Pray For MH370

Pray For MH370

DIALOG EKSTREM: KUIL KEKAL DULU DI SEK 19








Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA pagi tadi tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, ditangguhkan serta merta.














Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, demi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

ImageAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

Katanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

Image"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

"Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!" cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

Image"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. Beliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

ImageDemi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Dzulfikar Mashoor report serta foto /harakahdaily

Read More “DIALOG EKSTREM: KUIL KEKAL DULU DI SEK 19”  »»

PERANG SIBER DALAM MIC MEREBUT JAWATAN


Foto dari kiri: Deva, Subra, Samy, Palan dan Sara

Sekurang-kurangnya empat laman web telah muncul menjalankan undian dalam talian untuk memilih calon yang bakal memenangi jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan parti itu 12 Sept ini. Alamat empat laman web berkenaan ialah:

www.micelection2009.com, www.micpolls2009.com, www.micelections2009.com dan www.micfuture2009.com.

Seramai 1,464 perwakilan akan mengundi untuk memilih seorang timbalan presiden, tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat.

Jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan antara penyandangnya Datuk G.Palanivel, bekas timbalan presiden Datuk S.Subramaniam dan naib presiden Datuk S.Sothinathan.

Seramai tujuh calon bersaing untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan, Datuk S. Balakrishnan dari Johor, Datuk V.K.K Teagarajan dari Kuala Lumpur, bekas setiausaha pemuda MIC Selangor P. Subramaniam dan P. Mariayee dari Negeri Sembilan.


Perang MIC Menerusi Ruang Siber


PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Persaingan sengit untuk memastikan kedudukan dalam pemilihan MIC menyaksikan kaedah terkini diaplikasi iaitu ruang siber di internet.


Sekurang-kurangnya empat laman web telah muncul menjalankan undian dalam talian untuk memilih calon yang bakal memenangi jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan parti itu 12 Sept ini.

Walaupun identiti pihak yang menganjurkan undian dalam talian ini masih lagi misteri, laman web itu menjalankan undian bagi memilih seorang timbalan presiden dan tiga naib presiden untuk parti yang kini berusia 62 tahun.

Seramai 1,464 perwakilan akan mengundi untuk memilih seorang timbalan presiden, tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat.

Jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan antara penyandangnya Datuk G.Palanivel, bekas timbalan presiden Datuk S.Subramaniam dan naib presiden Datuk S.Sothinathan.

Seramai tujuh calon bersaing untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan, Datuk S. Balakrishnan dari Johor, Datuk V.K.K Teagarajan dari Kuala Lumpur, bekas setiausaha pemuda MIC Selangor P. Subramaniam dan P. Mariayee dari Negeri Sembilan.

Presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu, yang mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding pada Mac lepas bagi penggal ke-11 berturut-turut, telah menamakan calon-calon pilihannya iaitu Palanivel untuk jawatan timbalan presiden manakala Dr Subramaniam, Devamany dan Saravanan bagi jawatan naib presiden.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) digunakan untuk menghebahkan kepada masyarakat India di negara ini bahawa terdapat undian dalam talian, meminta mereka mengundi memilih barisan parti yang baru, yang mempunyai kira-kira 630,000 anggota.

Sehingga kini, undian dalam empat talian sedang dijalankan dan ia boleh diakses di alamat www.micelection2009.com, www.micpolls2009.com, www.micelections2009.com dan www.micfuture2009.com.

Bagaimanapun, keputusan undian setakat ini berbeza iaitu sekurang-kurangnya dua laman siber menyatakan Palanivel mendahului pencabarnya manakala laman siber yang lain menamakan Subramaniam sebagai pemenang dan satu lagi laman web tidak dapat diakses kerana talian sibuk.

Tinjauan Bernama mendapati Palanivel mendapat 69 peratus undi, Subramaniam dan Sothinathan masing-masing (14 peratus) bagi jawatan timbalan presiden di laman web 'micpolls2009', manakala di laman web 'micelections.com polls' juga menunjukkan Palanivel mendahului dengan 57 peratus undi, Subramaniam (30 peratus) dan Sothinathan 13 peratus.

Bagaimanapun, di laman web 'micelection.com poll' menunjukkan Subramaniam mendahului pencabarnya dengan 59.3 peratus undi, Palanivel 13.6 peratus dan Sothinathan 27.2 peratus. Laman web 'micfuture2009.com' tidak dapat diakses.

Bagi pemilihan jawatan naib presiden, Dr Subramaniam mendahului dalam ketiga-tiga undian tersebut. Di laman web 'MICpolls2009.com' menamakan setiausaha agung parti itu sebagai pemenang memperolehi 35 peratus undi, Devamany 23 peratus, Saravanan (19 peratus), Balakrishnan (14 peratus), Teagarajan (7 peratus) Mariayee (2 peratus) dan Subramaniam (1 peratus).

Di laman web 'micelections.com' Dr Subramaniam mendapat 34 peratus, Devamany (22 peratus), Saravanan (19 peratus), Balakrishnan (16 peratus), Teagarajan (8 peratus), Subramaniam dan Mariayee (1 peratus).

