Fenomena menarik dalam keputusan PRK ROMPIN. Undi yang diperolehi calon PAS Ustaz Nazri, tidak banyak berbeza daripada undi yang diperolehi oleh calon PAS pada PRU13. Namun pada PRU KE 13 CALON PAS kalah 15,114 undi. Hari ini pengundi Rompin menunjukkan angin yang sedikit luar biasa kerana calon BN hanya mendapat majoriti 8,234 undi. Tahniah kepada ahli Parlimen Rompin yang baru daripada BN.
Lazimnya untuk PRK kecil, calon pembangkang kalah lagi teruk kerana segala tumpuan BN akan diarah ke tempat PRK, BN mempastikan segala jentera,media bahkan segala gula-gula akan dihantar ke tempat menambat hati pengundi. Sejarah juga merekodkan lazimnya warga Felda akan pulun mengundi BN.
Amat memberangsangkan apabila PAS tidak banyak hilang undi bermakna, PAS berjaya mengekal sokongan dan dengan itu memperolehi undi yang lebih kurang sama dalam masa pengundi luar yang kebanyakkannya pengundi muda tidak pulang mengundi. Maka, kemungkinan besar, PAS sudah berjaya memperolehi undi 'baru' daripada penduduk yang bermukim di Rompin.
Ironinya, pengundi BN merosot agak teruk. Yang lebih mencemaskan BN barangkali ialah PAS sudah menang di tempat peti undi Felda Keratong 4: BN:841 ; PAS 865
FELDA KERATONG 2: BN 930; PAS 940
Siapa kata orang FELDA tidak pandai mengundi?!
Siapa kata orang FELDA tak faham keperitan GST?!
Siapa kata anak FELDA tidak mengerti politik?!
Mudah mudahan perkembangan positif ini terus mendapat momentum perubahan hingga ke PRU 14.
Tahniah NGO ANAK! Tahniah Mazlan Aliman dan pasukan.
Tahniah kepada semua anggota jentera pilihanraya PAS yang telah berkhidmat cemerlang
Siiru 'ala barakatillah.
Terima kasih PAKATAN RAKYAT
Semoga Permatang Pauh kekal menang.
PRK ROMPIN: tahniah warga Felda berani berubah
USAH CEPAT MELATAH, NANTI CANGKIR PECAH!
Apabila seseorang individu stress, beliau berisiko tinggi untuk salah tafsir apa yang didengar dan dilihat.Lazimnya secara negatif. Persepsi salah ini sering mengakibatkan emosinya terganggu: marah,geram, risau. Ini mencetus satu reaksi berangkai(chain reaction) yang boleh mendorong mulutnya berkata-kata perkara yang tidak sepatutnya, melukakan hati orang lain, meninggikan suara bahkan merangsangkan kaki tangannya untuk bertindak liar bagi menzahirkan luapan kemarahannya. Ia juga menatijahkan reaksi destruktif yang infektif di media sosial seperti fb, twitter, Whatsapp dsb. Cerita yang penuh emosi amatlah sensasi. Ia cepat merebak bila diviralkan. Ini baru tahap 'individu' yang stress.
Apabila sekelompok individu yang stress samada daripada punca yang sama dan biasanya bercampur aduk dengan stressor tahap individu itu sendiri semakin kompleks lah sesuatu insiden yang 'common' untuk semua di timbulkan sebagai isu oleh individu berpengaruh dalam kelompok tersebut. 'Hujjah' masing masing bila dipanjangkan serta di tambah rempah ratus, maka akan menimbulkan ketegangan dalam kelompok apabila berlaku perbezaan persepsi dan pendapat. Masing-masing kelompok akan berpegang kepada pandangan sendiri dan berhujjah berdasarkan maklumat terhad atau fakta separuh separuh.Apabila'opinion leaders' dalam kelompok ini bersikap eksklusif dan berperwatakan keras lebih lebih bila disulami dengan ego yang tinggi maka keadaan tegang ini sukar untuk dikendurkan. Sepatutnya masing-masing ketua kelompok ini boleh menerima konsep keharmonian yang memungkinkan kekusutan terlerai dengan baik dan menang-menang. Mereka sepatutnya matang untuk menerima hakikat bahawa sekiranya si A betul, itu tidak bermakna si B salah. Begitu juga sebaliknya. Tambahan, sekiranya si B salah, itu bukan bukti bahawa si A betul.Apa asasnya, buktinya. Mesti objektif bukan subjektif.
