Kerajaan Selangor memahami nilai keringat pengusaha-pengusaha SAR atau Sekolah Agama Rakyat yang dibina atas kemurnian niat beberapa individu yang mahu menyemai amal jariah untuk mempastikan bangsanya melalui lorong hidup yang ditetap oleh Rabbul Jalil.
Berbekal keazaman melangit, semangat membukit, keberanian mengambil risiko maka diperah keringat sampai ke tumit, menerpa jalan yang sulit untuk mendidik anak cucu dan cicit erti hidup sebelum menjadi mayyit!
Jawatankuasa Tetap Pendidikan yang dipengerusi oleh YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengambil inisiatif untuk mengumpul semua NGO-NGO yang menaungi SAR di seluruh Selangor untuk berbincang sebelum merangka pelan tindakan bagi memperkasakanjenis institusi pendidikan terlama dan paling berksan dan terbukti tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Alhamdulillah, pelbagai NGO-NGO Islam yang kaya pengalaman dalam pendidikan seperti JIM, ABIM dan yang lebih baru HALUAN dan PITAS disamping sekolah-sekolah di bawah GAPIS di tautkan dalam ikatan ukhuwwah dan diamanahkan untuk bersinergi mentarbiyyahkan ummah khususnya generasi muda.
Terbentuklah MAPPIS(Majlis Permuafakatan Isntitusi Pendidikan Selangor) yang telah dilancarkan oleh YAB Dato' Besar Selangor pada 2009. MAPPIS adalah instrumental dalam memperkasakan sekolah-jenis SAR dan telah berjaya melatih pedagogi kepada guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan untuk mengajar termasuk dalam subjek akademik seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
MAPPIS sedang melalui proses berkembang dan memantau kemajuan SAR di Selangor supaya kualiti pendidikan dalam sekolah-sekolah ini terjamin dan benar-benar melahirkan modal insan yang mampu berjaya di dunia hingga akhirat insyaallah.
Di antara program yang telah berjaya dilaksanakan oleh MAPPIS ialah konvensyen pendidikan tahunan, JAMBORI AMAL ISLAMI SAR(ikut serta SABK) dan latihan guru serta pemantauan infrastruktur dan sarana sekolah yang setakat ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM18JUTA daripada kerajaan Selangor.
Read More “Kerajaan Selangor sponsor program JAMBORI AMAL ISLAMI untuk SEKOLAH AGAMA RAKYAT” »»
PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR: Tahniah ADUN BANGI!
Monday, October 10, 2011
Menitip Panduan Terhadap Pelajar-Pelajar Menduduki Peperiksaan
Sudah tiga tahun Tuisyen Rakyat yang dianjurkan oleh pihak negeri berlangsung. Pada dasarnya bimbingan yang diberi terhadap pelajar-pelajar di kawasan-kawasan Dun di Selangor memberi kesan positif. Bukti dapat dilihat dari kelas-kelas Tuisyen Rakyat di Dun Bangi, makin meningkat. Penghargaan dan insentif tahunan terhadap pelajar-pelajar SPM setiap tahun menunjukkan sebahagian yang menerima insentif kecemerlangan SPM termasuk dari Kelas Tuisyen Rakyat (Tahun lepas 3 orang dari pelajar yang skor 9 A di DUN Bangi adalah dari Kelas Tuisyen Rakyat di DUN Bangi).