Di laman web 'micelection.com' Dr Subramaniam mendapat undian tertinggi iaitu 66.7 peratus, Devamany (65.3 peratus), Saravanan (34.7 peratus), Balakrishnan (36.1 peratus), Teagarajan (30.6 peratus), Subramaniam (12.5 peratus) dan Mariayee (9.7 peratus).

Kebanyakan laman web ini akan menutup undian mereka sama ada pada 9 atau 10 Sept dengan keputusannya dijangka dikeluarkan kepada media sehari sebelum pemilihan iaitu 12 Sept.

-- BERNAMA

Read More “PERANG SIBER DALAM MIC MEREBUT JAWATAN”  »»

SHOULD PASSPORTS OF KDSB CEO AND ITS DEPUTY BE SURRENDERD TO PDRM?

On Aug 11 police report filed by PKA chairman Datuk Lee Hwa Beng, stated irregularities in notices of payment amounting to RM657 million based on findings of a special task force set up to identify weaknesses in the RM4.6 billion PKFZ project. Pic from left: Siong (CEO), Faizal Abdullah (Deputy) and Lee (PKA chairman).


Possible Conspiracy among five parties in connection with PKFZ scandal exists.

In his MACC report lodged on August 27 2009, Lee, the newly appointed PKA/LPK chairman, claimed there was an additional amount of RM720 million in unsubstantiated claims, bringing the total to RM1.4 billion in 'possible conspiracy'.

Polis Beku Beberapa Akaun Milik Kuala Dimensi, Kata Musa


PETALING JAYA, 4 Sept (Bernama) -- Polis telah membekukan akaun syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dalam membantu siasatan berhubung kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beberapa akaun syarikat pemaju projek itu dibekukan kerana dianggap menjadi satu fakta siasatan.

"Siasatan masih dijalankan jadi saya tidak boleh memberi (komen) lebih lanjut lagi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bungkusan kuih raya untuk diserahkan kepada anggota polis yang bertugas semasa musim Hari Raya di Subang Jaya, dekat sini, pada hari Jumaat.

Musa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

KDSB menjadi perhatian dalam kegagalan projek itu selepas syarikat itu didakwa mengenakan caj berlebihan terhadap Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) sehingga menyebabkan projek berkenaan menanggung kerugian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Datuk Faizal Abdullah dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa beberapa akaun syarikat telah dibekukan.

"Akaun-akaun itu dibekukan sejak petang semalam. Kami anggap ini sebagai sebahagian daripada proses siasatan dan kami memberi kerjasama penuh kepada polis," katanya.

Faizal berkata KDSB sedang mendapatkan nasihat mengenai kesahihan perintah pembekuan akaun syarikat itu.

Kos keseluruhan projek PKFZ di tapak seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang telah menimbulkan pelbagai tanda tanya selepas kos pembangunan projek telah melonjak dari RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Berikutan pendedahan skandal itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sedang menjalankan siasatan.

-BERNAMA

Police freeze accounts of KDSB


PETALING JAYA (Sept 4, 2009): Police have frozen several bank accounts belonging to Port Klang Free Zone (PKFZ) turnkey developer Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) as part of an investigation into a Port Klang Authority report filed on Aug 11.

In a brief press statement this afternoon, KDSB deputy CEO Datuk Faizal Abdullah confirmed that several accounts had been frozen late yesterday afternoon.

"We regard this as part of the investigation process and we are giving our fullest cooperation to the police," Faizal said.

He also said KDSB is taking advice on the legality of the freezing orders.

Faizal, however, added that KDSB was "very disturbed" by news published in an online portal which revealed detailed and confidential information contained in the freeze order.

The report said that more than RM140 million in the account of the company was frozen, and that Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan had briefed Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak on the matter.

In the Aug 11 police report filed by PKA chairman Datuk Lee Hwa Beng, Lee claimed irregularities in notices of payment amounting to RM657 million based on findings of a special task force set up to identify weaknesses in the RM4.6 billion PKFZ project that the PKA cannot afford.

On Aug 27, Lee also lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) claiming possible conspiracy among five parties in connection with PKFZ scandal. In his report, Lee claimed there was an additional amount of RM720 million in unsubstantiated claims, bringing the total to RM1.4 billion in 'possible conspiracy'.

Lee's report named Kuala Dimensi Sdn Bhd, its CEO Datuk Seri Tiong King Sing, former PKA general manager Datin Paduka O.C. Phang, BTA Architect and the consultant for development work Bernard Tan Seng Swee.

Over in Putrajaya, Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat and the Port Klang Free Zone (PKFZ) Special Task Force briefed Najib in an hour-long meeting which started at 11am at the Prime Minister’s Office (PMO) today.

The task force, established on June 10, is headed by senior lawyer Vinayak Pradhan from Skrine and Co, assisted by company partner Lim Chee Wee, Pricewaterhouse Coopers Advisory Services (PwCAS) managing director Chin Kwai Fatt and PwCAS senior executive director Lim San Peen.