Mana-mana organisasi yang mahu menghadapi pemilihan pemimpin akan dilanda ribut-ribut dalam cangkir. Selesai pemilihan, ribut pun reda. Namun ribut dalam cangkir yang di tambah dengan gegaran daripada luar cangkir akan menumpahkan banyak air daripada cawan tersebut. Air semakin kurang dalam cawan. Dan sekiranya pukulan luaran terlampau kuat dan ribut di dalam tidak ditenangkan, cangkir boleh retak dan terus pecah.
Mudah-mudahan organisasi Islam cepat menyedari fenomena ribut dalam cangkir ini.Mudah-mudahan juga 'pengguna-pengguna' cangkir yang mendapat manfaat daripada maslahah daripada perjuangan Hizbul Islam bersama terus menyokong dan berdoa agar cabaran demi cabaran ini boleh segera diredakan dengan bermodelkan perjuangan Rasulullah saw.
Tundukkan EGO
Kawalkan EMOSI
OBATKAN HATI, INGAT ILAHI
Latih diri , 'mati sebelum mati'.
'THE PAS PERFECT FORMULA': FORMULA TERBAIK UNTUK PAS
Bismillah
Bulan Jun lazimnya memang cuaca panas, kering dan mencabar....kurang selesa.
Bulan Jun 2015, lebih mencabar dan akan mencuri perhatian serta mengundang debaran banyak pihak....Ini kerana sebuah parti poltik di antara yang tertuadi tanah air akan melakar sejarah penting dalam lanskap politik negara. Pihak lawan mahupun kawannya serta pimpinan dan ahlinya sendiri menanti saat dan ketika itu.
PAS, sebuah parti yang sudah berada dalam persada politik negara selama 6 dekad telah mengundang banyak spekulasi, sejak akhir akhir ini. Perbezaan pendapat, kepelbagaian pendekatan dan strategi di kalangan pemimpin heavyweight diketengahkan dan diolah oleh media samada media cetak mahupun laman sosial di samping gadget favourite 'fans' sendiri samada intra parti mahupun interparti mencetuskan pelbagai cerita menarik yang berantai-rantai dan menjadi 'berita terkini dan sensasi' dalam satu aspek di media.
Barah label melabel, atau mengkategorikan pemimpin PAS sebagai kelompok 'ulamak' dan 'professional' telah dimulakan berdekad. Entah siapa yang cetus...Kawan atau lawan... Malangnya ia melebarkan jurang antara kedua kelompok ini yang menatijahkan vision sharing dan mission sharing kurang mantap dan berkesan. Ia lebih ketara sewaktu menghampiri pemilihan. Walaupun skalanya mungkin tidak besar tetapi oleh kerana PAS sudah mempunyai ahli yang ramai( lebih kurang 800 ribu) maka kesannya terasa juga. Kepelbagaian latarbelakang ahli PAS juga memperbanyakkan variasi ciri ahli serta kecenderungan, tahap kefahamannya kepada perjuangan parti. Tidak dinafikan asal ahli PAS di kalangan warga pondok tradisional serta agamawan. Ramai masih daripada kelompok ini.
Kemudian, setelah PAS berjaya menapak diri semakin kukuh dan mula melebar luaskan pengaruhnya, maka agenda PAS mula difahami dan kemudian diterima oleh kelompok lain termasuk golongan professional yang berada di dalam mahupun luar negara. Hubungan yang erat, ukhuwwah yang mantap , kefahaman yang jelas serta proses pembinaan peribadi jundiyy bukan sahaja dilihat berkembang dikalangan agawaman bahkan di golongan 'professional' yang semakin maju memposisikan diri mereka dalam gelanggang masing-masing. Bak magnet yang mempunyai daya penarik, masing-masing ada peranan dan masing-masing berupaya menarik semakin ramai manusia kepada parti PAS. Tenang, harmoni. Tulus kerana Ilahi. Kedua-dua kelompok faham dan beriman mereka berjuang untuk akhirat. Fastabiqul khairat....Noktah!! Tiada iri, tiada isu.
Tribulasi perjuangan sentiasa melanda.....kepelbagaian dalam PAS di'serikan' pula dengan 'jodoh pertemuan' bersama pelbagai parti politik. Sudah tentu wujud perbezaan nilai, ideologi perjuangan dan strategi serta keutamaan. Ia juga mempersaksikan PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS perlu menyesuaikan diri dengan kaum dan agama yang agak homogenous (Melayu-Islam) kepada kelompok parti komponen tahalluf
yang ketara sangat berlainan daripada segi bangsa, budaya dan agama. Kematangan dan kebijaksanaan teruji dan kepemimpinan PAS dalam mengendalikan kepelbagaian dan perbezaan ini akan memacu daya mampu PAS sebagai pemerintah atau khalifah fil ardh di alam nyata Malaysia.