Pada tahun ini Program Tuisyen Rakyat khususnya di DUN Bangi terus dijalankan dan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas motivasi dan bengkel-bengkel persediaan menghadapi pepereiksaan di adakan. Misalnya pada hari ini Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor (PTRS) mengadakan Bengkel Pecutan Akhir SPM bertempat di Auditorium Utama, German Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor di bawah pengendalian E-Class Training Center (M) Sdn, Bhd. Sebagai anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor & KPMI Dun Semenyih, Dusun Tua, Kajang, Bangi dan Balakong. Hadir ke Majlis Perasmian Bengkel Pecutan Akhir SPM pagi ini ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi selaku Perasmi, YB Lee Kim Sin Adun Kajang, Tuan Haji Mat Jan Penyelaras Dun Dusun Tua, Cikgu Mohd. Hamdan bin Safar dari E-Class Training Center, Penyelaras-Penyelaras dari 5 kawasan, guru-guru dan pelajar-pelajar yang kesemuanya berjumlah seramai 240 orang.Adun Bangi dalam Ucapan Perasmian, mengucap tahniah kepada pihak Penganjur yang sekali lagi dapat mengadakan Bengkel Pecutan Akhir SPM. Beliau mengharapkan pihak pelajar memberi tumpuan terhadap kaedah-kaedah pembelajaran, terutama persediaan pada peringkat akhir menjelang menghadapi peperiksaan. Menurutnya penguasaan pelajar-pelajar terhadap bidang pelajaran yang dipelajari tidak menjamin pelajar-pelajar mencapai keputusan yang baik. Menguasai bidang pelajaran, memahami soalan dan kaedah menjawab soalan menepati apa yang dikehendaki soalan adalah penting. Perkara ini tentulah menjadi sebahagian daripada apa yang akan dibincangkan di dalam bengkel nanti. Adun difahamkan bahawa pembimbing-pembimbing yang akan mengisi bengkel pada hari ini adalah dari kalangan guru-guru berpengalaman yang pernah memeriksa kertas-kertas soalan di dalam bidang masing-masing. Oleh itu Adun berharap anak-anak akan memberi tumpuan terhadap bengkel dan membuat persediaan rapi sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula dari 14 November – 14 Disember 2011.
Adun Bangi mengingatkan kepada pelajar-pelajar harapan agar pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan tidak saja dari ibu bapa, tetapi kerajaan negeri, bahkan Adun-Adun bagi setiap kawasan yang menganjurkan Kelas Tuisyen Rakyat. Pelajar-pelajar adalah wakil-wakil yang akan menyerlahkan kawasan Dun dan Negeri yang menyediakan peruntukan khas sebagai galakan dan insentif terhadap pelajar-pelajar Adun merasmikan bengkel dengan harapan lebih ramai mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan dan seterusnya menjadi pelajar pilihan yang akan menyambung pelajaran di dalam berbagai-bagai bidang pelajaran. Adun menyebut bahawa pemilihan GMI sebagai tempat bengkel agar memberi rangsangan dan inspirasi kepada pelajar-pelajar bersungguh-sungguh di dalam pelajaran dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran termasuk ke GMI yang canggih dan moden ini.
Sebelum dari itu YB Cikgu Lee Kim Sin, menekankan perlunya memahami teknik jawapan untuk mendapat skor dalam peperiksaan. Pelajar juga perlu melalui motivasi bagi meningkatkan prestasi peperiksaan. Beliau menggalakkan berdiskusi dan bertukar-tukar maklumat dan perbincangan melalui facebook. Cikgu Mohd Hamdan sebelumnya memaklumkan kepelbagaian pendekatan bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di dalam pelajaran seperti parenting, smart learning, Pelancaran PTRS, bengkel, pecutan akhir dan bengkel Motivasi Perdana yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 nanti bertempat di Stadium Melawati di Shah Alam.
Bengkel Seharian (8.00 pagi – 5.00 petang) Bersama Guru-Guru Berpengalaman menumpukan pendekatan di dalam menjawab soalan Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Di dalam bengkel berbagai petua disampaikan. Antaranya (Petua-petua di bawah adalah petikan dari kertas disediakan oleh penganjur dengan perubahan dan penyesuaian):Persediaan Menghadapi Pelajaran
- Programkan peperiksaan sesuatu yang positif
- Buat Latihan menjawab soalan tahun lalu dan soalan ramalan dalam suasana peperiksaan yang sebenar.
- Buat peta minda – merancang jawapan peperiksaan – untuk jawapan kepada soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan soalan ramalan.
