Pray For MH370

Pray For MH370

Khitan perdana anak perempuan DUN SELAT KLANG

Pusat Komuniti Wanita, Kampung Delek, DUN SELAT KLANG 
Seramai 13 orang anak perempuan telah sempurna dikhitankan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali yang merupa Ahli Dewan Negeri kawasan DUN SELAT KLANG.Anak-anak berumur dari 2 tahun hinggga 6 tahun.
Majlis di mulakan dengan tazkirah dan di iringi dengan marhaban Kelab Remaja Surau Hj Abbas Kpg Delek, Klang.

YB Dr Halimah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis sebelum khitan dilakukan.Intisari yang disebut ialah anak perempuan adalah aset anugerah Ilahi yang perlu dirancang pembangunannya sehingga boleh menjadi muslimah mukminah yang berjaya dunia akhirat insyaallah.Turut membantu adalah mantan Jururawat desa Hjh Maisom(sebelah kiri sekali dalam gambar) yang masih cergas membantu dan penyokong kuat CALON PAS DUN SELAT KLANG PRU12.Umurnya menjangkau 70tahun.

Read More “Khitan perdana anak perempuan DUN SELAT KLANG”  »»

SPIRITUAL CAPITAL ENHANCEMENT(S.P.I.E.S)

Our soul needs daily nourishment just as our physical body.The food and nutrients for the soul of course would be entirely different form from that of our visible body. One most effective way to glow in spiritual health is to do deep reflection and thank the SUPER BEING who has granted us all that we need.
ENJOY THE BEAUTIFUL FEELING!


Read More “SPIRITUAL CAPITAL ENHANCEMENT(S.P.I.E.S)”  »»

BILIK OPERASI BPI JAIS OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR

Pemberitahuan

Kepada semua pelajar Selangor yang berhajatkan pembiayaan kerajaan Selangor untuk pulang ke Mesir, sila daftar diri dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JAIS di Kompleks MAIS Menara Selatan
atau hubungi

No.Tel.
03 5514 3520
03 5514 3534
03 5514 3538


YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN TINGGI KERAJAAN SELANGOR

Read More “BILIK OPERASI BPI JAIS OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR”  »»

OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR dijangka bermula awal MAC

 PELAJAR UNIVERSITI MESIR SILA AMBIL PERHATIAN
26.2.11
SHAH ALAM

Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir telah memutuskan kemungkinan operasi penghantaran akan bermula se awal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai.

Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.

Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.


Program terdekat ialah

28.2-1.3.11;
2-3.3.11;

Tempat:AMPANG PECAH ,KUALA KUBU BARU SELANGOR
             Bas akan disediakan di Masjid  negeri SHAH ALAM (bertolak 7.30pagi)



Wajib bawa PASSPORT ANTARABANGSA(untuk urusan penerbangan)

Sebarang pertanyaan sila hubungi CIK SYAZWANI 0193806478

Us Fauzan 0193855634

Di  BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIS

Read More “OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR dijangka bermula awal MAC”  »»

MAHER ZAIN IKON REMAJA BELIA

25.2.11
8-11malam
STADIUM MELAWATI SHAH ALAM

Konsert 'Live' Maher Zain jelas menampakkan keperluan insan kepada seni. Lautan remaja,belia dan kanak-kanak yang memenuhi semua penjuru Stadium Malawati Shah Alam.Tidak kurang orang dewasa, ramai juga yang sudah bercucu dan ada yang bertongkat.
    Lirik lagu yang bersifat ketuhanan dalam melodi yang menghiburkan amat serasi dengan jiwa manusia merentasi umur dan generasi.Gaya pemakaian yang sopan dan gerak geri yang beradab amat menenangkan dan seharusnya dicontohi oleh artis tanah air khususnya yang beragama Islam.
Zikir yang dimuatkan dalam lirik lagu pula mudah dihafal dan menusuk kalbu.
   Inilah sepatutnya contoh teladan bagi mereka yang dikurniakan bakat seni yang tahu mematuhi kerangka paraturan Ilahi.Kesannya sangat memberangsangkan. Rezeki tetap mencurah.Ini patut direnung dalam-dalam oleh para artis,penggiat seni,penyanyi, pelakon dan lain-lain.Inilah yang dikatakan sumber rezeki yang barakah.Dimula pula dengan bismillah.
Jelas kelainan pada persembahan.
   Saya mendapat undangan untuk hadir di konsert ini. Setelah merasmikan program 'RAKAN BUDAYA BELAJAR'/STUDY CIRCLES anak-anak yatim di Kpg Delek saya sempat sampai di Stadium Melawati pukul 10.30malam.Saya 'curious' untuk melihat bagaimanakah aura seorang artis yang boleh mendorong khalayak membeli tiket untuk menyaksikan persembahannya.Subhanallah!Memang menakjubkan..
Semoga Allah swt membuka hati penyanyi di Malaysia mencontohi tatasusila serta konsep seni Maher Zain ikon antarabangsa ini.

