Pray For MH370

Pray For MH370

Maklumat tepat kepada pimpinan setempat

 Realiti dewasa ini, maklumat yang dihamburkan oleh tv, radio dan terpampang saban hari di dada akhbar adalah berita yang telah diolah oleh pihak tertentu untuk mengetengahkan sesuatu isu dan memimggirkan berita yang benar tetapi menguntungkan pihak lawan BN.

jUSTERU pakatan rakyat TIDAK ADA PILIHAN LAIN BAHKAN HANYA MEMBERI penerangan dengan secara face to face.
YB Dr Halimah Ali ADUN SELAT KLANG merangkap EXCO KERAJAAN SELANGOR tampil ke depan memberi penerangan kepada al mala atau pemimpin setempat di DUN SELAT KLANG

Read More “Maklumat tepat kepada pimpinan setempat”  »»

ANGKARA BN RAKYAT - NEGARA DI AMBANG BANKRAPSI



Seramai 241,740 individu 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.telah diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai."Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Manakala di peringkat negara sendiri, pada tahun 2004  hutang negara berjumlah RM242 bilion meningkat kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011.

"Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.

Sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SOCSO.

Dalam pada itu hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada serta Dinar.(sumber)

Negara Greece yang terkenal dengan tamaddun Greek zaman silam akhirnya diisytihar bankrap. Kenapa?Angkara pemimpin yang boros berbelanja dengan duit hutang.

"By the end of 2009, the Greek economy (based on data revised on 15 November 2010 in part due to reclassification of expenses) faced the highest budget deficit and government debt to GDP ratios in the EU. The 2009 budget deficit stood at 15.4% of GDP. This, and rising debt levels (127% of GDP in 2009) led to rising borrowing costs, resulting in a severe economic crisis." (sumber) (sumber)




Reading List
  Kalau negara bankrap, tak guna ubah kerajaan lagi





Read More “ANGKARA BN RAKYAT - NEGARA DI AMBANG BANKRAPSI”  »»

Dewan Himpunan Penyokong PAS BERSUNGGUH MAHU MEMENANGKAN PAS

 DUN SELAT KLANG

Dato' Adnan, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak merupakan juga veteran UMNO yang giat berjuang memenang dan melaksanakan propaganda UMNO telah BERHIJRAH!!

Dato' Adnan yang telah berhijrah sudah jelajah seluruh negara memberi maklumat dan mendedahkan apa yang dilakukan UMNO yang beliau sendiri saksi semasa dalam UMNO.Akhirnya Allah buka pintu hatinya untuk melihat kebenaran yang diperjuangkan oleh PAS! Insaf dan sedar apa yang dilakukan selama ini adalah jijik dan kotor percaturan UMNO mencengkam kuasa dengan memperalatka pegawai kerajaan.
 Maha besar Allah! Allahu akbar! Mampu membolak hati manusia.

Takdir Allah juga hati orang India dan Cina telah melihat kebenaran PAS. Mereka berjuang siang malam untuk pastikan PAS menang. Suria daripada DHPP Perak bertolak daripada Tanjong Malim pukul 7malam. Sempat sampai untuk ceramah umum di Pangsapuri Perantau DUN SELAT KLANG.

Harun Abdullah@Aru bekas ahli Kelab Penyokong PAS pula menjadi ahli PAS seumur hidup setelah mengucap dua kalimah syahadat.

PAS FOR ALL!!

Read More “Dewan Himpunan Penyokong PAS BERSUNGGUH MAHU MEMENANGKAN PAS”  »»

"BIG SHOT" MASUK PAS ANDA??!!

Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS. Turut sama ialah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah juga tidak mahu ketinggalan memperjuangkan kebenaran, keaadilan dan kesejahteraan umat. FASTABAQUL KHOIRAT


Laporan penuh di SINI

Read More “"BIG SHOT" MASUK PAS ANDA??!! ”  »»

Rezeki anak Selangor negeri berkebajikan

Sejak diperkenalkan pada April lalu, lebih 14,000 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008 di Selangor sudah menikmati manfaat program ‘Jom Shopping Bonus Selangorku’.

Program tersebut dikhususkan kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menerima baucer membeli-belah bernilai RM 100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran mereka.
Sehingga kini, RM 1.4 juta telah dibelanjakan untuk menjayakan inisiatif ini di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Read More “Rezeki anak Selangor negeri berkebajikan”  »»

