
Tuan Guru Nik Aziz mengalirkan air mata kegembiraan kerana sudah lama beliau menginginkan agar penyayi rock duduk sama dengan Ulama' dalam menyebarkan Islam.
Dalam majlis "Jom Sertai PAS" Renggo dari kumpulan rock ARROW
telah menyerahkan borang keahlian PAS.
Vokalis kumpulan Arrow sertai PAS, Amy Search cuma perhati, Datuk Siti Nurhaliza serta suami ziarah Tn Guru
Sempena program yang bertemakan 'Jom Sertai PAS', vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS.
Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir tengah hari semalam.
Turut menyaksikan majlis yang penuh bersejarah lagi ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.
Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julung kali pernah diadakan di peringkat negeri itu anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri.
Menurutnya, beliau bersedia menyertai parti Islam itu setelah tertarik dengan ucapan Tuan Guru ketika merasmikan majlis berkenaan, walaupun ringkas namun padat serta berisi dengan mesej yang baik.
Beliau yang tidak pernah mendengar ceramah agama dari pimpinan PAS sebelum ini, mengakui ucapan Tuan Guru cukup meresap dalam jiwanya.
Beliau hadir pada majlis itu hari ini bersama artis lagenda kumpulan rock, Amy Search sempena majlis Himpunan Belia Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bagaimanapun Amy Search yang menjadikan Tuan Guru sebagai 'idolanya' belum berbuat demikian.
Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.
Katanya, pergerakannya dilihat secara halus oleh peminatnya sendiri, jadi untuk ketika ini beliau ingin berdiri sebagaimana artis biasa.
"Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian," ujarnya.
Sambungnya, beliau bersedia menerima undangan Dewan Pemuda PAS Negeri atas dasar tanggungjawabnya tanpa melihat risiko pada masa hadapan, kerana beliau tidak pernah memikirkan soal itu.
"Tidak perlu fikir soal risiko sebab kedatangan saya ke sini langsung tidak pernah saya fikir ianya suatu risiko bahkan saya sebagai artis berhak ke mana-mana untuk tujuan yang baik dan untuk bersama peminat," ujarnya lagi.
Namun bagi Amy jemputan menghadiri program tersebut merupakan suatu rezeki Allah yang tidak ternilai, apa lagi dapat membuat persembahan di hadapan Tuan Guru.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tuan Guru yang turut hadir ke restorennya Cheng Ho di Kuala Lumpur.
Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.
Peminat kedua-dua artis rock itu tidak melepaskan peluang untuk melihat Amy dan Renggo dari dekat di samping untuk bersalaman sehingga memaksa pengawal keselamatan bertindak untuk menjaga keselamatan Amy untuk menaiki kereta selepas majlis berakhir.
mns/Salmah Mat Husain / Foto: Rizal Tahir/harakahdaily
DULU USTAZ ROCK AKHIL HAYY KINI RENGGO KUMPULAN ARROW SERTAI PAS
EKONOMI GAWAT ANDA HILANG PEKERJAAN?
Selain mendaftar di laman web rasmi kerajaan negeri iaitu www.selangor.gov.my, pendaftaran turut dibuka di sembilan kaunter pendaftaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
Program telah dibangunkan dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Selangor dengan syarikat Jobstreet.com Sdn Bhd.
Selangor Sediakan Saluran Bantu Mereka Yang Hilang Kerja
Menyedari kemelesetan ekonomi global bakal memberi kesan kepada golongan pekerja di negeri ini, Selangor mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan Program Pendaftaran Pekerja Yang Diberhentikan.
Program dengan nama Selangor Retrenchment Helpline itu dilancarkan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 7 Mac lalu.
Setakat ini, Selangor adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan program seumpama itu.
Program berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Selangor dengan syarikat Jobstreet.com Sdn Bhd.
Selain mendaftar di laman web rasmi kerajaan negeri iaitu www.selangor.gov.my, pendaftaran turut dibuka di sembilan kaunter pendaftaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
Antaranya ialah di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).
Sementara itu, tinjauan Selangorkini Online di kaunter MBSA hari ini mendapati bilangan yang mendaftar meningkat mendadak berbanding minggu lalu.
Daripada hanya empat orang yang mendaftar pada 4 April lalu, angka itu meningkat kepada kira-kira 70 orang, Sabtu.
“Sambutan yang kami terima semakin meningkat, ia mungkin publisiti daripada kawan-kawan dan saudara mara. Itu menunjukkan orang sudah mendapat manfaat daripada program ini,” kata ketua pengambilan Jobstreet.com, Suresh Sakadivan.
Suresh berkata selain mendaftar pekerjaaan, mereka yang hadir turut didedahkan dengan pelbagai tips melalui klinik kerjaya.
