Pray For MH370

Pray For MH370

HANIPA MAIDIN BERI PENJELASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PERMOHONAN ZAMBRY

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Mohamed Hanipa Maidin


Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini

Harakahdaily

Read More “HANIPA MAIDIN BERI PENJELASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PERMOHONAN ZAMBRY”  »»

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUNYA IMPLIKASI BESAR

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi di negara kita dengan keputusan mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak'

“The court is expressing an opinion about the legislative assembly while the state assembly has clear rules on governing itself." says former Perak Exco Datuk Ngeh.




*Court decision against speaker: ‘It’s interference’


*Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya


Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya



Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini.

Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut.

part1



part 2



part 3


part 4


part 5




Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar.

Kes ini katanya menjadi 'precedence' dan tidak mustahil akan berulang selepas ini.

"Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya.

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya.

Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya.

Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun.

mks/Wan Nordin Wan Yaacob/harakahdaily
------------------------------------------------------------------------------------------------

Court decision against speaker: ‘It’s interference’

IPOH: The judiciary has now interfered with the legislative powers of the Perak State Assembly and its Speaker, said former state senior executive council (exco) member Datuk Ngeh Koo Ham.

He was responding to Federal Court’s decision Thursday that Speaker V. Sivakumar did not have the power to suspend Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir and his six exco members from the assembly.

“The court has set a precedent as now whatever the Speaker says or do can be subject to review in the court,” he said.
Saying that the legislative assembly can ignore the court’s decision as it is only a declaration, Ngeh said:

“The court is expressing an opinion about the legislative assembly while the state assembly has clear rules on governing itself.”

Ngeh claimed that the court’s decision had created more confusion.

“When there is a political problem, it must be solved through political means,” he said, noting that the decision on who should be the rightful government of the day must be decided by people and the court cannot usurp that power.

“As far as we are concerned the Speaker’s power is paramount. He will exercise his power as a Speaker,” he added.

In Kota Baru, Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said the crisis in Perak could only end with a state election.

“I cannot exclude that the people may get frustrated and take matters into their hands and by that time things may be too late.

“The Barisan Government ... should have used the proper channel by going back to the people,” he told reporters after officiating a fund to refurbish the Al-Muhlisin mosque at Jalan Hospital here Thursday.


By SYLVIA LOOI/the Star

Read More “KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUNYA IMPLIKASI BESAR”  »»

PILIHANRAYA KECIL SENGAJA DIRANCANG, SEHARUSNYA DIADAKAN JIKA WUJUD KEMATIAN ADUN

Benarkan seperti yang disebut oleh Pengerusi Gerakan P.Pinang bahawa PRK segaja dirancang bagi mencipta gelombang sokongan rakyat kepada PKR agar PKR sentiasa di hati rakyat.

Sementera itu DS PM menyatakan bahawa PRK banyak menghabiskan wang. Politiking harus dikurangkan.

Banyak Wang Digunakan Untuk Pilihan Raya Kecil


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Katanya pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis.

"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-63 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM).

Ditanya adakah perbuatan ADUN Penanti itu mengkhianati pengundi di kawasan itu, Najib berkata itu terpulanglah kepada rakyat.

Najib berkata: "Ada banyak pendapat sekarang ini kita terlalu banyak sangat politiking dalam negara kita, walhal pada masa sekarang kita harus tumpu kepada usaha memulih ekonomi negara dan membela kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan untuk melihat ke hadapan dari segi masa depan negara kita dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi."

Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti yang dimenangninya pada pilihan raya umum tahun lepas berkuatkuasa semalam.

Dalam kenyataan beliau semalam, katanya keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Katanya ruang ini juga beliau akan gunakan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baiknya dari segala tomahan yang dilemparkan selama ini.

Mohammad Fairus, 32 kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan penyelewengan dalam kerja-kerja kuari.

Beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuatkuasa 8 April lepas.
---------------------------------------------------------------------------------------

Geraka
n Ada Motif PKR Di Penantin Lihat

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.

"Dia sengaja mencipta 'ombak' ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi," katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin Kham

Mohammad Fairus, 33, daripada PKR yang dilaporkan sedang disiasat berhubung kes rasuah, sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.

"Pada pandangan Gerakan, pilihan raya kecil seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional," kata Teng.

Beliau berkata bahawa daripada "drama" yang dimainkan oleh pembangkang sekarang, rakyat perlu menilai sejauh mana kesungguhan wakil rakyat mereka dalam usaha membangunkan negara serta menjaga kepentingan rakyat.

