Pray For MH370

Pray For MH370

ADUN SELAT KLANG PILIH BULU, BETUL ATAU TIDAK?

Sesungguhnya dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas saya, dalam kes menziarahi mangsa bencana ribut di Kg Sg Udang dari tarikh berlakunya musibah iaitu pada 01hb September 2008 sehingg hari ini, saya tidak memilih bulu, warna kulit, parti, agama atau keturunan. Ada pihak yang mahu dan mampu mempolitikkan isu bantuan dan lawatan serta menjadikannya satu isu.

Oleh kerana ramai penduduk yang terlibat dan banyak rumah serta harta benda musnah, maka saya tidak dapat memberi tumpuan ke atas semua kes yang setakat ini satu ribu dua ratus semuanya. Kami bekerja siang dan malam. Sila rujuk post dan entri saya dalam blog ini di archive.

Saya bukan hendak menegakkan benang basah atau perkara remeh temeh, tetapi saya lihat di kebanyakan akhbar, isu turun padang diperbesarkan. Saya salin semula satu komen dari ?Jalan Selamat, ? Rumah Murah Sg Udang, ? Tanah Chi Liung Wallahua 'allam.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya adalah salah seorang mangsa ribut tersebut. Untuk pengetahuan pihak penulis blog ini, kawasan saya tidak di lawat langsung oleh Pihak YB Dr mahupun mana2 pihak dari DUN Selat Klang tersebut seperti yang diwar-warkan dalam blog ini. pada petang kejadian tersebut saya hanya memohon bantuan dari ahli2 keluarga saya yang mana kemudiannya dalam tidak sampai beberapa minit bantuan segera dari pihak "Biru Pekat" datang meredah hujan dan ribut.
Terlebih dahulu saya ingin bertanya kepada pihak penulis blog ini, sekiranya berlaku kejadian yang sama keatas rumah tuan dengan keadaan seluruh ahli keluarga yang masih kecil dengan bumbung rumah yang terbang apakah penulis masih sabar menunggu sehingga ke hari sabtu utk mendapatkan bantuan? pada ketika itu apakah keperluan yang paling utama untuk tuan? jawapan yang paling tepat adalah mendapatkan tempat perlindungan utk anak2 tuan. dimana bantuan segera tersebut? hanya bukti pada gambar ini sudah cukup utk beritahu seluruh MALAYSIA yang "mereka" ini mmberi bantuan kecemasan? mana gambar mereka dalam hujan dan ribut? mana bukti mereka lencun mmbantu memindahkan anak2 kami? tiada kan! semuanya gambar sesudah kejadian.
waktu itu kami terdesak. terkejut dengan kejadian tersebut. apalah salah nyer dengan bantuan kecemasan kecil dengan bantuan sebiji kurma sebagai alas perut kami untuk berbuka. malangnya... kami tidak di beri apa2. semuanya kene menunggu giliran pada hari SABTU ini.
Di kesempatan ini saya ingin juga bertanya, maksud sebenar kawasan "Biru Pekat" tersebut. adakah kawasan saya di kategorikan sebagai "Biru Pekat" sehingga tidak di lawat oleh pihak YB Dr DUN Selat Klang? adakah kerana bancian wana telah membeza2kan kami sedangkan pihak yang di katakan "Biru Pekat" ini tidak langsung membeza2kan warna mahupun bangsa agama. di mana keadilan utk kami?
Ingin saya ceritakan pengalaman sebenar saya pada hari tersebut. Maaf sekiranya agak panjang tapi inilah kenyataan sebenar. Setelah mereka mmberibantuan kecemasan kepada kami, mereka turut mmbuat susulan kepada kami. Walaupun selepas ribut tersebut dibanci oleh mereka, diberi bantuan kecederaan segera kepada jiran yang tercedera, rumah kami di bersihkan sedikit2. dan yang paling mengharukan kami, jam 3 pagi dalam pekat malam semua sedang tidur lena. Mereka datang mengejutkan kami, membawa kepada kami juadah untuk bersahur.
Jangan kerana nilai RM300 itu berita sebenar diputarbelitkan. Mereka tidak memilih bulu, bantuan dihulur secepat mungkin sekadar yang mampu untuk keadaan yang terdesak dahulu.
Alhamdullillah, ada bantuan juga. Dari mengharap pada bantuan pihak YB Dr yang sehingga kini tidak langsung menjejakkan kakinya ke kawasan rumah saya yang hancur. Andai kata saya menunggu sehingga ke hari Sabtu, tiada apa untuk saya suapkan anak2 saya pada hari tersebut, smlm, dan hari ini.
Minta pihak YB Dr faham dan belajar apa maksud sebenar KECEMASAN. bukan datang untuk terus berkempen. Kami org2 terdesak dan kami tiada apa2 kene mengena dengan Saiful. Kami bukan nak dengar sebarang kata2. perut anak2 kami perlu di isi. rumah kami tiada bumbung. bukan kata2 boleh kembalikan kami kepada keadaan sebelum ini...

