jika benar , macam mana boleh PAS sokong dan mengangkatnya sebagai ketua BERSIH, walhal terang lagi nyata dia musuh ISLAM. Allah berfirman 14 kali dalam al-Quran jangan kita mengangkat kafir menjadi pemimpin kita.
Wallahualam.
Email ini ringkas sahaja tetapi inilah yang cuba dihantar ke dalam pemikiran masyarakat oleh Umno sekarang. Isu inilah dimainkan oleh rakan-rakan anak saya yang menyokong Himpunan 1 Juta Belia itu di wall Facebooknya. Ia juga digunakan oleh polis yang menyergah para peserta perhimpunan Bersih 9 Julai dan juga blog-blog pro Umno.
Kepada penghantar email ini, saya telah menjawabnya secara ringkas sebagaimana berikut:
Tuan,
Saya tak tau dia peguam Lina Joy atau tidak tetapi yang pasti Ambiga juga peguam saya dan Datuk Husam Musa dalam kes lawan ECM Libra. Apakah dia penyokong negara Islam yang PAS bawa hanya kerana menjadi peguam kami. Sebenarnya tidak begitu, dia hanya seorang peguam bukan Islam beragama Hindu dan percaya kepada hak asasi manusia. Dia jadi pengerusi Bersih bukan di angkat PAS tetapi oleh 62 NGO untuk perjuang pilihanraya yang adil ada bersih (bebas) ... PAS hanya salah satu penyokong Bersih bukan (yang) lantik Ambiga.
ZS
Inilah yang sebenarnya. Inilah yang telah mengikat ratusan ribu rakyat Malaysia dan antarabangsa pada 9 Julai lalu. Kita bersatu bukan kerana kita satu agama atau satu bangsa tetapi kerana satu tujuan yang universal iaitu untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih. Ini kerana, dengan pilihan raya yang adil dan bersih sahaja kita akan mengangkat pemimpin dan membentuk kerajaan yang terbaik untuk kita.
Ketika Bersih membentangkan agenda perubahannya di Dewan Pehimpunan China, semua pihak telah dipanggil untuk memberikan sokongan kepadanya termasuklah parti-parti politik. Yang dijemput adalah Umno, MCA, MIC di samping anggota Pakatan iaitu PAS, DAP dan juga PKR.
Namun pada hari itu, kerusi yang dikhasnya untuk Umno, MCA dan MIC kosong sahaja tanpa penghuni. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi datang ke majlis itu dan diberikan masa 3 minit sahaja untuk berucap. Para pemimpin NGO yang banyak berucap.
Di majlis itulah, Bersih membentang lapan tuntutan dalam agenda perubahan yang hendak dibuatnya. Lapan agenda itu adalah:
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1.    Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2.    Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus
dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3.    Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4.    Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen lapan hari sahaja.
5.    Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6.    Kukuhkan institusi awam
• Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7.    Hentikan rasuah
• Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8.    Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Cadangan untuk Najib
Sebenarnya inilah isu yang ada didepan kita bukannya cuba mengalihkan isu sebenarnya. Apa salah Umno selaku parti utama yang memerintah negara bertindak lebih rasional. Saya bersetuju dengan pandangan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir, Matthias Chang.
Tiga cadangan Matthias adalah:
i.    Arahkan para penasihat politik beliau (PM Najib) menonton siri TV “The Three Kingdoms” dan belajar asas-asas strategi politik.
ii.    Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa jiwanya untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
iii.    Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri.
Jadi, Datuk Seri Najib, marilah berfikir secara yang rasional bukan terperangkap dalam kapsul masa kerana kini zaman Facebook, YouTube dan Twitter. — harakahdaily.net

Read More “Kenapa PAS bersama BERSIH yang dipimpin AMBIGA?!Sudah tinggal prinsip atau....”  »»

BERSIH untung atau rugikan Malaysia?