"Rakyat perlu buka mata dan lihat apa yang wakil rakyat pembangkang telah buat dan akan buat kerana segala tindak tanduk mereka akan memberi impak kepada negara," katanya.

Teng berkata jika pembangkang benar-benar menjaga kepentingan rakyat, mereka pasti tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil seperti ini diadakan ketika negara sedang dilanda krisis ekonomi.

"Pelabur asing melihat kepada kestabilan politik dan jika ia tidak stabil ini pastikan akan menjejaskan keyakinan mereka untuk terus melabur di negeri ini," katanya.

Teng berkata Gerakan akan mengadakan mesyuarat dengan parti-parti komponen BN di negeri itu dalam tempoh terdekat untuk merangka strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Di KEPALA BATAS, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata Umno negeri menyerahkan kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai calon BN bagi kerusi itu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menasihati anggota parti itu supaya menerima dengan hati terbuka calon yang dipilih oleh penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengenai ura-ura beliau mungkin diturunkan sebagai calon, Zahrain berkata: "Saya sudah menjadi Anggota Parlimen (Bayan Baru), mana boleh jadi ADUN tetapi kalau dipilih oleh parti, saya akan patuh," katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata polis sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

BERNAMA

Read More “PILIHANRAYA KECIL SENGAJA DIRANCANG, SEHARUSNYA DIADAKAN JIKA WUJUD KEMATIAN ADUN”  »»

SIAPAKAH CALON DI PRK PENANTI NANTI

Pertemuan antara PKR, DAP dan PAS mungkin dapat menyuraikan sedikit 'keserabutan' yang dialami oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng .

Ini sekaligus mendapat jawapan siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang jika menang di Penanti nanti.


Anwar di Penanti malam ini, rungkai soal calon

Kembalinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang petang ini dijangka merumuskan adunan baru Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Penanti pada masa yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) kelak.

Pertemuan dengan PAS dan kemungkinan bersama DAP di Yayasan Aman, Penanti malam ini pastinya menfokuskan kekosongan kerusi yang ditinggalkan oleh penyandangnya, Mohamad Fairus Khairudin.

Pertemuan malam ini juga dijangka boleh menyuraikan sedikit 'keserabutan' yang dialami oleh Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng sekaligus mendapat jawapan siapa yang bakal mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang jika menang di Penanti nanti.

Harakahdaily juga difahamkan PAS Negeri juga berhasrat meletakkan calon yang berwibawa di situ sekiranya mandat diberikan kepada PAS pula kali ini memandangkan realiti yang ada ekoran berlaku kes-kes yang boleh merendahkan kewibawaan KeADILan secara langsung.

Apa pun, sama-sama rakyat menunggu apakah langkah-langkah terbaru yang bakal dicaturkan di situ nanti untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi setahun lalu.

Seandainya KeADILan bertanding di situ juga, parti itu seharusnya memilih calon-calon yang benar-benar bertanggungjawab, dikenali ramai, sering turun padang, berpontesi dengan adeal bernas memajukan negeri dan sanggup bekerjasama dalam satu pasukan.

Bukan apa, ia amat penting ekoran Dun Penanti agak kurang pemerhatian sebelum ini ekoran kemenangan Fairus dan dilantik sebagai TKM 1 memerlukan masa yang lebih terhadap pengurusan kerajaan yang terpaksa bermula dengan kosong setelah BN lari lintang pukang tanpa meninggalkan satu fail pun untuk rujukan kerajaan baru.

Teka-teki siapa penganti Fairus akan terjawab sedikit masa lagi sama ada calonya terdiri daripada KeADILan sendiri atau kemungkinan PAS akan mengisi kekosongan tersebut. Siapa tahu melainkan Allah SWT sahaja.


mks/Mohd Sabri Said/harakahdaily

Read More “SIAPAKAH CALON DI PRK PENANTI NANTI”  »»

VIDEO PERIHAL ELI WONG KEKAL SEBAGAI ADUN DAN EXCO SELANGOR

VIDEO YAB TAN SRI KHALID SERTA EXCO SELANGOR DAN ELI WONG MENERIMA BALIK JAWATAN EXCO

Read More “VIDEO PERIHAL ELI WONG KEKAL SEBAGAI ADUN DAN EXCO SELANGOR”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com