Sila lihat dan teliti foto-foto di bawah ini.

Kedua-dua Tok Ketua Kampung, Tn Hj Shamsul (berbaju biru pekat) dan Tn Hj Shamsuri ( berbaju kuning pekat yang juga Ketua Kampung penggal kedua atau ketiga) terlibat dalam pengurusan menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana.

Sila pastikan individu yang sedang duduk menulis di Pejabat ADUN Selat Klang memakai baju T berlambangkan apa. Ya dacing serta undilah BN.
Kelihatan para petugas di Pejabat ADUN Selat Klang. Individu berbaju biru pekat sedang mengisi borang aduan. Saya sedang memerhatikan beliau.
Di rumah seorang nenek yang tidak dapat bergerak dan menyerahkan bantuan
Di rumah seorang Tn Hj yang uzur dan menyerahkan bantuan bencana
Para petugas yang terdiri dari NISA', Ahli Kelab REM, Pemuda Selat Klang dan Muslimat sedang menerima borang aduan dari para penduduk yang terlibat
Para petugas yang professional, beretika dan berdedikasi menerima aduan penduduk. Semua hal direkodkan dan salinan kad pengenalan wajib disertakan dengan borang aduan. Tidak timbul penyelewengan dana penyalahgunaan kuasa "separuh dana masuk poket pemimpin serta konco-konconya tetapi dikira sudah diagihkan kepada mangsa bencana". Masih ingatkah saudara, ADUN Bn Selangor menghabiskan peruntukan RM 21 juta (RM dua puluh satu juta) dalam masa dua bulan pertama tahun 2008. Ke mana perginya? Cepat habis.

Ini baru betul cekap menghabiskan dana rakyat
bersih sapu habis..........
amanah, tak bagi tahu rakyat, simpan rahsia.

Para petugas bekerja bertungkus lumus menerima aduan di pejabat ADUN.
Ini satu kes "classic" yang diterima dari kawasan rumah murah Sungai Udang yang kononnya kawasan "pekat biru". Seorang Pak Cik tinggal seorang diri berlumuran air kencing. Kami bantu apa yang patut seperti memberi tilam baru dan sebagainya.


Melawat rumah mangsa dari keturunan India
Melawat mangsa dari kaum Cina

Cuba anda teliti foto di atas. Apakah kain berwarna biru pekat koyak rabak yang tergantung dari atap zink rumah di atas. Ia adalah bendara dacing BN yang digunakan pada PRU 12 yang lalu.

Read More “ADUN SELAT KLANG PILIH BULU, BETUL ATAU TIDAK?”  »»

SENYUM RAMADHAN OLEH UJANG

Satu cadangan agar adik-adik tidak serik menjejakkan kaki ke surau atau masjid. Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.



Dikutip dari http://fuadarman.blogspot.com/2008/09/lawak.html

Read More “SENYUM RAMADHAN OLEH UJANG”  »»

GOTONG ROYONG MEMBANTU MANGSA BENCANA

Satu program gotong royong bersepadu oleh anggota Unit Amal Malaysia,JPA3, Anggota Bomba, Alam Flora, MPK dan lain-lain telah diajurkan oleh pihak Urusetia ADUN Selat Klang bagi membantu mangsa ribut taufan Sg Udang dan kawasan berhampiran dalam DUN Selat Klang.



Read More “GOTONG ROYONG MEMBANTU MANGSA BENCANA”  »»

MENJENGOK SENDIRI RUMAH MANGSA BENCANA

YAB Dato' MB Selangor Tan Sri Khalid sendiri telah turun padang menjengok mangsa bencana serta rumah-rumah mereka serta berpeluamg beramah mesra dengan penduduk dalam keadaan hujan renyai-renyai sejurus selepas menyampaikan bantuan dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Gadong.
Berebut mencari tempt berteduh di bangsal basikal apabila meninjau kerosakan di sekitar Sekolah Keb Sg Udang / Telok gadong.

Read More “MENJENGOK SENDIRI RUMAH MANGSA BENCANA”  »»

PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA KEPADA MANGSA RIBUT DAERAH KLANG OLEH YAB MB SELANGOR

Majlis di atas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Gadong pada pagi 06hb September 2008 yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadhir ialah YB Rodziah, Exco Wanita, Kebajikan, Sains dan Innovasi negeri Selangor, yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang, Tuan Pegawai daerah Klang dan Pengarah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pihak penganjur majlis ialah Pejabat Daerah Klang.



ADUN Selat Klang sedang memberi ucapan alu-aluan
YAB Dato' MB Selangor sedang berucap
Penduduk kawasan Selat Klang yang menjayakan program
Sebahagian dari individu yang menerima bantuan bencana dari YAB MB sendiri
YAB Dato' MB Selangor sedang menjawab soalan pemberita

Read More “PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA KEPADA MANGSA RIBUT DAERAH KLANG OLEH YAB MB SELANGOR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com