PAS perlu menerima hakikat perbezaan dan kepelbagaian. Ini ciri-ciri masyarakat majmuk. Ini adalah ciri ciri masyarakat zaman Rasulullah saw. Inilah peluang keemasan PAS mencontohi Nabi saw sebagai qudwah hasanah. Pendekatan Nabi saw. Fiqh Awlawiyyat secara praktikal. Mengutamakan yang paling utama. Melakukan yang lebih banyak maslahah berbanding yang kurang(bukan tidak ada), mengelakkan mafsadah yang lebih besar daripada mafsadah yang lebih kecil. Matematik ini perlu diambilkira dalam siyasah.
Politik adalah melakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul pada ketika yang betul dan dalam konteks yang betul. Bukan semata-mata niat yang betul. Sekiranya niat sahaja betul tetapi ilmu analisa dan bacaan waqi atau kesesuaian masa dan tempat tidak tepat maka ia akan membawa natijah yang boleh menjauh atau membantutkan proses mencapai matlamat.
PAS mahu memperjuangkan Islam sebagai ad diin, sebagai formula hidup yang berkesan bukan sekadar Islam yang ritual seperti yang difaham oleh kebanyakan orang. PAS mahu mengketengahkan Islam sebagai penyelesai isu dan masalah kehidupan bukan Islam yang di fobiakan oleh NON MUSLIM. PAS mahu mempastikan tadbir urus bumi yang cekap,berkesan dan menjamin kualiti hidup insan, haiwan dan kelestarian alam sekitar.
Segala-galanya ini memerlukan segala aset, potensi, ilmu kolektif yang banyak dalam PAS!! PAS kaya modal insan... PAS mempunyai mereka yang ada 'tacit knowledge'. PAS mempunyai seluruh spektrum ilmu, kemahiran, pengalaman termasuk ilmu indigenous yang ada pada ahlinya yang berupa penoreh getah, nelayan, petani. Ahli PAS bertebaran di seluruh pelusuk negara. Di kota, di desa, di sawah, di lembah,di Putrajaya, di kampung air terpencil....di Felda, di kem tentera...dalam sektor awam mahupun swasta. PAS MEMPUNYAI modal insan pelbagai kerjaya.
Doktor perubatan, doktor falsafah, peguam, arkitek, jurutera, akauntan, peniaga, mekanik, pemandu, pegawai, pengarah.....bla bla bla.
Ada ahli PAS yang mempunyai sawah/ladang/kedai/sekolah/tadika/butik. Ada ahli PAS yang bina masjid /surau, padang dll
Sudah tentu ada ahli PAS yang bergelar Tok guru/ustaz/ustazah serta mempunyai anak murid sendiri.
Dengan bidang tugas yang begitu luas, cabaran masakini yang menuntut keupayaan mengendali massa yang kompleks, bijak dan berciri 'maklumat di hujung jari', mahu tindakan dan penyelesaian pantas dan berkesan saya berpandangan adalah vital, mustahak dan mesti bagi PAS menggembelengkan semua cerdikpandai serta aset /modal insan yang sudah ada dan yang ikhlas berjuang untuk mencapai matlamat yang sama bagi mempastikan PAS menjadi parti politik dominan yang berkemampuan dan berketrampilan untuk memposisikan dirinya sebagai alternatif TERBAIK menggantikan UMNO.
Tidak dinafikan ada beberapa suara nakal dalam golongan 'profesional'. Tetapi JUGA tidak dinafikan ada juga suara nakal daripada golongan yang lain. Namun kenakalan segelintir kecil daripada mana jua golongan ini tidak seharusnya menenggelamkan suara yang baik, jujur dan ikhlas daripada kedua-dua kelompok.
Maka, saya merumuskan muktamar PAS PUSAT bulan JUN ini akan memaparkan kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya bahawa PAS mempunyai pimpinan gabungan mantap di kalangan kesemua kelompok yang berhati bersih, berjiwa waja, panjang akal, lapang dada, bersifat inklusif dan mampu mengagendakan ISLAM SEBAGAI RAHMATAL LIL 'ALAMIN. PAS FOR ALL.