Read More “MAHER ZAIN IKON REMAJA BELIA”  »»

PELAJAR MESIR: JADUAL KULIAH UNIVERSITI/FAKULTI

Read More “PELAJAR MESIR: JADUAL KULIAH UNIVERSITI/FAKULTI”  »»

MESYUARAT KHAS OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR

25.2.11
SHAH ALAM


Mesyuarat khas yang melibatkan EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR YB Dr Hjh

Halimah Ali bersama SUK Selangor dan JAIS/LZS/wakil sistem 

penerbangan serta persatuan pelajar Mesir 

bagi membincang kebajikan dan urusan penghantaran balik pelajar Mesir akan di

adakan pukul 3.30petang


ini 25 FEB 2011 di BANGUNGAN SSAAS, SHAH ALAM.

Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS untuk melayakkan diri.

Pelajar juga boleh menghubungi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR dan PMRAM SELANGOR untuk dapat maklumat lanjut.

Read More “MESYUARAT KHAS OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR”  »»

CALON PAS PRK DUN MERLIMAU DAN KERDAU

Calon PAS: Hassanudin di Kerdau, Yuhaizad di Merlimau

Malaysiakini

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.

Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.

Sementara itu, Yuhaizad, 38, juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir di sini semalam.

merlimau by election pas candidate yuhaizat abdullah 240211 02Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam dari Pusat Latihan Minda Mahir (ILHAM), Selangor dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.

Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali.

Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan Amal Malaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.

Read More “CALON PAS PRK DUN MERLIMAU DAN KERDAU”  »»

MESIR: OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR HANTAR BALIK SEMUA

23.2.11
SHAH ALAM
Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan dalam mesyuarat EXCO nya hari ini bahawa Kerajaan Selangor akan membiayai penghanataran balik semua pelajarnya ke Mesir memandangkan keadaan sudah kembali pulih seperti biasa. Seperkara lagi keperluan mendesak untuk mereka bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan tahunan yang dijangka seawal bulan April.

EXCO Pendidikan Tinggi Dr Hjh Halimah Ali menegaskan bahawa semua pelajar diminta mendaftar dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk melayakkan mereka dibiayai penerbangan mereka oleh kerajaan negeri. Beliau juga menyatakan satu mesyuarat khas bersama Setiausaha Kerajaan, JAIS, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Selangor,badan kebajikan pelajar Selangor, BRIGED AMAL SELANGOR dan beberapa syarikat penerbangan sedang dirancang untuk urusan penerbangan.

Sementara itu, usaha untuk membantu mereka menyesuaikan diri semula dengan keadaan di Mesir disamping kebajikan mereka sedang di nilai secara holistik. Pertubuhan NGO seperti PAPISMA dan Yayasan Amal juga akan dilibatkan sama dalam membantu mempastikan kesihatan mereka terjaga dan berada dalam keadaan optima untuk meneruskan pelajaran.


Untuk melicinkan pengurusan dan menambahkan keupayaan pelajar, EXCO Pendidikan Tinggi akan menganjurkan program holistik pelajar Mesir berperingkat(berkumpulan) yang bermula 28.2.2011 -1.3.2011; 2-3.2;7-8.3; di AMPANG PECAH SELANGOR.

Sila daftarkan diri kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS, Us Hafizul

Read More “MESIR: OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR HANTAR BALIK SEMUA”  »»

BOB LOKMAN JOINS PAS FOR FUTURE SAKE


" By joining PAS, the risks to my livelihood paled in comparison when I  thought about the future of my children. I join PAS because I feel there is a community which can guide me to the true path,” said Bob.