“Kita akan bantu mereka yang memerlukan pekerjaan ini menyerlahkan diri mereka selain memberi tips bagaimana membuat resume yang lain daripada yang lain serta lebih berkesan,” katanya.
Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 4,500 pekerjaan yang diiklankan di dalam Jobstreet.com.
“Sebelum ini satu-satu pekerjaan hanya dimohon oleh lebih kurang 60 orang, tetapi kini ia sudah meningkat kepada 80 hingga 85 orang. Jadi kini lebih ramai orang yang bersaing untuk satu peluang pekerjaan,” katanya.
Beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor yang menjadi negeri pertama memperkenalkan program ini.
“Sebenarnya, ini satu tindakan yang paling awal. Kita jangka pemberhentian kerja akibat kemelesetan ekonomi ini akan semakin buruk selepas Jun ini, tetapi kerajaan negeri telah mengambil langkah lebih awal.
“Langkah menyediakan payung sebelum hujan ini telah menggalakkan syarikat-syarikat yang hendak melepaskan pekerja, menangguhkan untuk berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah yang begitu praktikal dan serius.
“Visi Menteri Besar juga sangat baik dalam perkara ini”.
Bagi Norshadah Amirruddin, 23, salah seorang yang mendaftar pekerjaan hari ini, program seumpama ini sangat baik bagi seorang graduan universiti sepertinya.
Beliau yang baru tamat belajar dalam jurusan fizik daripada sebuah universiti tempatan beberapa bulan lalu, kini mula mengintai peluang pekerjaan.
“Bidang kerjaya saya lebih kepada industri perkilangan, bagaimanapun situasi ekonomi pula kurang baik ketika ini, tetapi saya tetap mencuba,” katanya.
Norazura Badarudin, 26, yang kini masih bekerja dalam sektor swasta mendapat pesanan emel daripada Jobstreet.com untuk hadir pada hari ini.
“Selain mempelajari bagaimana hendak mengemaskini resume, saya berharap akan dapat kerja yang bersesuaian satu hari nanti,” katanya.
Menurut Salwah Shamsudin, Penolong Akauntan MSBA merangkap penyelia kaunter pendaftaran, selain pekerja yang diberhentikan, pihaknya turut menerima permohonan daripada mereka yang masih bekerja, lepasan graduan dan mereka yang ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
NOOR ALLIA KASSIM/selagorkini online
KEHIDUPAN PEMIMPIN SEDERHANA BUKAN BERMAKNA MEREKA TAK BERHARTA

Dalam perjuangan PAS, banyak contoh serta suri teladan tentang kehidupan pemimpin kontemporari PAS yang boleh diketengahkan.
Terpulang kepada kita sama ada ingin mencontohi mereka atau tidak. Zuhud dan qanaah tidak bermakna membuang "dunia" seratus peratus. Harta dan pangkat jika dikurniakan ALlah dianggap ujian dan perlu berhati-hati. Pabila nafas dan nadi terhenti, segala-galanya akan tinggal. Kubur jua kesudahan semua. Segala-galanya akan jadi tanah.
Lagi tinggi pangkat, lagi besar tanggungjawab. Lagi kaya di dunia, lagi lambat masuk syurga sebab banyak soal-periksa-audit.
Gaya hidup elit ditolak rakyat - Salahuddin
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengingatkan pemimpin parti tersebut agar menolak gaya hidup elit yang boleh menghakis sokongan rakyat.
Ketuanya, Salahuddin Ayob dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan antara sebab PAS mendapat sokongan rakyat kerana pemimpinnya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah
didekati rakyat.
"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka.
"Golongan muda juga memberikan sokongan kepada PAS gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati yang selama ini menjadi antara tonggak kekuatan PAS" katanya.
Beliau juga menegaskan golongan muda menolak Umno kerana mereka muak dengan gaya hidup elit pemimpin parti itu dan sukar didekati.
Jika pemimpin PAS mengamalkan gaya hidup elit tegas beliau tidak mustahil golongan muda akan menolak parti itu.
Beliau juga menegaskan, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti yang lebih merakyat dan cara hidup sederhana.
wannordin/Irwan Muhammad Zain/harakahdaily
BENARKAH KABINET BARU MENGUTAMAKAN PRESTASI DAN MENDAHULUKAN RAKYAT
Benarkah kabinet DS Najib dibentuk sebegitu rupa bertujuan untuk memuaskan hati rakyat, sesuai dengan slogan beliau "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan".
Dianggarkan terdapat 4 juta ahli UMNO seluruh negara masakini. Statistik yang diperolehi pada Januari 2008 ialah 3.7 juta orang. Sila klik imej di sebelah kanan untuk dibesarkan.