YA ALLAH , KEPADAMU JUA KAMI BERHARAP.....
AAMIIN.
TIPS PENTING UNTUK KEHIDUPAN HARIAN KITA
Setiap hari kita perlu buat pilihan. Daripada sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Nak masak apa? Daging ke ikan? Nak minum air apa? sejuk ke panas?
Nak bawa anak bercuti di mana?
Nak hantar anak tadika mana?
Sekolah mana?
Nak kerja apa? Syarikat mana? Kerajaan ke?
Nak pilih calon suami/isteri...yang mana satu?
Nak pilih rumah mana nak tinggal...
Nak pilih hospital bersalin mana?
Semuanya perlu keputusan yang memerlu pilihan terakhir....
Hakikatnya kita semua tidak tahu apa yang terbaik untuk kita kerana keterbatasan akal untuk menjangkau masa depan.....
Justeru , sewajarnya lah kita sujud memohon kepada Allah jawapan untuk menentukan pilihan kita yang terbaik dan diberkati Allah.....inilah intisari solat istikharah yang doanya di muatkan di atas...
Lebih penting bila memilih pemimpin.....sudah tentu perlu bertanya kepada Allah dengan hati yang bersih dan mohon bersungguh....bantu buat pilihan yang tepat yang memberi impak dunia akhirat.
Bagi pengundi N06 DUN CHEMPAKA.....SELAMAT BERISTIKHARAH DAN SELAMAT MENGUNDI..mudah mudahan undian tuan/puan sebagai ibadah....
Rugi kerana salah minta pertolongan
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ (1:1)
Sebagai manusia, kita ada beberapa keperluan. Ada yang bersifat asas seperti makan, minum, tidur, tempat tinggal bahkan kasih sayang. Ada yang bersifat 'added value' seperti persekitaran yang nyaman dan selesa, pakaian baik, kenderaan bagus.
Kita dilanda pelbagai isu dan masalah dalam kehidupan. Ianya perkara normal dan boleh dijangka akan berlaku kepada semua orang. Yang berbeza jenis dan tahapnya.Ada orang diuji Allah dengan kekurangan makanan dan/atau minuman. Yang lain dia OK. Ada yang dilimpah dengan makanan dan minuman tetapi kesihatannya kurang memuaskan. Ada yang sihat dan cukup makan/minum tetapi rumahnya di masuki pencuri, hartanya kurang!
Sesetengah orang pula mempunyai segala keperluan physical, tetapi emosinya tidak stabil, beliau tetap tidak bahagia. ada yang semua yang disebut di atas OK tetapi ada ahli keluarga yang sering buat hal! Atau jiran buat kacau!Atau rakan sekerja dengki! Atau bos benci!
Atau fenomena dunia kacau bilau seperti jahiliyyah melampau, cuaca buruk/ bencana alam....
Semuanya boleh menyebabkan seseorang insan panik, gusar hingga boleh terkeluar dari garisan kebenaran. Ada yang hilang kawalan hingga boleh mengakibatkan respon kehaiwanan yang tidak mempunyai akal dan sekaligus menjatuhkan martabat insannya.
Kenapa tidak tunduk kepada yang MAHA BERKUAS?!
Kenapa terlalu EGO hingga katarak mata HATI hingga tidak nampak kebesaran Ilahi?!
Kenapa sanggup jadi robot ketika membaca surah al fatihah samada ketika solat mahupun luar solat?!!
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (1:5)(surah al Fatihah)
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
Inilah ubat! Inilah penawar!
Insan sepatutnya tersungkur malu dan merayu rayu kepada HANYA YANG SATU .
Hanya DIA yang mampu menolong apa jua permasalahan kita?!
Kita alpa...
Kita robot yang bernyawa
Kufur nikmat akal yang Allah bekalkan
Apa sahaja masalah kita, kecil besar,mudah atau kompleks Dialah yang mampu dan berdaya menyelesaikan masalah kita .....
Bedahkan katarak mata hati.....
agar kita dapat melihat solusi sebenar masalah hidup kita insan
Jangan biar salah kaprah
Sembahlah YANG SATU
Mohonlah kepada YANG MAHA MAMPU
YA RABB YA SAMIUD DU'A
BIMBINGKANLAH KAMI, AMPUNKAN DOSA KAMI dan curahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada kami.
Aamiin ya Rabbal 'alamin Read More “Rugi kerana salah minta pertolongan” »»
