http://www.selangorkini.com.my/my/berita/22702
Rakyat Selangor semakin ramai sedar tentang sifat inklusif kerajaan SELANGOR kerana benar-benar mahu menyelesaikan masalah semua rakyat daripada mana-mana bangsa daripada semua keperluan asas seperti makanan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan perumahan.
Justeru, rakyat semua kaum tidak akan gusar kerana segala kepentingan mereka diambil kira dan menjadi paksi urustadbir kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR.
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AMBILKIRA KEPERLUAN,KEPENTINGAN SEMUA
GERAKAN MENULIS PERDANA NEGERI SELANGOR
Kerajaan Selangor mahu melahirkan penulis-penulis yang mampu menampung keperluan bahan bacaan di negeri Selangor. Keperluan mendesak ini menjadi lebih ketara setelah kejayaan GERAKAN MEMBACA PERDANA SELANGOR 2010 yang disempurnakan pelancarannya oleh DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR pada 26.6.10. Peningkatan keahlian yang amat memberangsangkan ekoran daripada gerakan membaca perdana tersebut yang berjaya memecah rekod penyertaan 15,271 orang oleh MALAYSIA BOOK OF RECORDS.
Malangnya, apabila semakin melonjak minat rakyat Selangor khususnya daripada pelajar/remaja Selangor mengalami kekurangan bahan buku khususnya yang mempunyai nilai setempat yang ditulis oleh penulis setempat atau dalam negeri.. Justeru, kerajaan Selangor mahu menyemarakkan minat dan sekurang-kurangnya kesedaran dikalangan rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya perlu memulakan tabiat rajin menulis. Insyaallah dengan cetusan gelombang minat menulis, merekodkan, mendokumenkan pengalaman dan 'tacit knowledge' akan memperkayakan bahan kesusasteraan(literature).Ini akan menjana sumber ilmu dan adalah selari dan selaras dengan misi EXCO PENDIDIKAN SELANGOR untuk menjadikan Selangor Hub Ilmuwan Hub Pendidikan.
Malangnya, apabila semakin melonjak minat rakyat Selangor khususnya daripada pelajar/remaja Selangor mengalami kekurangan bahan buku khususnya yang mempunyai nilai setempat yang ditulis oleh penulis setempat atau dalam negeri.. Justeru, kerajaan Selangor mahu menyemarakkan minat dan sekurang-kurangnya kesedaran dikalangan rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya perlu memulakan tabiat rajin menulis. Insyaallah dengan cetusan gelombang minat menulis, merekodkan, mendokumenkan pengalaman dan 'tacit knowledge' akan memperkayakan bahan kesusasteraan(literature).Ini akan menjana sumber ilmu dan adalah selari dan selaras dengan misi EXCO PENDIDIKAN SELANGOR untuk menjadikan Selangor Hub Ilmuwan Hub Pendidikan.
Sebagai kerajaan yang sentiasa berpijak dbumi yang nyata JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN SELANGOR telah memulakan kempen bersejarah yang melibat pimpinan tertinggi negeri hingga kepada rakyat jelata samada pekerja kilang,pekerja ladang, pengusaha nurseri dan tadika, lelaki dan wanita, miskin kaya, kota dan desa, pensyarah dan mahasiswa, kontraktor dan peniaga.Penulis -penulis kolektif seluruh Selangor termasuk wakil rakyat, ketua kampung, ketua jabatan yang akan dimuatkan dalam satu buku sebagai koleksi bersejarah yang memuatkan segala hasrat dan impian pemimpin dan rakyat dari perspektif masing-masing bidang.
Maka, tajuk yang relevan untuk semua yang dimaksudkan ialah SELANGOR NEGERI IDAMAN, MAJU, SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN. Hasil titik peluh semua ini akan disimpan di PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR.
Semua rakyat hadir dijemput ikut serta. Segala perincian boleh didapati portal kerajaan negeri Selangor.
Read More “GERAKAN MENULIS PERDANA NEGERI SELANGOR” »»
Labels:
Rakyat Selangor Menulis
TITAH SULTAN SELANGOR & TEKS UCAPAN DATUK MB SELANGOR DI SIDANG DUN SELANGOR
Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan pekenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.
Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
Teks penuh ucapan di SINI Read More “TITAH SULTAN SELANGOR & TEKS UCAPAN DATUK MB SELANGOR DI SIDANG DUN SELANGOR” »»
Labels:
DEWAN UNDANGAN NEGERI,
MB Selangor
PROGRAM BERSAMA ANAK DHPP
Alhamdulillah, kerajaan negeri Selangor di bawah EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN telah berjaya mengumpul hampir 100 pelajar India dari seluruh Selangor untuk mengikuti program S.P.I.E.S.selama 2hari1malam di HULU LANGAT. Mereka meluahkan rasa kegembiraan luar biasa di atas peluang yang diberi.Inilah yang dimaksudkan kerajaan pakatan rakyat mengambil tindakan inklusif.
Labels:
Menyantuni semua kaum
DHPP mengorak langkah bantu PAS menangkan calon di kawasan bukan MELAYU
22.1.11. DUN TENANG ,LABIS, JOHOR
Selesai penamaan calon, LPN PAS PUSAT sempat bermesyuarat dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS PUSAT untuk merangka strategi membantu memenangkan calon PAS NORMALA SUDIRMAN di bilik mesyuarat TENANG.Mesyuarat dipengerusi oleh YB DR MUJAHID RAWA.Turut hadir Timbalannya YB Dr Hjh Halimah Ali, Setiausaha HJH KAMARIAH,Pengerusi DHPP Pusat HU PANG CHAW, Timbalan BALASUBRAMANIAM, KETUA WANITA KUMUTHA dan lain-lain
Keyakinan DHPP bersama PAS yang dilihat berintegriti dan mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dan berterus terang serta jujur mahu memperjuangkan nasib mereka seperti saudara sendiri memberi semangat luar biasa di kalangan mereka.Takbir, dibawah payung PAS mereka rasa masa depan mereka lebih terjamin.
Mereka juga menerima disiplin yang dikenakan oleh PAS untuk menjaga keutuhan parti.
PAS for all!
Mereka menerima sepenuhnya pencalonan NORMALA.. Bahkan mereka semakin tersingkap hijab yang ditanamkan MIIC/MCA/UMNO/BN persepsi bahawa PAS meletak wanita sebagai second class.
Mereka sudah biasa melihat dalam LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS PUSAT sendiri di mana TIMBALAN PENGERUSI dan SETIAUSAHAnya adalah daripada kalangan Muslimat.
Pengundi Kaum Tionghua DUN TENANG bersama mengangkat bendera PAS dengan YB DR HALIMAH dan HJH KAMARIAH Read More “DHPP mengorak langkah bantu PAS menangkan calon di kawasan bukan MELAYU” »»
Labels:
GENIU = BULAN(HOKKIEN)
Subscribe to:
Posts (Atom)

Selama ini lazimnya anak-anak kaum India tidak dijemput untuk menyertai program bina insan oleh kerajaan BN.