Bursa saham naik menjelang BERSIH
Jul 13, 11 1:32pm
Indeks komposit Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

NONEKatanya, fakta itu sekali gus mengetepikan dakwaan bahawa keyakinan pelabur hilang berikutan perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu negara.

"Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan BERSIH, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk," kata Pua (kanan).

Bahkan, kata Pua, indeks itu kukuh daripada 1582.35 pada Isnin (4 Julai) kepada 1594.74 pada Jumaat (8 Julai) - sehari sebelum perhimpunan BERSIH.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata, pengalaman di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan juga menunjukkan perhimpunan aman yang selalu diadakan tidak menjejaskan prestasi ekonomi.

Sehubungan itu, Pua menyelar kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan timbalannya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang dilaporkan mendakwa BERSIH memberikan kesan buruk kepada ekonomi negara.

Kedua-dua pemimpin utama MCA itu menganggarkan kerugian sektor pelancongan negara akibat perhimpunan haram Sabtu lepas mencecah lebih RM100 juta.

Read More “BERSIH untung atau rugikan Malaysia?”  »»

BN nak terjemah apa ni?



Sunday, 10 July 2011

SYAHID SEORANG PEJUANG SEBAIK SELESAI IMAMKAN SOLAT

Beliau sedang membaca doa sambil seorang lelaki
berbangsa cina memegang pembesar suara

Keadaan arwah tatkala lemas terhidu gas pemedih mata.
Beliau meninggal dunia di medan tempur

Sebelum dari itu, arwah sempat mengimamkan solat
ALFATIHAH...

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!TIADA YANG TERJADI IANYA SECARA KEBETULLAN.SETIAP YANG TERJADI ITU ADA HIKMAHNYA JUGA PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERIMAN,YAKIN DAN PERCAYA.

Bismillahirrahmanirrahim ...Sahabat kita ini telah meninggalkan satu kenangan manis dalam sejarah negara. Persaudaraan diantara rakyat dalam negara ini walau ianya berbeza warna kulit dan agama.Demi menegakkan KEADILAN, ALLAH Subhallah taala membuka pintu hati diantara kedua-dua bangsa ini bersatu dan berkerjasama dalam melaungkan kalimah Allah.

Kelihatan gambar diatas seakan Allahyarham berdoa dengan khusyuknya kepada Allah sambil seorang pemuda Cina memegang pembesar suara yang kelihatan tiada apa-apa masalah diantara mereka. Semangat tolong menolong diantara kita rakyat MALAYSIA dan ini sebagai ICON/SIMBOLIK KEPADA TUNTUTAN KEADILAN.

Ingatlah firman Allah;
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhny Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)."
(Al Hujurat ayat 13)

Ini adalah satu perkara yg unik dan tidak pernah berlaku di negara ini. Ini merupakan satu kebangkitan. Suasana yang dianjurkan Islam iaitu ke arah perpaduan, saling toleransi, tolak ansur, memahami, menghormati dan sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah hamba-Nya yang beriman.

Bersatu hatilah kita semua rakyat MALAYSIA. Jangan ada diantara kita ketamakkan, hasad dengki dan perangai tercela. Haruslah kita bergabung demi NEGARA kita dan HAK kita sebagai rakyat MALAYSIA. Lebih besar dari itu DEMI ISLAM YANG TERCINTA. Jangan disiakan nyawa sahabat kita dan petunjuk dari TUHAN YANG MAHA ESA.Inilah peluang kebangkitan diantara kita semua. Jika ALLAHYARHAM BAHARUDDIN boleh memberi tauladan kepada kita diatas semangat setiakawan tanpa mengira bangsa. APA mungkin kita yang hidup ini tidak boleh menyambung perjuangan beliau.