Selangor negeri berkebajikan: bantu Syria

S'gor cadang tabung di masjid bantu rakyat Syria 9:11AM Dis 20 2012 Kerajaan Selangor bercadang untuk mengadakan Tabung Kemanusian Rakyat Syria di seluruh masjid di negeri ini bagi membantu rakyat negara itu yang ditimpa kesusahan berikutan pergolakan politik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau telah meminta Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Dr Rani Osman untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). “Sebagai umat Islam, kita sepatutnya prihatin dengan nasib malang yang menimpa rakyat Syria yang kini hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan. Dengan kutipan derma ini kita berharap dapat meringankan penderitaan yang ditanggung rakyat Syria,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi daripada Syria yang diketuai Ketua Kesatuan Ulama Syam, Sheikh Dr Muhammad Ali As Soubuni di pejabatnya semalam. Sebagai tanda persahabatan dan penghargaan atas kunjungan itu, menteri besar menghadiahkan al-Quran yang ditempah khas kepada delegasi berkenaan. Sementara itu, Sheikh Muhammad Ali menceritakan kekejaman yang ditanggung rakyat Syria dan menggesa masyarakat Islam memperjuangkan kebebasan dan menentang kezaliman pemerintah terhadap rakyat. "Kami datang ke Malaysia kerana rakyat Islam di negara ini lebih prihatin dengan penderitaan umat Islam di Syria berbanding negara-negara Arab dan negara Islam lain," katanya.

Read More “Selangor negeri berkebajikan: bantu Syria”  »»

UTUSAN TAK PERLU BERUBAH, KERUGIAN DIATASI DENGAN SUBSIDI BN

Forum demi forum dianjurkan oleh kumpulan Utusan, hanya sekadar retorik NATO (no action, talk only). Ungkapan atau slogan penyebar fikrah rakyat memang benar iaitu rakyat (di baca lembaga pengarah dan sidang editorial) yang masih duduk di bawah tempurung, dalam kepompong, paradigma kuno dan terapung-apung tidak berpijak di bumi nyata. Teruskan budaya yang sedia wujud demi masa depan yang lebih gemilang, cemerlang, terbilang atau mungkin akan hilang. Noktah.

'Utusan perlu berubah, fikir masa depan'
   

   
Utusan Malaysia perlu berubah jika mahu terus kekal relevan dengan suasana politik dan pasaran semasa, kata mantan ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Menurutnya, Utusan pernah dikenali sebagai akhbar yang "meniup semangat kemerdekaan tetapi zaman kini telah berubah".

Menurutnya, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro-Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak.


Liputan akhbar itu terhadap kenyataan-kenyataan NGO pendesak Melayu, PERKASA yang menyinggung sensitiviti rakyat di Sabah Sarawak dan menjejaskan sokongan rakyat negeri itu terhadap Umno dan Barisan Nasional, katanya.

"Utusan gemar mainkan kalau ada Ibrahim Ali (dan sentimen) anti-Kristian dan sebagainya tanpa mengambil kira sentimen orang Kristian di Sabah Sarawak.

"Majoritinya masih lagi tugu kuat kepada Barisan Nasional - yang menyokong Umno dan Barisan Nasional," katanya.

"Akhbar seperti Utusan yang mirip kepada agenda Melayu - orang di Sabah Sarawak tidak begitu dapat menjiwai akhbar ini," katanya.

Akhbar itu juga menurutnya, dilihat tidak begitu lunak terhadap ahli-ahli politik pembangkang dalam pemberitaannya.
"Pada saya Utusan mempunyai toleransi yang agak rendah terhadap parti-parti pembangkang

"Ahli-ahli politik pembangkang, kita tak perlulah sebut nama mereka, dikritik hebat oleh Utusan," katanya sewaktu bercakap di forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.

Pendirian itu, dakwanya turut menjadikan Utusan bukan pilihan utama pengiklan yang kebanyakannya mempunyai eksekutif pengiklanan bukan Melayu.

Krisis kredibiliti

Pemecatan mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 turut menjadi titik tolak penting dalam dasar beberapa akhbar yang akhirnya memberikan kesan kepada pengedaran mereka, kata Azman.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Utusan, Azman menjelaskan sebahagian akhbar berkenaan mengalami krisis kredibiliti yang membawa kepada kemerosotan jualan. 

"Setelah mereka mengambil dasar berat sebelah, mereka banyak hilang (jumlah) edaran dan sampai sekarang tidak boleh pulih semula dan dilihat oleh khalayak sebagai hilang kredibiliti," katanya.

Seorang lagi ahli forum, pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Profesor Ahmad Murad Merican turut mengutarakan pendapat yang senada dengan Azman.

"Setiap ahli kewartawanan dan di sini Utusan, saya sudah sebutkan lebih kurang sepuluh tahun dulu, perlu berubah dalam konteks memperbaiki persembahan, hujah dan menerima kritikan," katanya.

Beliau turut menggesa Utusan agar menjadi akhbar nasional yang bukan sahaja mensasarkan orang Melayu tetapi juga orang bukan Melayu di Sabah dan Sarawak sebagai pembacanya.

Ahli panel ketiga, pengkritik filem Mansor Puteh pula secara umumnya menyeru agar pengamal media berwaspada dengan cubaan pihak Zionis untuk menguasai media.