Sabah mempunyai jumlah ahli UMNO yang terbesar, diikuti dengan Johor, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, seramai 2300 perwakilan termasuk sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang mewakili 4 juta ahli UMNO seluruh negara telah membuat pilihan di peti undi untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan kecuali jawatan Presiden yang menang tanpa bertanding.
Lima puluh dua orang calon telah layak dicalonkan di peringkat bahagian bagi merebut 25 tempat yang disediakan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Seorang menarik diri dan seorang lagi diisytiharkan hilang kelayakan untuk bertanding. Sila lihat senarai di bawah untuk maksud perbincangan kita.
CALON UNTUK JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. Noh Bin Omar – Tanjong Karang (28)
2. Mohd Zin Bin Hj Mohamed – Sepang (36)
3. Musa Bin Hj Aman – Libaran (32)
4. Mustapa Bin Mohamed – Jeli (30)
5. Abdul Ghani Bin Othman – Ledang (49)
6. Ismail Sabri Bin Yaakob – Bera (48)
7. Zainal Abidin Bin Osman – Nibong Tebal (47)
8. Azian Bin Osman – Ipoh Timur (37)
9. Tajuddin Bin Abd Rahman – Pasir Salak (10)
10. Adnan Bin Yaakob – Bentong (07)
11. Azalina Binti Othman – Pengerang (21)-
12. Abd. Latiff Bin Ahmad – Mersing (03)
13. Mohamad Bin Hj Hassan – Rembau (33)
14. Sharil @ Shahrir Bin Ab Samad – Johor Bahru (24)
15. Mahdzir Bin Khalid – Padang Terap (51)
16. Ahmad Husni Bin Mohd Hanadzlah – Tambun (2)
17. Hamzah Bin Zainudin – Larut (35)
18. Ahd Shabery Bin Cheek – Kemaman (26)
19. Mohd Puad Bin Zarkashi – Batu Pahat (20)
20. Noraini Binti Ahmad – Parit Sulong (41)
21. Zulhasnan Bin Rafique – Setiawangsa (22)
22. Awang Adek Bin Hussin – Bachok (04)
23. Mohamad Norza Bin Zakaria – Wangsa Maju (tidak layak) (38)
24. Mohd Johari Bin Baharum – Kubang Pasu (25)
25. Shahidan Bin Kassim – Arau (50)
26. Idris Bin Haron – Tangga Batu (13)
27. Lajim Bin Ukim – Beaufort (11)
28. Shaziman Bin Abu Mansor – Tampin (40)
29. Saifuddin Bin Abdulllah – Temerloh (34)
30. Idris Bin Haji Jusoh – Besut (05)
31. Syed Ali Bin Abbas Alhabshee – Cheras (15)
32. Md. Isa Bin Sabu – Kangar (12)
33. Mokhtar Bin Radin – Kinabatangan (31)
34. Hilmi Bin Haji Yahaya – Balik Pulau (43)
35. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim – Baling (08)
36. Norraesah Binti Mohamad – Balik Pulau (44)
37. Hasan Bin Malek – Kuala Pilah (45)
38. Jamaludin Bin Dato Mohd Jarjis – Rompin (42)
39. Raja Ropiaah Binti Raja Abdullah – Petaling Jaya Utara (01)
40. Abdul Rahman Bin Bakar – Marang (17)
41. Halimah Binti Mohamed Sadique – Tenggara (29)
42. Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar – Larut (27)
43. Mohammed Radzi @ Mohd Radzi Bin Manan – Kampar (tarik diri)
44. Ishak Bin Ismail – Seremban (18)
45. Astaman Bin Abdul Aziz – Wangsa Maju (39)
46. Siti Zaharah Binti Sulaiman – Paya Besar (46)
47. Abdullah Bin Md Zin – Besut (23)
48. Zahidi Bin Zainul Abidin – Padang Besar (14)
49. Azhar Bin Ibrahim – Kepala Batas (19)
50. Azimi Bin Daim – Kulim–Bandar Baharu (09)
51. Sazmi Bin Miah – Machang (06)
52. Mohamed Jin Bin Samsudin – Bukit Gantang (16)
AHLI MAJLIS TERTINGGI YANG BERJAYA DALAM PEMILIHAN
1. DATUK MUSTAPA MOHAMED .............................. (2259 undi)
2. DATUK NOH OMAR ..................................... (2084 undi)
3. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN ...................... (2084 undi)
4. DATUK AZIAN OSMAN .................................. (2060 undi)
5. DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN .......................... (2054 undi)
6. DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED ........................ (1854 undi)
7. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB ..................... (1838 undi)
8. DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIN ..................... (1804 undi)
9. DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR .......................... (1705 undi)
10. DR MOHD PUAD ZARKASHI .............................. (1700 undi)
11. DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN ........................ (1685 undi)
12. DATUK HAJI IDRIS HJ HARON .......................... (1658 undi)
13. DATUK DR HAJI ABD LATIFF AHMAD ..................... (1624 undi)
14. DATUK SERI DR JAMALUDIN JARJIS ..................... (1622 undi)
15. DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ........................... (1619 undi)
16. DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD ......................... (1611 undi)
17. DATUK SERI MAHDZIR KHALID........................... (1584 undi)
18. DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH ................... (1529 undi)
19. DATUK HAMZAH ZAINUDIN .............................. (1518 undi)
20. DATUK BUNG MOKTAR RADIN ............................ (1517 undi)
21. DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN ......................... (1481 undi)
22. DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE ....................... (1431 undi)
23. DATUK AHMAD SHABERY CHEEK .......................... (1377 undi)
24. DATUK SERI IDRIS JUSOH ............................. (1275 undi)
25. DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM ...................... (1265 undi)
Keputusan perwakilan menolak empat Menteri Besar - Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad daripada menduduki MT, adalah kejutan sebenar pada pemilihan tahun ini.