Ana cukup terkesan akan keunikkan ini. Tiada kata yang indah untuk menggambarkannya. Bermulalah kebangkitan rakyat MALAYSIA melakar sejarah negara. Ke arah MALAYSIA yang lebih baik, Ke arah Malaysia berlandaskan Islam, yang diterima oleh semua. PAS 4 ALL, TAKBIRRRRRRR!!!!
http://pemudapasbatakrabit.blogspot.com/2011/07/syahid-seorang-pejuang-sebaik-selesai.html?spref=fb

Read More “BN nak terjemah apa ni?”  »»

DYMM SULTAN SELANGOR DI PAMERAN ISLAM SHAH ALAM 9.7.11

 9.7.11
SHAH ALAM
9.45pagi

DYMM SULTAN Selangor berkenan mencemar duli menyaksikan pameran al Quran mashaf Malaysia, replika rumah Rasulullah s.a.w serta replika tongkat Nabi Musa, capal dan bekas tapak kaki Rasulullah s.a.w.
Turut hadir Raja Muda Selangor, YAB Menteri Besar Selangor,EXCO-EXCO Kerajaan Selangor termasuk YB Dr Hjh Halimah Ali.
Yayasan Restu telah berjaya mencetak al Quran mashaf Malaysia sudah berpuluh tahun dan menjadi tarikan kepada umat Islam dari dalam dan luar negara.
Kesenian Islam juga jelas disulami pada pencetakan naskhah al Quran itu.

YB Dr Halimah: replika musolla Rasulullah s.a.w

Read More “DYMM SULTAN SELANGOR DI PAMERAN ISLAM SHAH ALAM 9.7.11”  »»

Nak rakyat jadi cerdik atau nak rakyat jadi bodoh?!

PAS mahu demokrasi mencerdikkan rakyat

Khairul Azlam Mohamad   
KUALA TERENGGANU, 12 Julai: “Kita mahu demokrasi yang mencerdikkan rakyat dan bukan demokrasi yang membodohkan rakyat,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, jelasnya, himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 diatur oleh pertubahan bukan kerajaan di kalangan Islam dan bukan Islam.
Menurutnya, mereka bukan parti politik dan tidak terlibat dengan pilihan raya.
Mereka, ujarnya adalah kalangan cerdik pandai, profesional di seluruh negara daripada pelbagai kaum yang melihat banyak perkara yang tidak kena, yang boleh merosakkan negara kerana demokrasi dirosakkan.
“Walau pun hari ini Umno menganjurkan perhimpunan, presidennya (Najib) mengatakan hendak mendukung dan menghidupkan demokrasi, demokrasi jenis apa,” ujarnya ketika berucap kepada orang ramai yang menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, malam tadi.
Sambutan hebat itu dilakukan ekoran beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut ditangkap pada himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara, Sabtu lepas.
Selain beliau, timbalannya, Mohamad Sabu dan dua naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub turut ditangkap.
Jelasnya, demokrasi adalah hak rakyat untuk menjadi hakim yang adil.
Katanya, rakyat mestilah diberi peluang untuk mendapatkan maklumat daripada semua parti yang bertanding, bukan hanya maklumat dari satu parti yang memerintah dan sedang memerintah sahaja sedangkan parti yang tidak memerintah mereka tidak mendapat maklumat.
“Dan kita mesti sedar, bagi orang Islam kerajaan yang sempurna hanya kerajaan Allah SWT sahaja,” ujarnya.
Katanya, kerajaan manusia tidak sempurna dan mereka perlu ditegur dan dibaiki kerana demokrasi adalah peluang untuk rakyat mengajar parti yang memerintah yang melakukan kesilapan.
“Rakyat mesti tahu apa kesilapan dan apa kesalahan, jangan ditutup dan apa yang berlaku hari ini tv, radio, surat khabar yang disebar meluas semuanya memuji kerajaan yang memerintah, kerajaan Barisan Nasional, menutup segala kesalahannya, seolah-olah sempurna macam Tuhan.
“Ini satu ajaran salah yang sangat besar,” tegasnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para peserta himpunan aman Bersih 2.0 daripada pelbagai kaum. Melayu Islam, Cina, India dan lain-lain berarak sama. “Kita arah jangan lakukan kekasaran. Kita tidak mahu berlawan dengan polis, tidak mahu berlawan dengan pasukan keselamatan. Kita tahu yang jadi ‘kepala halian’ ialah Umno-Barisan Nasional.
“Alhamdulillah, pemuda-pemuda kita dari semua kaum ikut arahan,” katanya.
Tambahnya, walaupun kerajaan Umno BN menyekat dari segenap penjuru dan ada orang yang diharamkan memasuki Kuala Lumpur tetapi mereka berjaya juga menyertai himpunan.
“Macam mana kita rakyat di negeri ini diharamkan masuk ke dalam negeri kita sendiri. Orang Kuala Lumpur pun diharamkan juga masuk ke Kuala Lumpur. Dia duduk di Kuala Lumpur dah, haram macam mana.
“Alhamdulillah, kita masuk dan kita adakan perhimpunan dengan jumlah yang sangat besar,”