Ong did not stop to talk to reporters who were waiting at the entrance of the PMO building.

Earlier, at the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) where Ong was questioned for the second consecutive day over the PKFZ and an alleagation of a RM10 million gift from Tiong, Ong confirmed the briefing, saying: "I have said before that whatever findings of the task force’s investigations will definitely be communicated to the relevant groups, including the Prime Minister."

Ong was at the MACC headquarters at 8.30am before going to the PM's Office. He was at the MACC office yesterday to have his statement taken. "The session yesterday had to be postponed as I had to rush to Kelantan," he said.

He added that the MACC had also taken his statement pertaining to the claim that he received RM10 million from Bintulu Member of Parliament Tiong.

Tim Leonard and Husna Yusop/SUN2SURF

Read More “SHOULD PASSPORTS OF KDSB CEO AND ITS DEPUTY BE SURRENDERD TO PDRM?”  »»

LIHAT SIAPA YANG BERMADAH

Pakatan tidak sepatutnya ganggu kerajaan Perak
04/09/2009 6:47pm

IPOH 4 Sept. - Pakatan pembangkang tidak sepatutnya mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri atau mendesak dewan undangan negeri dibubarkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Menteri Besar serta kerajaan negeri yang ada adalah sah sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau berkata, kerajaan negeri pula perlu meneruskan kerja-kerja membangunkan negeri dan membantu rakyat daripada melayan kerenah pembangkang yang tidak memberi apa-apa faedah.
Utusan

Read More “LIHAT SIAPA YANG BERMADAH”  »»

CARA UMNO BERDAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM TENTANG ADDIN ISLAM

Inilah uslub dan manhaj Dakwah UMNO, sebuah organisasi Assobiyah
berdakwah kepada bukan Islam.

Inilah dakwah bil hal yang mampu menonjolkan imej ganas, buas dan ekstrim penganut Islam kepada bukan Islam.

Maksud Hadith: "Assobiyah ialah kamu membantu puak atau kumpulan kamu dalam melakukan kezaliman"


Kepala lembu berdarah: Badan antarabangsa pula kecam


KUALA LUMPUR, 4 Sept: Selepas dipertikai penduduk Seksyen 23 Shah Alam sendiri, perhimpunan mengarak kepala lembu 'berdarah' yang didalangi oleh beberapa pemimpin Umno negeri itu menerima kecaman antarabangsa pula iaitu Yayasan Penganut Hindu Amerika (HAF).


Pengerusinya (bahagian Polisi Awam) Ishani Chowdhury dalam satu kenyataannya mendesak pihak polis segera mengenal pasti dan bertindak ke atas kumpulan yang membuat provokasi perkauman dan agama sempit itu.

Jelasnya, lembu merupakan simbol kesucian, kasih sayang dan keamanan (ahimsa) menurut kepercayaan Hindu.

Sambil mendakwa tindakan terbabit berunsur ekstrem, perkauman serta menafikan hak minoriti penganut Hindu di Malaysia, beliau mendakwa Malaysia cuba mendiskriminasikan rakyat minoriti.

Tambahnya lagi, insiden itu mengakibatkan suasana tidak tenteram dalam kalangan penduduk tempatan yang beragama Hindu.

Dalam kenyataannya, Ishani berharap kerajaan Persekutuan memberikan perlindungan ke atas penduduk tempatan beragama Hindu dengan memindah Kuil Sri Mariammam ke tapak yang dicadangkan (Seksyen 23) serta membawa semua yang terbabit ke muka keadilan.

ImageJumaat lepas, kira-kira 50 orang mengarak kepala lembu berdarah ke pejabat Menteri Besar Selangor, bangunan SUK ekoran cadangan kerajaan negeri membina kuil di kawasan mereka.

Salah seorang jurucakap perhimpunan 'haram' itu mendakwa kepala lembu berdarah itu adalah suatu simbolik pada pemimpin dicucuk hidung; yang ditujukan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Adun Batu 23 Rodziah Ismail serta pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang lain.

Pun begitu, kebanyakan daripada mereka dikenal pasti adalah pemimpin-pemimpin Umno tempatan; sekaligus melengkapkan rumus khalayak bahawa insiden tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Kekesalan HAF ini merupakan respon balas pertama penganut Hindu antarabangsa, setelah Polis memaklumkan bahawa pihaknya menerima lebih 52 aduan daripada penganut Hindu Malaysia sejak 31 Ogos lepas.

Sebelum ini, Malaysian Hindu Sanggam juga mempertikaikan tindakan ini. Mereka menyokong penuh cadangan kerajaan negeri memindahkan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23 itu kerana ia tempat yang sesuai dan tidak mengganggu pihak lain.

Dzulfikar Mashoor/harakahdaily

Read More “CARA UMNO BERDAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM TENTANG ADDIN ISLAM”  »»
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    10 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    10 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com