- Buat contoh jawapan yang lengkap dan rujuk kepada guru untuk penilaian
- Latih-tubi menjawab soalan peperiksaan dan ramalan dalam kumpulan.
- Jadikan bilik studi sebagai bilik gerakan peperiksaan. Tuliskan: Matlamat, Count Down.
- Ketahui tempat duduk dalam dewan peperiksaan – Kenalpasti rakan yang duduk di sekeliling dalam dewan peperiksaan.
Peresediaan di Malam Peperiksaan
- Lakukan amalan kerohanian yang sewajarnya
- Sediakan semua berkaitan yang diperlukan
- Tidur awal
Petua Semasa di Dalam Dewan Peperiksaan
- Baca basmalah dan salawat serta masuk dengan kaki kanan
- Duduk dengan selesa
- Keluarkan kad pengenalan dan slip peperiksaan
- Baca doa penerang hati
- Tarik nafas panjang beberapa kali
- Lakukan penafasan pemulihan jika gemuruh
- Senyum
- Bisikkan pada hati agar dapat menjawab semua soalan peperiksaan
- Dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
- Baca arahan dalam kertas peperiksaan dengan teliti
- Baca semua soalan subjektif dan tandakan soalan yang hendak dijawab
- Bahagikan masa dengan saksama
- Baca soalan 2 – 3 kali dengan teliti dan rangka jawapan
- Dapatkan bantuan dari pengawas peperiksaan jika tidak faham soalan atau arahan
- Elak daripada melakukan perbuatan yang mencurigakan
- Jika buntu: Istighfar dan doa dan cuba ingat kembali fakta
- Semak semula jawapan setelah selesai menjawab
- Elakkan melukis di atas kertas jawapan
- Elak menulis surat rayuan di dalam kertas jawapan
- Berdoa sebelum kertas jawapan dikutip.
Petua Selepas Peperiksaan
- Bersalaman dengan cikgu pengawas
- Ucap tahniah kepada kawan-kawan
- Elak berbincang lepas periksa
- Ucap terima kasih dan minta maaf pada guru-guru
- Elak melepaskan geram dengan melakukan kerosakan
- Lupakan peperiksaan yang lepas dan fokus pada peperiksaan seterusnya
- Doakan kejayaan diri dan rakan-rakan dalam peperiksaan yang telah berlalu
- Buat perancangan masa cuti setelah tamat peperiksaan
Petua Untuk Ibu Bapa
- Wujudkan keharmonian rumahtangga
- Hiburkan anak-anak dan bagi semangat
- Ambil cuti
- Puasa sunat
- Baca Al-Qur`an
- Membanyak sadakah
- Doakan kejayaan anak
Semoga semua di dalam Hidayah Allah dan didoakan semoga mencapai keputusan cemerlang. Insya Allah.
Sekian.
Rakyat Malaysia mahu gula-gula daripada kerajaan ATAU mahu KERAJAAN YANG CEKAP DAN AMANAH??!!
Bajet tarik undi, kata Kit Siang
| MALAYSIAKINI | 3:46PM Okt 9 |
Limpahan 'gula-gula' bagi memancing undi - begitulah ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menilai belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.
Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, ia semata-mata disasarkan menarik sokongan pengundi dengan tidak menyentuh sama sekali tentang sistem yang korup dan tidak adil.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, belanjawan itu direka untuk Najib memenangi pilihan raya dan bukan pembaharuan atau perubahan kepada sistem dan institusi dalam negara.
"Ini menyaksikan bagaimana Malaysia tewas dalam persaingan antarabangsa dan dipotong lebih banyak negara di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, dan pembangunan sumber manusia," katanya.
Lim berkata, badan ketelusan global Transparency International mengeluh bahawa Belanjawan 2012 gagal membawa negara ini ke arah ketelusan, yang sekali gus digambarkan penganalisis ekonomi sebagai "bukan acara untuk pasaran".