Read More “Nak rakyat jadi cerdik atau nak rakyat jadi bodoh?!”  »»

Cengkaman KUKU BESI di ARAHkan kepada MAHASISWA pula....

BERSIH: KPT didakwa cuba sekat siswa
Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jul 12, 11
6:48pm
Kongsi 52
Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu menyerahkan senarai nama mahasiswa institut pengajian tinggi awam untuk diambil tindakan mendapat tentangan NGO dan aktivis mahasiswa.

Mereka rata-rata berpendapat "hukuman" tersebut bertujuan menyekat hak mahasiswa untuk bersuara.

NONEMenurut Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan, tindakan itu dilihat sebagai tidak demokratik dan bersifat menghukum.

"Usaha KPT sepatutnya bukan mewakili kepentingan parti politik, mereka (KPT) perlu menjadi jururunding untuk mahasiswa bagi menjelaskan perkara ini (lapan tuntutan BERSIH)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Ahmad Syazwan (kiri) juga mempersoalkan tindakan terbaru kementerian itu yang sebelum ini didakwa membiarkan mahasiswa yang terlibat mengadakan demonstrasi menentang dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan.

Beliau mengingatkan kembali kepada perhimpunan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UITM) di Shah Alam tiga tahun lalu bagi menentang cadangan membuka universiti itu kepada pelajar bukan bumiputera.

PKPIM: Perbincangan, bukan hukuman

"Mereka (kementerian) perlu berfikir panjang. Kenapa tidak ambil tindakan ke atas pelajar UITM?" soal Ahmad Syazwan kembali.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam dilaporkan masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan Sabtu lalu.

Menurutnya, selepas diterima, ia akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan lanjut.

NONESementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Faisal Abdul Aziz (kanan) pula berkata tindakan terbaru kementerian itu tidak akan menjadikan mahasiswa seorang yang idealis.

Katanya, mahasiswa sepatutnya diberikan ruang untuk berpolitik secara terbuka dan bukan dihukum.

"Mereka harus dilayan dengan perbincangan bukan hukuman," kata mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UiTM) itu.

Agenda peribadi
Menurut Faisal, PKPIM turut menyediakan bantuan guaman kepada mahasiswa yang bakal berdepan dengan tindakan hukuman KPT.
smm boycott btn 091209 shazni munir mohd ithninSementara itu, akvitis mahasiswa Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) pula berpendapat tindakan KPT bersifat ugutan dan kawalan ke atas suara dan peranan mahasiswa.

"Ia berbentuk kekangan pemikiran mahasiswa, supaya mahasiswa menjadi pelajar di sekolah menengah. Saya tidak ragu-ragu untuk berkata mahasiswa mula berasa meluat," kata bekas presiden kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Bekas mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga mengesyaki tindakan KPT itu merupakan agenda peribadi Mohamed Khaled yang didakwanya tidak suka mahasiswa bersuara.