Man behind Malaysia's rock icons tells of his 'salvation' in PAS

Harakahdaily

ALOR SETAR, Feb 22: For the sake of his children, popular songwriter Mohd Hakim Lokman (pic right) has decided that joining PAS would be the first step towards ensuring a better future for the next generation.

Better known as Bob Lokman, the man who was instrumental in the all-time Malay hit song "Isabella" popularised by leading rock band Search, said he was finding it increasingly difficult to bring up his children against a backdrop of moral crisis in the country's institutions.

“I feel there is a problem in the system of life. I want to educate my children in the Islamic way because they encounter problem in their education, in their interaction and in the social system they are in,” explained the bubbly Bob, speaking at length in a recent interview with Harakahdaily.

Bob, who won the Best Songwriter Award at then coveted Juara Lagu Awards in 1989, stole the limelight at a gathering organised by PAS youth in Kedah last weekend, handing over his PAS membership form to Kedah Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.

While he may be best remembered for the chart-topping song "Isabella", Bob has had a colourful career in the local entertainment scene, managing such household singing sensations as Ramli Sarip, M Nasir and Hattan.


During its early years, Bob also managed Wings, one of Malaysia's pioneer rock groups famous during the eighties and nineties, composing for it such songs as "Taman Rashidah Utama" and "Jerangkap Samar", among their other favourites which still linger on air due to their sheer popularity.

For many, however, Bob's latest move appears to be ideologically in contrast to his career, especially to a man who has been breathing rock music all his life.

But Bob sincerely believed that PAS had the right leaders who could guide him.

“Yes, I have always felt that I have failed to educate my children and I will go to hell," Bob confessed, uninhibited in telling that he longed for a kind of 'salvation'.

180 DEGREES TURN?

"Because of that, I feel that I have no place to ask for help, I joined PAS because I feel there is a community which can guide me to the true path,” said Bob.

Coming from an industry which has often depended on political patronage as much as talent, Bob understood the risks involved, and such risks could be far from calculated.

But neither was he naive. When asked, Bob said he knew well the kind of repercussion he might face for joining an opposition party, saying that risks to his livelihood paled in comparison when he thought about the future of his children.

Read More “BOB LOKMAN JOINS PAS FOR FUTURE SAKE”  »»

ANDA NILAI SENDIRI

Ayat Cinta Peguam Karpal Singh "Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan."

 

Pembela aju kemungkinan DNA dari hingga 10 lelaki

Liwat II: Ahli kimia akui tidak patuhi piawaian

Liwat II: Karpal robek kes pendakwaan

Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan 'cubaan meliwat' dan 'cubaan seks oral'.

NONEBekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan' tetapi 'liwat' dan 'seks oral'," katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

"Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?” soal Karpal.

NONEBeliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) - yang mengetuai pasukan pendakwaan - mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.

Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.
NONEKarpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.
"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah.Peguambela dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajukan kemungkinan DNA dari sehingga 10 orang, termasuk dari Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditemui pada dubur mangsa.
Peguambela mengajukan kemungkinan itu kepada pakar DNA dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong sewaktu menyoal-balasnya hari ini, dan beliau bersetuju dengan kemungkinan itu.

Seah (kanan) telah memberitahu mahkamah bahawa dua item peralatan digunakan, iaitu DNA View dan Applied Biosystem Genetic Analysis machine, untuk membantunya dalam analisisnya.

Peguam Ram Karpal membangkitkan perkara itu sewaktu menyoal-balas Seah berhubung Laporan Kimia yang disediakannya yang ditandakan sebagai bukti.



Liwat II: Ahli kimia akui tidak patuhi piawaian

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.

“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

azlanRam juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

“Ini bukan milik Saiful atau 'Lelaki Y'. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya."

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

"Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa 'Lelaki Y' - DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

"Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.

Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.

Sumber: Malaysiakini

Read More “ANDA NILAI SENDIRI”  »»

DUA BELAS RESOLUSI KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA

Resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS




Sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam PAS memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;


3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;


6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sumber: Harakahdaily/ foto ehsan Malaysiakini

Read More “DUA BELAS RESOLUSI KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com