Azalina yang menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke 12 dan pemilihan Umno bahagian Pengerang Johor ditolak oleh para perwakilan pada Mac lepas.
Keputusan perwakilan menolak empat Menteri Besar terbabit menyebabkan peluang Presiden untuk melantik `orang'nya ke dalam MT semakin mengecil.
Daripada 10 pelantikan - empat bakal diisi Menteri Besar yang kalah, tiga dari sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala selebihnya pemimpin dari negeri dikuasai Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.
Kabinet yang baru dibentuk mempunyai 29 orang menteri berbanding dengan 32 orang sebelum ini. Namun, Kabinet baru mempunyai 25 kementerian berbanding dengan 27 kementerian sebelum ini.
Dalam senarai anggota kabinet baru PM DS Najib, seramai 19 jawatan menteri dan 17 jawatan timbalan menteri datang dari UMNO. ( Sebelum ini seramai 23 jawatan menteri dan 16 jawatan timbalan menteri telah disandang oleh ahli UMNO .)
Separuh dari ahli MT yang baru dilantik oleh para perwakilan telah diketepikan dalam pemilihan jawatan menteri serta timbalan menteri.
Tujuh muka baru telah dipertanggungjawabkan dalam kabinet baru, tetapi 8 orang menteri dari kabinet Tun Pak Lah telah digugurkan.
Dua orang menteri dikekalkan di jawatan lama iaitu DS Nazri (tidak bertanding jawatan ahli MT) dan DS Mohd Khaled Nordin (kalah dalam pemilihan jawatan naib Presiden).
Terdapat 3 menteri dan 6 timbalan menteri yang dilantik melalui pintu belakang tanpa sebarang merit yang munasabah meskipun mereka telah ditolak oleh rakyat pada PRU ke 12 yang lalu. Inikah yang diuar-uarkan sebagai "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan"?
Kabinet baru DS Najib (FOTO ehsan berita harian) yang memenuhi ciri-ciri slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


PERPUSTAKAAN AWAM DI MALAYSIA
Menurut KP Perpustakaan Negara, terdapat 1089 perpustakaan di luar bandar seluruh negara termasuk 50 di negeri Kelantan. Mampukah jumlah begini menampung atau memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang berjumlah 25 juta (sumber CIA) . Apa yang perlu dilakukan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi membetulkan keadaan? Sila rujuk di bawah untuk statistik CIA tentang penduduk di Malaysia setakat April 2009.




Not Enough Libraries In Rural Areas - DG
The National Library is not able to supply reading material and books to rural areas, especially remote areas due to lack of libraries there said National Library Director-General Raslin Abu Bakar.
Though the National Library had set up libraries in rural and remote areas, not all such areas have libraries due to lack of funds.
"There are 1,089 libraries in rural areas throughout the country including about 50 in Kelantan. But the number is not sufficient as there are many areas without such benefits," he told reporters at the "A Day with National Astronaut held in conjunction with a reading campaign in Sekolah Kebangsaan Bahagia, here today.
He said a big amount of allocation was needed to build a library in rural areas and the amount can increase depending on the location, especially in interiors where boats are required to ferry materials.
"The normal allocation to build a library in the rural area is RM200,000 but that amount can increase depending on the location. As such, we hope the government would provide a bigger allocation for the purpose," he said.
BERNAMA