"Sepatutnya aspek pembangunan universiti yang KPT perlu beri perhatian, bukan politik mahasiswa," katanya lagi sambil tindakan itu membuka ruang kepada anak muda tidak menyokong kerajaan sedia ada.

Read More “Cengkaman KUKU BESI di ARAHkan kepada MAHASISWA pula....”  »»

Penangkapan YB Dr Halimah di KL Sentral dan PA nya dengan tiket lrt sudah di tangan

Read More “Penangkapan YB Dr Halimah di KL Sentral dan PA nya dengan tiket lrt sudah di tangan”  »»

Berbahagialah Baharudin Wira Bersih, ramai orang baik berdoa untukmu



AL FATIHAH

Read More “Berbahagialah Baharudin Wira Bersih, ramai orang baik berdoa untukmu”  »»

LAGU BERSIH DI LONDON

http://youtu.be/mMcIjuX6z2Q

Read More “LAGU BERSIH DI LONDON”  »»

BERSIH di AUSTRALIA!! Banding dan bezakan dengan layanan di MALAYSIA?Maju 2020????!


Cuba rakyat Malaysia yang berjiwa BERSIH lihat dan fikirkan apa maksud perbezaan

Read More “BERSIH di AUSTRALIA!! Banding dan bezakan dengan layanan di MALAYSIA?Maju 2020????!”  »»

Lihat sebahagian BERSIH dan nilai sendiri adakah rakyat berhimpun spt digambarkan oleh UMNO-BN?

Read More “Lihat sebahagian BERSIH dan nilai sendiri adakah rakyat berhimpun spt digambarkan oleh UMNO-BN?”  »»

BLACK MARIA angkut Presiden PAS, 1 lagi BLACK MARIA angkut EXCO Selangor

9.7.11
KL SENTRAL

Gas pemedih mata disembur dalam terowong di mana Presiden PAS, DS Anwar Ibrahim,sasterawan A.Samad Said, Presiden PKR, YB Nurul Izzah, dll mahu KELUAR DARIPADA KL SENTRAL tetapi dihalang oleh polis. Ada trak polis daripada belakang mahu lalu ke depan.Orang awam memberi laluan.Tak sampai 5minit kemudian mereka menyembur gas pemedih mata tanpa amaran.
YB Dr Halimah dalam BLACK MARIA
Bagi yang dah biasa kena sembur mereka mengatakan, semburan ini lebih 'kaw'.

Alhamdulillah dah siap air dan garam.
Dalam kekecohan pemprotes lari daripada asap yang berkepul-kepul yang menyesakkan dada dan memeritkan kulit dan mata, Presiden PAS ditangkap dan beberapa pimpinan lain juga diheret sama.

Saya ternampak baju 'BERSIH' YB Dr Dzulkefly berlumuran darah pada kedua-dua bahu. Saya menyampuk, 'You are bleeding'.Dia balas,'Am I?' Rupa-rupanya, itupercikan  darah YB Khalid Samad. YB Nurul Izzah menyatakan ayahnya cedera.YB Rodziah sudah balik hotel.YB Hanizah juga tidak kelihatan.

Dr Dzul kata mereka akan balik ke hotel. Saya dan PA serta rakan yang sama ikut beli tiket LRT nak balik Klang.Tiba-tiba kedengaran riuh rendah.Beberapa minit kemudian segerombolan polis beruniform mara ke arah kami dan memberi amaran dengan suara yang kurang jelas.Kami yang sudah bersedia untuk pulang ke tepi.Tiba-tiba, 2 orang wanita berbaju merah seperti 'SQUAD SAYANG UMNO' atau 'PATRIOT' menarik PA saya.Saya pegang lengan PA saya dan kata: 'kenapa nak tarik dia, kami dah beli tiket nak balik'.Lantas wanita yang seorang lagi menarik saya.'Ikut sekali,' pekiknya.Melihat saya ditarik, beberapa gadis muda disitu tarik pula saya.Akhirnya mereka juga dibawa bersama naik BLACK MARIA termasuk seorang pelajar Sudan yang jelas trauma!Saya bertanya mereka apa rasional mereka menangkap kami walhal kami sudah sedia mahu balik dan tidak menganggu dan tangan sudah ada tiket.Mereka kata, ikut dulu, 'bicara kemudian'.

