Pray For MH370

Pray For MH370

CALON SISWA BAKAL LAWAN NAJIB DI PEKAN

                                                           

 Kumpulan mahasiswa umum cabar Najib di Pekan


Kumpulan mahasiswa dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa PRU13 mengumumkan akan menurunkan calon bertanding di parlimen Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, pengerusi kumpulan siswa tersebut Syis Abdul Kadir berkata calon mereka itu akan diumumkan sebaik sahaja perdana menteri mengumumkan tarikh pilihan raya.

Mereka kini sedang menimbangkan beberapa orang daripada kalangan mereka untuk berdepan presiden Umno itu dalam pertandingan satu lawan satu, katanya.

Tambahnya, tindakan bertanding di kawasan kubu kuat perdana menteri itu bagi menunjukkan sentimen mahasiswa yang didakwa menolak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Syis berkata, kumpulan mahasiswa dengan kekuatan jentera seramai 500 orang itu akan berkempen dengan membawa isu melibatkan golongan pelajar.

"Isu mahasiswa bukan sekadar isu mahasiswa sahaja - isu pendidikan percuma, isu PTPTN, yang menjadi penjamin itu adalah ibu dan ayah (yang bukan mahasiswa).

"Isu mahasiswa juga adalah isu rakyat sebenarnya," kata Syis yang menambah, kempen tersebut akan dimulakan dengan program 'Mahasiswa Turun Pekan' bermula 11 hingga 17 Februari depan untuk "mendekati dan memahami jerih perih kehidupan rakyat".

Sidang media pagi tadi turut disokong beberapa gerakan mahasiswa lain antaranya Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), serta persatuan mahasiswa Islam dari Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Hujung tahun lepas, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa mahasiswa dibenarkan bertanding bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya ia dibuat untuk mengiktiraf fungsi, sumbangan serta kematangan pemikiran mahasiswa dalam negara.-Malaysiakini/harakahdaily

Read More “CALON SISWA BAKAL LAWAN NAJIB DI PEKAN”  »»

BERITA BAIK UNTUK BELIA SELANGOR

Selangor beri RM200 untuk pasangan muda berkahwin
February 06, 2013

SHAH ALAM, 6 Feb -- Kerajaan negeri Selangor akan memberi RM200 kepada pasangan muda yang berkahwin mulai minggu hadapan.

Mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunos Hairi berkata, mereka yang lahir di Selangor akan menerima wang tersebut melalui simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam, manakala simpanan premium BSN bagi yang bukan beragama Islam, kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

“Kerajaan negeri akan memberi insentif perkahwinan belia untuk anak Selangor yang mahu melaksanakan perkahwinan sebagai hadiah kerajaan negeri kepada rakyat,” kata Dr Yunos lagi.

Kata Dr Yunos lagi, bagaimanapun ia tertakluk kepada seorang sahaja dalam satu pasangan.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menunaikan janji kerajaan negeri ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam yang berlangsung bulan lalu.-Oleh Nomy Nozwir/Malaysian Insider


Read More “BERITA BAIK UNTUK BELIA SELANGOR”  »»

70 JUTA UNTUK PENDIDIKAN SELAMA LIMA TAHUN

Selangor peruntuk RM70.4 juta untuk pelajaran Selangorku


 06 Feb 2013

 SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000. Manakala, sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.


Dr Halimah berkata, seramai 758 pelajar diberikan pengurangan dan pelupusan bayaran balik atas sebab Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang mulai tahun 2004 hingga 2012. Katanya, sejumlah RM5.05 juta jumlah pinjaman pelajaran yang dilupuskan sejak lapan tahun lalu. “Bagi PNGK di antara 3.75 hingga 4.00 pinjaman diubah kepada biasiswa penuh dan bagi 3.49 hingga 3.74 diberi kadar pengurangan pinjaman sebanyak 50 peratus dan bagi 3.20 hingga 3.49 diberi pengurangan sebanyak 25 peratus,” katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang tadi.-selangorku

Read More “70 JUTA UNTUK PENDIDIKAN SELAMA LIMA TAHUN”  »»

PENDAFTARAN SUKARELAWAN PRU13

Anda dipersilakan mendaftar sebagai sukarelawan PRU13 DI  SINI





Read More “PENDAFTARAN SUKARELAWAN PRU13”  »»

RIBUAN PEMINAT PSY RAYU USAH JADI ALAT BN

Peminat rayu Psy: Jangan jadi alat BN

 Kumpulan peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang. Ramai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan.

Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini. "Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia," mesej tersebut dipetik.

 Kenyataan berkenaan juga mendakwa acara tersebut dibayar dengan menggunakan wang rakyat. BN bagaimanapun semalam menjelaskan bahawa ia ditaja oleh sebuah syarikat swasta. Mesej berkenaan juga mendakwa BN cuba mengolah pemikiran generasi muda dengan mewujudkan illusi bahawa negara ditadbir dengan baik memandangkan pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi "Kami tiada pilihan selain menggesa dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolonglah, dengar suara kami.-malaysiakini

Read More “RIBUAN PEMINAT PSY RAYU USAH JADI ALAT BN”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com