Menurutnya, usaha itu tidak dilakukan melalui pemilikan saham sebaliknya melalui penyebaran elemen Zionisme yang dihidangkan sebagai budaya popular.

"Gosip Hollywood yang disiarkan setiap hari, dia (Zionis) tak paksa kita tapi kita jadi barua dia dengan rela hati beri empat muka surat dan kalau kita tak siar, kita rasa bodoh.

"Kalau kita tak siar filem Hollywood, kita rasa bodoh. Kalau kita tak sanjung Manchester United, kita rasa bebal," katanya.

Forum itu yang berlangsung di Dewan Seminar Hassan Ahmad dimudahcara Editor Bahagian Buku Am DBP, Padilah Ali.

Sumber: Malaysiakini

Read More “UTUSAN TAK PERLU BERUBAH, KERUGIAN DIATASI DENGAN SUBSIDI BN”  »»

TAKZIAH BUAT KELUARGA SI MATI

Pembantu peribadi anggota parlimen Kapar ditemui mati dibunuh 


December 18, 2012 SHAH ALAM, 18 Dis — Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini.  K S Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.
(Foto Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu. “Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan,” katanya kepada Bernama. Muhammad Idzham berkata polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi membantu siasatan. Mayat Natchymuthu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

 Sementara itu, Manikavasagam ketika dihubungi berkata mangsa yang juga pemandunya, baru dua bulan dilantik sebagai pengerusi penduduk pangsapuri berkenaan. Beliau mendakwa Natchymuthu telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini berikutan menerima ugutan beberapa individu yang tidak puas hati berhubung kutipan yuran penyelenggaraan pangsapuri berkenaan. “Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat kes ini dan saya bersimpati dengan keluarga mangsa dengan kejadian itu,” katanya sambil menambah Natchymuthu meninggalkan isteri dan empat anak.

- Bernama/MALAYSIAN INSIDER

Read More “TAKZIAH BUAT KELUARGA SI MATI”  »»

PERHATIAN PADA BUJANG DAN DARA DI SELANGOR

Wahai para muda mudi yang masih bujang!!! Rebutlah  peluang sebegini. Daftarlah sekarang.

Selangor beri insentif perkahwinan tahun depan
Foto Tan Sri Khalid bersama isteri dan exco Dr halimah serta Dr Ahmad Yunus meraikan pasangan dalam perkahwinan beramai-ramai


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan insentif perkahwinan kepada belia-belia Negeri Selangor yang mendirikan rumahtangga mulai tahun hadapan.

Belia Selangor yang memenuhi syarat yang dijangka diumumkan tidak lama lagi bakal menerima RM200 sumbangan dari Kerajaan Negeri.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Pengumuman tersebut dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam hari ini, lapor Selangorku, media rasmi kerajaan negeri Selangor.

“Insentif itu kita tak dapat mulakan kali ini sebab ia menggunakan peruntukan dari Belanjawan 2013 baru-baru ini, sebab itu kita mulakan mulai 1 Januari 2013.

“Dalam program itu juga nanti, Kerajaan Negeri akan membiayai dengan konsep perkongsian,” ujar Abdul Khalid.

Program yang dianjurkan Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan itu meraikan 61 pasang pengantin dari seluruh Selangor yang mengadakan majlis mereka bertemakan adat resam Melayu Selangor.

Kos bagi pakaian dan majlis bagi setiap pasangan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, pengumuman Abdul Khalid itu mendapat reaksi positif dari beberapa pasangan pengantin yang ditemui TV Selangor.

“Pengumuman Tan Sri Abdul Khalid tadi betul-betul membuatkan kami terharu dan bangga kerana program ini dapat mengurangkan kos perkahwinan sebab belanja perkahwinan begitu tinggi dengan cara ini dapat meringankan beban.


“Saya sebagai warga Selangor, mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan penghargaan Kerajaan Negeri dengan mengadakan majlis ini,” ujar Hizami Burhanuddin dan pasangannya Ilyna Mohd Ghazali dari Klang.

Abdul Kahar Ahmad Marwai dan Siti Sara Azraie dari Kampung Delik Klang pula berpendapat majlis tesebut wajar diteruskan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan kesederhanaan dalam mengadakan majlis perkahwinan.

“Dapat meringankan beban kewangan sebab lepas ini kalau sebelah pihak perempuan atau pihak lelaki tak nak buat kenduri lagi pun tak apa, sebab dah selesai dah, yang penting akad nikah,” Abdul Kahar berkata.

Antara adat perkahwinan tradisi Melayu yang diketengahkan, termasuklah persembahan pencak silat, kompang dan bunga telur.

Pasangan juga ditrampilkan di dalam busana tradisional rakyat Selangor iaitu pakaian sikap Selangor yang dikenakan pengantin lelaki serta kebaya labuh yang digayakan pengantin perempuan.

Sumber harakahdaily

Read More “PERHATIAN PADA BUJANG DAN DARA DI SELANGOR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com