Beberapa orang Ustazah yang berada di kawasan sekitar turut dicekup.Saya agak terperanjat melihat mereka yang datang dengan suami semua di bawa masuk dalam trak polis.Mereka mengatakan, semasa wanita baju merah ini mahu menangkap mereka , ada 'taiko' mereka menjerit, 'tu yang pakai tudung tu, yang pakai tudung tu'.Mereka mengadu juga ada orang yg tak pakai tudung berhampiran dengan mereka tapi tidak dipedulikan pun oleh 'wanita merah itu'.

Saya cuba menuntut hak atas alasan apa mereka menahan kami.Semua sia-sia kerana mereka seperti sudah kurang waras dan hanya bertindak seumpama robot andriod.
   

Saya difahamkan Tok Guru Presiden PAS dibawa juga ke balai polis Jinjang.Kami sampai ke Jinjang lebih kurang pukul 3ptg dan kami berkampung dalam trak itu selama 2jam di balai polis Jinjang.Kemudian atas desakan kumpulan kami ke atas mana-mana polis yang lalu di depan kami untuk solat asar, akhirnya kami dikatakan akan dibawa ke PULAPOL Jalan Semarak.

Saya sudah mendesak untuk mereka membenarkan kami solat di tepi jalan kerana saya beritahu mereka saya ada sejadah.Mereka boleh kawal kami bergilir solat.Lagipun bumi Allah ni BERSIH!! Pegawai yang tadi terjerit dan mengherdik kami termasuk wanita yang pakai kain dan seluar panjang BLACK MARIA itu berkata lembut,'di sana lebih selesa , ada surau'.Kami akur.Saya yakin Allah akan mencukupi keperluan kami dan selepas tazkirah ringkas yang saya beri, alhamdulillah semua 22 orang kami tenang dan tabah dan tidak takut kepada polis-polis ini atau natijah selanjutnya.

Allah Maha Kuasa, kami dilepaskan tanpa syarat selepas keterangan diambil.Tarbiyyah daripada Allah untuk saya dan semua dalam kumpulan saya.Mudah-mudahan diberkati usaha kecil kami untuk impak besar kepada masa depan negara termasuk masa depan anak-anak polis yang menahan kami itu, juga untuk masa depan orang UMNO/BN yang masih tidak sedar mereka diperbudakkan oleh pemimpin mereka yang meniup angin kencang perkauman TAHAP MAKSIMA supaya ahli-ahli UMNO mahu menjadi kuli mereka mempertahankan kedudukan mereka dengan ketakutan melampau kononnya MELAYU-ISLAM sedang teancam!!

    Hanya ini senjata ampuh mereka untuk memperbudakan ahli dan ketua berpangkat kecil mereka yang mudah termakan dengan perang psikologi yang disusun atur oleh pakar upahan mereka.Kebejatan sosial yang berlaku sekarang walaupun telah diberi peluang oleh rakyat memipin Melayu Islam menunjukkan UMNO BN tidak ada keinginan yang tulus untuk membela MELAYU-ISLAM.Mereka hanya melaungkan ISU MELAYU ISLAM ketika nyawa UMNO BN di kerongkong.

Selepas itu tersadai dan hanyutlah agenda MELAYU ISLAM.Paling miskin, paling susah,paling malang selepas UMNO BN memerintah sekian lama adalah golongan MELAYU ISLAM.Sedang pelita dah bertukar ke lampu letrik.Sedangkan mesin taip sudah bertukar ke komputer.....kenapa tidak tukarkan sahaja parti politik UMNO-BN kepada PAS-PAKATAN RAKYAT!!Ini adalah formula terbaik untuk menyelamat bangsa Melayu Islam dunia akhirat insyaallah!!Takbir!