[Baca berita penuh]
Read More “Rakyat Malaysia mahu gula-gula daripada kerajaan ATAU mahu KERAJAAN YANG CEKAP DAN AMANAH??!!” »»
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, belanjawan itu direka untuk Najib memenangi pilihan raya dan bukan pembaharuan atau perubahan kepada sistem dan institusi dalam negara.
"Ini menyaksikan bagaimana Malaysia tewas dalam persaingan antarabangsa dan dipotong lebih banyak negara di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, dan pembangunan sumber manusia," katanya.
Lim berkata, badan ketelusan global Transparency International mengeluh bahawa Belanjawan 2012 gagal membawa negara ini ke arah ketelusan, yang sekali gus digambarkan penganalisis ekonomi sebagai "bukan acara untuk pasaran".
[Baca berita penuh]
Bekas Pengarah Pendidikan Perak masuk PAS, cikgu bila lagi?!!!
| Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS | | Print | |
| Muhammad Faeez |
| Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini. Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci. "Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal. Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam. Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno. "Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak. "Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi. |
Bajet BN 2012 tidak peduli nasib 12JUTA pekerja Malaysia.
| Bajet 2012: BN anak tiri 12 juta pekerja | | Print | |
| Aziz Muda |
| Menerusi bajet tersebut, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini. Menurut beliau, dengan itu, bajet tersebut jelas bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat bagi memancing undi pilihanraya, tetapi tetap gagal menyelesaikan permasalahan dan bebanan yang dialami oleh rayat dalam jangka masa panjang. Katanya, ketidakikhlasan Kerajaan BN dalam membantu rakyat turut kelihatan apabila bekas polis dan tentera termasuk yang bertugas ketika zaman darurat sama ada balu, duda dan sebagainya hanya baru dibantu sekarang dengan sumbangan RM3,000 seorang. "Pada hal mereka sepatutnya dah lama diberikan bantuan seperti itu. Kenapa baru sekarang hendak diberikan?" katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua pihak terbabit wajar menerima sumbangan tersebut kerana ia sememangnya merupakan hak mereka sendiri yang sepatutnya sudah lama diberikan oleh kerajaan. Katanya, sungguhpun begitu, Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap meragui sama ada sumbangan tersebut benar-benar akan sampai kepada sasaran. "Sejak dulu, BN sememangnya terkenal dengan masalah ketirisan dalam pengagihan sumbangan-sumbangan seperti itu kepada golongan sasar. "Kali ini, pelbagai pihak turut meragui sama ada wang tersebut akan sampai sepenuhnya kepada sasaran atau tidak atau tetap terus tiris di tengah jalan juga seperti yang lalu," tegasnya. Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan gula-gula BN itu kerana ia tetap tidak akan memihak kepada rakyat. Katanya, bajet tersebut jelas merupakan bajet pilihanraya dengan pelbagai pemberian menarik daripada Kerajaan BN kepada rakyat untuk dinikmati dalam jangka masa pendek, tetapi terus membebankan orang ramai setelah selesai pilihanraya. "Sebelum pilihanraya, mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada rakyat dengan melibatkan peruntukan yang besar, tetapi setelah selesai pilihanraya dan kemenangan pula berpihak kepada mereka, rakyat pasti akan dikenakan pelbagai bebanan lain pula nanti. "Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dimenangani oleh BN juga, selesai sahaja pilihanraya, barangan keperluan utama rakyat pasti akan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan, di samping pelbagai jenis cukai," katanya. Permainan seperti itu, menurutnya, sememangnya telah dilakukan oleh BN sejak dulu dan ia amat perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini agar tidak terus tertipu. Malah sekarangpun, katanya, rakyat juga boleh menilai tentang permainan BN itu apabila banyak juga peruntukan lain yang disediakan itu jelas memberikan keuntungan kepada para pemimpin BN dan kroni-kroni mereka sendiri. "Tindakan itu dilakukan menerusi pemberian subsidi tertentu kepada pihak-pihak terbabit, tetapi tidak pula ditambah peruntukan subsidi petroleum bagi menurunkan harga minyak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang ramai," ujar beliau. |
Subscribe to:
Posts (Atom)