Read More “BLACK MARIA angkut Presiden PAS, 1 lagi BLACK MARIA angkut EXCO Selangor”  »»

vital step to successful living!

Read More “vital step to successful living!”  »»

POLIS BERANI BERBOHONG KEPADA DUNIA WALAUPUN ADA BERIBU SAKSI!!

Polis: Tiada gas pemedih mata dilempar di Tung Sin
Joseph Sipalan 
MALAYSIAKINI
Jul 10, 11
4:12pm
Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam
menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBeratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.
l
Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.

Read More “POLIS BERANI BERBOHONG KEPADA DUNIA WALAUPUN ADA BERIBU SAKSI!!”  »»

SPR perlu overhaul kalau tidak mahu di BERSIHkan!!!!

PAS bangga dengan kebangkitan rakyat

Khaulah Azwar   
KUALA LUMPUR, 10 Julai: PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan.

Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka.
Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada, kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.
Husam musa, yang tiba kira-kira dalam 2.30 petang diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium Merdeka.
Laungan beliau "BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik"  disambut dengan penuh semangat dan telah menusuk ke semua jiwa yang hadir dalam himpunan itu di hadapan semua polis yang telah buat sekatan jalan.
"Tahniah kepada semua rakyat jelata, yang saya lihat hari ini merupakan orang-orang muda ramai berkumpul disini dengan bersatu hati untuk membersihkan sistem politik negara kita. Semua bangsa berpegang teguh dengan berazam untuk berhimpun dengan tidak mengambil kisah dan merasa gentar dengan ugutan Najib yang menggunakan kuasa politik BN".
Orang ramai yang berhimpun di situ juga telah telah dimaklumkan bahawa muka pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan akibat ditembak pemedih mata.
"Alhamdulilah DSAI selamat manakala Tok Guru Hadi Awang, Presiden PAS di tahan polis," katanya.
"Saya juga merasa bangga dan terharu apabila melihat sokongan rakyat jelata untuk pertahankan pimpinan-pimpinan kita daripada di heret polis.
"Rakyat jelata nampak hebat dan tidak berganjak disitu walaupun digertak dengan polis dan disembur dengan pemedih mata berulang kali semata-mata untuk pertahankan pimpinan dan menutut kebebasan pilihanraya di Malaysia ini yang telah dikotori oleh pihak tidak bertanggungjawab".
Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata lagi, "polis boleh tahan pimpinan kita, tetapi mereka tidak boleh sekat dan halang kebangkitan rakyat malaysia."
Hari ni merupakan hari bersejarah buat negara malaysia kerana rakyat telah berhimpun dengan aman sekali walaupun diri terpaksa dikorbankan, katanya.
"Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih," katanya.
"Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya  dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara".
SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ini menunjukkan perhimpunan rakyat Malaysia telah dihalang.
"Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di malaysia ini," katanya.
"Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil," kata Husam.
Dengan berbagai tragedi yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU  kepada rakyat, Husam percaya Pakatan akan menang dalam PRU ke 13 nanti dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan Umno melalui kuasa rakyat.
"Kita akan campakkan mereka  keluar daripada Putrajaya dalam  pilihanraya nanti. BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik," katanya dengan sambutan sorakan takbir dengan penuh semangat oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu.
 harakahdaily

Read More “SPR perlu overhaul kalau tidak mahu di BERSIHkan!!!!”  »»

Mangsa BERSIH yang meninggal dunia peminat Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid

Harakahdaily   
 KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.
Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.
Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.
"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.
Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.
"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.
Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.
(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)
"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.
Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

Read More “Mangsa BERSIH yang meninggal dunia peminat Tok Guru Nik Aziz”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com